BAB 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Luka yang berbekas di wajahnya sekali sekala disentuh. Auch!! Dia merengek kesakitan. Rautnya berkerut menahan pedih. Huh!! Itulah Rayn!

Dah tak ada ilmu di dada untuk mempertahankan diri, masih lagi nak berlagak hero. Bisiknya dalam hati.

Haih, tak apalah Rayn. Biarlah badan kau terluka sekalipun asalkan usaha kau itu tak sia-sia. Sekurang-kurangnya kau boleh nampak betapa risaunya Rafa tadi bila nampak kau terluka. Huh, bila lagi nak rasa benda yang sama itu lagi kan?, otaknya pula mencantas.

Tanpa sedar, senyumannya terukir bila mengingatkan wajah Rafa. Penuh dengan keresahan dan juga hiba. Malah, gadis itu juga merawat lukanya walau pun hanya sebatas ubat gamat. Tak apa! Asal dapat lalui saat indah itu, Rayn tak peduli.

"Assalamualaikum,mama." suara garaunya memekik dari luar sambil loceng rumahnya ditekan berkali. Terlupa bawa kunci sebelum pergi kelas tadi.

Tak sampai seminit, pintu rumahnya dibuka. Muncul kelibat Puan Sri Arimah. Bila wanita itu terpandangkan saja pipi Rayn yang membengkak, reaksi terkejut nya menyapa.

"Kenapa lebam-lebam ni?"soalnya terus saja merapat.

Baru saja dia mahu menyentuh luka di wajah Rayn namun Rayn tangkas menangkis lembut tangan mamanya itu. Cuba diukir senyum meminta mamanya itu tidak perlu resah.

"Ini.."

"Kamu main bola tampar lagi ya, Rayn? Haih!! Mama dah beri kamu amaran awal-awal kan, kenapa degil sangat nak ikut cakap mama ni, hah?! Belum sembuh lebam pipi kiri itu, pipi kanan kamu pula yang kena! Huh!! Degil!!" leter Puan Sri Arimah sudah bercekak pinggang. Wajah garangnya dipamer menandakan dia serius dengan topik yang dibahasnya itu.

Laju saja Rayn menggelengkan kepala. Haih, mamanya ini pun. Terus buat andaian melulu. Cerita pun tak dengar lagi, getusnya dalam hati.

"Ini bukan sebab bola tamparlah ma." tepisnya tidak mahu wanita itu terus mempersalahkan permainan kesayangannya itu.

Berkerut dahi Puan Sri Arimah dibuat nya. Wajahnya yang tadi membengis terus berubah hairan.

"Bukan sebab bola tampar?"

Rayn angguk kepala. "Rayn kena tumbuk tadi." jujur dia memberi penjelasan.

Makin tergamam Puan Sri Arimah mendengarnya. Mulut yang sudah melopong ditutupnya. Berita itu bagai kan suatu berita yang luar biasa. Rayn ditumbuk?!

"Kamu kena buli lagi ke? Siapa buli kamu, Rayn? Beritahu mama cepat!" gertak wanita itu sudah panas hati.

Siapa aje yang tak panas bila dengar anak kena tumbuk. Tak lain dan tak bukan pasti sebab kes buli ini. Bukan Puan Sri Arimah tak tahu yang Rayn pernah dibuli semasa di sekolah dulu namun lelaki itu pilih untuk berdiam diri. Tak mahu langsung berkongsi cerita dengannya.

Makanya, tiada sebarang tindakan yang mampu dia kenakan pada pelajar-pelajar yang membuli Rayn tersebut. Dalangnya pun Puan Sri Arimah tak tahu.

"Bukan macam itu, ma. Rayn tak kena buli pun. Kena tumbuk tadi pun sebab Rayn yang start cari fasal dulu. Inilah padahnya." balas Rayn sedikit mengeluh.

"Kamu cari fasal dulu?"soal Puan Sri Arimah semacam tak percaya.

Perlahan, Rayn anggukkan kepala. "Yes, ma. Rayn yang cari masalah dulu." balas nya.

"Kenapa?"

"Tadi, Rayn cuba nak tolong Rafa. Boyfriend dia kasari dia." jelas Rayn sambil membayangkan perkara yang berlaku antara Rafa dan Faliq tadi.

Untuk seketika, Puan Sri Arimah tergamam. Sepasang matanya juga masih menumpu pada wajah Rayn. Tak semena, senyum nipisnya timbul.

Bahu kanan Rayn diusapnya tanda bangga. Tak sangka, Rayn akan berkorban demi seorang perempuan. Walaupun penampilan Rayn langsung tak menggambarkan kematangannya namun Rayn dah buktikan pada dia yang Rayn adalah seorang lelaki yang sejati. Buktinya, adalah dengan melindungi seorang gadis seperti Rafa.

Rayn agak terkedu dengan tingkah mamanya itu namun dibiarkan saja bahunya diusap mamanya.

"Mama tak sangka Rayn akan seberani itu. Mama bangga." ujar wanita itu masih kekal dengan senyumannya.

Mendengarkan apa yang Puan Sri Arimah katakan, Rayn jelas tergamam. Namun, tak lama lepas itu senyum nya terukir.

"Thanks, ma."
...
Usai mengenakan krim malam pada wajah, aku terus saja mengatur langkah untuk tidur. Baju pijama bercorak bulan itu aku rapikan sebelum tubuhku bawa ke atas katil. Telefon pintarku juga aku bawa sekali.

Inilah aktiviti setiap malam ku. Sebelum tidur, aku akan belek telefon pintarku sehingga akhirnya mata buat keputusan untuk terlelap. Kadang aku belek instagram dan kadang juga aku akan buka aplikasi twitter. Aku akan tulis bermacam-macam ayat pedas yang diinspirasikan dari apa yang terjadi pada hari itu.

Umumnya, blog kecil aku itu akan mendapat retweet tak kurang dari seribu. Erm.. hot girlz!

Laman instagram, aku belek. Satu persatu gambar yang terpapar di skrin, aku lihat sebelum aku skrol lebih bawah lagi namun spontan gambar milik Faliq terpapar di skrin telefon pintarku. Tergamam aku untuk seketika.

Tanpa aku sedar, satu persatu yang ada di wajahnya aku tilik. Hati ini sudah mulai bertapa rindu. Yurp, aku kenal gambar itu.. gambar ketika kami bercuti di Bukit Jugra beberapa bulan yang lalu. Kononnya, waktu itu aku sajalah nak tunjuk fit. Namun, belum separuh jalan, aku dah sangkut.

"Penatlah, Faliq. I tak dapat teruskan." rengekku sudah menopang tangan ke kedua belah lututku.

Faliq yang sudah 50 meter maju di depan terus berpusing pada aku. Ada sengih mengusiknya terukir. Kasihan pun ada juga bila tengok aku mengah walaupun tak sampai separuh lagi perjalanan untuk sampai ke puncak.

"Alah, tadi you sendiri kata nak date kat tempat yang adventures. Ni pancit ni.. tak sampai separuh lagi you." ujar Faliq.

Tanpa dipinta, langkahnya mendekati ku. Mungkin rasa bersalah kalau tinggalkan aku bersendiri. Nanti orang kata tak gentleman pula kan?

"Memanglah tapi tu tadi. Sekarang, I tak boleh." ulahku pula sudah bercekak pinggang. Masih wajah lelahku tayang walaupun sudah rehat hampir lima minit.

Faliq tarik sengih. Dia pandang aku sebelum dipandangnya ke puncak yang sudah samar-samar kelihatan. Rasa sayang pula kalau dia undur diri macam itu aje. Tak berbaloi. Kembali, wajah aku dipandangnya.

"Kalau macam itu, you panjatlah belakang I. Biar I angkut you sampai ke atas itu. Bolehlah kita selfie berdua kat atas tu nanti." cadangnya sudah membongkok kan tubuh mahu mengendong ku.

Tergamam aku dibuatnya. Seriouslah, mamat ni?! Aku ni dahlah berat. Nak dukung panjat bukit pula itu. Haih!! Mau semput kaki dibuatnya.

"Tak payahlah you. I ajelah yang turun. You teruskan aje." tepis ku. Bukan segan tapi tak mahu menyusahkan.

Faliq geleng kepala. "Nope, I nak bawa you juga. Bila lagi nak rasa dukung you kan? Baru sweet." sempat lagi dia mengusik aku.

Mahu tak mahu, terpaksa jugalah aku panjat belakang dia lalu lehernya aku peluk. Kemudian, dia bawa aku naik ke atas sehinggalah akhirnya kami berdua dapat sampai ke puncaknya.

Mengingatkan kenangan itu, spontan air mataku luruh membasahi pipi. Ianya sangat membahagiakan. Waktu itu, aku rasakan indah belaka malah cintaku juga hangat buatnya.

"Faliq, kenapa you buat I macam ni? You tahu tak betapa rindunya I dekat you tapi you sakitkan hati I. You duakan I tanpa I tahu pun." bisikku sendirian.

Lama aku menangis sebelum aku menyedarkan diriku tentang status ku dengan Faliq. Huh!! Nope, Rafa!! Kau bukan lagi sesiapa Faliq. Dia cuma bekas teman lelaki kau dan dia juga dah ada tunang!

Pantas, aku menyeka air mataku. "Tak boleh, Rafa. Jangan jadi gila!" gertakku memarahi diri sendiri.

Terus saja telefon pintarku matikan lalu aku letak ke bawah bantal. Daripada aku melayan perasaan, lebih baik aku tidur, putusku.

Mataku segera aku lelapkan.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro