BAB 39

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Satu persatu kakinya menapak masuk ke dalam restoran tersebut. Kesesakan pelanggan pada ketika itu menyebabkan misi mencari gerangan yang mahu dia jumpa menjadi sukar. Namun, belum sampai seminit.. mata Faliq terus saja terarah ke kelibat yang mahu dia temui. Senyum sinisnya terukir.

Dipercepatkan langkahnya mendekati gerangan gadis tersebut. Dari jauh lagi, dia sudah dapat baca makna disebalik raut kelat yang gadis itu paparkan. Dan.. dia juga dapat ramalkan apa yang akan jadi pada perbincangan mereka nanti. Pasti ada pergaduhan di hujungnya.

"Dah order?" sapa Faliq. Tanpa izin, kerusi di hadapan Sarah didudukinya.

Sarah yang tadinya termenung terus saja tersentak. Wajah Faliq di hadapannya dipandang. Muram saja. Tak ada senyum manisnya menyambut.

"Saya nak discuss benda ni straight to the point." ujar Sarah. Langsung tak dijawab soalan yang Faliq ajukan tadi.

Di hadapan, Faliq sekadar mencebik. Jelas benar yang dia tidak mahu serius tentang topik yang gadis itu mahu bincangkan. Yurp, lagipun Faliq tahu apa topik itu sebenarnya.

"Well, can you start? So, that I can go back early." balas Faliq dalam nada selamba.

Perilaku Faliq itu buatkan Sarah ketap bibir. Orang bodoh pun dapat baca perilaku Faliq itu. Sengaja nak mencari ulah.

"Sarah tahu yang abang tahu.. kan?" soal Sarah tidak mahu berlengah.

Faliq jongket kening. "Yes, I know. Kau nak discuss fasal perkahwinan kita untuk beberapa minggu lagi kan?" duga Faliq jelas.

Mendengarkan itu, Sarah melepaskan keluhan lemah. Pandangannya yang tadi naik menatap Faliq akhirnya tertunduk ke bawah. Berat rasa hatinya untuk membincangkan hal itu. Dia buntu dan dia harap Faliq dapat cari jalan penyelesaian bagi masalah ini.

"Boleh tak mulai sekarang, abang lupakan semua tentang masa lalu abang. Since, kita pun dah nak kahwin nanti so I hope that you can left Rafa behind. She's your past and I'm your future." tutur Sarah dalam nada meminta.

Tertawa lucu Faliq dibuatnya tatkala mendengarkan kata-kata Sarah tersebut. Sarah sudah bertaut alis keningnya bila dirasakan reaksi Faliq itu tak kena dengan tajuk perbincangan mereka. Sepatutnya, lelaki itu perlu jadi lebih serius.. bukannya ambil hal ini sebagai gurauan.

"Why are you laughing? I'm serious, abang Faliq." gertak Sarah sedikit geram.

Lelaki itu masih cuba untuk menghabiskan tawanya. Sengaja mahu melengah waktu. Sarah di hadapan sudah berang.

" Then, you?"soalan yang diaju Faliq itu berjaya buatkan Sarah berubah riak. Gadis itu jelas terpinga.

Dia tak mengerti. "Why?"

Faliq tarik sengih. Wajah kaget Sarah yang bertayang dipandangnya.

"Bukan aku seorang aje yang buat hal dalam masalah ini. Kau pun sama. Aku nampak kau bercinta dengan si bendul itu kan? Betul tak, Sarah?" paku serpih dipulangkannya pada Sarah.

Tergamam gadis itu dibuatnya. Bibirnya diketap rapat. "Maksud abang.. Rayn?"

"Aku tak tahu siapa nama dia but yah.. him. Tiap hari berkepit."

Sarah telan liur. Wajah sinis Faliq dipandang nya. Dia tahu lelaki itu sudah salah faham.

"Sarah tak bercinta dengan dia, bang. Saya dan dia cuma kawan. Tak lebih daripada itu. Abang salah faham." Sarah cuba untuk perjelaskan.

Namun, Faliq terlebih dahulu buat muka. Seakan mengejek Sarah. "Alasan. Huh.. kau buat aku sebagai pesalah dalam hal ini walaupun sebenarnya we're same. Culprit. So, stop act like a victim." dengus Faliq. Tangannya menghempas meja.

Belum sempat Sarah mahu membalas, Faliq terlebih dahulu beredar dari situ. Wajah tenangnya berubah bengis. Yurp, pantang dia dituduh sebagai seorang pesalah.

Walaupun, kenyataannya dia dan Sarah sama-sama salah dalam hal ini.
...
"Best tak cerita tadi?"  soalku memandang Rayn yang sedang jalan bergandingan denganku.

Rayn tarik senyum. Popcorn yang masih tersisa dipegangnya. Aku pula di sisinya yang tukang habiskan. Haha.. comel aje kan kami ini. Ehem..

"Best tapi.. bo-bosan sikit." dia beri pendapat.

Aku pula yang tersenyum mendengar komen yang Rayn bagi itu. Tak sangka pendapat kami ini sama. Sepanjang aku menonton filem romantik, filem yang kami tonton tadi adalah filem romantik yang aku boleh beri tiga bintang daripada lima bintang. Ada-ada beberapa bahagian aje yang aku rasa teruja nak tengok. Erm.. tak berbaloi.

Makin lebar senyumanku bila terbayangkan kejadian sepanjang filem itu bertayang. Rayn layan aje karenah aku. Aku menggigil lah kononnya kesejukan, Rayn buka kemeja tanpa kedutnya itu lalu dia balut kan pada aku.

Ahah.. tak membantu sangat sebenarnya kemejanya itu. Tetap sejuk. Aku merengek nak air, dia keluar terus dari pawagam semata-mata nak beli air untuk aku. Bila ingat balik, aku rasa apa yang dia buat itu adalah perkara paling manis yang seorang lelaki pernah buat untuk aku. Sungguh.

Tak semena, tanganku turun menggenggam tangannya erat. Rayn sedikit tersentak. Pandangannya ditundukkan ke arah tangan kami yang sudah saling melingkar satu sama lain sebelum perhatiannya dialihkan pada aku. Bila dja pandang aku, terus saja senyum manja ku berikan.

"Thanks untuk hari ini, Mr. Husband." ucap ku tulus.

Dia diam untuk seketika sebelum akhirnya senyum nipisnya terlukis. "Welcome, Mrs. Wifey."

Aku pandang dia dan dia pandang aku. Pandangan kami saling bertaut. Tanpa sedar, aku memuji keindahan dalam mata nya. Walaupun di sebalik kaca mata, namun matanya itu berjaya buatkan aku rasa tertarik pada bahagian itu. Kan.. bagus kalau Rayn tak pakai spek tapi.. erm, kalau tak pakai. Mesti perempuan lain pula yang akan tergedik-gedik jatuh cinta pada mata dia, getusku dalam hati.

Tak boleh. Biarlah mata itu, cuma aku saja yang punya.

"Rafa?" suara garau yang menyapa halwa telingaku itu berjaya menarik perhatianku.

Aku dan Rayn sama-sama memandang ke arah yang sama. Tergamam aku tatkala terpandangkan sosok Faliq depan mata ku. Spontan, genggaman tanganku pada tangan Rayn aku leraikan. Perasaan aku jadi berdebar tak menentu.

"Y-you.. buat apa kat sini?" soalku gagap. Cuba aku singkirkan rasa gemuruhku.

Faliq di hadapan sudah pandang pelik pada Rayn yang membisu di sisiku. Atas bawah Rayn dipandangnya sebelum wajah aku kembali menyua matanya.

"You buat apa dekat sini dengan bendul ini?" soalan berbalas soalan. Tegas nada Faliq.

Aku tergamam dengan panggilan yang Faliq berikan pada Rayn. Sempat aku kerling Rayn di sisi. Dia juga turut sama tak dapat terima dengan panggilan yang Faliq berikan padanya itu. Tak rasmi.

"Aku ni.." belum habis Rayn menjawab,

Aku terlebih dahulu mencelah. "Dia.. cuma ajar I kat sini." dalihku sudah menunduk pandangan.

Rayn sedikit terkedu dengan pernyataan palsu yang aku berikan. Aku tahu apa yang dia rasakan kini.. pasti dia kecewa. Sangat kecewa.. kerana aku tak mengaku status nya yang sebenar di hadapan Faliq.

Walaupun aku dah buka hati untuk terima Rayn namun aku masih tak bersedia untuk buat pengakuan yang aku sudah berkahwin dengannya. Huh!! Yurp, nampak kejam tapi semua tak faham apa yang aku rasa ketika ini. Aku masih tak sedia lagi nak hadapi semua itu. Kecaman malah perlian.

Apa yang orang akan fikir kalau aku berkahwin dengan Rayn selepas aku putus dengan Faliq? Pasti mereka akan tuduh.. aku yang curang dengan Faliq dulu. Dan.. pasti juga ada suara sumbang yang mengata aku ni terdesak nak ambil si nerd sebagai suami untuk cemburukan Faliq. Huh!

"Ajar?" soal Faliq hairan.

Aku pantas menganggukkan kepala. Lemah.

Rayn di sisiku sudah sepi. Hanya telinganya saja yang dipasang.. mahu mendengar penipuanku yang seterusnya. Entah apa lagi agaknya penipuan demi penipuan yang aku akan buat untuk sembunyikan status ku.

Faliq diam sejenak sebelum sengih sumbingnya terukir. Penampilan Rayn atas bawah dibeleknya lalu dia mencebik.

"Baru I nak tuduh you bercinta dengan si bendul ini but yah.. he's not your taste right, Rafa? Takkanlah you bercinta dengan selenga macam dia kan? Dengan rambut sikat tepi, kaca mata zaman dulu kala.. pfft." sindir Faliq.

Aku terpaku tatkala mendengar hinaan yang Faliq lemparkan pada Rayn. Kenapa? Kenapa.. aku diam? Kenapa aku tak bela Rayn saat Faliq menghinanya depan aku? Kenapa Rafa? Kau memang pengecut!

"Ra-Rafa?" perlahan, aku dengar Rayn menyebut namaku. Nadanya kecewa.

Aku gigit bibir. "Sorry, I got to go." balasku sebelum meninggal mereka berdua jauh di belakang.

Tanpa sedar, tangisanku turun membasahi pipi.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro