BAB 53

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selesai membuat pemeriksaan, aku segera mendapatkan mama yang sedang menunggu di meja doktor. Raut terpinga ku masih menjengah. Masih tak faham punca mama bawa aku ke sini.

Mahu dikata aku ni sakit, takkanlah sampai dibawa berjumpa doktor pakar puan pula? Doktor biasa pun boleh..

"Lain macam sakit kamu ni, Rafa. Bukan demam biasa ni." ujar ibu kandungku itu apabila melihat aku sudah hampir lima kali keluar masuk tandas.

Aku yang bersandar lemah di bahu mama hanya mampu berdiam. Berat kepalaku buat kan aku rasa tak berdaya. Sudah berapa kali aku menangis kerana lelah dan sakit. Tak pernah aku alami seksa sakit sebegini rupa.

"Sejak bila jadi macam ini?" soal mama dengan raut resahnya. Dahiku yang basah dengan peluh disapunya. Kasihan melihat keadaan aku yang pucat tak bermaya.

"Pagi tadi ma. Sejak bangun tidur." balas ku lemah. Mataku pejam rapat. Kononnya dapat menghilangkan rasa sakit kepala untuk sementara.

Mama sekadar mengangguk kepala. Rancangan televisyen yang bersiaran ketika itu langsung tak menarik minatnya. Keadaan aku kini menjadi tumpuan wanita itu. Tangannya turut mengurut belakang ku, berharap ia dapat meredakan loya ku.

"Kamu makan apa, semalam?"

"Rafa makan benda biasalah, ma. Nasi, ayam semua. Bila bangun pagi terus rasa macam ini. Hmm.." keluhku. Kepala yang tadi bersandar di bahu mama, aku bawa ke kepala sofa yang empuk.

Mama diam lagi. Wajahku yang nampak lelah ditatapnya sambil fikirannya sudah mulai menerawang memikirkan sesuatu. Lain macam aje sakit si Rafa ini..

"Last kamu period bila?" soal mama sudah lari topik.

Aku yang tadinya memejam mata sudah berkerut dahi. Kecil mataku memandang mama. Tak faham. Hmm.. apa kaitannya bendera jepun dan sakit yang aku alami sekarang? Ada kena- mengena ke?, getus ku dalam hati.

Namun, gelengan aku beri sebagai jawapan. "Dua bulan lepas." ringkas jawapan aku berikan.

Spontan, senyuman mama timbul tatkala mendengar pernyataan jujur aku itu. Dia segera bangun dari duduknya. "Jom, kita pergi hospital sekarang." semangat wanita itu memberi cadangan.

Aku yang masih lesu di sofa hanya terpinga. Hospital?

"Untuk apa, ma?"

"Jangan banyak tanya, Rafa. Kamu siap aje dulu."
Terus wanita itu bergegas ke dapur setelah meminta aku untuk menukar pakaian.

"Bagaimana doktor? Dia tak apa-apa ke?" soal mama tatkala melihat doktor berbangsa melayu itu sudah mengambil tempat di kerusinya.

Stetoskop yang melingkar di lehernya dilipat lalu diletak di dalam laci mejanya. Kemudian, wajah aku dan mama dipandang nya dilih berganti dengan senyuman melirik.

Aku di sebelah mama hanya tayang raut hairan. Masih tak mengerti dengan situasi dan senyuman doktor itu. Lain macam.

"Tahniah, puan Rafa. Kandungan puan dah nak masuk usia dua bulan." ujar doktor itu jujur.

Mama di sebelah sudah kegirangan. Tak henti-henti ucapan syukur meniti dari bibir nya. Telatah bakal nenek bila dapat tahu berita tentang hadirnya seorang cucu.

Aku di sebelah mama terpempan. Terbeliak mata aku dibuatnya saat berita itu menyapa halwa telinga ku. Mengandung? Aku rasa macam tak percaya. Teragak- agak tanganku turun memegang perutku yang masih kempis.

Lama aku begitu sebelum akhirnya, tangisku membasahi pipi. Bukan tangisan kesedihan tapi tangisan penuh terharu. Tak sangka.. aku akan memiliki anak dari hasil perkahwinan ini. Patutlah semenjak dua menjak ini, aku selalu mimpi timang bayi. Rupanya, ini tafsiran mimpi tersebut.

"Ma, Rafa mengandung ma!!!" tuturku penuh gembira. Terus jasad mama aku peluk erat. Di bahunya, aku menangis deras.

Mama mengangguk kepala. Bila dia lihat aku nangis, dia juga turut sama nangis. Yurp, mama dan aku memang jenis hati tisu sikit. Gembira pun menangis, sedih pun menangis, marah pun menangis..

"Mama gembira Rafa. Alhamdullilah." ucap mama. Pelukanku dilerainya sambil tangannya turun mengusap perutku. Aku hanya membiarkan.

Doktor yang melihat gelagat kami anak beranak sekadar senyum tipis. Tahulah dia.. kami ini tak sabar nak menerima orang baru.
...
"Assalamualaikum."
Ucapan salam dihulur. Buka sahaja pintu, Rayn disapa rasa terkejut. Rumah yang dia fikir hanya ada Rafa dan ibu mertuanya itu, sudah meriah dengan kehadiran ibu kandung nya dan bapa mertuanya. Masing-masing mengerumuni Rafa di ruang tamu.

Terkebil Rayn dibuatnya. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Pelik pun ada, seronok pun ada.

"Kenapa tercegat lagi kat situ, Rayn. Mai sini. Duduk dengan kami." ujar Dato' Jazri apabila melihat menantunya masih tak beri petanda untuk merapati mereka sekeluarga.

Nak tak nak, Rayn atur langkah mendapat kan mereka. Sempat, matanya meliar pada gerangan Rafa yang sudah tersenyum penuh makna padanya. Entahlah, senyuman bahagia saja.

Tempat duduk kosong di sebelah Dato' Jazri didudukinya. Tangan bapa mertua nya itu dikucup sebagai tanda hormat. Bukan selalu dapat jumpa Dato' Jazri memandang kan lelaki itu jenis usahawan yang sibuk dengan syarikatnya.

"Mesti kamu pelik kan tengok kami ramai- ramai kat sini." ujar Puan Sri Arimah seakan dapat menafsir raut hairan Rayn yang masih bertapa.

Mama Rafa disebelah sudah mengangguk setuju. Dia pun dapat baca raut menantu nya itu. Senyumannya melirik.

Rayn angguk perlahan. "Peliklah, ma. Kenapa ni? Ada benda yang Rayn perlu tahu ke?" soal Rayn sudah memandang wajah mama dan mertuanya silih berganti.

"Kalau kamu nak tahu.." belum sempat Dato' Jazri meneruskan bicaranya, Rafa pantas menghalang.

Terkedu Rayn dibuatnya. Terus saja wajah isterinya itu dipandang. Seperti tadi, senyuman Rafa masih menghiasi.. Tak ada langsung tanda-tanda gadis itu sedang sakit. Bahagia semacam.

"Kenapa Rafa? Rayn tak boleh tahu ke?" bertubi soalannya menjengah.

Aku yang mendengar pertanyaan Rayn itu sekadar tersengih. Selepas meminta izin dari kedua ibubapaku dan Puan Sri Arimah, segera aku bawa Rayn ke dalam bilik kami berdua. Pintu bilik kami, aku katup rapat.

Kini, hanya tinggal aku dan Rayn saja berdua. Kerut wajahnya yang masih dengan tanda yanya itu aku pandang dalam. Senyumanku juga masih belum pudar.

"Kenapa ni Rafa? Bagilah tahu, Rayn." soalnya. Kali ini, nadanya kedengaran pasrah. Nak memujuk aku pun ada juga.

Tersengih aku dibuatnya. Terus saja tangan kananku memegang lembut pipi kirinya sambil tangan kiriku pula membawa tangan kanannya memegang perutku. Rayn sudah bingung dengan perlakuanku itu namun dia biarkan.

"Rayn rasa apa bila pegang perut Rafa?" soalku setelah melekapkan tangannya ke perutku yang berlapik.

Lelaki itu gigit bibir. Pandangannya yang tadi pada aku dibawa merenung ke perut aku. "Kenapa tiba-tiba Rafa tanya ini? Ada apa-apa jadi ke, sayang?" dia sudah memujuk. Ayat sayangnya dibagi.

Aku hanya tersengih kecil. Tak sangka pula Rayn sudah mula panggil aku sayang.

"Rayn suka baby tak?" aku masih mengaju soalan.

Kali ini, Rayn berkerut dahi. Dia sudah diam. Seakan sedang memikirkan sesuatu. "Suka. Kenapa Rafa tanya?"

Aku masih senyum. Pipinya aku belai lembut. Hobi aku sekarang ini memang lebih kepada nak menyentuh Rayn aje. Tangan ni yang gatal.

Erm, suami sendiri.

Aku terus merapatkan tubuhku ke tubuhnya. Kakiku jengketkan semampu yang boleh lalu mulutku, aku dekatkan ke telinganya. Rayn kaku bila aku buat begitu. Nampaklah juga aku bila dia sudah teguk air liur.

"Rayn akan jadi ayah tak lama lagi." bisikku perlahan.

Buntang mata lelaki itu dibuatnya. Terus kedua belah bahuku dipegangnya lalu dijauhkan dari tubuhnya. Raut tak percaya nya bertayang. "Betul ke ni, Rafa?"

Aku tersenyum lalu menganggukkan kepala. "Betul, Rayn. Rafa mengandung sekarang. Dah dua bulan." jawabku mengiakan ketidakpastiannya itu.

Terus saja, Rayn buat sujud syukur kerana terlalu gembira. Ayat 'Alhamdullilah' berulang kali diucapnya. Aku yang melihat gelagat Rayn itu tersenyum simpul.

Lehernya, aku peluk kemas lalu kepala ku sandarkan ke kepalanya. Rayn yang masih duduk di lantai, sekadar membiarkan. Terus lengan aku diusapnya.

"Thanks Rafa sebab bawa berita gembira ini untuk Rayn. Rayn suka sangat. Tak sabar nak sambut bakal anak kita." ucapnya.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro