BAB 42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Fakulti Ekonomi yang terletak bersebelahan Dewan Sukan, aku hampiri dengan menaiki kereta Jazz ku. Sudah hampir tiga hari aku tidak hadir ke kelas. Sepanjang tempoh itu, aku hanya bersendirian dalam rumah, berharap Rayn akan muncul namun hampa.. harapan ku itu ternyata takkan pernah menjadi kenyataan.

Termasuk hari ini, sudah enam hari Rayn menghilangkan diri. Tiada panggilan masuk daripada dia malah pesanan yang aku kirimkan padanya juga langsung tak mendapat jawapan. Lelah. Aku lelah bila melalui semua detik ini.

Mungkin ke Rayn takkan jumpa aku? Mungkin ke.. dia dah mula bencikan aku? Huh!! Segala kemungkinan itu tiap kali menghentam fikiran aku.. dan, setiap kali itu jugalah aku akan terus menangisi kekesalan yang telah aku buat pada lelaki itu.

"Rafa?" sapaan suara lunak itu menyapa halwa pendengaranku tatkala tubuhku bawa keluar dari perut kereta.

Serta-merta aku memusingkan kepalaku ke belakang. Terlihat jasad Aina dan Azura yang turut sama keluar dari perut keretanya. Masing-masing tayang wajah terkejutnya. Seakan.. kehadiranku bagaikan suatu keajaiban.

Aku hanya senyum pandang mereka. Senyum hambar.

"Kau pergi mana dowh? Semua cari kau.." Aina pantas mendekati aku. Jelas raut risau nya bertayang.

Azura di belakang sekadar jalan perlahan mendekati kami berdua. Rautnya nampak selamba.

"A-aku..."

"Menghilangkan diri?" pintas Azura mengganggu bicaraku.

Terus saja aku menoleh ke arahnya. Agak tergamam bila dia kata begitu. Menghilang kan diri? Huh.. untuk apa?

Aina sudah berkerut dahi. Azura dibelakang nya ditoleh. "Menghilangkan diri? For what?"

Azura tarik sengih sinis. Dia sudah berpeluk tubuh pandang aku. Sinis. "Sebab.. dia tahu salah dia. Maybe dia malu lepas aku tegur dia hari itu. Menggatal sangat nak rapat dengan tunang orang. Kalau Faliq dah lepas kan dia, cubalah terima kenyataan.. jangan nak terus mengharap aje." sindir gadis itu.

Terkedu aku dibuatnya. Mataku membulat bila Azura lancang berkata begitu pada aku.  Dari reaksinya, jelas dia tak menyesal kerana telah mengguris hatiku dengan kata-katanya. Malah wajah puas hatinya ditayang.

Aina di hadapanku juga sudah menutup mulut kerana terkejut. Terus wajah aku dipandangnya. "Kau masih terkejarkan Faliq lagi ke.. Rafa? Serious lah?!"

Aku ketap bibir. Wajah Aina dan Azura aku pandang silih berganti. Lama aku diam sebelum keluh lemahku lepaskan. Segera aku sambar beg tanganku yang terletak di tempat duduk pemandu lalu pintu keretaku tutup rapat.

"Sorry.. I got to go!" dalihku. Terus aku hayun langkah seribu menjauhi mereka berdua.

Belum masuk kelas, aku dah diduga bertemu dengan manusia mulut tak berinsurans seperti Aina dan Azura. Hmm.. Hilang terus mood aku yang sudah sedia ada hilang ini!

Bila rasakan langkahku sudah menjauhi mereka berdua, kembali aku berjalan seperti biasa. Adalah juga aku perasan, beberapa orang pelajar di situ mulai pandang aku semacam namun aku hanya hiraukan saja.

"Sebab.. dia tahu salah dia. Maybe dia malu lepas aku tegur dia hari itu. Menggatal sangat nak rapat dengan tunang orang. Kalau Faliq dah lepas kan dia, cubalah terima kenyataan.. jangan nak terus mengharap aje."

Kata-kata Azura sebentar tadi kembali merasuk fikiranku. Tak sangka dia akan perli aku sebegitu sekali. Aku tahu mulut Azura memang tak pernah baik kalau bab membuka aib orang tapi kali ini.. aku agak terguris dengan apa yang dia kata. Huh!!

Makin hari, makin jahat mulutnya itu bila menyindir orang.

Sedang aku berjalan mahu ke arah tangga, aku terlihat sosok Adam yang ketika itu mahu melintasi ku. Dia seorang diri. Perasan juga aku bila tengok dia menunduk seakan mahu mengelak daripada ku. Aku sudah terfikirkan sesuatu.

Adam kan.. kawan Rayn! Jadi, pasti Adam tahu keberadaan Rayn sekarang.. tebakku dalam hati. Entah kenapa, firasat ku mengia kan pendapatku ini.

"Adam!" aku seru namanya berkali.

Lelaki itu langsung tak menunjukkan tanda-tanda dia mahu berhenti malah langkahnya makin dihayun laju. Bila sedar perkara itu, aku juga turut sama mengejar nya. Dengan tenaga gadis ku, aku tarik lengan Adam untuk mematikan langkah nya dari terus maju.

"Apa ni, Rafa? Orang tengoklah.." bisiknya sudah menolak tanganku dari terus memaut lengannya.

Aku tayang muka tak peduliku. Kisah apa aku kalau orang nak cakap apa pun. Nak tuduh aku try market dengan Adam pun aku tak kisah. Pfft.. tak kepingin aku dengan lelaki macam Adam itu. Hmm.. bukan handsome pun!

"Kenapa kau lari daripada aku? Kau mesti ada sembunyikan sesuatu kan? Kau.. mesti tahu yang Rayn ada kat mana kan?" dugaku dalam separuh berbisik. Takut juga kalau orang tahu.

Adam kemam bibir. Wajah aku dipandang nya. Untuk seketika raut gentarnya ditayang namun lepas itu raut hairannya terpamer.

"Kenapa.. tiba-tiba kau tanya fasal Rayn pada aku? Apa.. kaitan kau dengan dia?" aku terkedu di situ. Huh!! Kenapa aku boleh lupa?

Tiada seorang pun yang tahu fasal aku dan Rayn. Malah mungkin juga.. Adam.

Teguk liur aku dibuatnya. Aku larikan pandanganku daripada Adam. Jelas keresahan di wajahku.

"Erm, t-tak. Tak ada apa-apa. Sorry.." ujar ku sebelum aku ambil keputusan untuk melarikan diri. Huh!

Bodohnya kau, Rafa!

Langkah Rafa yang semakin jauh, dipandangnya. Spontan, senyum sinisnya terukir. Pfft.. boleh tahan juga lakonan kau Adam. Bolehlah ni tercalon dalam pelakon lelaki popukar Anugerah Meletop Era. Uhuks!

Tak berlengah, Adam mengeluarkan telefon pintarnya. Nombor telefon seseorang didailnya.

"Assalamualaikum, Rayn. Rafa cari kau tadi."
...
"Rafa lepas kelas jumpa saya. Ada benda yang saya nak bincangkan dengan kamu."

Usai kelas tamat, aku tunggu sehingga semua pelajar keluar dari dewan kuliah. Dr. Azrina pula masih setia menunggu ku di mejanya . Mungkin dia juga memahami situasiku. Segan bila pelajar lain tahu isi perbualanku dengannya nanti.

Bila rasakan semua pelajar sudah keluar, lambat-lambat aku melangkah menuruni tangga dewan menuju ke arahnya. Kelihtan wanita berusia lewat 40-an itu bersandar punggung di sisi meja sambil berpeluk tubuh. Matanya sedari tadi melekap pada sosokku yang semakin menghampirinya.

"Ada apa, Doktor nak jumpa saya?" soalku setelah berdepan dengan wanita itu.

Dia tunjuk rautnya yang mendatar. Dari situ, aku dapat baca ada sesuatu tak sedap di hati akan menyapa halwa telinga ku.

"Sejak kebelakangan ni kamu banyak sangat ambil cuti. Peratus kehadiran kamu yang paling rendah kalau nak dibanding kan dengan rekod kehadiran kawan kamu yang lain. Kamu tahu kan, bawah saja 80 peratus kehadiran.. kamu takkan dibenar kan ambil final exam? Hmm.. Rafa? Kamu nak extend satu tahun lagi ke kat sini?" bertubi soalannya menyapa halwa telinga ku.

Aku hanya mampu menikus di hadapan ku. Jujur.. aku turut sama mengakui semenjak dua menjak ini, aku tak rajin nak datang kelas. Nak-nak lagi bila Rayn keluar dari rumah, makin menjadi mood ke lut aku itu.

Bila lihat aku diam, Dr. Azrina mengeluh. Langkahnya perlahan merapatiku lalu tangan kannannya mengusap bahuku. "Saya kalau boleh taknak gagalkan mana-mana pelajar saya jadi saya harap awak dapat berubah. Kalau ada masalah, jumpa sesiapa yang awak percaya dan ceritakan. Jangan pendam. Saya tahu awak pelajar baik dan saya harap awak akan selalu jadi pelajar baik." ujarnya dengan nada seakan memujuk.

Aku ketap bibir. Wajahnya aku pandang. Rasa bersalahku mulai menyapa tangkai hati.

Lama aku diam, sebelum keluhku terlepas. "Saya minta maaf doktor. Saya janji perkara ini takkan berulang lagi." balasku tekad.

Wanita itu angguk kecil. Dilepaskan tangan nya dari menyentuh bahuku. Senyum tipis nya meniti. "Lusa kamu hantar surat sebab kamu tak hadir ke kelas. Anggap saja ini pertolongan saya yang terakhir untuk awak ambil final nanti." ujarnya.

Aku sekadar mengangguk patuh. Kemudian, wanita itu terus berlalu keluar dari dewan kuliah. Bila melihat wanita itu sudah jauh, keluhan lemahku terlepas. Tertunduk pandanganku ke lantai. Bersalah dan risauku saling mengambil tempat di jiwaku.

Huh!! Inilah akibat yang aku patut terima selepas apa yang aku dah buat. Aku sendiri yang buat keputusan untuk berkahwin dan sekarang pelajaran ku bagaikan tak ke mana. Ditambah lagi dengan masalah Rayn, aku rasakan hidupku tak sebahagia dulu.

Bunyi telefon pintarku mengejutkan aku dari lamunan. Terus saja aku belek nama pemanggilnya. Tertera 'mama Rayn' di skrin telefon.

Tergamam aku dibuatnya. Erk!  Kenapa tiba-tiba Puan Sri call pula ini? Ke.. dia tahu yang Rayn keluar rumah? Tapi.. siapa pula yang beritahu? Fikiranku sudah mulai dihentam bermacam-macam kemungkinan.

Mahu tak mahu terpaksa juga aku mengangkat tatkala deringan itu masih kedengaran. Teragak-agak. Teguk liur juga aku sebenarnya. Hmm.. entah apalah yang aku nak cakap kalau dia tanya fasal Rayn.

"M-mama? Kenapa call Rafa ni?" soal ku gentar. Nadaku cuba aku betulkan.

"Mama saja. Nak tanya khabar. Ingat tadi nak call Rayn sekali tapi dia tak berangkat pula. Kamu dengan Rayn ke, Rafa?" soal wanita itu.

Soalan cepumasnya buatkan aku makin gamak tertelan liur. Haih.. aku nak cakap apa ni? Patutke kalau aku buka cerita yang sebenar tapi nanti, benar ke mama akan berpihak pada aku? Atau.. dia membela Rayn?!

Jelas, dalam kes ini aku adalah pesalah nya.

"Erm. R-Rafa tak ada dengan Rayn ma. D-dia ada kelas kot." bohongku.

Wanita itu diam di hujung talian. Aku sudah gerun bila tiada jawapan daripada pihak nya. Aduh, ketara sangat ke pembohongan aku ni.

"Owh, okay. Mama faham. Hmm.. kamu baik-baik saja kan dengan Rayn, Rafa? Rayn ada buat perangai?"

Aku ketap bibir. Gelenganku sebagai tanda tidak. Bukan Rayn yang buat perangai tetapi.. aku.

"Tak, ma. Perangai Rayn baik-baik aje. Kenapa ma?"

"Baguslah kalau macam itu. Suka mama dengar. Takut juga kalau dia sakitkan hati kamu."

Tak, ma. Rayn tak pernah salah sepanjang menjadi suami Rafa. Dialah lelaki terbaik yang pernah Rafa kenal.

Aku hanya lirik senyum kelat. "Tak, ma. Rayn tak pernah sakitkan hati Rafa. Dia suami yang baik." ujarku perlahan.

Tubir mataku sudah bertakung air mata. Entah kenapa, hati ini dipahat rindu untuk kesekian kalinya.
...
P/s:-

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua. Sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih sebab dah sokong cerita saya ini. Saya hargai setiap komen, vote dan juga baca cerita saya ini. Saya pun nak minta maaf kalau citer ni tak buat anda teruja. Saya mencuba😂😂.. Otak saya dah kaku.

Btw, saya nak ucapkan selamat berpuasa wajib di Bulan Ramadhan ni pada para readers yang beragama Islam. Full x full ini, puasa?

Btw, saya kalau boleh nak habiskan cerita ni before raya. Maybe lepas ini saya update dua citer but.. tengoklah macam mana. Sebab minggu ni saya dah due date utk beberapa assignment dan report jadi masa habis ke sana. Maybe kadang update kadang x kot. Tak boleh nak janji.

Lepas aje habis citer ni, saya update story baru. Okay? Hope, story itu pun akan ramai support.😂😂.. Itu kira angpau saya untuk semua.

Stay tuned😍
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro