BAB 50

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Perasaanku sudah mulai gemuruh, ditambah lagi dengan keheningan bilik. Makin gamak rasa tak menentuku dibuat nya. Rayn di sisiku pula sedari tadi hanya berlagak selamba. Tenang saja duduknya itu, tak gelisah seperti aku yang duduk di bangku sebelahnya.

Mataku yang tertunduk ke bawah melirik ke arah pesyarahku dan juga Faliq. Yurp, Faliq. Dia lah punca aku dan Rayn terperangkap dalam pejabat timbalan dekan. Bila aku pandang dia, serentk itu matanya meluru padaku. Pandangan kami bertaut namun aku langsung tak larikan. Benciku terselit.

Lelaki itu beri reaksi lain. Senyuman nipis nya terukir. Seakan teruja menanti aku diberikan hukuman.

"Kamu berdua ni memang tak reti malu ke?" tegas nadanya bertanya.

Teguk liur aku mendengar suara garau nya. Aku sudah menikus. Tak berani nak menatap wajah timbalan dekan yang orang kategorikan garangnya serupa singa betina walaupun hakikatnya.. dia lelaki tulen.

Aku dan Rayn masing-masing diam. Dari sisi mataku, aku lihat Rayn hanya menatap ke arah lelaki tua di hadapan kami itu. Tenang saja wajahnya.

"Kamu Rayn. Kamu itu atlit universiti. Jangan disebabkan penampilan kamu berubah, akhlak kamu pun berubah. Saya bangga dengan kamu tapi lepas apa yang jadi sekarang.. saya kecewa dengan kamu." keluh lelaki itu memandang Rayn.

Kali ini, aku tatap wajah Rayn. Agak terkejut sebenarnya apabila timbalan dekan kenal dia. Boleh tahan juga Rayn Hazel ini, pelajar kebanggaan timbalan dekan. Ehem.. apsal lah aku tak kenal dia dulu?!

Suasana sepi sebelum hela lemah Rayn kedengaran. Sempat aku di sisinya ditilik sebelum perhatiannya teralih pada Faliq. Senyum tipisnya terlukis buat Faliq sebelum kembali wajah timbalan dekan, diapndangnya.

"Saya tahu apa yang saya buat salah, prof dan saya akui semua itu cuma.. saya nak betulkan salah faham yang terjadi sekarang ini." ujarnya mendatar.

Aku yang mendengar kata-katanya itu sudah berkerut dahi. Tak faham dengan apa yang cuba dia maksudkan. Nak terang kan salah faham?

Bukan hanya aku saja yang diulit persoalan, masing-masing yang berada dalam bilik itu juga merasakan perkara yang sama. Kini, semua tumpuan teralih padanya, tak terkecuali juga aku.

"Salah faham apanya. Dengan mata kepala saya sendiri, saya nampak kamu berhimpit dengan Rafa dalam tandas. Huh, apa lagi yang kamu nak terangkan?" pangkas pesyarah ku yang sedari tadi diam.

Terkilan aku dibuatnya apabila mendengar pernyataannya itu. Perasaan seganku menguasai diri. Terasa diri ini seperti perempuan yang tak ada harga dirinya walaupun hakikat sebenarnya, tak ada yang salah jika Rayn merapatiku. Dia suami aku.

"Betul apa yang Dr. Din katakan itu. Bukti dah ada, saksi pun dah ada.. tak ada benda lagi yang kamu perlu jelaskan, Rayn." ujar lelaki tua itu menyokong pendapat pesyarah ku, Dr. Din.

Rayn keluh perlahan. "Kalau saya kata apa yang saya buat itu, tak salah? Prof dan doktor akan percaya?"

Terpempan aku dibuatnya tatkala mendengar kenyataan berani mati lelaki itu. T-tak.. mungkin ke.. Rayn nak bongkar kan segalanya? Aku sudah kaku pandang Rayn disebelah.

Entah kenapa, aku rasakan naluri ku betul. Resahku menguasai. Otak suruh larang namun hati kata jangan.

"Tak salah kamu kata? Lelaki dan perempuan berduaan dalm tandas. Saling menghimpit satu sama lain. Itu yang kamu kata tak salah." tuduhan demi tuduhan Dr. Din hamburkan.

Faliq di sebelah hanya diam. Matanya fokus menyaksikan apa yang bakal berlaku seterus nya. Yurp, dia tahu apa yang akan jadi nanti.. namun, dia hanya diam. Membiarkan takdir itu berlaku dengan sendirinya.

Rayn terima penangan itu dengan wajah tenang. Tak semena, dompetnya dikeluar kan dari kocek seluar lalu sesuatu dari dompet tersebut dibawa keluar. Aku sudah teguk liur.

Segera aku angkat pandanganku menatap nya.  Pada masa yang sama, Rayn turut memandang ke arahku. Dia hanya lontar kan senyuman tipis buatku. Dari pandangannya, dia berharap aku takkan menghalang.

Aku hanya ketap bibir. Lama kami begitu sebelum keluhku terlepas. Anggukan kecil ku berikan lalu aku alihkan perhatian ku dari memandangnya.

Selama manapun rahsia itu, aku simpan.. ia akan terbongkar juga. Jadi, lebih baik perkahwinan aku dan Rayn tak menjadi rahsia.

Kad pendaftaran perkahwinan kami, Rayn serahkan ke hadapan lelaki tua yang masih menanti jawapan. Hairannya menyapa fikiran. Mahu tak mahu, kad itu diambilnya.

Aku sudah tundukkan pandangan tatkala terlihat reaksi terkejutnya tatkala melihat butiran yang tertulis pada kad tersebut. Huh! Aku sudah berserah.

"Sudah berkahwin?" kaget dia persoalkan apa yang dilihatnya.

Bulat matanya memandang aku dan Rayn silih berganti. Kad dalam pegangannya dipererat. Raut tak percayanya dipapar.

Rayn tarik senyum tipis. "Ya, prof. Macam apa yang prof nampak, saya suami Azierah Farishah. Kad itu sebagai bukti. Jadi, tak salah kalau saya nak jumpa isteri saya." tenang Rayn membuat pengakuan.

Aku disisi Rayn jelas tergamam. Debaran di dadaku makin hebat berentak tatkala ayat beraninya itu meniti keluar dari mulut lelaki bernama Rayn itu. Aku tatap wajahnya yang nampak nekad dengan keputusan itu.

Tanpa sedar, senyuman tipisku terukir. Yurp. Kali ini, aku mahu semua tahu siapa aku kepada Rayn Hazel. Bukan orang asing, bukan kenalan rapat tapi orang yang memiliki aku.
...
"Mungkin you rasa I buat semua itu sebab nak rosakkan hubungan you. Itu terserah kepada you untuk menilai but.. apa yang I nak you tahu.. I buat semua ini sebab I nak you bahagia dengan orang yang you sayang. Dan, I tahu orang itu bukan I."

Tersemat kemas apa yang Faliq katakan petang tadi. Setelah perbincangan dua hala  dengan timbalan dekan berakhir, lelaki itu terus keluar menemui aku. Ketika itu, Rayn juga tiada di sisi aku, dia masih berdepan dengan timbalan dekan kami. Orang pentinglah katakan.

Dia katakan perkara yang aku pasti seorang Faliq takkan katakan. Malah, dia juga menyebut yang dia tahu bahawa aku sudah berkahwin dengan Faliq. Terkejut juga aku dibuatnya. Mana tidaknya, perkahwinan yang aku sangkakan rahsia bukanlah rahsia sangat.

Kad undangan perkahwinan yang aku pegang, aku belek. Tertera nama penuh Faliq dan Sarah di atas kad tersebut. Usai sahaja berbicara denganku, Faliq terus menyerahkan kad undangan itu pada ku. Dia kata dia mengalu-alukan kehadiran ku dan Rayn ke majlis pernikahannya itu.

Hmm.. tak sangka takdir aku akan meleret sampai ke sini. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah kekal dengan seorang lelaki malah setia itu bukanlah sifat aku dulu. Bila bosan, aku tukar. Ketika itu.. aku cuma mahu mencari dia yang satu. Selepas bertemu Faliq, aku pilih untuk bercinta dengannya. Awal dulu, niat aku cuma tiga bulan namun wajah tampan Faliq buatkan aku mahu kekal dengannya sehinggalah rasa cinta itu terbit sendiri kerana layanan nya yang begitu baik sekali padaku.

Tapi..

Sekarang, hati aku bukan lagi milik Faliq malah setia yang aku rasakan takkan pernah wujud akhirnya bersemadi buat seorang lelaki yang tak pernah pun terlintas akan menjadi suami padaku. Senyumanku makin lebar. Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain? Mungkin itulah yang orang katakan takdir.

"Senyum apa itu, Rafa?" sergahan suara garau Rayn menarik perhatianku.

Tak semena, aku ukir senyum nampak gigi untuknya. Rayn dengan rambut basahnya, mengambil tempat di sisi aku. Bila dia sudah duduk, terus saja tangannya melingkar memeluk pinggangku. Aku hanya biarkan lagipun aku suka. Dah lama tak rasa pelukannya.

"Senyum fikir pasal kitalah. Tak sangka semuanya dah terbongkar. Hmm.. Rafa jadi lega sekarang." ujarku sudah melentokkan kepala ke dada bidangnya. Tanganku merayap mengusap perut sasanya.

Tersenyum Rayn mendengarnya. "Rayn pun rasa lega . Sekarang, tak ada benda lagi yang Rayn nak kena sorokkan. Rayn pun taknak berlagak asing dengan Rafa bila kat fakulti. Rayn nak selalu dengan Rafa tapi bila semua itu jadi rahsia.. nak dekat dengan Rafa pun, Rayn tak mampu."

Aku angguk setuju. Aku akui apa yang Rayn katakan. Sepanjang perkahwinan rahsia itu berlangsung, aku dan Rayn tak dapat nak bertegur sapa. Beberapa kali kami terserempak di kafe malah pernah juga duduk di meja sebelah menyebelah, namun.. hanya sepi yang mengisi ruang antara kami. Bila terimbau semula, memang rasa janggal yang amat.

Diamku untuk sejenak. Namun, tak lama lepas itu terbit senyuman mengusik ku. Ahah.. idea sudah maghi.

"Rayn tak takut ke hilang populariti? Kan.. Rayn dah terkenal sekarang?" soalku pandang dia.

Lelaki itu pandang aku. "Terkenal? Mana ada."

"Tipu. Rafa nampaklah Rayn. Siap ada sukan sorak lagi." balasku tidak mahu kalah. Wajahnya aku tatap.

Rayn membisu untuk seketika. Tak lama kemudian, terbit senyumannya yang penuh makna. Ada pandangan nak menyakat aku nampaknya.

"Rafa cemburu ke?" soal lelaki itu.

Terkedu aku dibuatnya. Eh, baru nak kena kan dia.. dia pula yang kenakan orang balik. Hmm..ke mana hilangnya perangai nerda nya yang takut nak mengenakan aku itu?! Haha..

"Mestilah cemburu. Ramai perempuan nak kan suami kita." ujarku sudah cemberut bibir.

Rayn tersengih mendengar jawapanku itu. Tak sangka Azierah Farisha akan berkata begitu. Mana hilangnya isteri dia yang ego dulu itu?

Terus Rayn menarik aku menghadapnya. Aku agak terkejut juga dengan apa yang dilakukannya itu namun aku taknak berdegil. Rayn sentuh dagu aku dan mata nya menatap aku dalam.

Aku di hadapannya sudah resah semacam. Mana taknya, mata Rayn cantik sangat. Wajahnya cukup sempurna dan dia jauh beza dengan Rayn yang dulu. Aku akui dia lebih tampan sekarang tapi.. aku rindukan Rayn yang dulu. Rayn yang berkaca mata.

"Rayn tak pernah sukakan orang lain. Kalau Rafa nak tahu.. Rafa cinta pertama Rayn dan Rafa juga akan jadi cinta terakhir Rayn." tuturnya tulus.

Tergamam aku di situ. Bibirku ketap rapat. Sebak. Cair.. perasaan itu saling bermain dalam fikiranku. Itulah perasaan paling hangat yang pernah aku rasakan.

Terus aku peluk tubuhnya erat. Di dadanya, aku mengalirkan air mata. Air mata kegembiraan kerana mendapatkan dia sebagai seorang suami.

"Rafa janji Rafa takkan sakitkan hati Rayn lagi. Rayn pergi jauh, Rafa jadi rindu."ucap ku meluahkan rasa.

Rayn yang sedang mengusap rambutku, tarik senyum tipisnya. Masih dibelainya rambutku lembut lalu dikucupnya.

"Rayn pun rindukan Rafa. Rindu sangat-sangat."
...
p/s>>

Assalamualaikum dan hye, semua. Sebelum itu, saya nak ucap terima kasih sebab sudi baca, vote dan komen cerita ini. Btw, saya minta maaf sangat sebab lambat update.. saya ada assignment nak kena siapkan.. pack  untuk dua minggu terakhir ni. Baru siap satu, dr tambah satu lagi. Stress kejap.

Maybe esok ada update tapi satu chapter aje.. To say sorry lah kalau perkataan yang digunakan dalam ni bercelaru sikit atau tak umph..

Stay tuned😍
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro