BAB 38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Cahaya pagi yang menerobos masuk melalui celahan langsir sedikit sebanyak mengganggu lenaku. Perlahan, aku membuka mata. Awalnya, pandangan ku kabur namun lama-kelamaan, ia menjadi jelas dan cerah.

"Rayn?"nadaku perlahan menyebut nama nya.

Tergamam aku dibuatnya apabila terlihat jasad Rayn di sebelahku. Dia tidur lurus menghadap aku. Terpejam matanya rapat kerana kelelahan. Ada juga dengkuran halus nya melatari. Erm.. tak halus sangat actually.

Dari perasaan kaget, ia berubah menjadi lucu. Si nerd Rayn ni tidur pun nampak kelakar. Dengan kaca matanya tak tanggal. Buruk betul tidur dengan kaca mata. Terlondeh sampai ke hidung kaca mata nya itu. Erm-erm~~

Dengan penuh berhati-hati, aku tanggalkan kaca matanya itu lalu aku simpan di bawah bantal tempat kepala kami beralas. Yurp, aku dan Rayn beralaskan bantal yang sama.  Jarak kami sangat rapat sampaikan hembusan nafas kasarnya juga kuat menampar kulit yang menyelaputi wajah ku.

Makin lebar senyuman aku tatkala membelek wajahnya tanpa kaca mata. Nampak lain. Tak selenga dan bolehlah tampan. Jelas matanya yang terkatup itu. Kalau buka, mesti aku terpegun, desis ku dalam hati.

Perlahan, tanganku angkat lalu aku bawa menyentuh rambutnya. Aku belai lembut. Takut juga aku, kalau gelagat aku ni menyedarkan dia. Bila rasakan dia masih tak bergerak, aku bertindak lebih berani dengan membelai pipinya lembut.

Tak dapat dinafikan, Rayn memang tampan orangnya. Kalau dia buang penampilan nerdanya dan pilih imej yang lebih baik dan santai, mungkin orang takkan panggil dia dengan gelaran nerda atau budak selenga tapi itulah.. dia seakan berdegil untuk mengekalkan imejnya itu.

"Rayn mesti sesuai kalau rambut gaya macam ini. Rafa suka gaya ini." ujarku sambil mempamerkan gaya rambut terkini model lelaki tersebut.

Rayn menjulurkan lehernya mahu melihat. Gaya rambut itu dilihatnya sebelum bibir nya digigit. Kembali wajahku ditatapnya. Ada raut serba salahnya bertapa.

"Tapi.. Rayn selesa dengan gaya rambut yang macam ini." balasnya dalam nada risau. Takut aku berkecil hati kot sebab menolak cadanganku itu.

Aku hanya tarik sengih. Terus aku lipat majalah tersebut lalu aku perhatikan raut wajahnya dari dahi sampailah ke dagu. Dia pula yang tak senang duduk diam bila aku pandang dia macam itu.

Dah berapa kali aku tengok halkumnya itu bergerak kerana telan air liur tiap lima saat.

"Ke-kenapa Rafa tenung Rayn macam itu?" soal Rayn takut-takut.

Aku diam tak menyahut. Spontan, tangan ku menanggalkan kaca matanya yang tersarung di wajah. Terkejut Rayn dibuatnya.

"A-apa Rafa cuba buat ni?" dia sudah keresahan.

Aku dihadapannya sudah tarik senyum. Kelakar lah bila tengok dia gelabah. Persis.. cacing kepanansan.

"Rafa sukalah tengok Rayn tak pakai kaca mata. Rayn jangan pakai kaca matalah macam itu." aku beri pendapat.

Membuntang matanya. "Mana boleh Rafa. Rayn rabunlah. Dekat-dekat ni Rayn nampaklah tapi kalau jauh, Rayn tak boleh tengok."

Bila teringat balik apa yang dia katakan itu, aku tertawa mengekek. Masih ingat raut sugulnya itu sebab aku usik dia dengan kaca mata. Satu rumah, dia kejar aku sampailah aku mengalah. Yalah, senerda dia pun.. dia masih lelaki. Dan, had tenaga aku tak mampu melepasi dia.

"Rafa?" suara garau itu memecah keheningan bilik saat aku masih melayan tawaku.

Kaget aku gamaknya bila aku alihkan perhatianku pada Rayn semula. Lelaki itu sudah terkebil-kebil membuka mata. Kecil aje pandangannya diberikan padaku. Comel.

Terpejam celik matanya pandang aku. Mungkin pelik kot. Wajah aku tak kabur tapi belakang aku kabur. Haha.. Makin dikecil kan lagi pandangannya.

"Mana cermin mata Rayn?"soalnya hairan. Tangannya sudah membelek wajah.

Aku tersenyum lebar. Seronok pula dapat kenakan Rayn. Boleh tahan nakal juga aku ni.

"Cuba Rayn cari. Rafa sorok dekat kawasan-kawasan sini aje." sakatku dengan sengih nampak gusi.

Lelaki itu sudah berkerut dahi. Jelas rautnya tak gembira bila aku kenakan dia begitu. Mencuka saja wajahnya. Aku pula makin galak sengih bila tengok raut sugul nya itu.

Aih, nerda pun boleh marah eiyh?

"Mana Rafa?" soalnya sudah meraba di sekitar tempat perbaringannya. Diluaskan kawasan pencariannya sampai ke laci kecil di sebelah katilku namun masih dia tak temui barang kesayangannya itu.

Aku pula sudah menekan kepalaku ke bantal. Aku fikir Rayn tidak sedar tindakan ku itu namun.. tebakanku meleset sama sekali.

"Rafa sorok bawah bantal eiyh?" duganya dengan kening terjongket.

Cepat-cepat aku gelengkan kepala. "Nope." balasku cuba menyembunyikan sengih.

Tak semena, Rayn tarik senyum. Tangannya cuba diraba di bawah bantal yang mengalas kepalaku namun pantas aku menepis. Terjadi pergelutan kecil antara kami berdua sehingga menimbulkan tawaku yang berdekah.

Beberapa kali Rayn cuba, namun gagal. Untuk kesekian kalinya, dia cuba taktik untuk mengunci kedua-dua belah tanganku ke katil. Tubuhnya menekan tanganku sekaligus merapatkan jarak tubuh kami berdua.

Aku terkedu. Tawa yang tadi aku hamburkan, sepi begitu saja. Entah kenapa, degupan jantung yang kuat ini mulai aku rasakan bila mataku dan Rayn saling bertentangan antara satu sama lain.

Rayn juga turut sama terdiam. Teguk liur lelaki itu dibuatnya bila terpandangkan mata coklat Rafa pada pagi itu. Indah dan mempersona. Tak lama selepas itu, Rayn dapat rasakan genggaman erat jemari Rafa ke telapak tangannya.

Dialihkan perhatiannya ke tangan kanan nya. Kini, Rafa dan dia saling berpegangan tangan antara satu sama lain. Terus dialih kan perhatiannya pada gadis itu semula.

"Ra-Rafa?" sebutnya gugup.

Gadis itu langsung tak menyahut. Dia diam namun selepas itu senyum nipisnya timbul.

"Kita mulakan semuanya dari awal, Rayn." ujar gadis itu perlahan dengan nada serak basahnya.

Rayn terdiam untuk seketika namun selepas itu, perlahan dia mendekatkan wajahnya dengan wajah gadis itu.

Dikucupnya lembut dahi Rafa sebelum akhirnya bibirnya bertemu bibir merah milik isterinya itu.

Yurp, lebih baik kami mulakan segalanya dari awal.
...
Selesai mengeringkan rambut yang masih basah, aku terus melangkah keluar dari kamar mandi. Fikirku, Rayn masih berada dalam bilikku namun hampa. Kelibatnya di situ tiada. Kosong dan hening.

Dahiku sudah berkerut. Tak mahu terus menghitung waktu, aku hayun langkah ke luar dari bilik. Senyumanku terus saja terukir tatkala terlihat gerangan Rayn sudah duduk menghadap televisyen. Makin lebar senyumanku bila nampak kotak secret Recipe atas meja.

Erm.. macam ada coklat aje ni.

Laju aku hayun langkah mendekati Rayn di ruang tamu. Tempat duduk di sisinya, aku labuhkan punggung. Tangannya aku tarik untuk melingkar memeluk bahuku. Ahah.. manja minta penampar aku ni.

Rayn pula sekadar menurut. Sempat wajah aku dikerlingnya sebelum kembali rancangan televisyen dipandangnya.

"Itu kek untuk siapa Rayn?" soalku sambil memuncung ke arah kotak yang berada di hadapanku kini. Ada bau-bau coklat.

"Untuk Rafa. Rayn ingat semalam nak bagi Rafa tapi Rafa tidur." balasnya. Tangan yang memeluk bahuku, menyapu ubun kepalaku yang basah.

Tersenyum lebar aku dibuatnya bila Rayn kata begitu. Tak berlengah, segera kedua belah tanganku  menyambar kotak tersebut lalu aku buka. Isinya aku keluarkan. Erm! Kek coklat!!!

Di balik kaca matanya, wajah teruja aku dikerlingnya. Spontan senyum tipis Rayn terukir. Melihat aku tersenyum sudah cukup buatkan paginya jadi lebih indah. Ehem..!

Potongan kecil kek coklat tersebut, aku sua kan kedalam mulutku. Berkilau mata aku dibuatnya bila dapat mencicipi kek coklat tersebut. Tahu-tahu aje Rayn yang kek ni.. kek kegemaran aku. Perisa coklat dan kopi.

"Nak tak?" soalku bila lihat Rayn diam di sebelahku.

Keningnya menjongket. Wajah aku dipandangnya. Namun, setelah itu dia mengangguk.

Aku dengan senang hatinya menyuapkan kek coklat tersebut pada Rayn dan lelaki itu sambut suapanku. Ada senyumannya yang terukir di bibir. Jelas kebahagiaannya bila aku layan dia begini.

"Sedap kan?" soalku. Spontan, kepalaku sandarkan ke dadanya. Kek coklat yang tersisa, terus menerus aku suakan ke dalam mulutku. Entahlah, aku rasa selesa pula bermanja dengan Rayn sekarang.

Hmm.. rasa tenang bila berada di sisinya.

Rayn angguk kepala. "Mestilah sedap. Kan Rayn yang pilih kek ni?" usiknya nak membangga diri.

Aku mencebik acah. "Ih, perasan." balasku melayan usikannya itu.

Lelaki itu tertawa kecil namun tak lama lepas itu, perhatiannya kembali fokus pada movie inggeris yang bertayang. Filem Avengers: Civil Wars itu ditatapnya penuh khusyuk. Erm.. mungkin filem kegemaran dia kot.

Peminat Avengers..

Aku senyap seketika. Dalam kepala, aku sudah merancang idea untuk aktiviti aku sepanjang hari ini. Yurp, rancangan untuk keluar bersama Rayn Hazel.

"Rayn~~" mendayu namanya aku sebut. Manja jugalah nadaku itu. Mengada.

"Ya, Rafa?"

Aku gigit bibir. Terus, aku angkat kepalaku lalu wajahnya aku pandang. "Hari ini, Rayn ada kelas tak?"

Dia sudah berkerut dahi. Wajah aku ditatap nya. "Kenapa tanya?"

Senyumanku terukir. Dulang kecil berisi kek itu, aku letak kembali ke atas meja lalu lengannya aku peluk erat. Aih, mengadanya aku ni. Pfft.. suami sendiri kot. Salah ke?

Mata kucingku buat sebaik mungkin. Biar nampak imut dan manja. Inilah teknik godaan paling advance aku pernah buat. Hanya untuk Rayn saja tau, belum pernah aku buat mata kucing comel ini depan lelaki lain.. even Faliq sekalipun.

"Kita dating nak? Just for today.." cadangku sambil buat muka seposen. Berharap agar Rayn akan terpujuk dan setuju dengan cadanganku.

Yurp! Taktik aku itu berjaya menimbulkan keharuan dalam jiwa lelaki. Dari wajahnya juga jelas kelihatan. Lama dia diam sebelum akhirnya keluhan nipisnya terlepas.

Sebuah anggukan kecilnya diberi sebelum senyumannya meniti. Tangannya naik membelai pipiku dan aku biarkan perbuatannya itu. Aku suka dia buat begitu.

"Anything for you. Rayn suka kalau dapat keluar dengan Rafa. Kalau boleh, nak tiap hari." ujarnya.

Aku tersengih suka. "Mengada."
...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro