Bab 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sayanggggggg. Bangunlah. Kita dah sampai ni" bisik Faheem di telinga Nurina.

Lena benar tidur Nurina. Dari Kuala Lumpur sehingga mereka tiba di destinasi iaitu di Kodiang Nurina tidur.

Nurina mengeliat malas. Dia menggosok matanya perlahan. Kelihatan awan merah mewarnai di kaki langit pada ketika ini. Suasana kampung yang kelihatan damai dan tenang menjadikan perasaan mengantuknya hilang serta merta.

" Heem. Kita dekat mana ni?" Tanya Nurina kepada Faheem yang sedang sibuk memusingkan pinggangnya ke kiri dan ke kanan. Mungkin lenguh akibat terlalu lama memandu.

" Jomlah turun. Nanti dekat dalam you tahulah" ujar Faheem lantas dia membuka pintu kereta untuk keluar dari kereta.

Wajah Nurina sudah terpinga. Faheem mengetuk tingkap keretanya sambil kedua belah tangannya menjinjing bagasi mereka.
Nurina segera membuka pintu untuk mengejar langkah Faheem yang sudah memasuki perkarangan rumah kampung itu.

" Assalamualaikummmmmmmm. Pak usuuuuu. Oh Pak usu"

Lama mereka berada di tangga merah rumah itu. Tiba-tiba pintu kayu yang berwarna kuning itu sudah terbuka dari dalam. Kelihatan seorang lelaki punyai raut wajah seakan Faheem, berkulit cerah, punyai janggut sejemput yang telah dibaluti uban dan memakai kopiah putih serta kain pelikat biru. Wajah tua itu seakan terperanjat apabila melihat Faheem dan dirinya.

" Heem?" Soal orang tua yang dipanggil Pak su oleh Faheem sebentar tadi terkejut.

Faheem sudah menganggukkan kepalanya dan segera naik ke atas untuk menyalami dan memeluk erat Pak su-nya itu.
Lama mereka berpelukan, bagai melepaskan rindu yang sudah lama terpendam. Akhirnya Nurina hanya berdehem untuk menyedarkan Faheem yang dia tidak bersendirian pada ketika ini.

Faheem sudah menarik tangan Nurina dan dibawanya Nurina untuk bertemu dengan Pak su.

" Pak su, Ini Nurina, Isteri Heem" lembut intonasi suara Faheem memperkenalkan diri Nurina kepada Pak su nya.

Nurina terus menyalami tangan tua itu. Dia dapat melihat mata tua itu sudah di kaburi dek air mata.

" Maafkan Pak su Heem tak dapat datang majlis hang. Mak su takda oghang nak jaga masa tu" lembut suara tua itu memohon kemaafan kepada Faheem.

" Takpe Pak Su. Heem faham. Heem balik ni pun sebab nak kenalkan isteri Heem dekat Pak su dan Mak su lah. Mak su mana Pak su?" Kepala Faheem sudah pusing melihat keliling rumah. Manalah tahu ada kelibat Mak su pada ketika itu.

" Dia solat. Mai lah naik. Pergi mandi dan solat. Lepas solat kita makan dan sembang lagi noh" ajak Pak su ramah sambil sibuk untuk membantu Faheem mengangkat bagasi mereka. Apalah sangat Kudrat si tua. Tidak bergerak langsung bagasi mereka itu. Faheem sudah ketawa sambil menepuk lembut bahu pak su.

Faheem mengajak Nurina masuk ke dalam bilik sederhana besar yang terletak di sebelah tangga batu rumah itu.Di dalam bilik itu, terdapat sebuah katil sederhana besar yang dibaluti cadar yang telah lusuh coraknya. Di penjuru bilik pula, tedapat sebuah almari kayu dua pintu dan sebuah kipas meja di atas meja kecil yang berada di sebelah katil mereka.

Nurina berjalan dan terus duduk di birai katil. Segera dia membuka tudung yang seharian dipakainya. Faheem masih sibuk melihat bingkai gambar yang di susun di atas kabinet menghadap katil mereka.

" You tak pernah cerita pun you masih ada pak su" perlahan suara Nurina menyatakan ketidakpuasan hatinya pada ketika ini.

Faheem menoleh ke arah Nurina yang sudah berbaring kepenatan.

" Ni i nak bagitahulah ni. I harap sangat you suka bila i bawak you balik dekat sini. Sebenarnya, Pak su ni adik arwah my dad. Before i duduk dengan daddy, dialah yang jaga i. Disebabkan oleh ada masalah kewangan ditambah pula mak su yang selalu sakit, dia minta i tinggal dengan daddy. I tahu dia sayang i dan dia nak yang terbaik untuk i. Sebab tu dia suruh i tinggal dengan daddy" suara Faheem sudah berubah kendur. Riak wajahnya juga bertukar muram apabila bercerita kepada Nurina hal berkaitan Pak su nya.

" Dahlah. I faham. I saja je menyakat you Heem. You janganlah nangis Heem. Kalau you nangis, i nangis jugak nanti baru you tahu" Nurina sudah merengek di dada Faheem.

" Hei mana ade i nangis. I okay je " Faheem sudah memeluk bahu Nurina.

Tiba-tiba kedengaran suara Mak su di luar bilik mereka.

"Siapa yang datang bang?" suara Mak su memecah kesunyian senja.

" Faheem. Dia mai bawak bini dia.Nak kenai dekat kita. Biar depa rehat, solat dulu. Hang p lah masak Num. Nanti boleh makan sama sat g" suara Pak su kelihatan gembira bunyinya.

Hanya kedengaran derap kaki yang sudah melangkah jauh mungkin sedang menuju ke dapur. Faheem segera mengeluarkan tuala dan bersiap untuk mandi. Nurina masih berbaring malas di atas katil.

********

Apabila turun ke dapur, Faheem segera menyalami tangan Mak su. Diperkenalkan Nurina kepada mak su. Ajaibnya, orang tua itu amat sukakan Nurina. Lama tubuh Nurina didakapnya.

" Maaflah Nurin. Rumah kampung memang macam ni. Tandas dekat luar, dalam rumah ada bilik air je" ujar Mak su sambil tangannya sibuk mengacau gulai lemak ayam yang di campur dengan ubi kentang. Bau masakan mak su sudah menyebabkan Nurina sudah tidak sabar untuk menjamu selera. Di dalam bakul yang lain, terdapat sayur kobis yang sudah siap dicuci dan hanya perlu di goreng sahaja.

Nurina hanya tersenyum mendengar kata-kata mak su. Terubat sedikit kerinduannya terhadap arwah mama dan mak som pada ketika ini.

" Menung apa lagi Nurin. Hang p lah ajak Faheem mandi dekat perigi belakang sana. Hang pernah mandi perigi dak Nurin?" tanya Mak su sambil wajahnya dipusing memandang Nurina yang sedang berdiri di sebelahnya.

Nurina hanya menggelengkan kepalanya. Tanda sebagai dia tidak pernah langsung bermandi manda air perigi.

" P lah cuba. Mesti hang teruja" mak su sudah menepuk lembut lengan Nurina.

Mendengar kata Mak su, Nurina segera menyarung selipar jepun merah dan menuju ke arah perigi yang berada betul-betul di belakang dapur rumah Mak su.
Nurina mencapai dan mengikat kain batik lepas di badannya. Kelibat Faheem sudah entah ke mana. Malas dia mahu menyusahkan Faheem untuk menemani dia mandi di perigi pada ketika ini.

Hanya bertemankan cahaya mentol yang berwarna kuning sedikit sebanyak menghalang penglihatan Nurina untuk melihat segalanya dengan jelas. Dia Bagai berada di dalam sebuah kotak yang besar, yang hanya mempunyai satu perigi.

Dengan kudrat yang ada, Nurina menggunakan timba untuk mengangkut air dan diisi di dalam baldi besar yang sudah disediakan oleh Mak su. Hampir 10 kali menimba air, akhirnya baldi besarnya sudah dipenuhi air.
Nurina mengesat dahinya yang sudah berpeluh. Dia segera mengambil kerusi kecil berwarna merah yang terdapat di sebelah perigi untuk dia duduk.

" Rugi tak ajak Faheem mandi sama. Kalau dia ada boleh suruh dia timbakan air. Lenguhnya tangan ni" Nurina sudah mengeluh perlahan sambil mengurut perlahan lengannya.
Dengan lemah, dia mencebok air di dalam baldi besar yang sudah dipenuhi air sebentar tadi.

" Fuhhhh. Mak su tak cakap pun air perigi ni macam air batu" Nurina sudah menggigil kesejukkan. Benar, air perigi apabila malam sejuk dia boleh beku kalau terkena badan. Nasib hang lah Nurina.

Nurina segera mencari peralatan mandi yang mungkin terdapat di sekitar perigi itu. Bingo, akhirnya Nurina terlihat sebuah bakul kecil berwarna biru berada di hujung kaki perigi di sebelah sana. Nurina terpaksa bangun dan berjalan untuk mendapatkan bakul mandi itu.

Tangan Nurina segera mengangkat botol syampu jenama safi itu. Hampa. Botol syampu itu hanya dipenuhi oleh air paip. Dipicitnya pula mandian yang ada gambar lembu bertompok hitam putih itu, hampa lagi sekali. Botol mandian itu juga sudah kosong.

Nurina rasa seperti mahu menangis pada ketika ini. Kini yang tinggal cuma sabun yang berwarna hitam yang terdapat di dalam bakul itu. Seumur hidup Nurina tidak pernah dia melihat sabun mandi seperti ini. Akibat terdesak, dia segera memegang sabun hitam itu. Permukaan sabun yang menggerutu menyebabkan Nurina menjerit kuat.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa apa benda niiiiiiiiiiiiii. Tolonggggggggggggggg i Heemmmmm" Nurina sudah terjelepuk pengsan di atas lantai.

********

" Hah dah sedar ka Nurin tu Heem?" kedengaran suara orang tua di telinga Nurina.
Segera dia buka kelopak matanya. Wajah Faheem kelihatan sedang menahan gelak berada betul-betul di sebelahnya.

" Heemmm. Kita dekat mana ni Heem" Nurina masih cuba mengingati apa yang telah berlaku. Segera dia bangun dan memerhati keadaan sekeliling. Dia lantas memeluk Faheem.

"Heem, Tadi i pegang katak besarrrrrrrrrr" adu Nurina seperti anak kecil.

" I tahu sayang. You terkejut sampai pengsan tau" Faheem sudah membelai kepala Nurina lembut.
Nurina sudah Segan melihat Mak su dan Pak su yang sudah tersenyum melihat dirinya. Segan sungguh rasanya. Tidak sampai satu hari dia berada di rumah ini, dia sudah mengalami pelbagai peristiwa yang memalukan.

" Malunya i Heem" Nurina terus menyorokkan mukanya di dada Faheem.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro