BAB 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keluhan malasku terlepas saat laman portal universiti aku buka. Haih!! Ini yang malas ni!! Apa gunanya ada classmate hampir 50 orang tetapi satu pun tak boleh harap?! Aku sudah bungkam dalam hati.

Assignment yang due date nya itu esok tengahhari aku tatap. Langsung aku tak tahu ada assignment malah tak ada sesiapa pun beritahu aku tentang tu. Pfft.. dasar!! Masing-masing jaga kain sendiri bila itu melibatkan kepentingan diri sendiri, sinisku memerli.

"Malaslah.."sebutku sudah pasrah.

Niat rajin yang tadi nak belajar terus saja pudar bila ada kerja waktu last minute. Walaupun, aku memang jenis manusia yang suka kerja akhir waktu tapi erm.. tak naklah kerja itu aku tahu akhir waktu juga! Hmm..

Komputer riba yang tadinya aku buka, aku katup semula. Telefon pintarku pula aku belek. Sengaja, aku membelek laman instagram yang memaparkan pelbagai variasi tema. Daripada artis sehinggalah ke makanan. Tak ada satu pun yang aku lepaskan.

Ckling!
Aku tergamam saat pesanan whatsapp daripada Faliq masuk. Bibirku ketap kejap. Perasaan ini kuat mahu baca namun akalku menghalang untuk aku terus kan niatku itu.

"Apa lagi yang kau nakkan, Faliq?" soalku sendirian.

Lama aku berdiam sebelum keluhan lemahku terlepas. Akhirnya, aku buat keputusan untuk tidak membaca pesanan tersebut lalu aku padam. Kalau betul, aku ambil keputusan untuk lupakan Faliq maknanya aku tak boleh terus menerus melayan karenahnya itu.

Pfft.. maybe pesanannya itu minta aku getback semula dengan dia. Kan?

Sedang leka aku termenung sendiri, kelibat mama datang menghampiriku. Matanya merenung ku sebelum senyum nipisnya terlukis.

"Sibuk ke?" suara lembut mama menyapa halwa telingaku.

Segera aku sedar dari lamunanku. Wajah mama yang berada di hadapanku pandang. Tak sedar pula aku yang dia sudah melabuh punggung di hadapan aku. Haih, termenung lagi!

Gelengan kecil aku berikan. "Taklah sibuk sangat. Erm, kenapa mama tanya?" soalku.

"Baguslah kalau macam itu. Ada benda yang mama nak bincang dengan kamu sikit. Itupun kalau kamu tak keberatan nak discuss dengan mama." ujar wanita itu sudah meletakkan mug di hadapan nya.

Tak semena, keningku bertaut. Bincang?

"Apa dia, ma?"

Mama sudah tarik senyum ringkas. Rautnya seakan ragu mahu meneruskan perbincangannya itu. Serba serbi saja perilakunya itu. Aku pula masih menanti. Seluruh pancainderaku sudah ku fokus kan pada wanita itu.

Dia diam dalam tempoh seminit dua sebelum akhirnya keluhannya terlepas. Mataku ditatapnya lembut.

"Mama tahu yang mama tak patut tentu kan hidup kamu cuma.. untuk kali ini aje mama minta kamu ikut apa yang mama minta ini. Mama taknak kamu kecewa lagi. Mulai sekarang, mama nak kamu jauhi Faliq dan jangan berhubungan dengan dia lagi. Mama tahu kamu dah putus dengan dia dan mama harap kamu tak ada niat nak bersama dengan dia semula." tuturan mama itu berjaya buat kan aku terkelu.

Bibirku ketap kejap. Lama aku membisu sebelum akhirnya fikiranku terlintas sesuatu. Tentang keretakan hubungan papa dengan papa Faliq.

"Ini fasal kebencian keluarga Faliq pada kita ke, ma?" soalku mahukan kepastian.

Wanita itu angguk lambat-lambat. "Mama nak kamu faham. Bagi Syed Hadi, kita adalah musuh dia. Mama taknak kamu meletak harapan yang terlalu tinggi pada Faliq sebab mama tahu, sebesar mana pun sayang kamu pada Faliq, kamu takkan pernah dapat peluang untuk bersama Faliq selagi kebencian Syed Hadi tak pernah padam pada papa kamu." jelas mama dengan senyum tawarnya.

Bila mendengarkan penjelasan mama itu, kesedihanku spontan saja membelengu jiwa. Langsung aku tak sangka yang aku akan diulit kisah cinta yang persis romeo dan juliet. Perasaan cinta yang hadir pada seorang lelaki yang keluarganya bermusuhan dengan keluargaku. Huh!! Sungguh, itu amat memeritkan bagiku.

Wajah mama aku pandang. Senyum nipisku terlukis lalu belakang tangannya aku capai.

"Mama jangan risau. Rafa tak akan berniat untuk getback dengan Faliq. Dia dah jadi milik orang lain dah, ma." ujar ku. Agak perit sebenarnya menyatakan perkara itu.

Tapi, aku perlu beritahu juga. Tak mahu mama risau tentang hubungan aku dan Faliq.

Berkerut dahi mama bila mendengar apa yang aku katakan itu. "Jadi milik orang lain? Maksud kamu, Rafa?"

"Dia dah jadi tunang orang."
...
Senyuman di bibirnya tak henti-henti terukir bila membayangkan kejadian dua hari lepas. Sepanjang dua hari itulah, hari yang dilaluinya terasa berbunga- bunga. Adakah itu hint untuk dia mendapatkan perempuan pujaan hatinya?

"Sa-saya dengar a-awak dah putus. J-Jom couple dengan s-s-s-saya." terketar-ketar mulutnya mahu meluahkan hasrat hati.

Pandangannya langsung tak diangkat mahu menatap wajah gadis itu. Entah kenapa, dia jadi tak berani malah dia juga kecut untuk mengetahui reaksi yang gadis itu berikan padanya.

Sepi. Hening. Sudah hampir seminit Rayn menunggu, namun punca suara Rafa masih belum kedengaran. Seakan tak ada jawapan pada hasrat hatinya yang diluah.

Akhirnya, Rayn ambil keputusan untuk tatap wajah gadis cantik di hadapannya itu. Seperti dugaannya, gadis itu menunjukkan reaksi kagetnya. Langsung matanya tak berkelip. Tercengang.

"R-Rafa?" nama gadis itu diserunya sekali lagi.

Spontan, gadis itu terkedip-kedip bagaikan baru sedar dari lamunan panjangnya. Wajah Rayn dipandang nya dengan raut bingung.

"Ya?"

"Macam mana dengan apa yang saya cakap tadi? Rafa terima ke jadi teman wanita saya?" soal Rayn sudah ketap bibir. Jelas segannya di situ.

Rafa gigit bibir. Sempat atas bawah Rayn dipandangnya. Pandangan yang penuh menilai. Sebelum raut serba tak kena ditayangnya. Seriously?

"Erm.. sorry, Rayn. Bu-bukan saya tak nak tapi erm.. saya masih perlukan ruang untuk bersendiri. S-saya.. taknak buka hati saya pada sesiapa lagi." ujar wanita itu dengan suara lembut.

Mendengarkan itu, Rayn sudah diulit rasa kecewa. Air mukanya berubah kendur. Kaca matanya diperbetulkan.

"S-saya tahu siapa saya, Rafa. Mesti awak fikir s-saya tak sesuai untuk awakkan. Saya tahu beza saya dengan awak. Ibarat bidadari dengan pengemis saja beza kita ini." ayat kecewa itu akhirnya terhambur.

Entah dari mana agaknya, ayat dramatis itu disailangnya. Pengemis dengan bidadari? Pfft.. dramatis teruks!

Rafa sudah gigit bibir. Ah, sudah!! Ikutkan hati, memang dia tak mahu nak melayan Rayn yang sudah diulit kecewa namun perasaannya jadi berbelah bagi. Rasa bersalahnya juga bertandang. Hanya gara-gara lelaki nerda seperti Rayn.

"Er..b-bukan macam itu Rayn.." otaknya sudah dikerah menyusun ayat.

Rayn angkat wajah pandang Rafa. Masih wajah sugulnya dipamer. "Habis itu?"

Rafa sudah berkira. Akalnya sudah mencanang idea. Berharap agar dia dapat tuturkan ayat yang takkan mengecewakan lelaki itu. Erm, lelaki nerda yang sudah banyak tolong dia.  Haih!!

Susah betullah terhutang budi ni?!!!

"'For now, saya tak accept mana-mana lelaki untuk couple. Kalau awak betul nakkan saya, jumpa mak ayah saya.. kahwini saya!"

Kata-kata Rafa itu berjaya buatkan Rayn tercengang. Hanya kerana itu, Rayn tak henti-henti senyum lebar. Tak pernah terlintas pun dalam fikirannya akan dapat green light untuk memperisteri kan Rayn.

Hiks!!
Seronoknya, kalau Rafa adalah isterinya. Pasti dia adalah lelaki terbahagia di dunia ini kalau dia menjadi suami gadis cantik, manis itu.

Tanpa sedar, senyum gatal Rayn sudah terukir. Terbayang di benak akal, Rafa memanggilnya sayang. Aduh!! Mau, koma dia sepanjang hayat kalau perkara itu benar-benar berlaku.

"Amboi, lebar senyum!" terjahan mengusik Puan Sri Arimah mengejutkan
Rayn yang sedang leka diulit menungan tengah hari.

Terkejut lelaki itu untuk seketika sebelum sengih kambingnya meleret. Wajah mamanya yang mengambil tempat di sofa sebelah dipandangnya.

"Tak ada apalah, ma. Biasalah itu senyum. Kan sedekah?" dalihnya.

Wanita itu sekadar mencebik. Matanya sudah menumpu ke rancangan televisyen yang memaparkan rancangan memasak. Kaum ibu lah katakan. Tak rancangan memasak pastinya CJ WowShop!

Dua itu ajelah seleranya berkenan.

"Senyum kamu itu senyum gatal. Senyum nak minta bini." sindir wanita itu.

Makin lebar sengihan Rayn dibuatnya bila wanita itu kata begitu. Macam faham-faham aje mamanya itu tentang niat hatinya.

"Memang orang nak berbini pun, ma." spontan jawapannya memancing perhatian Puan Sri Rahimah.

Terkedu wanita itu dibuatnya. "Kamu nak berbini? Dengan siapa?"

Rayn sudah tersenyum nampak gigi. " Dengan gadis pilihan Rayn lah."

"Rafa?"
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro