🍀BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Laju kakinya melangkah setelah turun dari kapal terbang, walau badanya kecil molek tetapi tenaganya untuk menolak troli yang penuh dengan beg dan barangnya ditolak tanpa lelah. matanya meliar mencari seseorang di sekeliling KLIA tetapi hampa! bila orang yang dicari tiada.

"Mana abang ni? janji nak ambil tepat masa. Tak nampak kelibat abang kat sini. Mesti lambat ni bukan nak beritahu," Omel Naura sendiri.

5 tahun Naura belajar di korea dalam bidang kesetiausahaan kini dia kembali ke Malaysia. Tempat lahirnya yang selama ini dia rindu untuk kembali ke sini.

Dia berasa lega apabila menjejak kaki ke tanah airnya sendiri, setelah lima tahun berada di negara orang. Banyak pengalaman yang Naura dapat pelajari ketika berada di sana.

Pelbagai rintangan, pahit getir yang dia hadapi. Tetapi rakan-rakan yang sentiasa ada dan mengambil berat terhadapnya, membuatkan dia bertahan dan kuatkan semangat ketika belajar di sana.

Nama pun Naura Afiya mestilah kena kental dan kuat, walaupun orangnya kecil molek tapi hatinya kuat dan tidak mudah mengalah.

"Tret! tret!"

Bunyi telefon bimbitnya yang bergegar menandakan ada mesej masuk, dia mengambil telefon bimbitnya dalam beg yang disandangnya.

Mesej:

Abang:Adik, abang lambat sikit tau. Meeting tak selesai lagi, lepas habis meeting abang ambil adik k tunggu tau(emoji love)-Naufal

"Ok abang, jangan lambat sangat tau".-Naura.

"Ok, lepas habis meeting abang terus je ambil adik ok".-Naufal.

Naura hanya akur, nak buat macamana kena tunggulah sehingga abangnya tiba, redha je lah.

"Dah agak dah," Naura melepaskan keluhan.

Naura melangkah pergi ke mesin kopi yang berada tidak jauh dari situ, haus tekaknya apabila berdiri lama di situ. Duit kertas seringgit dimasukkan dua kali ke dalam mesin tersebut lalu keluarlah cawan yang diisi kopi yang dipilih Naura ke dalam cawan. Setelah penuh Naura mengambil cawan tersebut diteguk kopi yang sejuk itu sedikit demi sedikit terasa nikmatnya apabila minum kopi sejuk di hari yang semakin panas, biasalah tengahari di Malaysia tak macam tengahari di Korea ketika musim sejuk.

Cawan yang masih berisi setengah lagi kopi dibawanya, dia melangkah berlalu ke temapt menunggu, sebelah lagi tanganya memengang telefon bimbit tanpa sedar kopi yang ada di tanganya sudah selamat mendarat pada kemeja putih seseorang yang berada di depanya kini.

Dia sendiri tidak sedar bila dia terlanggar dengan lelaki tersebut, matanya tepat memandang kemeja putih yang sudah bertukar warna dia mengerling cawan yang berisi kopi di tanganya yang sudah kosong, perlahan dia mendonggakan kepalanya memandang lelaki yang agak tinggi di depanya.

Terpegun seketika Naura mendongak memandang lelaki tersebut. Tinggi, handsome kulit putih, bibir merah macam pakai lipstik package lengkaplah seorang lelaki edisi terhad dan idaman ramai gadis.

"Hello!" Lelaki tersebut memetik jari ke arah muka Naura, menyebabkan dia tersedar dari lamunan.

"Dah puas dah tatap muka aku yang handsome ni." Dingin datar sahaja suara lelaki tersebut, sedingin riak mukanya yang sedang memandang Naura macam nak telan sahaja gayanya.

"Bajet macholah pulak mamat ni, walaupun memang betul pun dia macho." Desis hatinya Naura sedari tadi hanya mendiamkan diri kerana dia terasa lidahnya kelu untuk berkata-kata.

Ni bukan Naura Afiya yang selalu mulutnya macam bertih jagung, takkan lah jumpa mamat handsome dah tak boleh cakap dah Naura oi.

"Apasal kau diam dari tadi, aku tengah cakap dengan kau ni lah ketot!" Lelaki tadi geram apabila Naura hanya mendiamkan diri dari tadi, sengaja dia tekankan perkataan ketot yang disebutnya.

Mendidih hati Naura dibuatnya, panas! macam air yang sudah masak di dalam cerek, dia yang hanya diam dari tadi akhirnya bersuara.

"Apa kau panggil aku tadi?" Naura bertanya sekali lagi walaupun dia dengar dengan jelas.

Dia cukup pantang kalau orang mengelarkan diri dia ketot atau pendek. Tahulah dirinya tak berapa tinggi tak perlulah nak panggil dia macamtu.

Abangnya, Naufal pernah memanggilnya sebegitu akibatnya satu rumah dia mengejar abangnya dengan penyapu. Ni Naura kecil-kecil cili padilah, comel tapi lasak.

"Ha! adapun suara aku ingat kau bisu." Lelaki itu juga terpegun melihat kecantikan dan kecomelan Naura.

'Comel juga minah ketot ni'. Desis hatinya tapi segera mengawal riak wajahnya,dan memandang Naura dengan riak yang sukar digambarkan.

"Kau.. tak boleh panggil aku elok-elok ke? mana adab kau." Suara Naura sudah naik seoktaf.

"Sekarang ni kau yang takde adab, kau langgar aku dulu. lepastu berbahasa kau, kau pulak dengan aku. Adab ke tu?" balas lelaki itu dingin, matanya makin mencerlung tajam memandang ke arah Naura.

Naura membalas pandangan tersebut lagi tajam! sambil matanya dikecilkan ke arah lelaki tersebut. Apa dia takut lagi dia buat lagilah di balas.

Nasib baik pada masa itu tiada ramai orang di situ, cuma ada sekumpulan gadis yang asyik tersenyum-senyum melihat mamat yang kurang adab depan dia ni.

Tahulah handsome tak perlulah berlagak dengan kekacakan yang ada tu.

"Habis kau beradab sangatlah, bahasa kau sama je dengan aku. Aku tahu aku salah, aku minta maaf sangat-sangat." Naura mengungkapkan kata maaf, sengaja dia menekankan perkataan sangat itu di bibirnya.

Bicara yang keluar dari lelaki itu, membuatkan dia panas hati.

"Maaf kau tak diterima aku rasa maaf kau tu tak ikhlas, kau tak nampak ke baju aku dah kotor ni apa kau nak buat sekarang?" Lelaki itu berkata sambil menujukkan baju kemeja putih dann kotnya habis kotor terkena kopi yang dipegang Naura.

"Sekarang kau nak aku buat apa?" Naura berkata dengan geram Rasanya tak perlu nak berbaik dengan lelaki yang kurang adab macam ni.

"Ni lah budak remaja zaman sekarang leka dengan handphone sampai berjalan pun tak reti nak tengok depan, lepastu dah salah tak reti nak cakap elok-elok." Lelaki itu berkata selamber tanpa mempedulikan Naura yang sedang memandangnya tajam.

"Apa masalah encik ni sekarang." Naura sudah geram dengan lelaki di hadapanya ini dari tadi tak habis-habis nak sakitkan hati dia.

"Masalah aku sekarang ni, kau!" Lelaki itu menudingkan jarinya ke arah Naura.

Dia terus membuka kotnya dan kemeja putihnya, hanya tinggal baju tshirt putih kosong sahaja yang hanya menampakkan lenganya yang sado, apa lagi gadis-gadis di situ pun gediklah macam ulat beluncas. Tak boleh tengok sikit mamat handsome lepastu sado, mulalah seronok dapat tengok free show.

Naura pula sudah menutup mukanya, tidak mahu dia memandang lelaki itu yang sudah melangkah selangkah demi selangkah menghampirinya, makin lelaki itu melangkah makin Naura mengundurkan kakinya satu langkah ke belakang sehingglah dia melekat di satu dinding tak dapat untuk dia mengundur lagi apabila langkah lelaki tadi semakin hampir denganya.

Lelaki itu terus menghentikan langkah, jaraknya dengan Naura hanya semeter, perlahan lelaki itu mengerakkan kepalanya dekat dengan telinga Naura dan.. membisikan sesuatu perlahan.

"Aku nak kau basuh kot tu dan hantar dalam masa 2 hari faham!" Suaranya yang garau berbunyi agak tegas dalam masa yang sama lembut sahaja bunyinya yang masuk ke dalam halwa telinga Naura.

Lelaki itu menjauhkan wajahnya, kot dan kemeja yang dipegangnya tadi diletakkan di atas kepala Naura. Dengan selambanya, lelaki itu merampas handphone dari pengangan Naura, dia tidak sempat menghalangnya kerana lelaki itu lebih pantas gerakanya. Lalu, lelaki itu meletakkan jari telunjuknya di atas kepala Naura untuk menghalangnya dari bergerak. Naura pula seperti budak kecil terkapai-kapai tanganya minta dilepaskan.

"Kalau kau bergerak lagi aku cium kau nak!" Lelaki tersebut berkata sambil menjongket sebelah keningnya memandang Naura.

Naura terus terdiam mendengarnya, dia takut akan ungutan lelaki itu. Dia terus memeluk tubuh dan memandang lelaki itu dengan tajam.

Sebelah tangan lelaki itu ralit membelek handphone Naura, dia tergelak kecil apabila melihat wallpaper spongebob di skrin utama handphone milik Naura. Naura yang sedari tadi hanya diam bersuara.

"Apasal kau gelak." tanya Naura geram, ketawa lelaki itu kedengaran sangat menjengkelkan di telinga Naura, rasa nak cubit je mulut yang celopar tu.

"Kau takde wallpaper lain ke nak guna." Lelaki itu masih dengan sisa tawanya.

"Suka hati akulah nak guna wallpaper apa pun, bukan masalah kau pun." Balas Naura geram.

"Ok done!"Lelaki tersebut memulangkan handphone Naura setelah mendail nombor nya, kepada Naura dan melepaskan jari telunjuknya di atas kepala Naura.

Naura mengambilnya dengan kasar dari tangan lelaki tersebut.

"Aku ni baik kau jangan risaulah aku cuma nak pastikan kau tak lari dan hantar kot aku tepat pada masanya." Lelaki itu berbicara.

"Nombor aku jangan lupa save aku akan call kau lepas dua hari." Kata lelaki itu lagi sambil membuat gaya pistol ke arah Naura.

Naura pula tayang muka menyampah, lelaki tersebut terus berlalu dari situ dan sekali lagi dia berpusing ke arah Naura.

"Oh ya aku lupa kalau kot aku tu kau tak basuh elok-elok aku akan reject, dan kau akan basuh sampai aku puas hati faham! ok bye." Lelaki itu melambaikan tanganya ke arah Naura dan terus melangkah dari situ dengan hati yang puas.

Naura yang menjeling tajam ke arah lelaki tersebut sehingga susuk tubuh itu hilang dari pandanganya.

"Eeeii!! geramnya aku dengan Pakcik tu." Naura separuh menjerit mengejutkan beberapa orang yang baru sampai ruang menunggu itu. Peduli apa dia, bila dia tengah geram rasa malunya pun hilang.

"Jaga kau...pakcik mulut cili." Naura mengomel perlahan dan gelaran itu diberikanya buat lelaki tadi sesuai sangat, terus dia tekan save nama lelaki itu di handponenya.

"Aku baru je nak seronok sebab dapat balik sini, pakcik tu memang buat aku hilang mood je." Omelnya sendiri lalu, terus melangkah berlalu dari situ.

Terima kasih pada yang sudi baca.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro