BAB 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Beberapa kali pukulannya menyinggah pintu namun masih tiada sahutan yang menjawab dari dalam. Hampir tiga minit dia diluar namun tiada tanda-tanda akan ada manusia yang bukakan pintu untuk nya. Akhirnya, Adam pilih untuk beralah. Beg yang menyilang badannya diselongkar bagi mencari kunci.

Pintu yang terkunci dibukanya. Suasana ruang tamu yang sepi dan malap menandakan tiada siapa di situ namun telinganya berjaya menangkap bunyi pancuran air dari salah satu bilik yang terdapat dalam bilik tersebut.

Tak berlengah, dimajukan langkahnya menuju ke arah pintu bilik yang sedikit terkuak. Cahaya yang menerobos dari bilik tersebut sedikit sebanyak membantu Adam untuk melangkah mendekatinya.

Dikuak pintu bilik tersebut dan tumpuan nya terus saja ke arah pintu kamar mandi yang terkatuk. Sebuah gelengan kecil nya dibuat. Bila maghrib menjelma, baru terfikir nak membersihkan diri? Huh!! Dasar lah, Rayn ni!

"Woi, lama lagi ke kat dalam itu?" jerkah Adam. Birai katil yang kemas itu diduduki nya. Beg yang membaluti tubuhnya ditanggal.

Namun, masih matanya melekap pada pintu kamar mandi yang kedengaran bunyi pancuran air di dalamnya. Menandakan ada seseorang yang menggunakannya di dalam. Hmm.. tak lain dan tak bukan, Rayn.

"Kau dah balik ke, Dam?" tersentak nada Rayn dari dalam. Kaget bila dapat tahu Adam balik awal hari ini.

Selalunya, selagi bulan tak timbul tepat atas kepala.. selagi itulah jasad kawannya itu takkan muncul. Al-maklumlah, sibuk keluar dengan gadis dambaan hati, Hana. Uhuks!

Adam angguk kepala. "Dah. Kau lama lagi ke kat dalam itu?" Adam masih aju pertanyaan yang sama.

"Baru syampu kepala. Apahal?"

"Aku nak cakap dengan kau sesuatu. Fasal Rafa."

Serta merta bunyi pancuran air mati. Hening. Adam sudah angkat kening bila mendapat reaksi begitu dari teman baik nya itu.

Jelaslah topik Rafa adalah penting bagi Rayn.

"Kenapa dia? Dia jumpa kau lagi ke tadi?" serius, suara garau Rayn kedengaran. Gema sedikit.

Mungkin.. hasil pantulan daripada jubin dan marmar yang ada dalam bilik air tersebut.

"Kau tak terfikir ke nak balik? Jumpa dia?" soal Adam perlahan. Seakan menduga.

Rayn diam untuk seketika. Sepi. "Nak. Aku memang nak jumpa dia. Aku pun dah mula rindukan dia."

Mendengarkan itu, Adam sudah jongket kening. Rindu tapi taknak balik. Hmm.. macam mana itu?

"Tapi?" soal Adam bila rasakan perkataan itu akan meniti keluar dari mulut teman baik nya itu.

Keluh kasar Rayn terlepas. Berat. "Aku nak uji dia. Aku nak tau sejauh mana penting nya aku dalam hidup dia ni. Aku nak dia terima aku apa adanya.. bukan menilai aku dengan penampilan."

"Kau dah cukup uji dia Rayn. Aku dah nampak macam mana seksanya dia dalam kelas tadi. Kau tahu.. tadi dalam kelas, dia langsung tak dapat fokus sebab fikirkan kau. Aku tahu apa yang kau rasa tapi.. apa yang kau buat ini cuma seksa dia. Kau tak sedar ke?" ujar Adam mahu menyedarkan Rayn.

Yurp, sedari dalam kelas tadi sampailah habis kelas. Dia perhatikan saja gelagat Rafa. Gadis itu lebih banyak termenung malah gadis itu juga mengasingkan diri. Sepanjang dalam kelas.. Rafa hanya mendiamkan diri, tak berbual dan bersosial. Adalah juga dia nampak Aina, Linda dan Azura menegurnya namun gadis itu buat tak endah. Parah.

Rayn yang mendengar dari dalam hanya mampu menundukkan kepala. Rambut yang basah disauknya ke belakang lalu wajahnya diraup perlahan.

Ikutkan hati, dia memang mahu bertemu empat mata dengan gadis itu namun akalnya hebat melarang. Enam hari memang sakit bila bab menanggung rindu muncul. Kalau boleh lepas mandi ni juga, dia nak jumpa gadis itu namun..

Berkali akalnya mengatakan kesetiaan gadis itu bukan sepenuhnya pada dia malah mungkin hati gadis itu juga masih samar-samar menerimanya. Kerana itu, Rayn jadi ragu untuk pulang ke pangkuan gadis itu semula.

Kembali, pancuran air dipasangnya deras. Sungguh, dia berharap cara itu dapat melupakannya sejenak pada gadis yang sudah bergelar isterinya itu. Dia hanya terpacak berdiri di bawah air yang bersemburan dari tekak paip. Tak santai.

"Thanks, Dam tapi buat masa sekarang, aku cuma nak kau tahu.. aku akan teruskan apa yang aku dah rancangkan." lemah namun jelas menyapa pendengaran Adam.

Mendengarkan itu, Adam hanya mampu gelengkan kepala. Pelipis kepalanya diurut perlahan. Entah cara apalagi mahu dipujuk nya suami orang itu.

"Fine, Rayn. Suka hati kaulah. Kalau kau tahu apa yang kau buat itu betul, then teruskan. Cuma aku nak pesan.. jangan menyesal." titip Adam sebelum meninggal kan bilik tersebut.

Rayn di dalam hanya mampu ketap bibir. Dinding marmar yang menghiasi ditumbuk nya lalu disandarkan dahinya ke dinding.

Dari awal lagi aku dah menyesal, Dam.
..
Gruuu!!

Bunyi pekikan yang datang dari perutku langsung aku tak pedulikan. Televisyen yang menayangkan cerekarama pula.. aku pandang kosong. Kalau orang nampak, mesti mereka gelarkan aku wanita kematian laki. Dengan muka tanpa mekap nya.. hm, sengaja nak mengundang cemuhan..

Grruu!!

Sekian kalinya, bunyi perut ku kembali mengisi ruang sepi yang dipenuhi audio televisyen itu. Terganggu, segera aku capai bantal kecil yang menghias sofa lalu aku tekup ke perut. Kononnya cara itu dapat menghapuskan bunyi tersebut. Erm, bijak kepala otak aku ni, kan?!

Sedari tadi pagi, aku langsung tak mengambil sarapan. Hanya air kosong saja yang memenuhi perutku. Entahlah.. selera aku hilang. Rasa lapar itu memang aku rasakan namun seleraku mati. Segala yang terhidang depan mata langsung tak menarik seleraku. Lemah juga tubuhku ini namun.. aku tahan.

"Rayn.. mana awak?"
"Rayn masih marahkan Rafa ke?"
"Rayn tak rindukan Rafa ke?"
"Rayn suka ke tengok Rafa jadi macam ini?"

Berulang kali ayat itu meniti keluar dari mulutku. Tak bermaya. Kembali, air mataku menitis setelah ia kontang sejam yang lalu.

Termasuk hari ini, sudah hampir sepuluh hari lelaki itu meninggalkan aku tanpa khabar berita. Keberadaannya juga langsung aku tak ketahui. Entah di mana agaknya dia berada sekarang? Kenapa begitu lama dia meninggalkan aku?

Adakah dia masih tak dapat maafkan aku?

"Rayn, maafkan Rafa.." lemah, dalam tangis ku memohon.

Pandanganku jelas terasa kabur. Tanganku juga aku tak mampu gerakkan. Apa yang aku buat adalah menangis dan menangis. Tiada siapa di situ yang datang mahu memujukku. Tiada..

Deringan telefon pintarku berkumandang namun aku langsung tak hiraukan. Perlahan-lahan mataku terpejam rapat. Air mataku juga berhenti menitis.

Akhirnya, aku tersandar lesu di sofa.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro