Epilog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Angin bertiup perlahan di sebalik jendela kayu itu. Jauh khayal Nurina kali ini. Semua bayang Faheem turut berterbangan di bawa angin rindu.

Ya, hampir seminggu Nurina membawa Laili lari bersama-sama. Keluar dari teratak syurga mereka demi membawa hatinya yang lara.

"Sampai hati you Heem buat i macam ni" rintih Nurina perlahan.

Kemudian Nurina menoleh ke belakang. Dia dapat lihat lena Laili dari jauh. Kasihan Laili. Sudahlah Laili teramat manja dengan Faheem. Pantang melihat kelibat Faheem lalu di hadapannya, segera Laili mengangkat kedua tangannya sebagai isyarat supaya Faheem mendukungnya.

"Kalau you sayangkan Laili, you tak kan tergamak buat i macam ni Heem" perlahan suara Nurina menahan tangis.

***************

Sudah seminggu Faheem tidak senang duduk. Tidur malamnya berteman resah, makan minumnya entah ke mana. Kusut sungguh fikirannya mencari Nurina dan Laili. Ke mana agaknya kedua insan yang dia sayang itu pergi. Faheem sudah buntu memikirkan solusi. Prestasi kerjanya turut terganggu. Sudah seminggu juga dia tidak menjejakkan kaki ke TR Land. Entah berapa tinggi dokumen yang menanti di atas meja kerjanya.

Segera Faheem menoleh ke belakang apabila mendengar namanya disapa.

" Macam mana Heem? dapat tau ke mana Nurin dan Laili pergi? " soal Tengku Rais perlahan sambil mengusap di belakang Faheem.

Perlahan Faheem menundukkan kepala dan menggeleng. Berat keluhan Faheem kedengaran.

" Daddy pun tak dapat nak bantu masalah kamu ni. Heem juga yang salah. Kalau Heem bincang elok-elok dengan Nurin mesti semua benda ni tak terjadikan? "

Faheem mengangguk lemah. Ya, memang semua salahnya. Dia sendiri tidak sedar bagaimana dia boleh tersasar sejauh itu. Benarlah kata orang, "If someone doesn't appreciate your presence, make them appreciate your absence"

" I mengaku i salah Nurin. I ego. I abaikan you yang setia dengan i selama ini. I jadi macam ni semua sebab i sendiri tak tahu" luah Faheem penuh sebak.

Dalam sesuatu hubungan, memang selalu ada pasang dan surut. Akan tetapi dalam masalah diorang ni, penulis memang yakin Faheem yang mengada.Nak tau kenapa? bacalah woi.

***************
"Heem kenapa you selalu balik lambat lately?" Soal Nurin lembut sambil dia tunduk menyalami tangan Faheem.

Faheem hanya membiarkan pertanyaan Nurina tanpa jawapan. Dia segera melonggarkn ikatan tali lehernya dan terus duduk menyandar di atas sofa sambil memejamkan matanya.

"You nak i ambilkan air tak Heem?" Nurina masih sabar melayan sikap dingin Faheem. Dia sendiri semakin pelik melihat sikap dingin Faheem sejak kebelakangan ini.

Entah kenapa. Setiap kali melihat muka tenang Nurina hati Faheem semakin tawar. Rasa seperti kasih sayang yang tinggi menggunung selama ini sudah mendatar. Hambar.
Segala pertanyaan dari Nurina juga membuatkan dia rasa meluat. Dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya semakin tiada buat insan yang bernama Afrina Nurina binti Ahmad Farid.

"Heem? You okay tak?" Soal Nurina lembut sambil berdiri di belakang Faheem. Lembut jari runcingnya memicit belakang Faheem. Kemudian Nurina menunduk mencium perlahan rambut Faheem.

Faheem memejamkan matanya. Nafasnya bertukar rentak. Sekejap perasaannya indah dibelai Nurina. Sekejap dia rasa rimas!
Dia segera bangun meninggalkan Nurina yang sedang terpinga.

" baba, you dah kenapa ni? " getar suara Nurina menahan sebak.
Faheem hanya menggelengkan kepalanya terus kakinya melangkah naik ke bilik.

Malam itu, Nurina kelihatan lemah. Wajahnya pucat seperti tidak sihat. Berulang kali juga Nurina keluar masuk ke tandas.
Faheem sudah malas ambil pusing. Dia lantas ke baby cot Laili yang terletak di sebelah katil mereka. Polos wajah Laili ditatap kasih. Dibelai lembut rambut Laili segera Faheem menunduk untuk mencium kepala Laili dengan penuh hati-hati. Risau lena Laili terganggu.

"Heem" lembut suara Nurina memanggil dirinya. Faheem lantas menoleh untuk melihat Nurina.

" You tak sihat ke Nurin?" soal Faheem dingin.
Nurina hanya menganggukkan kepalanya sambil jarinya sibuk membuka penutup minyak angin untuk disapu sekitar dahi dan tengkuknya.
Faheem kemudian duduk dibirai katil, ringan tangannya membantu untuk memicit tengkuk dan belakang Nurina.

Perasaan Nurina sudah terbuai dek urutan daripada Faheem. Nurina mengangkat kepalanya dan segera mencari bibir Faheem. Tapi hampa, Faheem tidak membalas ciuman Nurina terus dia berlalu dan meninggalkan Nurina terkebil-kebil keseorangan di atas katil.

Pagi berikutnya, Faheem keluar ke pejabat tanpa menjamah satu pun sarapan yang disediakan oleh Nurina.

"Apa masalah Faheem sebenarnya?" bisik hati kecil Nurina.

Malam itu, Faheem pulang lewat lagi ke rumah. Nurina sudah naik berang melihat sikap Faheem. Sengaja dia tidur lewat untuk menunggu Faheem dengan penuh setia di atas kerusi kegamaran dia bersama Faheem.

"You pergi mana Heem? Lambatnya balik?" Dingin suara Nurina kedengaran.

Faheem hanya berdiam diri. Tangannya sibuk meleraikan ikatan tali lehernya dan mencabut satu per satu butang kemeja kerjanya. Faheem kemudian berlalu ke dapur dan membiarkan pertanyaan Nurina begitu saja.
Kondisi kesihatan Nurina turut bertambah parah semenjak dua menjak ini. Keadaan menjadi lebih sakit lagi apabila Faheem berkelakuan dingin terhadapanya.

Selepas makan malam, dengan wajah yang serius Nurina terus bertanya akan keadaan mereka.
" you kenapa Heem? Kenapa you dingin macam ni? Apa salah i? Kenapa you ignore i like a shit macam ni? Soal Nurina bertubi-tubi.

Seperti biasa, Faheem hanya diam sambil matanya fokus melihat kaca televisyen.

"Kalau you dah tak ada rasa dengan i just tell me the truth Heem. Sumpah i dengan Laili akan pergi dari hidup you"

"Jangan nak libatkan Laili dalam soal kita. Kalau you nak pergi you pergi sorang. Jangan ambil Laili dari i"

Sebaik sahaja habis Faheem berkata-kata Nurina terus berlari naik ke tingkat atas. Kedengaran pintu bilik dihempas kuat.

*************
"Heem tak dak telepon hang ka Nurin?" Soal Pak Su lembut ketika Nurin sedang sibuk menolong Mak Su di dapur.

Nurin diam dan menundukkan mukanya. Dia sendiri tidak tahu Faheem ada menelefonnya atau tidak. Sudah seminggu Iphone-nya dibiar tidak bercas.

Normally, perempuan memang macam ni perangai diorang. Kalau datang rasa ego dan keras kepala, suka buat something ikut rasa hati. Lepas tu mulalah menyesal dan tak dapat terima hakikat bila lelaki dan tak boleh ikut rentak diorang. Well, ingatlah pembaca sekalian, sebagai seorang perempuan yang genius lagi baik hati apabila dilanda masalah atau ribut, jangan terus sembur kata-kata kesat kepada pasangan yang boleh meruntuhkan institusi kasih sayang kalian. Duduk tegak dan cuba bertenang. Ingat, setiap masalah pasti ada solusinya. Good things take time.
Tapi, kalau pasangan dah sah-sah curang ada orang ketiga, engkorang still merayu duk menangis nak juga selamatkan relation-shit engkorang, i have no idea what to do 🤔

"Pak Su tak tau apa yang berlaku antara hang dengan Heem Nurin. Dah seminggu hang dengan Laili dekat sini. Pak Su tau mesti Heem tak senang duduk bila ampa duduk sini"

Mata Nurin sudah bergenang. Tangan Mak Su mengusap lembut di belakangnya menjadikan perasaannya bertambah sebak.

Malam itu, Nurina dan Faheem bertengkar teruk. Nurina bertambah berang apabila melihat perangai Faheem yang semakin pelik.
Faheem seakan cuba mengelak apabila Nurina ajak duduk berbincang berkenaan masalah mereka. Setiap kali diajak berbincang setiap kali itulah Faheem melenting.
Sumpah, perangai Faheem sudah berubah sangat-sangat. Nurina sendiri buntu.

" Heem, kalau you dah tawar hati dengan i please lepaskan i dengan cara yang paling bermaruah" pinta Nurina sebak.

Faheem lantas menoleh melihat Nurina yang sedang tunduk menangis. Dia sendiri rasa mahu berlari memeluk Nurina. Dia sendiri buntu kenapa dia berperangai sedemikian. Dia sendiri buntu kenapa dia menghiraukan Nurina semenjak dua menjak ini. Apa yang terjadi antara dia dengan Nurina sekarang adalah gila! Pergaduhan yang tercetus tanpa sebarang sebab.
Dia lihat Nurina sudah berjalan menuju ke arahnya.
Mata Nurina sudah merah. Pipinya sudah dibanjiri air mata.
Hidung Nurina sudah merah akibat menangis.
Bibir Nurina sudah membengkak.

"Bodohnya kau Heem. Buat perempuan yang paling kau sayang macam ni" bisik hati Faheem.

Nurina sudah duduk memeluk kedua lutut Faheem. Faheem sudah kaku melihat tingkah laku Nurina. Matanya turut berair melihat situasi ini.

"Heem, i tak sangka kita akan jadi macam ni. I tahu i banyak buat salah. Banyak buat you makan hati, i ego, degil, keras kepala. Tapi tu dulu Heem. Lepas kita kahwin, i try untuk berubah demi family kita. Tapi i tak sangka hati you berubah secepat ini..." bahu Nurina sudah terinjut menahan tangis.

" sekarang tengok muka i pun you dah tak nak Heem. Apatah lagi you nak cumbu i, belai i macam dulu. I dah tak tahu nak buat apa lagi. I nak Heem i yang dulu. Please, brings my old Heem back" makin erat pelukan Nurina di lutut Faheem.

"I sayang you Heem. With all my heart. Kalau dengan lari dari masalah boleh buat you happy, boleh buat you lega you may do that thing but bagi izin i bawa Laili pergi untuk seketika. Selama i pergi mungkin you akan sedar sesuatu"

Bodoh Faheem. Kau memang bodoh biar Nurina dan Laili pergi macam tu je.

Teguran Mak Su menyedarkan Nurina. Jauh benar dia mengelamun mengingatkan kisah dia dengan Faheem pada malam mereka bertengkar teruk. Satu pertengkaran yang menyebabkan dia melarikan diri bersama Laili jauh ke Kodiang. Tempat Faheem mengajarnya erti kasih dan sayang yang sebenar.

Tengah hari itu Nurina makan dengan berseleranya. Sudah dua pinggan nasi berjaya dia habiskan. Sungguh gulai lemak pucuk ubi dicampur pula dengan ikan masin membangkitkan seleranya yang sudah berminggu-minggu mati. Mak Su hanya tersenyum melihat Nurina yang sungguh berselera itu.

"Mak su tengok badan hang macam berisi sikit Nurin" tegur Mak Su sambil tangannya sibuk mengemas pinggan kotor untuk dibasuh.

" ye ke Mak Su? Nurin dah lama tak makan banyak macam ni tau"

" Awat Heem tak bagi hang makan ka?"

" Heem baiklah. Tak kan lah dia tak bagi Nurin makan. Nurin yang tak selera. Rasa tak sedap badan je sekarang"

Mak Su sudah menggeleng tersenyum mendengar aduan Nurina.

"Nurin,Nurin. Hang mengandunglah tu. Nampak lain macam sungguh" bisik Mak Su perlahan sambil meninggalkan Nurina yang sedang menikmati nasi ketiganya.

Selesai saja makan, Nurina terus berlari masuk ke dalam tandas. Habis dimuntah semua makanan yang baru dimakannya. Nurina sudah penat. Baru saja seleranya terbangkit, habis semua makan sudah keluar semula.

"Awat nih Nurin" Mak Su sudah mengurut lembut di belakang Nurin.

Nurina menggeleng perlahan.

"Muntahlah lagi. Bagi keluar habis nah. Nanti legalah tu" lembut suara Mak Su memujuk Nurin.

Malam itu selepas menidurkan Laili, Nurina hanya terbaring lemah di katil. Rindu. Dia amat merindui Faheem. Dia rindu bau Faheem, dia rindu sentuhan Faheem. Dia pusing badannya menghala ke kiri, cepat tangan Nurina mencapai Iphonenya di atas meja kecil di tepi katil. Segera dia menekan button power. Dadanya sudah berdebar apabila melihat logo apple putih itu sudah bernyala.

"Faheem ada cari aku ke tak agaknya?" bisik Nurina perlahan.
Dadanya sudah berdebar. Tidak sabar untuk melihat notifikasi telefonnya. Tidak sabar untuk melihat kesungguhan Faheem mencarinya selepas dia dan Laili melarikan diri.

"Wowwwwwww banyaknya missed calls. 1234 whatsapp masuk. Semuanya dari Faheem" bisik Nurina gembira.

Entah kenapa dia rasa seperti sedang bercinta. Perasaan berdebar rindukan Faheem mengingatkan dia akan perasaan itu ketika dia mula-mula jatuh cinta kepada Faheem.
Habis semua perasaan menyampah dekat Faheem hilang apabila rindu berjauhan begini.

Nurina kembali mengeluh. Dia meletakkan kembali Iphonenya di atas meja kecil. Dia malas mahu membalas whatsapp daripada Faheem. Kata dah berubah. Sembang je lebih Nurina. Hang ego lebih tau dak?

*******************

"Tuk tuk tuk" sayup sayup bunyi ketukan pintu kayu kedengaran. Mata Nurina sudah terbuka luas. Laju tangannya mencapai Iphonenya untuk melihat jam.

3 pagi?
Siapa pula yang datang pagi-pagi macam ni?

"Tuk tuk tuk"

Bulu roma Nurina sudah meremang. Dia pusing untuk melihat Laili di sebelahnya. Lena benar Laili.

"Tuk tuk tuk"

Bunyi ketukan pintu kedengaran lagi. Nurina sudah memeluk badan Laili erat. Nurina sudah berasa seram sejuk.
"Li, mummy takutttttttttt" bisik Nurina sambil menekupkan mukanya di badan Laili.

"Tuk tuk tukkkkkk"
makin kuat bunyi ketukan kedengaran. Nurina sudah duduk di birai katilnya. Tangannya sudah sejuk. Jantungnya sudah mahu melompat keluar. Entah kenapa Pak Su dengan Mak su mengendahkan bunyi ketukan pintu itu. Mungkinkah dia seorang saja yang terjaga dan mendengar akan bunyi ketukan itu?

"Tak kan Pak su tido mati kut?" Bisik Nurina keseorangan.

" Tuk tuk tuk"
Nurina mendengar lagi pintu kayu di ruang tamu rumah itu diketuk. Dia lantas berdiri untuk keluar dari biliknya. Suasana gelap ruang tamu menyebabkan tahap keseraman Nurina meningkat naik ke skala 9.99%.

"Tuk tuk tukkkkkkkkk"
Bunyi ketukan pintu itu makin kuat. Dada Nurina sudah berdebar. Dia sudah berada di hadapan pintu kayu itu.

"Nak buka ke tidakkkkkkkkkk" keluh Nurina seram.

" Si-siapa tu? " soal Nurina penuh cemas.

" Kalau anda seorang manusia ketuk pintu ini sebanyak lima kali" pinta Nurina cemas.

" Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk"

"Okay sah lah ni manusia. Sebab dia faham arahan" bisik Nurina lantas jarinya membuka kunci pintu kayu itu.

Alangkah terkejut Nurina apabila pintu sudah terbuka dan melihat Faheem sedang berdiri memandangnya dengan pandangan yang sukar ditaip oleh penulis.

"Heem?"

Faheem lantas menarik Nurina ke dalam pelukannya. Sangat erat.Bagai tidak mahu dilepaskan.

TAMAT

💌 finally, cerita ni berjaya juga ditamatkan. Thanks semua readers sudi baca , votes and comments. Sorry sangat cerita ni lambat nau di-update sebab i busy tahap apa entah. Gonna miss you all. And thank you so much for reading my story and put it into your fav. Xoxo

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro