BAB 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Hai, Rafa. I dengar yang you tengah single sekarang. I sebenarnya dah lama minatkan you tapi tak dapat nak dekat dengan you. Jom kenal dengan I.'

Haih!! Wajah penuh meluat aku buat sebelum aku ambil keputusan untuk padam pesanan whatsapp tersebut. Semenjak minggu lalu, aku tak henti- henti menerima pesanan daripada lelaki kebulur cinta ini. Dari pagi sampailah ke petang.

Mereka fikir lepas aje aku putus dengan Faliq, semudah itu aku akan terima cinta lelaki lain? Huh?!! Aku bukan jenis gadis yang suka memanfaatkan kelebihan yang ada. Yurp, aku tahu aku ni cantik dan terkenal di Universiti Juliaz Hills ni.

Dengan badan yang serupa model Miss Universe Malaysia, rambut mayang mengurai dan tak lupa juga kening serupa Angelina Jolie, yurp.. aku akui yang aku ni memang menawan. Ehem! Cuma, aku tak suka memanfaatkan semua itu untuk menarik perhatian banyak lelaki. Hati aku cuma mahu mencintai dan dicintai oleh seorang lelaki yang aku yakin dapat jaga aku.

Namun, setelah apa yang jadi sekarang ini. Entah kenapa, hati aku jadi mati. Walaupun ini bukan kali pertama aku putus namun inilah yang paling menyakitkan. Putus dengan Faliq beri kesan panjang pada aku. Malah, sampai sekarang juga fikiran aku sulit untuk padam nama dan juga kenangan bersama dia. Huh!!

"Rafa.. nak makan sama tak?" ajakan Aina menyapa halwa telingaku.

Aku yang ketika itu sedang berjalan keluar dari kelas berpusing ke arahnya. Sebuah gelengan kecil aku berikan sebagai tanda tidak.

"Tak apalah. Aku tak lapar lagi. Korang pergilah makan." balasku sebelum berlalu pergi tanpa pamitan.

Semenjak putus ini juga, aku lebih banyak bersendiri daripada bersama- sama rakanku yang lain. Bagi aku, orang sekeliling aku cuma memanfaatkan situasi yang aku alami sekarang. Konon nya, mereka peduli namun sebenarnya tidak. Munafik. Hipokrit.

Dewan sukan, aku jejaki. Memandang kan tiada sebarang perlawanan yang diadakan minggu ni jadi tempat itu memang kosong dan tak digunakan. Cuma petang saja, ia akan sibuk dengan para pelajar yang bermain badminton dan juga bola tampar.

Aku ambil tempat di kawasan kerusi penonton lalu gelanggang kosong itu aku renung. Hmm..  kosong, sekosong apa yang aku rasakan sekarang ini.

"Faliq.." entah kenapa, aku boleh terlintas untuk menyebut nama lelaki tersebut. Mataku juga sudah berkaca. Hampir saja aku mahu menabur air mata namun aku cuba untuk tahan.

Kalau betul aku ambil keputusan untuk putus, aku juga perlu belajar untuk menerima kehilangan. Huh!! Kalaulah Faliq tahu aku menangis disebabkan dia, pasti dia akan pujuk aku untuk kembali bersamanya.

Nope!!

Jangan macam ni, Rafa. Kau dilahirkan bukan untuk dimainkan oleh seorang lelaki. Banyak lagi lelaki lain yang boleh bahagiakan kau selain Faliq. Bukan dia seorang aje lelaki yang wujud kat dunia ni, hatiku membisik kata pembakar semangat.

Terus saja tanganku menyapu kelopak mataku yang sudah terasa basah. Nak pujuk diri buat sementara waktu.

Sedang aku leka melayan perasaan sendiri, tak semena aku terdengar bunyi pintu dewan dibuka dari luar. Spontan, mataku beralih ke arah gerangan yang memasuki dewan tersebut.

Tergamam aku dibuatnya. Dia lagi?

"Awak?" kami sama-sama bersoal pada satu sama lain. Dia juga kelihatan kaget melihat aku disitu.

"Awak buat apa kat sini?" soalku bila lihat dia masih tercegat tidak jauh dari tempat dudukku.

Bibirnya digigit sambil kaca matanya diperbetulkan. Sempat matanya melirik ke arah gelanggang. Terus matanya menangkap botol air merah yang terletak di situ.

"S-saya nak ambil botol air itu. Tertinggal semalam masa latihan." jawab nya sambil menuding jari ke arah botol yang terletak di tepi gelanggang. Setelah itu, pandangannya ditunduk.

Aku yang mendengar jawapannya sekadar mengangguk. Terus aku bangun dari tempat dudukku. Rasanya, ruang ini dah tak begitu privasi untuk aku melayan perasaan sendiri.

Jasadnya aku dekati sambil mataku mengamati wajahnya. Masih terlihat bekas luka yang Faliq buat pada pipi nya. Tanpa izin, hujung bibirnya itu aku sentuh.

Dia seakan tersentak lalu wajahnya dijauhkan sedikit dari tanganku. Aku yang melihat reaksinya itu langsung menarik tanganku semula bila merasa kan apa yang aku buat itu melebihi batas.

"Sorry. Saya cuma.. nak tengok luka awak itu. Dah sembuh ke belum." beritahuku. Manalah tahu dia berfikiran lain.

Lelaki itu masih menundukkan pandangannya ke bawah. Seakan tak sudi mahu melihat aku.

"Erm, tak apa Rafa. Sakit luka ni pun saya dah tak rasa. Thanks." ucapnya.

Aku sekadar mengangguk. Suasana antara aku dan lelaki itu sedikit menimbulkan kejanggalan. Sepi dan hening. Masing-masing diam.

"Erm, saya pergi dululah ya. Bye." ucapku sebelum langkahku atur keluar dari dewan.

Namun belum pun langkahku menjauh, aku rasakan ada tangan yang menyambar lenganku dari belakang. Mati langkah aku di situ.

Terus, aku berpusing ke arah lelaki berkemeja biru itu. "Ya?" soalku sambil menarik lembut tanganku.

Tak sangka nerda seperti dia berani tahan aku. Bukan nerda semuanya pemalu ke?

"Saya ada benda jujur nak beritahu awak, Rafa. Saya harap a-awak sudi dengar." gagap dia berbicara. Wajah aku dipandang nya takut-takut.

Aku jongket kening. Memandangkan dia pernah tolong aku jadi, aku beri dia peluang untuk mendengar apa yang dia mahu katakan itu. Walaupun tak balas budi namun dapat ringankan beban otak dia kan? Kan?!

"Apa dia?"

Matanya cuba diberanikan tatap aku. Seakan berkira-kira mahu meneruskan kejujurannya itu. Aku pula di hadapan nya masih sabar menunggu.

"Sa-saya dengar a-awak dah putus. J-Jom couple dengan s-s-s-saya." terketar-ketar dia mahu meluahkan hasrat hatinya.

Aku sudah tercengang. Wajahnya aku pandang semacam tak percaya.

Dia minta couple dengan aku? Erk? Couple dengan nerda?

Aku sudah fikir dua kali. Gila kalau aku terima!
...
Adam yang sedang leka bermain telefon pintar di hadapannya dipandang dengan wajah sugul. Inilah payahnya bila ada kawan yang dah berpunya. Kita ini ibarat tunggul bila dia dah mula berbalas pesanan dengan si empunya hati. Di hadapan Adam, Rayn sudah mengeluh.

Cheezy wedges yang sudah tinggal sepatuh, dicapainya lalu wajah Adam kembali dipandangnya. Masih, Adam dengan telefonnya. Kadang tersengih, kadang tertawa, kadang bercakap sendiri. Nampak bahagia.

Rayn jealous sekejap.

"Dah-dah lah itu main telefonnya. Aku makan satu meja dengan kau ni bukan semata nak menghadap kau main telefon tau!" akhirnya Rayn bersuara bila rasakan dirinya sudah jauh terpinggir.

Teguran Rayn itu berjaya menarik perhatian Adam. Sengih kambing nya ditayang. Tahulah itu yang dia bersalah dalam hal ini.

"Alah, sorrylah. Aku bukan apa. Hana ajak aku pergi pantai hujung minggu ni. Itu yang macam excited itu." ujar Adam. Telefon pintar yang sedari tadi dipegang nya ditolak tepi.

Kasihan pula biarkan rakan single makan sendiri. Nak peneman lah katakan?!

Rayn sekadar mencebik. Kembali susu coklat panasnya disedut menggunakan straw. Entah kenapa, dia rasa macam nak tanya satu soalan pada Adam. Akal nya menyusun ayat tapi tak dapat dia nak luahkan.

"Erm, Dam..  Aku nak tanya satu soalan pada kau boleh?" akhirnya, soalan yang dikerahnya itu terpacul.

Adam sudah jongket kening. Wajah bersih Rayn dipandangnya. "Apa dia?"

"Macam mana kau boleh couple dengan Hana eiyh? Maksud aku.. kau dengan Hana pun dalam kelas-kelas lepas pun tak pernah bercakap. Hana itupun bukan jenis banyak mulut sangat.. kan?" ujar Rayn.

Dia pun rasa hairan sebenarnya. Hana dan Adam jarang bertemu. Semasa sem 1 saja mereka bertemu itupun untuk kelas dua jam seminggu, dia pun jarang nampak Hana bercakap dengan Adam waktu itu tapi.. tak ada angin tak ada ribut.. tiba-tiba saja dia dengar Adam dah bercinta dengan gadis itu.

Spontan, sengihan Adam terukir. Teh ais panas itu dikacaunya dengan sudu. Panas sangat.

"Kalau dah suka itu, bro.. aku usaha aje. Aku yang tackle dia dulu. Awal itu memang susah nak masuk dengan dia tapi lama-lama itu, aku boleh juga masuk dengan dia. Kau memang nampak Hana itu pendiam tapi kalau kenal perangai dia itu, kau tahu gila dia itu tahap mana." jelas Adam sudah tersengih kerang.

Teringat pula si jantung hati.

Rayn yang menadah telinga, sekadar menganggukkan kepala. Setelah itu, dia langsung tak bersuara. Tak tahu nak tanya soalan apa lagi dah.

Dia bukan seberani Adam untuk meluah kan isi hati. Dia takut mencuba. Kalau kena tolak, mesti sakit. Lagipun, orang yang dia cinta ini bukannya calang- calang.

Nak bandingkan dirinya dengan Rafa.. ibarat langit dengan bumi. Rafa itu cantik dan terkenal manakala dia pula.. selenga tak bertempat. Orang panggil pun Mr.Burn. Dah serupa Mr. Bean aje bunyinya. Hmm..

Takkan mungkin Rafa mahu bercinta dengan lelaki sepertinya. Tak macho, tak sehebat Syed Faliq.

Adam yang sedari tadi perhatikan diam sahabatnya itu terus saja berdehem. Mati lamunan Rayn seketika.

Rayn langsung tatap wajah Adam yang sudah sangsi.

"Kenapa tiba-tiba kau tanya?" aju Adam mahu tahu.

Rayn ketap bibir. Takkan mungkinlah dia mahu jujur fasal perasaannya pada Rafa pula kan? Habis dia akan digelakkan oleh Adam nanti. Al-maklumlah, si keldai nak bercinta dengan bidadari? Angan- angan Mat Jenin sungguh!

Akalnya sudah cari jalan lain untuk bebas dari terus dibelengu soalan Adam.  Terus dia membangunkan tubuhnya.

"Erm.. aku rasa aku nak ambil botol air aku tadi. Aku pergi dululah, Dam." pamitnya sudah mempercepatkan langkah.

"Kau nak pergi mana itu, Rayn?"

"Dewan Sukan!"
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro