BAB 37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Satu keluhan lemahnya terlepas. Pintu kayu yang masih terkatup itu ditatapnya sebelum perhatiannya teralih ke arah beg plastik yang dibimbitnya. Beg plastik yang berisi sepotong kek dari Secret Recipe's. Kek Coklat.

Orang kata kalau nak pujuk perempuan ini semudah ABC. Kau hidangkanlah apa jenis makanan sekali pun, automatik hati mereka akan terpujuk. Yurp, Rayn cuba guna taktik yang sama.

Itupun lepas dia dengar nasihat dan juga bebelan daripada Adam.

"Kau.. dah kahwin dengan Rafa? Rafa itu isteri kau?!" soal Adam dengan nada tak percaya.

Membulat matanya mahu tahu. Cepat- cepat Rayn tekup mulut Adam dari terus melonjak nada. Sempat kiri kanannya dipandang. Risau juga kalau ada yang pasang telinga.

"Kau boleh diam tak? Ini rahsia tau. Tak ada siapa lagi yang tahu." bisik Rayn sedikit menggertak. Amaran.

Adam ketap bibir. Tangan Rayn yang menekup mulutnya dilepaskan. Masih wajah temannya itu dipandang.

Pelik bin ajaib. Rafa, si gadis yang jenis suka menilai orang itu boleh terdetik hati nak ambil Rayn yang lurus bin bendul ini jadi suami? Kalau Adam jadi perempuan pun.. dia akan fikir dua tiga kali nak ambil Rayn jadi suami. Ehem.. jahat.

"Bro.. kau ni main-main ke betul-betul? Takkanlah si Rafa cerewet tu pilih kau jadi suami?" Adam masih meragui. Sengihnya tanda bukti.

Rayn keluh kecil. "Apsal? Lelaki macam aku ni tak layak ke jadi suami Rafa? Kalau kau nak bukti.. aku boleh tunjuk sijil nikah kitorang."Rayn rasa tercabar bila Adam terus menerus mempersoalkannya.

Raut Adam masih seperti tadi. Penuh pelik namun rasa peliknya itu makin bertambah.. bila dia tak nampak pun tanda-tanda yang Rayn berbohong. Mungkin betul kot.. Rayn suami Rafa? Erk?!

"Macam mana kau boleh jadi suami dia? Tangkap basah ke?"duga Adam.

Tak semena, kaki Rayn terangkat menendang kaki Adam. Merintih sakit Adam dibuatnya. Laju kakinya yang membengkak, diurut. Boleh tahan juga tendangan si Rayn ni.

"Kau cakap biar baik sikit eiyh. Aku ni masih senonoh lagi. Haish.." dengus Rayn dalam nada tak puas hati.

"Habis itu? Apa dia? Ceritalah."

Rayn ketap bibir. Perasaannya berbelah bahagi sama ada mahu menceritakan perkara sebenar ataupun tidak.

Sempat wajah Adam yang berkerut sakit itu dipandangnya. Lama dia mempertimbang kan keputusannya sebelum akhirnya keluh Rayn terlepas.

"Aku sendiri yang datang meminang dia. Dah nak dekat sebulan aku jadi suami dia tapi.. dia minta aku rahsiakan perkahwinan ini. So, sebab itu aku tak bagitahu kau tentang ini. Aku dah janji dengan dia yang aku akan rahsiakan perkara ini." jelas Rayn.

Mendengarkan itu, Adam sekadar mengangguk kepala. Barulah dia faham punca dia tak mengetahui tentang perkahwinan Rayn dan Rafa. Terdetik juga dalam hatinya nak sebut Rafa kejam tapi dia diamkan.

Adam tahu Rayn minatkan Rafa dan dia juga pasti.. di mata Rayn, Rafa selalu betul. Well, cinta itu buta kan.

"So, apa problem kau dengan dia?" Adam terus berbalik ke tajuk asal. Tajuk di mana buatkan Rayn jadi susah hati.

Rayn diam sekejap. Pandangannya berubah kuyu. Keluhannya meniti. "Aku tak tahulah. Aku rasa dia merajuk dengan aku tapi aku tak tahu sebab dia."

Spontan, sengihan Adam terukir. "Meh, aku tolong kau. Bab perempuan ni, kau serah aje pada aku. Pandailah aku handle."

Jadi, hasil pembelajarannya selama satu jam bersama Adam mendatangkan hasil yang boleh tahan lumayan sebenarnya. Dia tak dapat nafikan yang Adam memang pandai dalam memikat hati seorang perempuan walaupun wajahnya itu.. tak adalah setampan mana. Ermm... Namun, kalau bab mengayat, si Adam memang juara.

Mungkin sebab itulah agaknya si Hana itu sampai sekarang masih bertahan dengan Adam. Al-maklumlah, selalu ditabur dengan ayat manis tahap diabetes.

Kunci rumah dikeluarkannya dari kocek seluar sebelum diseluk ke tombol pintu. Buka saja pintu, suasana hening menyambut kehadirannya. Tak ada kelibat Rafa di ruang tamu. Sepi.

Rayn sudah berkerut dahi. Kiri kanan matanya mencari namun kelibat Rafa masih juga tak kelihatan.

"Rafa?"berkali nama gadis itu diserunya namun tiada yang menyahut.

Tak semena, rasa bimbangnya bertapa. Beg kertas berisi kek coklat itu diletakkan di atas kabinet dapur sebelum laju langkah nya dihayun ke bilik tidur Rafa yang terkatup. Risau, resah.. itulah perasaan yang membelengu jiwanya.

Pintu bilik gadis itu dikuaknya luas. Pandangannya meliar mencari sebelum akhirnya tumpuannya jatuh pada sosok yang sedang terbaring lena di atas katil. Ada dengkuran halus yang melatari.

Terus Rayn lepas keluh lega. Dadanya diurut sambil hatinya berkali mengucap syukur.

Sekurang-kurangnya, gadis itu masih ada depan matanya. Itu juga sudah memadai.

Perlahan, Rayn merapati jasad Rafa. Hanya wajah gadis itu saja dalam pemerhatian nya. Dia suka.. lihat gadis itu terlena. Nampak comel dan manis.

Dengan penuh berhati-hati, dilabuhkan punggung di birai katil. Tindakannya itu langsung tak mengusik lena gadis itu. Letih ler  tu?

Senyuman Rayn tak semena terukir. Ringan tangannya diangkat lalu ubun gadis itu dibelainya lembut. Risau juga perbuatan nya itu akan mengejutkan gadis itu.

"Erm.."
Gadia itu merengek selesa. Seakan suka mendapat belaian manja begitu daripada Rayn.

Makin lebar senyuman Rayn dibuatnya. "Walau macam manapun layanan kau pada aku, hati aku takkan pernah terdetik untuk bencikan kau, Rafa. Aku akan selalu cinta kan kau." bisik lelaki itu perlahan.

Setelah itu, kucupannya menyinggah pada ubun kepala Rafa.
...
"Sarah, tengok cincin ni. Cantik kan?"

Sergahan uminya itu menarik perhatian Sarah yang tadinya sibuk menelaah buku. Tumpuannya dialih ke arah sebentuk cincin emas yang terletak elok di kotak kecilnya. Cantik. Berkilau.

"Cantik." Sarah beri pendapat.

Uminya sudah tersenyum lebar. Kembali cincin itu dibeleknya. Yurp, suka benar dia melihat reka bentuk cincin itu. Sangat indah dan menawan.

"Siapa yang bagi itu, umi?"soal Sarah seakan dapat baca minat ibu kandungnya itu pada cincin emas tersebut.

"Ini Faliq yang bagi. Dia tadi beri pada mama. Katanya, dia nak kamu cuba dulu cincin ini. Kalau padan, dia jadikan cincin ni sebagai cincin pernikahan." jelas wanita itu dengan senyum lebarnya.

Sarah sudah terkedu. Bibirnya diketap. Hilang terus punca suaranya apabila nama Faliq disebut. Nak-nak lagi bila nama lelaki itu dikaitkan dengan pernikahannya.

Huh!

Hanya tinggal beberapa minggu saja lagi, dia bakal bergelar seorang isteri buat lelaki itu. Yurp, awal. Itu semua atas permintaan Syed Hadi sendiri yang mahu Faliq dan Sarah kahwin secepat mungkin.

Nak membantah? Sarah tak berani. Risau melukakan hati orang tuanya.

Takut digelar anak derhaka. Si Tanggang versi moden.

Dahi uminya berkerut tatkala melihat Sarah langsung tak membalas. Kaku seakan tak mahu.

"Umi bercerita, kamu pula yang termenung? Apa benda yang kamu fikirkan itu, Sarah?" usik wanita itu bercanda.

Tak semena, sengih paksanya diukir. Barisan gigi putihnya ditayang. Kononnya, dia melayan usikan wanita itu walaupun kenyataannya.. tidak.

"Tak menung apa ma. Cuma, erm.. tak sangka abang Faliq akan hadiahkan cincin untuk Sarah. Cantik." dalih Sarah masih kekal dengan senyum plastiknya.

"Kan? Cantik. Umi pun suka tengok. Cuba kamu pakai? Nak tengok sesuai ke tidak." pinta wanita itu sudah mencabut cincin tersebut dari tempatnya.

Mahu tak mahu, terpaksalah Sarah hulur kan juga tangannya pada wanita itu. Kemas, cincin itu disarung ke jari manisnya. Muat-muat. Seeprti cincin itu memang direka khas untuknya.

Makin lebar senyuman uminya tatkala membelek jemari Sarah yang dihiasi cincin indah itu. "Pandai betul Faliq pilih cincin. Tahu saja dia ya.. ukuran jari kamu." puji wanita itu.

Sarah dihadapan hanya mampu tersengih kelat. Wajah uminya itu dipandang. Sungguh, dia tak tergamak nak melukai hati wanita itu. Yurp, membunuh kebahagiaan wanita itu serupa saja dia menggantung dirinya sendiri.

Sarah tak sekejam itu.

Dalam hati dia mengeluh. Kalau melukai perasaan sendiri adalah lebih baik, Sarah sanggup.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro