BAB 55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana bandaraya Kuala Lumpur yang sudah bermandikan cahaya lampu, dipandangnya dengan rasa kosong. Yurp, untuk malam ini, dia tak mampu untuk menikmati keindahan malam itu seperti malam-malam lain. Entah kenapa, hati nya rasa tak tenang.

Tin pepsi yang terletak di atas meja kecil berdekatannya dicapai lalu diteguknya sedikit sambil mata masih melekap pada pemandangan yang terhidang depan mata nya. Kemudian dipegangnya lama tin tersebut.

Lama Faliq berkeadaan begitu sebelum keluhan tipisnya terlepas.

"Kita sama-sama pisahkan Rafa dan Rayn." kata-kata Azura itu menyapa halwa telinga nya.

Tergamam Faliq di situ. Wajah tekad gadis itu dipandangnya sebelum senyum sinis nya terlukis. Entah kenapa.. berbincang mengenai perkara sebegitu dengan Azura buatkan dia terasa lucu.

Selama ini, dia kenal Azura sebagai seorang penurut kepada Aina. Gadis itu juga seakan tiada keputusan yang tetap dan sekarang.. gadis itu mahu buat perancangan untuk runtuhkan rumahtangga orang?

Pfft..

"Kau yakin ke kau mampu?" soalannya menjengah setelah lama mulutnya membisu.

Berkerut dahi Azura dibuatnya. Hilang terus tatapan tekadnya itu. "Kenapa kau tanya macam itu? Kau nampak aku macam tak mampu ke?" bertubi soalan dipulangkan nya. Sedikit menggertak bicaranya.

"Kalau betul aku nak pisahkan diorang pun, aku akan pilih teammate yang hmm.. yang aku rasa mampu pisahkan diorang." jujur Faliq menghamburkan pendapatnya.

Terpempan Azura di hadapan Faliq. Entah kenapa, maruahnya rasa tercalar bila Faliq kata begitu. Bodoh sangat ke dia ni? Dia rasa tercabar.

Melihatkan Azura membisu depannya, Faliq tarik sengih perli. Perlahan-lahan dia bangun dari duduknya namun mata Faliq tak lepas dari memandang gadis itu. Azura masih terpegun di situ. Dia masih tercengang dengan penangan bicara Faliq itu.

"Aku cuma nak pesan dekat kau. Aku dah berserah. Walaupun hati aku masih sayang kan Rafa tapi aku nak dia bahagia. Lagipun, kalau kau rancang untuk pisahkan diorang.. kau takkan berjaya sebab kau tak ada motif." lancar ayat itu Faliq hamburkan sebelum langkahnya diatur meninggalkan gadis itu.

Keluhan Faliq terlepas. Entah kenapa, dirasakan ayatnya itu bagai mengejutkan harimau yang sedang tidur. Masih jelas dalam kepalanya, reaksi gadis itu. Tercengang namun pada masa yang sama.. tercabar.

Perasaannya jadi risau.

Mungkin.. Azura boleh buat rancangan itu. Sendirian namun mungkin juga tidak. Tapi.. betul ke gadis itu mampu? Faliq sudah mulai berteka-teki sendiri.

Keluhannya kembali terlepas. Terus telefon pintar yang berada dalam poket seluarnya dikeluarkan lalu aplikasi whatsapp ditekan nya.

Nombor telefon baru Rafa ditekannya lalu tangannya mulai menekan satu persatu papan kekunci. Yurp, walaupun tak pasti namun Rafa perlu tahu tentang perkara ini. Mungkin.. dengan amaran ini, gadis itu akan lebih berjaga-jaga, Faliq sudah menyusun rancangan.

'Salam Rafa, ini Faliq. Terserah pada you nak percayakan I atau tidak but ada orang yang dengki pada you. I hope you berhati- hati. I...'-kirim.

Argh, sudah! Tangannya tertekan untuk mengirim pesanan itu ketika dia mahu menyambung ayat seterusnya. Faliq mendengus kecil. Geram pula tiba-tiba. Terburu-buru sangat.

'I nak you tahu yang orang itu..'
Belum pun habis dia menaip pesanannya, tak semena dia mendapat panggilan masuk. Tertera nama Sarah pada skrin telefonnya. Terdiam Faliq untuk seketika namun lekas dia mengangkat. Tak mahu gadis itu menunggu lama.

"Kenapa ni Sarah? Call abang malam-malam ini?" lembut nadanya bertanya selepas ucapan salam gadis itu disambutnya.

Di hujung talian, Sarah mengukir senyum tipis. Hilang sedikit rasa bimbangnya bila terdengarkan suara Faliq menyapa halwa telinganya. Manakan tidak, sedari tadi perasaannya disapa rasa bimbang malah ingatannya terus menerus memikirkan lelaki itu.

Entah kenapa, dia jadi risau.

"Saja. Sarah cuma nak tahu keadaan abang.  Nak dengar suara abang. Itu aje." ujarnya. Agak segan nadanya.

Sejenak, tawa kecil Faliq mengekek. Sarah sudah pegang pipinya yang terasa membahang. Terlepas sudah ayat bergula nya itu.

"Kenapa ni Sarah? Tiba-tiba aje? Ada apa- apa jadi ke?"

"Haha.. tak adalah. Salah ke?"

"Bukan salah cuma rasa pelik. Setahu abang, Sarah tak pernah macam ini dengan abang." jawapan lelaki itu buatkan senyuman tipis Sarah terlukis.

Hanya tinggal dua hari saja lagi, pernikahan mereka akan berlangsung. Tipulah kalau Sarah tak berasa teruja walaupun pada awal nya.. dia tak ada hati pun pada lelaki itu. Cadangan untuk berkahwin juga mahu saja dia tolak.

Namun, lepas Faliq kata dia mahu mulakan hidup baru dengannya. Dia pula yang rasa mahu cepat-cepat jadi milik lelaki itu. Selepas saja Faliq kata begitu, layanan dingin lelaki itu padanya terus saja hilang. Faliq pun sekarang rajin keluar dengannya untuk buat persiapan perkahwinan. Tak macam dulu.

"Sarah.." ayatnya tergantung saat ketukan bertalu dari hujung talian bergema. Faliq turut sama terdiam. Hening seketika.

Sekali lagi, pintu tersebut diketuk deras. Bunyi macam nak meroboh pintu aje. Tak semena, hati Sarah jadi tak tenang. Lain macam.

"Siapa itu, bang?" soal Sarah risau.

"Abang tak tahu. Kejap, abang nak buka. Sarah hold dulu eiyh." pesan lelaki itu.

Akur. Sarah hanya diam di atas talian yang masih bersambung.

Telinganya mendengar segalanya. Derapan tapak kaki Faliq, ketukan pada pintu yang masih menyinggah, hela nafas Faliq dan juga bunyi pintu bilik terbuka.

Bam! Bam! Bam!

Telefon pintar jenama iPhonenya dicampak ke lantai. Tersandar belakang badan Sarah ke dinding. Matanya membuntang luas. Seluruh tubuhnya bergetar.

T-Tak.. mungkin!

Dari hujung talian, dia dengar beberapa das tembakan dilepaskan. Dia dengar erangan Faliq yang penuh kesakitan dan dia juga dengar suara lelaki sedang berbicara. Masih terngiang-ngiang jelas dalam telinganya.

"Dia dah mampus, bos."
...
Majalah 'Jutawan' yang dipegangnya, dibelek sepintas lalu. Malam ini, seleranya untuk menikmati bacaannya mati serta merta. Ingatannya pula berulang kali mengingat pada anak terunanya yang seorang itu.

Tak semena, keluhannya terlepas. Kalah. Akhirnya, Syed Hadi melipat majalah tersebut lalu disusunkan di ata meja kopi dihadapannya semula.

Belakang badannya disandar ke bahu sofa. Pemandangan di hadapannya, dipandang kosong sambil fikirannya mula terimbau dengan apa yang dibahasnya  dengan Faliq beberapa hari lepas.

"Faliq harap sangat papa akan bernafas tanpa rasa benci pada sesiapa." ujar Faliq tenang.

Syed Hadi yang ketika itu sedang menikmati makanannya, spontan mengalih pandang ke arah anak terunanya. Agak terkesan juga dia mendengar kata-kata Faliq itu. Seakan nak menyentapkan hatinya.

Wajah bersih Faliq dipandangnya dengan rasa hairan. "Kenapa kamu tiba-tiba cakap macam itu?"

Faliq tarik senyum. "Nothing. Itu cuma harapan Faliq aje, pa. Papa jangan terasa."

"Kamu sindir papa ke, Faliq?"

Gelengan kecil lelaki itu berikan. "Faliq tak ada niat sindir papa cuma Faliq terfikir suasana kalau papa berbaik dengan Dato' Jazri."

Tergamam Syed Hadi dibuatnya. Raut tak sukanya sudah ditayang. Pantang betul telinganya disapa nama musuhnya itu. Dan.. hari ini, Faliq sebut nama lelaki itu.

"Kenapa? Kamu nak berbaik dengan Rafa semula ke?"

Kembali gelengan Faliq berikan. "Bukan tu, pa. Faliq tahu Faliq takkan berjodoh dengan Rafa. Dia orang lain punya pa."

"Habis itu? Kenapa kamu cakap fasal Dato' Jazri pula?"

Senyuman Faliq terlukis tipis. Tangan kanannya menggapai tangan Syed Hadi lalu digenggamnya erat.

"Kalau papa nak tahu, mama pernah pesan pada Faliq yang dia tak pernah bencikan sesiapa. Dia cuma sedih sebab rasa benci papa buat kan mama berpisah dengan kawan baik dia."

Kata-kata Faliq tersemat elok dalam ingatannya. Satu keluhan nipisnya terlepas. Dia juga akui permusuhannya dengan Dato' Jazri bukan saja merosakkan hubungan persahabatan antara dia dan lelaki itu malah juga memusnahkan keakraban arwah isterinya dan juga isteri lelaki itu.

Lama dia termenung sebelum matanya terus saja terpandangkan bingkai gambar kecil di mana potret mereka tiga beranak  terpamer. Tanpa sedar, senyum tipisnya terukir.

Perlahan, dia bangkit dari duduknya lalu menghampiri gambar tersebut. Baru saja dia nak mencapai bingkai tersebut, tangan nya secara tidak sengaja tertolak bingkai tersebut sehingga ia terjatuh.

Tergamam Dato' Jazri dibuatnya. Serentak itu, fikirannya mula teringatkan pada Faliq. Hatinya berubah gusar.

"Faliq.."
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro