Bab 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Petang itu, Nurina dan Faheem bersama-sama menikmati minum petang mereka di taman mini rumah mereka. Pulang sahaja dari TR Land, Faheem telah membawa pulang kebab pita di pasar malam Kampung Pandan atas permintaan Nurina.

Semenjak mengandung, tidak pernah lagi permintaan Nurina tidak dipenuhi Faheem. Kata Faheem jangan Nurina meminta 7 dulang hati nyamuk sudahlah. Memang sampai kiamat pun tidak dapat Faheem penuhi permintaan Nurina itu.

"Heem, tadi i pergi rumah pusaka i. Guess what?" ujar Nurina kepada Faheem sambil mulutnya mengunyah perlahan kebab pita yang dibeli oleh Faheem.

" Apa dia sayang? Rumah pusaka kena pecah ke?" Faheem sudah memandang wajah Nurina. Berdebar pula dadanya melihat wajah Nurina pada ketika ini.

Nurina menggeleng perlahan. Dia menuang air kopi ke dalam cawan kosong yang terdapat di dalam dulang ukiran emas di atas meja itu. Kemudian diletak cawan bercorak bunga pink itu di dalam piring kecil dan dihulurkan kepada Faheem.

Faheem menyambut huluran kopi daripada Nurina. Dihirup perlahan kopi yang sederhana panas itu. Aroma kopi yang dibancuh Nurina benar-benar membuat hatinya makin sayang akan wanita itu.

"Apa dia sayang. Cepatlah bagitahu i"

" Hmm, Sakinah tinggal dekat rumah pusaka tu sekarang Heem" lemah suara Nurina memberitahu Faheem.

" Aik? Apa kena dengan minah tu? Selamba je duduk dekat rumah tu. Dia ada cakap apa-apa tak dekat you sayang?"

Nurina menganggukkan kepalanya. Lambat Nurina meneruskan kata-kata,

" Sakinah tengah sakit sekarang Heem. Masa i datang rumah tu, dia tengah tidur dekat sofa di ruang tamu. Bila dia terjaga dia nampak i datang, dia terus maki hamun i"

Nurina menarik nafas panjang sebelum menyambung semula kata-katanya.

"Tapi lepas i pujuk dia, i peluk dia baru dia okay sikit. Then, i berbual lama dengan dia. I tanya dia kenapa nampak macam sakit. Dia diam tak mahu cerita. Lama jugak i pujuk dia nak suruh cerita everything, hmm Sakinah cakap buah pinggang dia dah rosak Heem. Doktor tengah tunggu mana-mana penderma yang sesuai untuk Kina"

Nurina terdiam. Tiba-tiba perutnya sudah kecut untuk memberitahu Faheem tentang keinginannya kali ini. Melihat mata Faheem memandang ke wajahnya tanpa kerlipan, Nurina bercakap sambil menunduk memandang kakinya.

" Heem. You sayang i kan?"

Faheem menganggukkan kepalanya sambil tangannya mengusap tangan Nurina lembut.

" Kalau you sayang i, boleh tak you izinkan i jalani test sebagai penderma untuk Kina?"

Faheem melepaskan tangan Nurina serta merta. Sungguh, terkejut sungguh dirinya mendengar permintaan mengarut Nurina.

Faheem menarik bahu Nurina supaya memandang ke arahnya.

"Look, kalau you nak tahu sayang, i tak kan izinkan sama sekali you nak jalani test untuk jadi penderma tu. Jangan sibuk nak merayu, seriously i tak mahu dengar"

Terus Faheem berdiri dan berniat untuk naik ke atas. Geram sungguh dia melihat wajah Nurina pada ketika ini. Tidak sedarkah Nurina yang Nurina tengah mengandungkan zuriat mereka? Tidak sayangkah Nurina kepada zuriat mereka? Sanggup dia bergadai nyawa demi menyelamatkan Sakinah?

Faheem terus melangkah naik ke bilik untuk menunaikan solat asar. Mahu segera berwudhuk untuk menghapuskan segala amarah yang mula bertapak di dalam hatinya sekarang. Dia berlalu meninggalkan Nurina keseorangan di taman itu.

Nurina hanya menghantar permegian Faheem naik ke atas dengan linangan air mata.

"Sampai hati you Heem" lirih suara Nurina perlahan.

Sudah seminggu Faheem bersikap dingin. Faheem langsung tidak pedulikan Nurina. Puas sudah Nurina cuba memujuk kembali hati Faheem namun setakat ini segala usahanya tidak berhasil langsung. Puas Nurina meniru tips seperti drama melayu petang-petang di slot akasia. Apabila suami merajuk tampal sahaja sticky notes dengan ucapan romantik dan kata maaf. Namun Faheem langsung buat tidak nampak akan usahanya itu.
Malah semalam, Faheem pulang lewat malam dari pejabat.
Apabila Nurina bertanya Faheem hanya mengambil tuala mandi dan menuju ke kamar mandi bilik mereka.

Tengahari itu setelah menyediakan lauk gulai lemak ayam kegemaran Faheem, Nurina sengaja membaca artikel berkaitan tentang penderma organ. Dia sudah berniat mahu meletakkan salinan artikel itu di atas meja kerja Faheem. Semoga selepas membaca artikel itu, Faheem akan mengizinkan dia menjadi penderma untuk Sakinah.
Nurina sudah tersenyum sambil tangannya sibuk meletakkan kertas A4 di dalam printer milik Faheem.

Selepas asar, Nurina hanya berbaring lemah di sofa sementara menunggu kepulangan Faheem. Hampir senja Nurina terlelap di atas sofa sendirian. Saat Nurina terjaga, dia dapat melihat Faheem sudah duduk di hadapannya sambil memegang artikel yang Nurina letakkan di atas mejanya siang tadi.

" You suka buat apa yang i tak suka kan?"

Nurina sudah diam membisu. Hilang entah kemana rasa mengantuknya buat masa ini. Selama mengenali Faheem, tidak pernah dia melihat wajah Faheem sebengis ini. Nurina hanya diam membisu dan tunduk ke bawah sambil kakinya menguis-nguis bulu karpet perlahan.

Kedengaran Faheem menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata-kata.

" Afrina Nurina binti Ahmad Farid, i tidak akan sama sekali memberi keizinan kepada you untuk menjadi penderma organ untuk Sakinah. I ulang, never. Kalau you berdegil juga tak mahu dengar cakap i, You may leave"

Nurina sudah terkedu.

💌 Sorry lambat update. I busy sesangat. Hari ni birthday i, so ni hadiah i untuk semua readers tersayang. Jangan marah i okay? Lebiu guys

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro