Bab 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sudah seminggu Faheem asyik pulang lewat malam dan sepanjang malam selama satu minggu itu Nurina akan tertidur tatkala menunggu Faheem pulang.
Kandungannya kian membesar sudah menjangkau ke usia lima bulan. Kesibukan Faheem sekarang sedikit sebanyak menjadikan diri Nurina kesepian dan keseorangan. Hendak ke TR Land dia dihalang Faheem. Faheem tidak mahu Nurina tertekan oleh bebanan kerja.

Realitinya, memang Nurina tidak terbeban dengan masalah kerja sekarang akan tetapi hidupnya sekarang tidak segembira dulu. Faheem asyik sibuk menguruskan kerjanya sahaja. Dia sunyi sangat!

Petang itu Nurina bernekad mahu ke rumah pusakanya dahulu. Rindu sungguh dia akan rumah peninggalan arwah mama dan papanya.
Tanpa meminta keizinan daripada Faheem Nurina pergi ke rumah pusaka bersendirian.

*******

Faheem leka meneliti segala dokumen yang berada di atas mejanya. Di sudah bersandar lemah sambil memicit kepalanya perlahan.
Faheem terpaksa menyiapkan segala kerja di pejabat sebelum Nurina bersalin. Hal ini demikian kerana, dia mahu dirinya sendiri menguruskan Nurina ketika Nurina dalam pantang. Dia mahu menjaga Nurina memandangkan mereka berdua sudah tiada orang tua yang boleh untuk tumpang bermanja. Nak diharapkan Mak usunya? Sudah uzur benar gayanya. Tidak mahu Faheem menyusahkan kudrat tua itu.

Sudah seminggu Faheem membiarkan Nurina begitu sahaja. Malas dia mahu memujuk. Malam semalam sewaktu dia menonton bola Manchester United menentang Southampton tiba-tiba Nurina turun ke bawah sambil membawa comforter tebal siap berstokin bagai sambil memakai baju tidur tanpa lengan separas lutut. Terserlah tubuh Nurina yang putih melepak itu.

" You. I nak teman you tengok bola boleh Heem?" rengek Nurina manja sambil terus meletakkan kepala nya di atas riba Faheem.

Faheem hanya senyap dan membiarkan Nurina berbaring di ribaannya. Dalam hatinya sudah mahu tergelak, bukan dia tidak tahu yang Nurina turun ke bawah akibat takut mendengar bunyi kepala angin bertiup menerusi lubang jendela. Setiap kali bunyi kepala angin tersebut, Nurina pasti mencari dia.

"Heem?" Panggil Nurina sambil mendongak memandang wajah Faheem yang sedang ralit menonton bola.

Faheem terus menunduk memandang ke bawah apabila mendengar Nurina memanggil dia.
" Kenapa sayang. You baring je la dekat sini. Game tinggal lagi 10 minit. Bagi i focus sekejap okay?"

Nurina hanya tersenyum sambil menoleh televisyen di belakangnya. Kemudian dia berbaring kembali sambil wajahnya menghala ke perut Faheem. Nurina sudah tersenyum. Dia memasukkan tangannya kedalam baju Faheem, dia membelai perlahan dada Faheem.

" Hei sayanggggg. I tengah tengok bola ni. Not now okay?" Faheem rasa sudah mahu tergelak melihat Nurina yang cuba menggoda dirinya.

Nurina terus mencium perlahan perut Faheem. Dia bangun perlahan mencium dagu Faheem dan chupppp bibirnya sudah mendarat di bibir Faheem.

Faheem sudah diam tanpa bicara. Tanpa lengah dia membalas ciuman kasih daripada Nurina. Dia tahu Nurina mahu memujuk dirinya.

"Heemmmmm" Nurina sudah merengek manja.

" Ye sayang"

" Kata jangan kacau tapi kenapa "baby" ni keras? Tergoda dengan i ke?" Soal Nurina sambil tangannya menyentuh di luar seluar pendek yang dipakai Faheem. Nurina sudah bangun membaluti tubuhnya menggunakan comforter. Dia terus berdiri dan berlari untuk naik ke bilik.

Faheem terus mencapai remote televisyen. Ditekan button off. Nasib Nurina ada, ini sahaja penawar buat hatinya yang kecewa akibat kekalahan Manchester United. Dia terus berlari mengekori Nurina. Geram melihat Nurina yang sengaja menggoda dirinya.

Sampai di bilik, dia melihat Nurina sudah berbaring sambil membelai perutnya. Faheem terus berbaring di sebelah Nurina. Dia turut membelai perut Nurina perlahan.

" Thanks sebab sudi mengandungkan zuriat i sayang. I marah you semua bersebab. You jangan ingat i tak sayang you tau" ujar Faheem lembut.

Nurina terus meletakkan kepalanya di dada Faheem. Tangannya pula membelai perut Faheem.
" I pun nak minta maaf. I tak patut ikut hati. I tahu i tak boleh buat semua tu sebab baby ni. I janji i tak akan proceed untuk jadi penderma organ Sakinah. Plus, i tak nak jadi isteri derhaka"

Faheem hanya membelai lembut kepala Nurina. Lega hatinya mendengar kenyataan daripada Nurina. Dia tahu cara melembutkan hati Nurina. Senyap seminggu, tak tentu arahlah Nurina. Faheem sudah tersenyum senang. Dalam diam, dia bersyukur kerana Nurina mendengar permintaannya.

************

Sampai sahaja di rumah pusaka, Nurina mendengar bunyi barang pecah di bahagian ruang tamu rumah itu. Nurina bergegas masuk ke dalam rumah dan melihat Sakinah sudah teresak menangis di tepi sudut meja kopi. Di atas lantai pula sudah penuh berteraburan kaca yang telah pecah.

" Kina? Whats going on? Kau tahu ini semua pasu kesayangan arwah mama aku kan? Kenapa kau pecahkan semua ni?" Suara Nurina sudah berubah tegang.
Sakit hatinya melihat Sakinah yang tidak menghormati langsung status dirinya sebagai pemilik rumah itu.

" Peduli apa aku dengan pasu mama kau. Apa yang kau dengan Faheem buat dekat aku sekarang lagi dahsyat tahu tak?" Sakinah sudah menjerit dan tiba-tiba bangun menuju ke arah Nurina dengan wajah yang sudah semacam.

Nurina sudah berdiri kaku melihat tubuh Sakinah yang sudah berlumuran darah sedang menuju ke arahnya. Terus leher Nurina di pegang Sakinah. Nurina dapat merasakan lehernya teramat sakit akibat di cekik kuat oleh Sakinah.

" Kina please Kinaaaaaaa. Aku pregnant Kina. Please kasihankanlah aku dengan baby ni" Nurina sudah meronta. Terkejut sungguh melihat Sakinah berubah seperti orang yang tidak waras.

" Aku tak kisah kalau aku jadi pembunuh. Aku dah lama nak bunuh kau Nurinnnnnnnnn. Aku dah lama geram tengok kebahagiaan kau selama ini" Sakinah makin menguatkan cengkamannya di leher Nurina. Dia bagai dirasuk bagai tidak sedarkan diri. Hilang semua kebaikan yang pernah dilakukan oleh Nurina.

Nurina sudah meronta-ronta akibat kesakitan teramat sangat. Segera dia mencapai iphonenya di dalam tas tangannya. Terus dia cuba menekan speed dial untuk menghubungi Faheem.

Puas Nurina bergelut untuk melawan Sakinah dan akhirnya Nurina dapat menyepak kuat kaki Sakinah.Sakinah sudah terjelepuk jatuh ke bawah akibat kakinya disepak oleh Nurina.

" Kau memang kurang ajar Nurina. Siap kau kalau aku dapat kau. Kau nak lari ke mana tu?" Sakinah sedaya upaya cuba untuk bangun mengejar Nurina.

Nurina terus berlari menuju ke pintu utama. Dia dapat mendengar suara Faheem sudah berada di hujung talian.

" Help me Heem. I dekat rumah pusaka. Sakinah tengah mengamuk" ujar Nurina sudah termengah-mengah. Wajahnya sudah di banjiri air mata. Sampai hati Sakinah buat dirinya seperti ini.

Habis sahaja berkata-kata Nurina menoleh kebelakang untuk melihat Sakinah,tiba-tiba pandangannya terus menjadi gelap. Kepalanya berasa teramatlah sakit pada ketika ini.

"Sampai hati kauu K-kkina"lemah kedengaran suara Nurina dan tubuh Nurina sudah terjelepuk di atas lantai.

Sakinah sudah tergelak besar melihat tubuh Nurina dengan perutnya yang sudah kelihatan "baby bump" terbaring lemah di atas lantai.

" Hahahahahahaha. Puas hati aku Nurin!" Kedengaran gelak Sakinah memenuhi segenap ruang rumah. Sakinah berjalan mudar-mandir di tepi tubuh Nurina sambil sibuk ketawakan Nurina.

Namun,apabila dia menoleh dan melihat tubuh Nurina sudah tidak bergerak segera dia duduk bersimpuh dan menggoyang-goyangkan tubuh Nurina.

"Nurinnnnnnn. Bangun Nurinnnnn. Nurinnnnnnnnnn"

Tubuh Nurina senyap tidak memberi sebarang reaksi dan tindak balas.
Sakinah sudah bangun dan berasa tidak tentu arah terus dia menyandar di dinding sambil menekup kepalanya di kakinya. Dia memandang tubuh Nurina dengan juraian air mata.

" Apa aku dah buat ni. Apa aku dah buat ni" Sakinah sudah mengetuk-ngetuk kepalanya kuat.

Tiba-tiba pintu utama rumah pusaka dikuak dari luar. Jeritan Faheem bergema selepas melihat tubuh Nurina kaku.

" How dare you Sakinahhhhhhhhhhh! " Faheem sudah menuju ke arah Sakinah sambil tangannya sudah menggenggam sekepal penumbuk.

Hello gais. Geram jugak kan kalau dapat kawan tak kenang budi macam Sakinah ni. Tengah sakit pun boleh nak 'saiko' macam ni. Kalau i jadi Faheem memang i grrrr apa pulak i yang emo ni. Huhu. Sorry i lambat update. Anyway,To my all silent readers, thank you sudi baca even i tak kenal pun you all siapa. Memana yang rajin click button vote tu i know you very well. No worries. Teruskan membaca. Lebiuuu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro