Special part ❤️

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Shhhhhhh. Jangan bising sangat. Jalan pelan sikit Heem. I takut Laili terjaga nanti" bisik Nurina sambil dia sibuk mengajak Heem untuk masuk ke dalam bilik mereka.

Faheem melangkah dengan penuh hati-hati. Al maklumlah lantai rumah kayu. Bunyi derap kaki perlahan pun kedengaran kuat jika tidak biasa. Faheem lantas memeluk pinggang Nurina dan membelai perlahan sambil mereka berjalan seiringan.

" hmm i ingat orang tu bila berjauhan dengan suami akan makin kurus. You makin gemuk sayang" lembut suara Faheem merungut.

"Plus, you nampak makin seksi sangat. I tak tahu sebab i lama tak jumpa you atau ada something yang you cuba sorokkan daripada i" duga Faheem lagi.

Nurina hanya tersenyum manja sambil melentokkan kepalanya di dada Faheem. Dia dapat melihat keadaan Faheem bagai tidak terurus. Habis penuh muka Faheem disaluti dengan jambang dan misai. The most important thing, Nurina bertambah rasa semacam apabila melihat keadaan Faheem begitu. Seksi sangat tahu dak!

Masuk saja ke dalam bilik, Faheem dapat melihat Laili yang sedang lena diulit mimpi. Dia menunduk dan mencium kasih dahi Laili. Rindu benar dengan puterinya itu. Tangannya sibuk menepuk-nepuk punggung Laili apabila melihat Laili seakan mahu menangis akibat lenanya diganggu.

"You pergilah mandi dulu Heem. Datang tengah-tengah malam macam ni entah makhluk apa yang menumpang you tau dak?" Nurina sudah mula mahu membebel.

"Macam tak boleh nak tunggu esok. Esok kan ada lagi. Ni tak, you nak jugak balikkkkkkk--- hmmmm" belum sempat Nurina menghabiskan bebelannya Faheem bijak membuat mulut Nurina supaya berhenti membebel. Mata Nurina sudah terpejam seperti terbuai dengan perlakuan Faheem yang tiba-tiba.

"Hmm bibir ni still manis macam dulu"puji Faheem lagi sambil menyambung rindunya kepada Nurina.

" I rindu bau you sayang. I rindu sentuhan you. I rindu semua yang ada pada you" Faheem sudah memcumbui Nurina dengan penuh menggila. Nurina sudah tidak tentu arah. Sungguh, dia amat merindui belaian daripada Faheem.

"Heemmmmmmmmmm" rengek Nurina.

"Yeahh i rindu sangat nak dengar you merengek macam tu sayang. I love you so much" ujar Faheem lantas menarik tubuh Nurina ke atas katil mereka.
Malam itu, segala masalah bagai hilang apabila dua insan sedang asyik melepaskan rindu yang sudah lama terpendam.

************
"Ba.. ba.. baaaaa" Laili sedang menepuk manja pipi Faheem. Segar terus mata Faheem apabila melihat puteri kesayangannya sedang menganggu tidurnya.

"Morning princess baba" ujar Faheem manja sambil mencium pipi Laili.

"Mummy mana? Anak baba dah mandi ke ni?" Ujar Faheem bertubi-tubi kepada Laili. Melihat Laili hanya tersenyum Faheem segera menggeletek tubuh montel itu. Riuh keadaan bilik mereka dengan gelak dan tawa Laili.

Nurina segera masuk ke dalam bilik apabila mendengar suara riuh Laili. Di tangan Nurina ada sebijik mangga muda yang sudah digigit.

"You makan macam tu je mangga tu sayang?" Soal Faheem kepada Nurina.

Nurina hanya menganggukkan kepalanya sambil tangannya sibuk membelai kepala Laili.

"Lain kali jangan lari macam tu je Nurin. You still ada i tau" tiba-tiba Faheem bersuara sayu.

"You should told me earlier that yang you tengah pregnant. Kalau i tak jumpa pregnancy test dalam toilet tu sampai sekarang i still tak tau you pregnant tahu tak?" rungut Faheem lagi.

"Dah lah baba. Past is past. I mintak maaf. Sangat-sangat. I tahu, you berubah perangai pun mungkin sebab pembawakan budak. You jadi childish, hot tempered, kuat tidur, keras kepala, you degil, you ignore i, semua lah. Benda yang berlaku dekat you tu semua perangai i semasa mengandungkan Laili dulu. You ingat tak?" ucap Nurina satu persatu sambil membelai lembut tangan Faheem.

Faheem menganggukkan kepalanya dan cuma tersenyum melihat Nurina sedang bersungguh-sungguh cuba menerangkan permasalahan mereka selama ini. Memang dia akui, perangainya berubah sedrastik itu akibat pembawakan budak mungkin. Selama Faheem hidup, mana pernah dia merajuk. Itu Faheem katakan tempoh hari, pergaduhan ini adalah pergaduhan yang paling gila kerana ia tercipta tanpa sebarang sebab. Hilang entah kemana angannya bila suara Nurina kedengaran kembali.

"Chop. You boleh tahu i pregnant sebab i tertinggal pregnancy test dekat toilet but macam mana you tahu i dengan Laili dekat sini?" soal Nurina tiba-tiba.

" Hmmmmmm" Faheem sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Cakaplah cepat kalau you nak hidup lebih lama Heem" Nurina sudah pandai mengugut Faheem.

" Hei orang tak nak bagitahu pun cakap macam tu. Kejam gila you Nurin" ujar Faheem sambil membaringkan kepalanya di ribaan Nurina. Melihat keadaan Faheem yang sedang bermanja-manja bersama Nurina, Laili segera memanjat badan Faheem dan turut meletakkan kepalanya di atas riba Nurina.

" Amboiiiiiiiiii dah pandai nak jelous eh anak daddy ni" ujar Faheem gembira sambil memeluk Laili ke dalam dakapannya.

" jangan nak ubah topic Heem. Im waitinggggggggg here"

" Pak Su call i petang semalam. Dia suruh i balik cepat kalau nak terus hidup bahagia. Yes, i know he's giving me a hint. I tahu you ada dekat sana dengan Laili. So i apa lagi, terus kemas beg and balik sini serta merta. Semuanya demi you, Laili dan baby kita ni" syahdu kedengaran suara Faheem. Faheem lantas mencium perut Nurina.

" and, i really hope this baby will be a boy. Tak de lah i tengok game Manchester United sorang-sorang lagi lepas ni"ujar Faheem sambil membelai lembut perut Nurina.

Nurina sudah tersenyum mekar. Doanya, semoga cinta dia bersama Faheem akan kekal bahagia hingga ke syurga. Sungguh dia tidak mahu yang lain, cukuplah hanya nama Faheem yang memenuhi setiap ruang di hatinya.

TAMAT II

💌 Hmm tak pernah dibuat orang ada dua penamat 😂But i got so many ' bad' comments regarding my previous epilogue. Demi memuaskan hati my beloved readers, i write up special part for mahu tapi malu. Here's the ending for this story. The happy ending i hope. Thank you for all comments. God bless you all❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro