BAB 44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Berlari anak aku ke sekitar bangunan yang kosong dan agak terbiar itu. Hampir setengah jam, aku berkeliaran di situ mencari pintu keluar namun.. langsung aku tak jumpa. Cemas, peluh renekku membasahi wajah dan tubuhku. Lelah. Namun, aku gagahkan juga langkahku untuk keluar dari bangunan tersebut.

"Sesiapa..!! Tolong!!" laungku berkali. Berharap ada seketul manusia yang berada dalam bangunan besar itu.

Sepi. Tiada yang menyahut. Mungkinkah itu tanda tiada orang dalam bangunan tersebut? Hanya aku.. sendirian dalam bangunan tersebut?

Bamm!!
Bunyi tembakan pistol itu mematikan langkahku serta-merta. Terbelalak luas mata ku kerana kaget. Bukannya gembira tapi takut. Siapakah yang melepaskan tembakan itu.

"Penghancur hidup tak patut dibiarkan lepas. Faham tak, Rafa..?" ilaian tawanya bergema usai menghabiskan ayat dendam nya.

Ketar kepala lututku bila suaranya bergema. Cepat-cepat, aku melarikan diriku dari situ. Nafasku sudah mulai sesak dan lelah namun aku paksakan kaki untuk berlari sekencang yang mungkin. Tak! Aku tak boleh mati!

"Rafa?"
"Faliq?"
Kaget aku disitu apabila terserempak kelibat lelaki itu dalam bangunan tersebut. Aih, tadi aku panggil tak ada pun yang nak jawab.

Faliq tersenyum lebar bertemuku. Dia yang berpakaian serba putih itu sudah tayang raut sukanya. Langkahnya dihayun mahu mendekatiku. Namun belum lima langkah dia menjauh..

BAM!!
Aku tersentak tatkala melihat depan mataku tubuh Faliq dibasahi darah segarnya. Faliq juga terkedu. Langkahnya mati. Rautnya jelas menggambarkan kesakitan yang dia rasakan. Dada belah kirinya dicengkam sambil matanya tak lepas pandang aku.

"R-Rafa.." itulah ayat akhir yang disebutnya sebelum dia jatuh tersembam menyembah bumi.

Air mataku mengalir deras. "Faliq!!!"

Terduduk aku di hadapan mayat Faliq. Lelaki itu.. dia mati depan mata aku. Matanya terkuak luas namun nafasnya sudah tiada.

"Mati juga lelaki itu. Hmm.. benci betul aku tengok lelaki tak guna ini hidup!" jerkah gerangan yang berdiri tegak di belakang nya.

Suara perempuan..??

Aku angkat pandanganku ke arahnya. Wajah yang sudah basah dengan air mata, langsung aku tak pedulikan. Gerangan tersebut memakai topeng muka jadi tak jelas identitinya padaku.

"Kenapa?" lemah aku ajukan pertanyaan.

"Sebab aku benci kau." ujarnya.

Dia berdiri selari di hadapanku. Pistolnya diacu padaku. Lebih tepat ke dahiku. Aku hanya mampu pejam mata. Takut? Aku rasa kan itu namun.. aku tak mampu untuk bergerak. Penat.

BAM!!
Sedas tembakannya dilepaskan. Aku pejam mata rapat kerana tak mahu rasakan kesakitan bila ajal menjemput itu.

Urgh!
Erangan sakit seseorang membuatku terkedu. Bunyi jatuh seseorang tepat di depan ku memaksaku untuk membuka mata.

Terbelalak mata aku bila lihat Rayn melutut depanku. Raut kesakitannya disembunyi kan di sebalik senyum peritnya. Serta- merta, air tangisanku menitis deras.

"Rayn!!!"
"Rafa!!"

"Rafa?"
"Rafa??"

"Rayn?!"
Terbangun aku dari lena panjang ku. Kiri kananku toleh mencari kelibat lelaki itu disekitar. Sisa air mata yang berbekas di pipi ku langsung aku tak hiraukan.

Meliar mataku sehinggalah akhirnya pandanganku terhenti pada wajah Puan Sri Arimah di sisi. Kaget aku dibuatnya. Wajah nya yang jelas hairan itu menyergah pandanganku.

"Ma-mama?" sebutku tersekat.

Dia senyum tipis. Wajahku yang basah dengan peluh dan air mata disapunya dengan belakang tapak tangan. Keibuan sangat gelagatnya itu. Aku biarkan saja. Masih terkejut.

"Nasib baiklah kamu dah sedar. Risau mama tahu tak. Dari semalam tak sedar kan diri!" keluhnya lega. Jelaslah kegembiraan nya itu dari bacaan matanya yang berkerut.

Aku ketap bibir.

"Macam mana mama.. ada kat sini?" soal ku dalam nada sangsi.

Wanita itu mengeluh kecil. Rambutku yang sedikit kusut dirapikannya.

"Semalam mama call kamu tapi kamu tak angkat. Mama mula rasa tak sedap hati dan mama pergi ke rumah kamu. Masuk aje rumah, mama nampak kamu terbaring tak sedarkan diri." jelas wanita itu. Resah nya bermain tatkala membayangkan perkara yang berlaku semalam.

Aku yang mendengar hanya mampu mengangguk kepala perlahan. Senyum tipisku terukir. Tangannya yang sedang merapikan rambutku gapai lalu aku genggam erat. "Terima kasih, ma." ucapku tulus.

Wanita itu diam sebelum senyumnya terukir. Dia membiarkan tangannya digenggam olehku.

"Rayn mana? Dia tak balik rumah ke?" soalan wanita itu berjaya buatkan aku terpempan.

Segera aku tundukkan wajahku ke bawah. Lidahku kelu. Entah kenapa, soalan mudah itu buatkan aku tak mampu untuk memberi jawapan.

Sedar akan tingkahku itu, senyuman yang meniti di birai bibir Puan Sri Arimah berubah pudar. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. "Kenapa Rafa? Apa yang jadi?"

Aku ketap bibir sebelum keluhanku terlepas. Tak berani mata ini nak bertentang dengan mata milik wanita itu.

"R-Rayn.. keluar rumah, ma." ketar, namun aku gagahkan mulutku untuk menghabis kan ayat.

Tersentak wanita itu dibuatnya. Terus dia menarik genggaman tangannya dari ku. "Sejak bila?"

"Sejak dua minggu lepas, ma." jawabku perlahan. Menikus, hanya itu saja yang mampu aku buat.
...
Usai menghabiskan sarapan, aku terus bergegas ke pintu masuk. Kasut sneekers berwarna merah jenama Nike, aku sarung kan ke kakiku. Wajahku juga segar dengan segari senyuman pagi.

Sudah dua hari aku tidak ke kelas dan sepanjang tempoh itu, Puan Sri Arima lah yang turun tangan menjaga aku. Dia juga turut sama mengusahakan pencarian ku dalam menjejaki Rayn namun hasil usaha nya sama seperti. Panggilan tidak berjawab, pesanan yang dihantar juga tak dapat kirimannya. Mungkin ke.. lelaki itu sedang mahukan masanya untuk bersendirian?

"Kamu betul ke nak pergi kelas ni? Dah yakin.. betul-betul sihat?" pertanyaanPuan Sri Arimah yang sudah terpacak di belakang ku buatkan senyuman aku makin lebar terukir.

Wanita itu memang bertindak sebagai seorang ibu kandung. Rasa macam ada dua ibu pula.. seorang di rumah, seorang di sini. Hehe.. bertuah dapat ibu mertua seperti Puan Sri Arimah ini, selalu ambil berat.

Aku pusing badan pandang wanita itu. Masih tak lokek bibirku dengan sengihan. "Jangan risau, ma. Rafa dah betul sihat ini. Baru kena tegur denganlecturer dua hari lepas sebab banyak kali ponteng. Haha.. Rafa pergi dulu eiyh?" ujarku lalu mencapai tangannya untuk dicium.

Bila aku begitu, Puan Sri Arimah tak mampu lagi nak menghalang. Hanya lirikan matanya saja menemaniku sampai ke lif sehingga tubuhku hilang ditelan perut lif.

Enjin kereta aku hidupkan seusai berada di tempat letak kereta. Tempat duduk pemandu aku duduki dan perlahan-lahan, aku meninggalkan perkarangan rumah kondominium tersebut.

'Saya ingat nak pindah ke rumah saya lusa. Lagipun rumah itu dekat aje dengan universiti. Jalan kaki nak pergi U tiap hari pun boleh. Cuma itulah, saya tunggu keputusan awak aje sekarang.'

Kata-kata Rayn itu kembali bermain dalam fikiranku. Mataku beralih ke cermin sisi untuk melihat kondominium gah yang kami duduki di belakang. Hanya senyum peritku saja terukir.

Rayn, awak dah taknak balik rumah kita ke? Sebab apa, Rayn? Sebab.. saya masih ada dalam rumah itu, awak meluat tengok saya?, getusku sendirian.

Terus aku tampar pipiku. Nope! Aku dah janji dengan diri sendiri untuk taknak menangis. Kalau aku menangis air mata darah sekalipun, ia takkan selesaikan apa-apa. Ingat itu, Rafa! Aku beri peringatan pada diriku sendiri.

Radio yang tadinya sepi, aku pasang kuat. Membunuh keheningan yang sedari tadi membelengu ruang dalam keretaku. Hmm.. sekurang-kurangnya dapat melupakan aku sekejap pada Rayn. Sikit.

Usai sepuluh minit pemanduan, aku tiba di hadapan fakulti. Seperti biasa, aku jejakkan langkahku menuju ke fakulti. Namun agak luar biasa pagi ini bila.. aku lihat fakulti yang selalunya sepi kini penuh dengan pelajar. Especially  pelajar perempuan. Ramai sangat.

Masing-masing berkumpul dengan puak- puaknya. Riuh sekejap fakulti dengan suara serak-serak mereka. Ada lentok gedik juga aku nampak.

Namun, aku cuba untuk tidak pedulikan. Aku setia melangkah ke arah tangga yang terletak di hujung bangunan fakulti. Pandanganku tundukkan ke bawah.

"Weiyh.. seriouslah dia kacak macam itu sekali? Tak percayalah aku!"

"Serious lah! Kau ingat aku memain ke? Aku pun tak percaya gak tapi bila tengok betul-betul, itu memang dia."

Bisikan itu memperlahankan langkahku. Dahiku sudah berkerut. Entah topik apalah yang mereka bawangkan itu pagi-pagi ini. Aku yang tadi jadi tak peduli, terus saja terniat mahu tahu.

"Kacak teruk weiyh! Aku melt gila bila dia jalan depan aku tadi. Oh mai!! Hilang terus kaca mata dia itu, grr.. seksi!."

Kaca mata?

"Abang Burn kita makin burn!! Arghhh!! Weiyh, tak sangka bendul macam dia ada muka macam itu kan. Sejuk mata I tengok dia."

Terus langkahku mati. Mataku terbelalak luas.  Burn? Itu bukan ke gelaran yang.. ada dalam jersi sukan Rayn? Dia ada dalam fakulti ke sekarang?

Ckling!
Bunyi pesanan masuk menyedarkan aku ke realiti. Cepat-cepat aku baca pesanan tersebut. Pesanan daripada Adam Classmate.

'Aku bagi kau peluang. Pergi dekat dewan sukan sekarang, Rayn ada kat sini.'

R-Rayn?!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro