BAB 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Setelah hampir tiga hari, aku tak hadir kan diri ke universiti. Akhirnya, aku jejak kan kaki ku jua ke sini. Hati ini terasa berat namun aku gagahkan juga langkah untuk pergi masuk kelas. Yurp, silap aku pilih bercinta semasa belajar. Tak fasal-fasal, di tengah jalan.. aku kecewa dan terluka.

Cuma, apa yang aku harap kan sekarang ni, aku tak bertemu dua mata dengan Faliq. Itu saja yang aku harapkan kini. Tak lebih.

Melangkah masuk ke dalam dewan kuliah, aku rasakan semua mata memandang ke arah aku. Tak kurang juga, aku dengarkan bisikan halus menyapa halwa telingaku. Seakan mengetahui apa yang terjadi pada aku kini.

Hairan juga aku dibuatnya namun cuba aku tepiskan perasaan itu. Mungkin aku aje kot yang overthinking sangat. Takkan mungkin diorang tahu yang aku ada masalah dengan Faliq. Kan?

Tempat duduk yang jauh di belakang dan agak terasing dari yang lain, aku duduki. Yurp, buat masa sekarang.. aku perlu kan masa untuk bersendiri. Bagi aku ruang untuk mengubat hatiku yang lara.

Beg tangan yang berisi buku nota, aku keluarkan. Untuk pertama kalinya, di waktu pagi, aku membaca nota cikai yang aku tulis. Ermm.. mesti ramai yang akan pandang pelik.

"Rafa..!"seruan gemersik suara gedik itu menyapa gegendang telingaku.

Automatik, mataku terarah pada sosok Aina yang mendekatiku. Senyum penuh tersiratnya terukir. Di belakangnya ada Azura yang menuruti. Haih... dua orang ini memang berpisah tiada.

Padanlah. Masing-masing pun perangai serupa. Suka sangat membawang dan gemar ambil tahu kisah pahit hidup orang. Salah seorang mangsa mereka itu, akulah!

"Hmm?" balasku dalam keadaan tak ada mood.

Aina ambil posisi di sebelahku. Azura pula yang duduk di sebelahnya sudah pasang telinga. Aku dah agak dah! Mesti diorang nak membawang dengan aku ni. Membawang fasal aku?

"Kau ada masalah ke dengan Faliq?" soalan pertamanya terpacul.

Aku agak tergamam juga bila Aina tanya begitu. Rasanya, aku tak beritahu sesiapa pun hal ini. Hanya aku dan Faliq saja yang tahu. Erm.. takkanlah, Faliq pula yang sebarkan berita kami putus itu?

"Kenapa kau tanya?"soalan berbalas soalan.

"Jawab ajelah. Bukan susah pun soalan yang Aina tanya itu." Azura mencelah. Busy body.

"Kan?" Aina bersuara bila dirasakan pendapat Azura itu betul.

Aku ketap bibir. "Kenapa korang nak tahu?" aku langsung tak pedulikan soalan mereka berdua itu. Cuma, aku nak tahu sebab mereka perlu tahu.

Keluhan Aina meniti malas. Seakan lelah melayan karenah aku yang jenis keras kepala itu.

"Kitorang cuma nak tahu. Yalah, dah tiga hari kau tak masuk kelas kan? Sepanjang itulah, Faliq asyik tercari-cari kau. Hampir tiap hari dia tanya budak kelas tentang kau. Muka dia pun macam bersalah semacam. So, kitorang dua orang predict yang hubungan korang tengah bermasalah." ujar Aina mencerita kan satu persatu secara terperinci.

Kaget juga aku bila dengar cerita yang dikongsikan Aina itu. Faliq cari aku? Untuk apa?!! Nak minta aku getback dengan dia semula ke?

"Jadi, betullah kau tengah gaduh dengan Faliq? Fasal apa?" soalan Azura menyapa bila lihat aku diam.

"Dia curang ke?"
"Dah ada perempuan lain?"

Tebakan demi tebakan mereka ajukan padaku namun aku pilih untuk senyap. Buat masa sekarang, aku taknak ada seorang pun yang tahu aku dah putus dengan Faliq!

"Korang memang tak ada benda lain nak buat eiyh? Semak tahu tak?" spontan, aku buat teguran sinis itu.

Terkelu Aina dan Azura masing-masing. Sempat mereka berdua saling berpandangan. "Kitorang.." ayat serentak mereka berdua tergantung bila terlihat kelibat Doktor Syahirah memasuki kamar kuliah.

"Sila duduk di tempat masing-masing. Saya nak discuss perkembangan project final year kamu semua." ujarnya memberi arahan.

Dalam hati, aku mengucap syukur. Tepat pada masanya.
....
"Rafa, Rafa!!"

Namaku yang diseru berkali-kali dari belakang, langsung aku tak hiraukan. Langkahku percepatkan agar gerangan itu tak dapat mengejar aku dan mendapatkan aku. Tak.. aku memang taknak jumpa dia!

"Rafa, tolong berhenti sayang. I nak discuss dengan you." dia guna taktik memujuk pula.

Namun, seperti tadi.. aku langsung tak hiraukannya. Nak panggil sayang ke baby ke, aku dah tak peduli. Dia perlu faham yang sekarang aku dan dia dah tiada apa-apa.

Aku fikirkan aku sudah menjauhinya namun belum sempat aku tiba ke kereta ku, aku rasakan ada tangan yang menarik lenganku. Spontan, langkah besarku mati. Terus aku kalih kan pandangan ku ke belakang.

Agak terkejut bila lihat Faliq akhirnya dapat tangkap aku. Matanya sudah tajam mencerlung wajahku. Ada nafas lelahnya meniti namun dia tak peduli kan rasa penatnya itu.

"Lepaskan akulah, Faliq!" gertakku cuba menarik tanganku semula namun Faliq langsung tak gentar.

Cengkamannya makin erat pada pergelangan tanganku. Memberi tanda yang dia tak mahu lepaskan aku selagi aku tak habis bincang dengannya.

"I nak discuss dan settle kan semua ni dengan you. I nak you tahu semuanya." ujar lelaki itu.

Aku ketap bibir. Aku beranikan anak mataku bertentang dengan matanya. Ya, rindu, sakit hati dan benci silih berganti merasuk tangkai hati aku. Ya Allah, hati ini masih sayang pada lelaki itu!

"Apa lagi benda yang you nak jelaskan pada I, Faliq? Tak cukup jelas lagi ke semua ini? You dah jadi tunang orang dan you tipu I selama ini? Huh?!!" gertak ku marah.

"Tapi, you salah faham. I bertunang dengan perempuan itu sebab papa I yang suruh. I tak cintakan perempuan itu, I cuma cintakan you seorang aje Rafa. Trust me."dia sudah menagih belas.

Kasar, aku melepaskan tanganku dari cengkamannya. Tak-aku tak boleh jadi pentingkan diri. Walau siapa pun perempuan itu, dia masih tunang Faliq tak kisahlah Faliq suka ataupun tidak.

Kalau aku teruskan juga hubungan aku dengan Faliq, aku yakin yang aku hanya akan digelar sebagai perempuan simpanana saja. Malah, aku juga yakin hubungan kami takkan ke mana memandangkan rasa benci Syed Hadi pada keluargaku. Ya, aku dan Faliq bukan untuk ditakdirkan bersama.

"You kena terima hakikat ni Faliq. I dah putus dengan you so.. I bukan lagi sesiapa untuk you. Better you fokus dengan hidup you dan perempuan itu." ujarku sebelum berlalu pergi.

Tak mahu aku menangis depan Faliq. Hati yang sakit ini, aku cuba pujuk.

Belum dua langkah aku menjauh, sekali lagi tangan Faliq menyambar lenganku. Aku meronta sedikit di situ. Aku tak mahu terus berlama dengan Faliq. Makin sesak jiwa aku dibuatnya kerana menahan sedih.

"Rafa, tolonglah Rafa. Jangan buat I macam ni!" dia masih memujukku.

"Faliq, lepaslah!"aku pula merayu minta dilepaskan.

Terjadi pergelutan kecil antara kami berdua. Tanpa kami dua sedar, ada seseorang yang memerhati kami berdua.  Dari awal perbualan hingga ke akhirnya dia dengar.

Bila lihat aku bergelut mahu meloloskan diri, dia beranikan dirinya untuk datang mendekati kami berdua. Spontan, tangan Faliq yang mencengkam lenganku dileraikannya dalam sekali tarik. Terlepas aku dan kini aku berada di belakangnya.

Faliq jelas tergamam. Wajah lelaki berkaca mata yang kini berdiri di depan ku dipandangnya bengis.

"Kau buat apa kat sini hah, bendul!" gertak Faliq kasar. Berkerut dahinya menahan amarah.

Rayn sempat teguk liur. Rasa kecut yang sudah bersarang dalam jiwa, cuba diusir nya jauh. Tak.. alang-alang dah jadi hero cikai ni. Teruskan aje, Rayn.

"A-awak tak patut b-buat Rafa macam itu. A-awak tu lelaki. Tak patut kasar dengan perempuan." tersenguk-senguk dia menyusun ayat. Nampak sangat resahnya itu.

Faliq kacip gigi. Terus saja kolar baju Rayn ditariknya kasar mendekat ke arahnya. Aku yang berada di belakang Rayn sedikit terlopong. Tak sangka Faliq akan bertindak kasar macam itu.

"Kau jangan nak masuk campur hal aku lah bodoh!!!"gertak Faliq sebelum tumbukan padunya dihala ke pipi kiri Rayn.

Jatuh terbaring lelaki itu dibuatnya. Aku yang sedari tadi berdiri memerhati pantas saja mendapatkan lelaki itu. Tubir mulutnya yang berdarah, aku pandang sebelum aku halakan pandanganku pada Faliq.

"Dahlah, Faliq! Dia tak bersalah dalam hal ini!! Pergilah!! Kita dah tak ada apa-apa lagi yang nak dibincangkan." jerkahku cuba meleraikan pergaduhan itu daripada meleret.

Faliq ketap bibir. Jarinya dituding ke arah Rayn yang sudah nyawa-nyawa ikan di atas jalan tar. Haih..

"Esok, aku habiskan kau bendul!!" ugutnya sebelum berlalu pergi.

Aku gigit bibir. Wajah Rayn aku pandang. Kaca matanya yang agak senget di wajahnya aku betulkan. Sungguh, aku bersalah sangat-sangat pada dia sekarang ni. Tak fasal-fasal dia kena tumbuk.

"Awak tak apa-apa ke?" soalku sambil menyapu lukanya di tubir bibir.

Rayn celikkan mata menatap aku. Dalam hati, dia senang bila lihat wajah risauku kerananya. Haih.. crush risau fasal kita. Aih!!!

"Tak apa-apa. Awak okay tak?" dia tanya soalan pada aku pula.

Senyum tipisku terukir. Sebuah gelengan aku berikan. "Saya okay je. Thanks sebab tolong saya."ucapku.

"Most welcome."balasnya sambil senyum manisnya diukir.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro