BAB 54

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Satu persatu butik pakaian di Midvalley aku jengah. Tak puas dengan satu, pindah ke satu lagi. Itulah rutin yang aku lakukan semenjak kaki ini melangkah masuk ke dalam pusat beli belah tersebut.

Memandangkan sekarang ini, aku sedang mengandung jadi tiba-tiba pula hati ini terdetik nak pakai baju mengandung yang fabulous sikit. Nak jugalah merasa menjadi Anzalna Nasir sekejap. Eh?

Rayn yang tadi menurutiku sudah lama menghilang. Entah ke mana, agaknya dia pergi.. aku pun tak tahu. Dia tak cakap pula dia nak pergi mana. Mungkin, pergi makan kot. Husnudzon.

"Puan nak cuba ke?" soal seorang promoter datang mendekatiku tatkala aku ketika itu leka membelek gaun maroon yang tergantung di butik itu.

Wajah promoter itu aku pandang sebelum senyum simpulku terukir. "Tak apa. Saya memang nak ambil yang inipun. Cuma saya tak pasti nak ambil warna yang mana satu." celotehku sambil satu lagi tanganku menggapai gaun yang sama namun warna nya kali ini adalah warna peach.

Haih, inilah masalah perempuan. Citarasa itu dah ada dah cuma bila ianya berkaitan dengan dua pilihan, terus jadi keliru nak pilih yang mana satu. Patutlah ramai gelar perempuan ni complicated.

Pilih yang itu, yang ini nampak cantik tapi.. bila pilih yang ini, yang itu pula nampak cantik. Hmm.. bagaimana nak selesaikan itu?!

"Kalau pendapt sayalah, puan.. saya rasa puan patut.." belum sempat promoter itu mahu menghabiskan bicaranya, ada seseorang yang mencantas bicaranya.

Tergamam aku dibuatnya. Spontan, perhatianku teralih ke arah sosok lelaki yang sangat aku kenali. Tersentak juga sebenarnya. Tak sangka boleh terjumpa dia di.. sini?!

"Faliq?" nadaku terselit hairan. Keningku sudah aku jongket tinggi.

Dia tersenyum tipis pandang aku. Langkah nya datang menghampiriku. Tak ada tanda- tanda yang dia mahu berhenti.

Bila rasakan suasana begitu, pantas aku memberikan gaun peach itu kepada promoter tersebut untuk dibawa ke kaunter. Memberi laluan buat pertemuan antara aku dan Faliq. Rasa janggal pula kalau terselit orang ketiga antara kami.

"Y-you buat apa kat sini?"gagap pertanyaan ku ajukan. Risau juga kalau Faliq buat perangai.

Dia mematikan langkahnya di hadapan ku. Senyum tipisnya terukir. Rautnya nampak tenang, langsung tak tercalit muslihat. "Jangan risau, Rafa. I tak buat perangailah. Hmm.. I know batas I dengan isteri orang." ujarnya sedikit mesra.

Mendengarkan bicaranya itu, aku hanya mampu sungging sengih. Janggal sebenar nya. Yalah, semuanya gara-gara masa lalu kami yang dulu.

"Dengan Rayn ke?"soal Faliq mahu meneruskan perbualan. Agak sunyi bila kata-katanya tu tak mendapat balasan daripada pihak aku.

Aku senyum lalu anggukan ku berikan. "Haah. You pulak?"

"I keluar dengan kawan. Teman dia beli gift untuk girlfriend dia." ujar Faliq.

"Rizal ke?" tebakku tatkala mengingatkan tentang teman yang dimaksudkannya. Antara dua saja.. kalau bukan Rizal pasti Hazran.

Mereka bertiga memang berkepit. Tak ada salah seorang, rasa pelik pula. Namun sekarang.. memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja kursus sendiri, sudah jarang aku lihat mereka bertiga keluar sama.

Faliq tersengih tatkala mendengar jawapan ku itu. Kali ini sengihannya nampak pahit. Sayu pandangannya diberikan pada aku. Cuma, ketika itu.. aku tak dapat tafsir.

"Tak sangka you ingat diorang lagi kan? I ingat you dah lupakan semuanya fasal I." tergamam aku tatkala mendengar apa yang Faliq katakan.

Senyumanku yang tadinya meniti terus saja pudar. Entah kenapa, aku dapat rasakan maksud tersirat dari kata-katanya itu. Tutur kata yang sudah lama terperam dalam hati namun tak dapat diungkapkan terus terang.

Faliq yang menyedari perubahan air muka ku terus saja berhenti tersengih. Resah dia untuk seketika. "Y-you jangan salah faham. Maksud I, I-I ingat you dah taknak kawan I. Itu aje.." dalihnya tidak mahu menimbul kan salah faham.

Aku hanya mampu diam. Untuk seketika, aku tak berani untuk bersuara. Entah kenapa, aku dapat rasakan penipuan dan kejanggalan dari kemersraan Faliq yang kononnya hanya sebatas teman.

"Faliq?" sapaan suara itu menarik perhatian kami berdua.

Aku dan Faliq terus saja terpandangkan jasad Rayn yang sudah berdiri di hadapan kami. Kehadirannya bersama beberapa beg shopping yang pelbagai.

"R-Rayn.." sebutku sedikit gelisah tatkala melihatkan air muka Rayn berubah bila lihat aku dengan Faliq.

Jelas kelihatan senyumannya yang tadi meniti, pudar secara perlahan.

"Jangan risau Rayn. Aku tak kacau pun bini kau. Aku tegur dia sebatas kawan. Tak lebih." mendatar Faliq memberi penerangan. Dia juga seakan memahami ketegangan yang agak kecil itu.
...
Gaun labuh paras betis yang aku kenakan, aku belek di hadapan cermin. Beberapa kali, aku pusing bak seorang cinderella tatkala menggayakan gaunnya. Serentak itu, senyumanku terlukis.

Tak sangka, taste Rayn ni boleh tahan juga. Sempat mataku melirik ke arah gaun peach yang aku beli di butik pakaian petang tadi. Haih, citarasa aku ni seakan berada jauh dari standar nya. Dia macam lebih tahu apa yang aku sesuai sedangkan aku pula.. tak pernah tahu pun apa yang aku sesuai. Ahaha..

"Cantik dah tu, Rafa. Lawa sama macam Rafa." teguran itu berjaya mematikan tingkahku yang sedari tadi mencuba pelbagai gaya posing bak model depan cermin.

Segera mataku melirik ke arah punca suara itu. Terlihat jasad Rayn sedang berpeluk tubuh sambil bersandar di bingkai pintu bilik kami. Meleret panjang sengih ku dibuatnya. Segan pun ada juga.

Entah sejak bilalah dia di situ agaknya? Dia nampak ke tingkah bodoh aku tadi? Haih, buat malu muka ajelah kau ni, Rafa!!, gerutuku dalam hati.

Rayn tayang segaris senyumannya. Matanya ralit perhatikan aku. Bundar.

"Sejak bila Rayn ada kat situ?" soalku. Muka malu, aku cuba cover.

Aih!

"Sejak Rafa pusing-pusing depan cermin lagi. Nasib baik Rayn sempat tengok tadi. Kalau tak, mesti Rayn melepas." sendanya. Namun nadanya itu sedikit serius. Saja nak meriahkan suasana.

Aku yang mendengarnya, makin menebal merah di pipi. Laju, aku alihkan pandangan ku ke arah cermin. Tak faham. Kenapa.. Rayn pandang aku semacam malam ini. Terus aku sibukkan diri dengan menyisir rambutku.

Rayn yang sedari tadi di muka pintu, kedengaran keluhnya. Perlahan, langkah nya merapatiku. Dekat saja, ditarik lengan ku untuk menurutinya. Walaupun agak hairan, namun aku turutkan saja langkah nya itu.

Aku dibawanya ke birai katil lalu dia meminta aku untuk duduk. Kemudian, dia pula yang mengambil tempat di hadapan aku.

Pandanganku hairan memandang Rayn. Raut sugulnya itu buatkan aku tertanya. Resah dan bimbang semacam. Dia juga turut sama pandang aku. Dari kerut matanya, aku tahu.. dia ragu untuk memula kan bicara.

"Kenapa ni, Rayn?" aku terlebih dahulu memulakan perbualan. Malas nak tunggu.

Dia diam sejenak sebelum keluhnya terlepas. Kembali wajah aku ditatapnya. "Fasal Faliq."

Berkerut dahi aku dibuatnya. "Kenapa dengan Faliq?"

"Dia cakap apa masa jumpa Rafa tadi? Dia ada kacau Rafa ke?" pertanyaannya yang bertubi, buatkan aku sedikit terkaku.

Wajahnya aku pandang namun mulutku masih terkunci rapat. Terimbau kembali perbualan antara aku dan Faliq petang tadi di butik. Kami tak sembang banyak namun perbualan itu berakhir dengan rasa tak selesa. Hmm... takkan aku nak jujur pada Rayn pula kan?!

Terus tanganku memegang pipi Rayn lembut. Senyumku terukir. "Jangan risaulah, Rayn. Faliq tak cakap apa pun. Dia cuma cakap nak kita datang majlis kahwin dia. Itu aje." bohongku masih mengekalkan senyum.

Untuk seketika Rayn membisu. "Cuma itu?"

Aku balas dengan anggukan. "Ya, Rayn sayang. Cuma itu. Hmm.. Rayn mesti fikir bukan-bukan kan?" usikku sengaja mahu mengusir ketegangan dalam perbualan kami.

Dia pandang aku namun setelah itu, nafas nya ditarik dalam. Gelengannya dibagi. "Taklah. Rayn cuma tanya aje. Erm.. Rayn nak mandi dulu." pintanya.

Setelah aku mengangguk, dia terus bergegas ke bilik air.

Bila lihat kelibatnya sudah menghilang, pantas senyuman ku kendur. Helaan lega aku lepaskan. Hmm.. tak faham, kenapa aku perlu berbohong?!

Tak berlengah, aku kembali bangun dari dudukku. Baru saja aku berura mahu pergi, terdengar dari telefonku bunyi pesanan masuk. Pantas, tanganku mencapai telefon pintarku yang terletak di laci meja bersebelahan katil.

Berkerut dahi aku dibuatnya. Pesanan daripada nombor tak dikenali. Bibirku ketap rapat.

Pesanan itu aku buka lalu isinya aku baca.

'Salam Rafa, ini Faliq. Terserah pada you nak percayakan I atau tidak but ada orang yang dengki pada you. I hope you berhati- hati. I...'- nombor tak dikenali.

Faliq? Dari mana dia dapat nombor telefon aku ni? Seingat aku, hanya kenalan rapat aku saja yang aku beri nombor telefon ini. Aku sudah berteka teki sendiri.

Kenapa cuma separuh? Kenapa tak penuh?, soalku sendirian. Hanya dalam hati.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro