BAB 61

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tanah perkuburan Islam itu makin lama, makin kurang dengan para pelawat yang hadir. Rayn yang segak berkaca mata hitam sempat meralit ke arah Dato' Jazri dan Syed Hadi yang sedang berbual di tempat parkir kereta itu.

Kemudian, pandangannya dihala ke arah Sarah yang masih duduk bersimpuh menghadap tanah merah yang menimbun jasad kaku Faliq. Sedari tadi, gadis itu begitu. Hanya menunduk seakan masih meratapi pemergian Faliq.

Perlahan, langkah Rayn tersusun mendekati Sarah. Ekor matanya meralit tanah merah yang masih basah dengan air mawar. Perasaan hibanya menyapa.

Tipulah kalau dia tak rasa sedih bila dapat tahu Faliq sudah pergi. Walaupun dia tak rapat mana dengan lelaki itu namun.. lelaki itu pernah menjadi sebahagian dalam hidup Rafa suatu ketika dahulu. Sebagai seorang suami, Rayn diulit rasa serba salah.

Bersalah kerana telah melarang Rafa untuk menemui Faliq buat kali terakhir.

"Saya nak ucapkan takziah atas pemergian Faliq. Saya doakan dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang baik." ucap Rayn perlahan.

Sarah yang mendengar sekadar tersenyum nipis. Dia yang tadinya duduk bersimpuh, ambil keputusan untukberdiri. Tangisan yang berbekas di pipi disapunya.

"Thanks. Hm.. macam mana dengan Rafa? Dia dah sedarkan diri?" soal Sarah cuba untuk berlagak tenang. Senyumnya masih disimpul.

Huh!!

Lagipun, tiada apa yang akan berubah kalau dia terus melayan rasa sedihnya. Faliq sudahpun pergi menghadap Sang Penciptanya dan tak akan kembali. Sebagai seorang manusia, Sarah hanya mampu belajar untuk redha.

Rayn berpeluk tubuh. Pandangannya menunduk ke bawah. Lama dia begitu sebelum keluhannya terlepas. "Dia masih belum sedarkan diri."

Sarah mengangguk kecil. "Saya pun nak ucapkan takziah atas keguguran anak awak dengan Rafa. Saya yakin apa yang terjadi ini pasti ada hikmatnya."

Di sisi, Rayn hanya membisu. Tak semena, fikirannya terimbau mengingatkan Azura yang ditangkap semalam. Gadis itu diberkas di rumahnya dan ketika itu, Rayn turut serta dalam misi tersebut. Dilihat nya, gadis itu tenang saja keluar dari tempat penyembunyiaannya. Malah, sempat senyum lebarnya terukir.

Tak terselit langsung rasa bersalahnya. Huh!! Entah hati apa agaknya gadis itu.

"Dia layak mati. Korang tak tahu betapa hodohnya hati perempuan itu."

Berulang kali kata-kata Azura itu menyapa halwa ingatan Rayn. Hal itu membuatkan dia berandaian bahawa motif Azura mahu membunuh Rafa adalah kerana dendam semata.

Senyuman tipis Rayn terukir. "Saya dah boleh terima hakikat itu cuma.. saya risau, bila Rafa sedar nanti dan dia tak dapat terima keguguran dia." luah Rayn.

"Saya yakin Rafa dapat belajar untuk terima itu. Dia kan gadis yang kuat?" terselit kata-kata semangat dalam bicara Sarah. Senyumannya juga kelihatan.

Rayn sekadar membisu. Dalam hati juga, dia turut sama berharap agar isterinya itu dapat bertabah menerima kehilangan bakal anak sulung mereka itu.

Suasana hening kembali membelengu ruang antara mereka berdua. Masing- masing diam melayan perasaan namun esakan Sarah mematikan kesepian itu.

Pantas, Rayn menoleh ke arah gadis itu. Tersentak bila lihat Sarah kembali menghamburkan air matanya.

"Kenapa ni, Sarah?"

"Saya ingat saya kuat tapi rupanya saya tak mampu. Sepatutnya semalam, saya dan abang Faliq bernikah tapi nampaknya tiada jodoh antara saya dan dia. Saya sedih.. tak sangka kematiannya akibat khianat. Huh.. kenapa saya perlu lihat kematiannya begini?" luah gadis itu dengan esakannya yang masih melatari.

Tergamam Rayn dibuatnya. Nak disentuh mahu pujuk, dia tak berani. Takut orang yang pandang kata apa pula nanti.

"Macam apa yang awak katakan Sarah, apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebalik nya."
...
Selesai menunaikan solat fardhu Maghrib, kepalanya sempat ditoleh ke arah Rafa yang masih di atas katil. Senyum tipisnya terlukis. Sudah hampir lima hari, isterinya tidak sedarkan diri namun doktor yang merawat gadis itu katakan keadaan Rafa semakin pulih. Hal itu buatkan Rayn disapa rasa lega.

Tangannya ditadah mahu memanjat doa. Dengan sepenuh hati, Rayn melafazkan permintaannya kepada Tuhan. Yurp, buat masa sekarang.. hanya bercerita dengan Tuhan saja yang dapat buatkan hatinya jadi tenang.

"Ya Allah, Ya Tuhanku.. Aku bersyukur ke atas hadrat-Mu yang telah Kau limpahkan kepadaku. Ya Allah, di-kesempatan ini aku memohon kepadaMu agar Kau beri peluang kepadaku untuk bersama kembali dengan isteriku. Kau kuatkanlah hatinya menerima segala dugaan ini, dan Kau permudahkan lah jalan untuk kami mengecapi rasa bahagia perkahwinan ini.

Sungguh, kasihku ini hanya pada dia malah cintaku juga tulus hanya untuk dia. Aku memohon kepadaMu agar kau berikan kebahagiaan di dunia dan juga diakhirat buat kami berdua. Murahkanlah rezeki kami, ampunkanlah dosa kami dan juga kau berkatilah perhubungan kami. Aamin Ya Rabb Al-Alamin." disapu wajahnya seusai bacaan doa itu diakhirinya.

Setelah melipat sejadah, kakinya menapak mendekati Rafa yang masih tidur di katil nya. Rayn ketap bibir. Tangan Rafa yang terletak di atas perut gadis itu dicapainya lalu digenggam kemas. Sayu pandangan menatap wajah isterinya itu.

"Rafa.. dah lima hari Rayn tunggu Rafa. Rayn rindu sangat nak dengar suara Rafa. Sepanjang Rafa tidur ini, hidup Rayn rasa sunyi sangat. Hidup Rayn rasa kosong. Apa yang Rayn buat pun jadi serba tak kena." luah lelaki itu dari yang terbuku dalam hati.

Sepi. Rafa masih tidur. Tak ada respons yang dia berikan.

Keluhan Rayn meniti. Kali ini, tangannya naik membelai pipi isterinya lembut. "Rafa taknak bangun sebab Rafa marahkan Rayn ke?" soalannya dituju.

Namun, masih sepi. Tiada sebarang jawapan yang meniti dari rekahan mulut gadis itu.

Perlahan, Rayn melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia di sebelah katil hospital. Masih wajah Rafa direnungnya sambil jari jemarinya leka bermain dengan cincin perkahwinan yang terselit di jari manis milik Rafa.

Timbul senyuman pahitnya tatkala terkenangkan detik sepanjang dia mengenali gadis itu. Bila difikir balik, banyak juga ranjau dan cabaran yang dia perlu tempuhi sehingga akhirnya dia dapat memiliki gadis itu.

"Rafa nak tahu tak? Rafalah satu-satunya perempuan yang berjaya buka pintu hati Rayn. Hmm.. Rayn pun tak faham kenapa orang itu mesti Rafa dan bukannya orang lain? Sedangkan ramai aje lagi perempuan baik yang Rayn boleh pilih." Rayn sudah menyusun ceritanya.

"Rayn suka Rafa sejak kita Tahun satu lagi. Waktu itu, mata Rayn cuma nampak Rafa seorang aje. Rayn rasa pelik kerana untuk pertama kalinya Rayn suka dengar suara manja seorang perempuan. Dulu, Rafa jenis gila-gila jadi Rayn tak berani nak tegur. Rayn tahu yang Rayn tak layak nak dekat dengan Rafa dan.. mungkin sebab itu, Rafa tak sedar kehadiran Rayn, kan?" soalnya sudah memandang sayang wajah isterinya itu.

Senyumannya yang tadi lebar berubah kendur. Hmm.. hatinya berharap agar Rafa dapat mendengar ceritanya itu. Hikayat bagaimana perasaannya boleh terbuka hanya untuk Azierah Farishah.

"Jujur, Rayn katakan yang hati Rayn cemburu bila tahu Rafa bersama dengan lelaki lain tapi siapa lah Rayn untuk menghalang Rafa waktu itu. Bila Rayn dapat tahu yang Rafa putus dengan Faliq, Rayn teruja sangat. Rayn rasa peluang Rayn cerah. Rayn rasa Rafa adalah sebahagian takdir Rayn.

Rafa ingat lagi tak bila Rayn minta Rafa jadi girlfriend Rayn? Hmm.. detik itu memang Rayn jadikan sejarah untuk perkahwinan kita sebab Rayn tak sangka yang Rafa akan izinkan Rayn memperisterikan Rafa. Dan, sekarang... Rayn berjaya memiliki cinta pertama Rayn."  Rayn menamatkan cerita nya.

Layu matanya memandang wajah isterinya yang pucat. Tangannya masih ligat membelai ubun kepala Rafa yang terdedah sebelum keluhan tipisnya terlepas.

"I love you, sayang." ucapnya tulus.

Sudah lama, dia pendam perkataan itu daripada keluar. Dia takut kalau cintanya ditolak namun sekarang, Rayn rasa lebih berani untuk meluahkan perasaannya.

Baru saja dia nak mengucup jemari Rafa, dirasakan genggaman tangan gadis itu sedikit erat. Tersentak Rayn dibuatnya.

Pantas dia menoleh ke arah wajah Rafa. Dilihatnya, kening Rafa sudah berkerut- kerut manakala mulutnya pula terkumat- kamit menyebut sesuatu.

"Ra-Rafa?" seru  Rayn sudah bangun dari duduknya.

Butang kecemasan ditekannya beberapa kali meminta staff hoapital untuk segera memeriksa keadaan Rafa.

Masih pegangan tangannya pada tangan Rafa tak dilepas. Perasaannya sudah cemas ditambah rasa gembira dan syukur.

"Rafa?"
"R-Rayn.."

Dalam mata terpejam, Rafa menyeru namanya lemah.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro