BAB 62

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Rancangan televisyen yang memaparkan drama 'Curi-curi Cinta' aku pandang dengan rasa kosong. Sepatutnya babak- babak dalam drama itu mengundang cia-cia namun bagi aku, ianya tiada apa.

Semenjak keluar dari hospital, seleraku untuk semua perkara jadi mati. Semangat ku juga seakan terkubur. Hmm.. apa yang aku lakukan juga jadi serba tak kena. Makan pun tak selera, mandi pun tak mahu inikan lagi melayan drama yan hanya buatkan tekakku terasa loya.

"R-Rayn.. a-anak kita mana?" soalanku menerjah bila aku rasakan perutku yang buncit sedikit terasa kempis.

Rayn di sebelahku sudah ketap bibir. Segera dilarikan pandangannya ke tempat lain. Jelas pada pandanganku, riak bersalah nya yang tak dapat lelaki itu sembunyikan.

Duduk hampir lima bulan dengannya buatkan aku kenal jelas peribadi lelaki itu bila dia menipu dan juga jujur. Aku sudah pun peka pada emosinya itu.

Bila lihat diamnya seakan berlarutan, tanganku spontan menggapai tangannya. Raut ku berkerut menagih jawapan daripadanya. Yurp, aku perlukan jawapan. Jawapan tentang nasib anak yang aku kandungkan ini.

"Anak kita masih hidup lagi kan, Rayn?" bergetar nadaku menagih jawapannya. Air mataku sudah bertakung di birai mata.

Aku bukannya rabun atau buta untuk tak menafsir reaksi Rayn itu. Dari wajahnya, aku nampak kekecewaannya terselit namun entah kenapa.. hati ini berdegil untuk tak mahu menerima hakikat tersebut. Aku yakin anak kami masih hidup. Mungkin, dia masih berteduh dalam rahim ku.

"Anak kita masih hidup kan, Rayn. Betul kan?" gesa ku berkali. Tangannya aku goncang berharap dia dapat membalas soalan ku itu.

Pantas, Rayn mendakap tubuhku. Aku dengar esak tangisnya melatari. Belakang badanku diusapnya..

"Kalau boleh, Rayn nak  benda yang sama terjadi tapi Rayn bukan Tuhan Rafa. Anak kita.. dah tak ada."

Perutku yang sudah kempis, aku urut perlahan. Sudah beberapa hari aku menangisi pemergiaan janinku itu. Aku ingat aku dapat membesarkannya dengan baik namun nampaknya aku silap. Aku seorang ibu yang teruk.

Kerana perangai aku dulu, bakal anak kami menjadi korbannya. Kalau tak disebabkan kesyaitanan aku yang hamak (ketagih) perhatian orang lelaki, aku pasti aku takkan kehilangan anak  kami. Berkali-kali aku menyalahkan diri.

Serta-merta, aku memukul kepalaku sendiri. Air mata yang tadinya kontang kembali membasahi pipi. Mulutku tak henti-henti mencela dan mengherdik kebodohan diriku.

Yurp, kau memang bodoh Rafa. Bodoh!!

Rayn yang ketika itu sedang sibuk menyiapkan makan malam, laju mendapatkan aku. Segera dia menghalang tingkahku lalu tubuhku didakapnya erat. Keresahannya jelas terpamer. Aku pula sudah menangis semahunya dalam dakapan Rayn.

"Rafa tak guna, Rayn. Disebabkan Rafa, kita hilang bakal anak kita. Rafa tahu Rayn kecewa dengan Rafa. Rafa memang patut mati." selarku sambil cuba untuk memukul diriku kembali.

Namun, Rayn masih menahan tanganku. Digenggamnya erat kedua belah tanganku. Berharap cara itu dapat menghalang aku dari terus mencederakan diriku sendiri.

"Jangan cakap macam itu, sayang. Rayn tak pernah kecewa. Rayn anggap benda itu belum rezeki. Please, Rafa. Jangan buat macam ini." pujuk Rayn sebak.

Mendengarkan jawapannya itu, aku hanya mampu menangis.

"Maafkan Rafa, Rayn. Rafa bunuh anak kita." sekali lagi, aku menyalahkan diriku.

Rayn sekadar menggelengkan kepala. Peluh renek yang membasahi dahiku disapunya lembut. "Jangan cakap macam itu, sayang. Rafa tak bunuh anak kita. Tak ada siapa yang cakap Rafa bunuh anak kita. Rayn pun tak pernah anggap itu."

Aku ketap bibir. Kali ini, genggamannya pada lenganku, aku leraikan. Kami berhadapan. Wajah bersih Rayn aku pandang. Langaung aku tak pedulikan mukaku yang sudah comot dengan air mata.

"Rafa tahu Rayn marahkan Rafa. Rafa tahu yang Rayn kecewa dengan Rafa. Rayn sengaja berbohong sebab Rayn nak jaga hati Rafa." tebakku membuat andaian.

Mendengarkan itu, Rayn hanya senyum tipis. Kemudian, kedua belah tangannya menggenggam bahuku. Sempat dia perkemaskan rambutku yang sudah lencun dek peluh dan air mata.

"Cuma Rafa aje yang fikir begitu. Rayn tak pernah rasa macam itu. Bagi Rayn, apa yang jadi ini semuanya atas kehendak Tuhan. Mungkin belum masanya lagi kita nak mendapat rezeki anak. Rafa jangan risau. Kita akan cuba usahakan lagi sampai dapat." ujar Rayn lembut. Nadanya memujuk. Dalam mataku ditatapnya.

Aku dihadapannya sudah ketap bibir. Sayu mataku memandangnya sebelum senyum tipisku terukir.

"Rayn.."meleret namanya aku sebut.

Lelaki itu tersenyum lebar. Spontan, aku ditariknya ke dalam pelukan. Belakang kepalaku diusapnya perlahan.

"Rayn bersyukur.. sekurang-kurangnya Tuhan masih beri Rayn peluang untuk bersama Rafa. Hanya Rafa aje yang Rayn perlukan untuk lengkapkan hidup Rayn." tuturnya tulus.

Dan, kata-katanya itu berjaya buatkan aku terkedu. Sungguh, itulah kalimat paling manis yang pernah aku dengar.
...
Setahun Kemudian..

Tiket penerbangan untuk seorang yang berada dalam tangannya dibelek. Sesekali, matanya melirik ke arah skrin yang memaparkan waktu perlepasan bagi setiap pesawat yang keluar masuk lapangan. Spontan, senyuman tipisnya terukir.

"Lagi satu jam.." bisiknya sendirian.

Kembali, tiket tersebut diselitnya ke dalam passport. Perasaannya jadi tak sabar untuk berangkat ke negara Arab itu tak lama lagi. Cita-citanya untuk sambung belajar ke Mesir akhirnya tergapai jua. Tak semena, senyumannya yang tadi meleret berubah pudar tatkala terkenangkan seseorang yang sudah setahun tiada di sampingnya.

'Ummi dengan baba minta abang nikahi Sarah secepat mungkin sebelum Sarah flight ke Mesir. Kalau boleh, diorang nak abang ikut Sarah pergi Mesir lepas aje abang tamatkan pengajian abang kat sini.'

Senyum tipisnya terukir tatkala terkenang kan zamannya mengenali Faliq. Bukan main tak sudinya lelaki itu mahu menuruti nya ke Mesir. Hmm.. mungkin kerana waktu itu hati Faliq masih sayangkan Rafa.

Sekarang, semuanya sudah berubah. Dia sudah tidak lagi terikat dengan mana- mana lelaki. Sedih namun demi menerus kan hidup, dia terpaksa juga terbang ke Mesir untuk sambung pengajian. Kalau dulu, dia berkorban masa depannya demi seorang lelaki kini.. tiada apa yang menghalangnya.

Gambar Faliq yang terpampang pada skrin telefon pintarnya ditatap. Tanpa sedar, kolam matanya sudah panas dengan air mata. Lembut, wajah Faliq yang sedang tersenyum itu disentuhnya.

"Abang.. izinkan Sarah belajar Mesir ya? Sarah harap abang doakan Sarah berjaya kat sana dan dapat gapai cita-cita Sarah." ujarnya lembut. Serak-serak basah nadanya menanggung rindu.

Setelah kehilangan ini, baru dia menyedari yang hatinya sudah lama jatuh sayang pada lelaki itu. Namun, dia tak mampu. Lelaki itu sudah berada di alam lain darinya. Bagaimana mereka mahu bertemu? Tak ada jalan mahupun kenderaan yang dapat membantunya menemui lelaki itu. Tiada.

"Abang, Sarah sayangkan abang. Sarah harap abang pun sayangkan Sarah kat sana. Doakan Sarah ya, bang." kerana tak dapat menahan rasa, akhirnya air mata yang dikumpul basah mengalir di pipinya.

Sungguh, kerinduannya tak dapat dibendung lagi namun.. dia perlu terima hakikat. Kematian itu adalah pemisah hakiki.

'Para penumpang...'
Laungan memanggil itu menyedarkan Sarah. Cepat-cepat, dia menyapu air matanya. Passport yang diletakkannya di sisi digapainya.

Baru saja dia mahu bergegas, tubuhnya tak semena terlanggar kan seseorang dari arah hadapan membuatkan tubuhnya hampir saja mahu jatuh ke belakang namun syukur, ada tangan yang mencengkam lengannya. Hal itu menghalang dia dari terus jatuh.

"S-sorry, saya tak sengaja." ucap gerangan yang melanggarnya itu.

Sarah yang sudah menunduk mengurut dada terus saja mendongak memandang gerangan tersebut. Terpana dia sejenak tatkala wajah orang yang dilanggarnya itu menyapa halwa pandangannya.

T-tak.. Tak mungkin?
Adakah dia sedang bermimpi?

"Fa-Faliq?" nama lelaki itu meluncur ke luar dari mulutnya. Membuntang matanya kerana tak percaya.

Lelaki yang berada di hadapannya itu sudah berkerut dahi. Sempat kaca mata nya diperbetulkan. "Erm.. s-sorry? Cik panggil saya apa tadi?"

Cepat-cepat Sarah menyedarkan dirinya. Namun, matanya tak lepas dari memandang lelaki itu. Sungguh, dia tak menyangka apa yang dia lihat kini. Lelaki itu.. wajahnya saling tak tumpah dengan wajah Faliq. Hanya kaca mata dan juga tahi lalatnya saja yang menjadi pembeza.

"S-Sorry. Jangan fikirkan apa yang saya panggil awak tadi. Erm, thanks." ucap Sarah mahu terus berlalu dari situ.

Makin lama dia menghadap lelaki itu, makin kuat ingatannya pada Faliq nanti. Tak mahu. Sarah tak mahu terus dihantui oleh perasaannya pada Faliq.

Namun, belum pun dia menjauh, lelaki itu terlebih dahulu menghalang jalannya. Serius wajah lelaki itu menatapnya. "Nama saya Anaqi, bukan Faliq. Nama cik pula?" selamba, lelaki itu memperkenalkan dirinya. Sengih perkenalannya diukir.

Sengih perkenalan? Pfft...

Sarah diam. Wajah lelaki itu dipandang nya lalu dia larikan pandangannya ke tempat lain. "So-sorry, saya dah lambat." ujar Sarah lalu melanggar bahu lelaki itu mahu pergi.

Huh, perangai pun boleh tahan mengusik macam Faliq.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro