BAB 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kakiku satu persatu menapak menuju ke arah tandas perempuan yang terletak tidak jauh dari bilik kuliah. Bosan pula duduk dalam itu. Hilang terus pedoman aku yang kononnya nak fokus sepanjang kelas dua jam itu berlangsung. Erm, tak boleh pakai lah kau ni Rafa!

Kaca mata yang menghiasi wajahku, aku tanggalkan. Ergh, kabur! Sakit mata pakai. Hmm.. macam manalah Rayn boleh tahan pakai kaca mata seperit itu?

Dia tak rasa sakit mata ke? Huh, jelaslah penglihatannya itu ditahap buruk.

Tak semena, senyumanku terukir tatkala membayangkan kenangan kami sepanjang hidup satu bumbung. Aku selalulah juga mengusiknya dengan kaca matanya itu. Suka.. bila tengok dia gelabah cari kaca matanya itu. Cuak sangat! Aku yang tengok pun.. rasa nak gelak.

Ditambah lagi dengan wajah sucinya itu, makin mengekek tawaku.

Rayn memang naif dan baik. Sepanjang dia menjadi suami, tak pernah sekalipun dia marahkan aku walaupun aku kadang buat layan tak layan padanya. Dia pun.. tak pernah putus asa untuk memikat hati aku walaupun pada awalnya, memang aku meluat nak tengok dia.

Ketika itu, perasaan aku setia menyayangi Faliq namun kini.. aku akui, hatiku sudah pun berpaling tadah. Paling tak sangka, orang yang kini menetap dalam hatiku tak pernah terlintas bakal menjadi jodohku. Malah, aku kenali dia juga dalam masa yang singkat.

Huh!!
Keluhan ku terlepas tatkala membayang apa yang berlaku antara aku dan Rayn kini. Kami dah tak tinggal sebumbung, malah bertemu dengabku juga.. aku rasakan dia tak melayan aku. Dia hiraukan aku. Jelas lagi dalam kepalaku.. pandangannya pula acuh tak acuh padaku.

Hmm.. Dia masih marahkan aku.

Mana tak marahnya, Rafa. Kau itu..suka sangat buat perangai. Suami mana aje yang tak sakit hati bila isteri tak mengaku isteri? Lepas itu.. kau biar aje lelaki lain malukan suami kau?

Isteri jenis apa kau ni?, gertakku dalam hati.

Makin sebak jiwa aku tatkala membayang kan kesalahan yang telah aku lakukan pada Rayn. Tak semena, terimbau semula reaksi Rayn bila aku tak mengaku statusnya. Kecewa. Sedih. Kaget. Semuanya bagaikan bergumpal menjadi suatu perasaan sebak yang hanya mampu dipendam.

"Rafa.."
Sapaan suara garau itu mengejutkan aku. Baru saja aku nak mendongak ke arah susuk di hadapanku, pantas gerangan tersebut menarik lenganku untuk menuruti nya masuk ke tandas perempuan. Pantas, tombol pintu dikuncinya.

Tubuhku bersandar ke dinding. Mulutku ditekup kemas. Matanya tajam merenung dalam mataku.

Aku kaget. Membulat mataku tatkala wajah nya menyapa halwa penglihatanku. Wajah yang sangat aku rindukan. Perasaanku mulai tak menentu. Sebak, sedih, rindu dan gembira.. bercampur menjadi satu.

Rayn??!

Matanya redup memandang aku. Masih tak berkalih bagaikan hanya aku saja pemandangan yang dia mahu lihat kini. Hanya aku. Jelas kerinduannya membelengu.

Perlahan, dia menurunkan tangannya. Aku pula masih diam. Masih tak berkalih dari wajahnya. Air mataku sudah mulai memenuhi tubir mata. Rayn.. saya rindukan awak. Sangat rindukan awak.

Namun, semua itu tak mampu aku luah kan. Yurp, aku tak layak.

Aku dengar keluhannya terlepas. Pandangan yang ditunduknya, diangkat pandang aku. Dingin. Tak semena, kaca mata yang aku pakai, dilepasnya tanpa izin. Tergamam aku dibuatnya namun aku biar kan.

"Kenapa buat macam ini? Rafa perli Rayn ke?" soalannya membuatku terkedu. Sanggup Rayn tuduh aku perli dia?

Aku ketap bibir. "Tak! Rafa cuma nak tahu. Rafa cuma nak rasa perasaan Rayn bila pakai semua ini. Rafa nak fahami apa yang Rayn rasa. Bukan nak perli, Rayn." luah ku. Tak tahan, air mataku laju membasahi pipi.

Rayn yang tadi tayang wajah bengis akhir nya kendur rautnya. Lemah jiwanya bila lihat gadis yang dicintainya itu menangis. Namun, Rayn masih tak mahu bertindak lebih. Ikutkan hati.. dia nak peluk gadis itu.

Dia juga turut sama merindui gadis itu. Hampir setiap malam, dia mimpikan gadis itu menandakan tahap kosongnya hidup dia tanpa isterinya itu di sisi.

"Rafa tahu tak.. kalau Rafa pakai macam ini, mata Rafa akan rosak. Rayn taknak mata Rafa rosak." jelasnya sambil menunjukkan kaca matanya. Risaunya sudah berganti.

Tergamam aku mendengar kata-katanya itu. Air mata yang berbekas di pipi aku kesat, senyumku pula perlahan terlukis. Dia.. masih risaukan aku.

Serentak itu, aku memeluk tubuh Rayn erat. Dia terpempan seketika tatkala aku peluknya secara tiba-tiba. Lama Rayn terdiam namun perlahan.. tangannya merangkul pinggangku. Kepalaku dirapat kan ke dadanya lalu dilentokkan kepalanya di atas ubun kepalaku.

Air mataku yang tadi kering kembali basah. Bukan luruh kerana sebak, tapi gembira. Aku gembira kerana.. aku diberi peluang untuk kedua kalinya bersama suamiku.

Tersedu-sedan aku dalam pelukannya. "Rafa taknak kehilangan Rayn. Rafa cuma nak Rayn. Rafa minta maaf sebab lukakan hati Rayn dan Rafa nak minta maaf dengan apa yang Rafa dah buat. Rafa tak bermaksud untuk buat semua itu. Rafa khilaf, Rayn." meleret kata maafku luah kan. Kesal.

Rayn dihadapanku hanya tarik senyum tipis. Pelukannya pada pinggangku diperkemas malah makin didekatkan lagi tubuh kami agar tiada ruang kosong yang terisi antara kami.

"Bagi Rayn, Rafa tak pernah salah. Semua itu mungkin datang dari kekurangan Rayn sendiri sampai buatkan Rafa jadi tak selesa. Rayn ingat Rafa akan terima Rayn seadanya tapi.."

Terus aku letakkan jari telunjukku ke bibir nya, meminta agar dia tak meneruskan ayat nya. Aku tahu apa yang dia mahukan. Gelengan kecil aku berikan menandakan pendapatnya itu salah.

"Rafa dah terima Rayn. Bukan sebab perubahan Rayn ini tapi sebab hati Rayn tulus sayangkan Rafa. Sejak kahwin, Rayn dah curi hati Rafa. Rayn buang nama Faliq dari hati Rafa. Sebelum Rayn berubah lagi." gigih aku menjelaskan perkara yang sebenar nya pada lelaki itu.

Rayn dihadapanku sudah termangu. Aku pula ukir senyum lembut. Terus kedua belah pipinya aku pegang. Beza ketinggian antara aku dan dia sedikit sebanyak membuat kan aku terpaksa mendongak.

"Rafa dah mula.."belum sempat aku menghabis kan ayatku, kedengaran bunyi ketukan menyinggah permukaan pintu tandas yang kami duduki kini.

Aku dan Rayn sudah saling berpandangan. Cuak wajahku dibuatnya bila ketukan itu makin kuat menyinggah. Rayn pula sudah ketap bibir.

"Buka pintu ini! Saya tahu ada orang dalam ni! Buka!!" tegas suara garau itu meminta dari luar.

Terbuntang mata aku dibuatnya. I-itu suara pesyarahku.

Perasaanku sudah berdebar. Habislah!!
...
'Petang ini, kita pergi ke dewan sama- sama. Nanti abang tunggu Sarah kat car park.'- kirim.

Tak sampai seminit, pesanannya dibalas oleh penerimanya. Senyum nipis Faliq terukir di bibir. Laju.

'Okay, abang. Nanti Sarah tunggu abang kat car park.'-Sarah.

Setelah menamatkan perbualan tersebut, Faliq kembali menyimpan telefon pintar nya ke dalam kocek seluar. Beg sandang yang dipakainya dikemaskan pada bahu.

Langkahnya masih diteruskan menuju ke bilik kuliah yang terletak di tingkat bawah. Sambil berjalan itu, Faliq mulai terimbau dengan perubahan yang dia lakukan kini. Walaupun hatinya masih kosong pada Sarah namun dia cuba.

Sampai bila dia perlu berharap dan bermimpi dapat bersama dengan Rafa. Kalau dulu, perkara itu mudah namun kini.. ianya terlalu sulit. Nak-nak lagi.. bila hati Rafa kini bukan padanya tapi, pada Rayn. Dia yakin gadis itu sudah beralih arah pada lelaki bendul itu.

"Saya dah buat apa yang Encik Syed minta dan saya dapat maklumat yang Encik Syed perlu kan. Macam apa yang  Encik kata kan, betul.. Rayn Hazel dan Azierah Farisha sudah pun berkahwin lebih daripada sebulan."

Maklumat yang dia dapat dari orang upahannya buatkan perasaan jadi remuk. Sungguh, dia tak sangka gadis itu akan terniat untuk menjadi seorang isteri kepada lelaki seperti Rayn. Malah, tarikh perkahwinan gadis itu amat dekat dengan tarikh selepas dia buat pengumuman tentang pertunangannya. Sakit, kecewa, sebak.. perasaaan itu bercampur baur.

Akhirnya, Faliq buat keputusan untuk berundur. Mungkin, jodohnya bukan dengan Rafa tetapi.. Sarah. Dia tabahkan hati untuk tidak membantah takdir. Seberapa hebat pun cintanya pada Rafa, kalau Tuhan tak mengizinkan dia bersama gadis itu... cintanya takkan pernah kesampaian.

Jadi, Faliq pilih untuk berbaik dengan Sarah. Walaupun sulit, namun dia cuba didik hatinya untuk menerima Sarah. Mungkin.. dia dapat menerima gadis itu suatu hari nanti walaupun tempohnya itu mungkin memakan masa lima ke enam tahun atau mungkin.. bila jasad dikandung tanah.

Kerana tidak mahu terus menerus diusik perasaan, Faliq cuba singkirkan fikiran nya berkaitan Rafa. Kembali dia fokus lada langkahnya.

Baru dua langkah ke depan, matanya terpandangkan sesosok gadis yang amat dikenalinya yang sedang melintas di hadapannya. Walaupun penampilannya itu lain daripada biasa namun Faliq masih kenal orangnya. Tak semena, langkahnya mati.

Suram wajah gadis itu sempat dibeleknya. Sedih semacam. Faliq menafsir.

Perlahan, diaturnya kaki mendekati gadis itu dari belakang. Dia lakukannya dengan penuh berhati- hati. Kemudian, segera disembuyikan langkahnya di balik dinding tatkala merasakan ada seseorang yang hadir.

Lehernya dipanjang untuk buat intipan di balik dinding. Terpempan Faliq dibuat nya tatkala melihat jasad Rayn menarik lengan Rafa masuk ke dalam tandas. Pintu tandas dikunci.

Terus saja Faliq keluar dari temoat persembunyiannya. Baru saja dia berniat nak membantu Rafa namun spontan lamgkahnya terhenti. Bila fikir balik.. tak ada apapun yang salah kalau Rayn nak berdua dengan Rafa kerana.. gadis itu, milik Rayn kini.

Faliq ketap bibir. Walaupun berat hatinya untuk akui namun dia terpaksa terima kenyataan itu. Dia kena akui juga.. dia bukan sesiapa pada gadis itu.

Keluhannya terlepas. "Lebih baik aku tak payah masuk campur. Hmm.. biar orang lain saja yang selesaikan." ujar nya perlahan.

Idea gilanya bermain di fikiran. Yurp, dia nak bongkarkan hubungan rahsia itu.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro