🍀Prolog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lima tahun sebelumnya...

Seoul, Korea

Hujung Minggu merupakan hari cuti yang digunakan semua orang untuk menghabiskan waktu yang ada, pemandangan di bandar kota saat ini terlihat sesak dengan orang ramai yang berkunjung ke pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati.

Ketika ini, Naura bersama dengan tiga lagi orang rakanya berjalan di Namsan Tower yang merupakan antara tempat yang paling popular dan paling ramai pengujung yang datang melawat ke tempat tersebut terutama sekali pada hujung minggu.

Laju kakinya melangkah hingga dia lupa membawa barang yang dibeli ketika dia berkunjung ke Naedaemun market yang tidak jauh dari Namsam tower. Hanya beberapa kilometer saja dari sini.

"Alamak! Tertingalah pulak." Menghentikan langkah, Naura menepuk dahinys pelan. Baru dia teringat, barangnya tertinggal ketika dia berkunjung ke taman yang juga terletak dalam kawasan Namsan Tower.

"Apa yang tertinggal Naura?" tanya salah seorang rakanya, mereka turut sama menghentikan langkah apabila terdengar omelan Naura dari belakang.

"Barang kita tertinggal dekat taman atas kerusi yang kita duduk tadi," jawab Naura, memuncungkan mulutnya. Macamanalah dia boleh terlupa, padahal barang tu sentuasa je dia pegang. Dah nak tertinggal nak buat macamana.

"Macamanana boleh tertinggal awak?" tanya rakanya lagi.

Naura hanya tayang sengihan yang menampakkan giginya yang putih, sambil tanganya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Awak, awak! lain kali jangan banyak makan semut, tengok! kan dah banyak kali lupa." usik rakanya yang seorang lagi.

"Ish awak ni! suka kan usik kita." Bibir Naura sudah dijuihkan ke hadapan gaya itik merajuk tak dapat makanan mengudang gelak tawa raka-rakanya yang lain.

"Dahlah tak payahlah merajuk pergilah ambil barang awak, kitaorang tunggu kat sini." kata rakanya.

"Sikit lagi kita datang ya." Tidak menunggu lagi, Naura terus membalik tubuhnya ke belakang, kakinya laju melangkah, kembali ke taman di mana barangnya tertinggal tadi.

Ariff dan tunangnya Qaira berjalan di Namsan park sambil berpengangan tangan. Qaira merupakan model dan menetap di korea selama 5 tahun untuk menghabiskan kontraknya dengan syarikat model yang terkenal di korea. Setiap tahun Ariff akan pergi melawat Qaira di sana.

Mereka sudah bertunang selama 3 tahun. Ia adalah masa yang agak lama bagi sebuah pertunangan, biasalah walaupun dah bertunang macam-macam perkara yang boleh berlaku.

Sering kali Ariff mengajak Qaira berkahwin dan menamatkan zaman bujangnya dan banyak kali jugalah ditolak oleh Qaira kerana dia ingin menghabiskan kontrak modelnya di Korea dulu. Ariff sudah penat berbahas soal ni kalau dia berbincang dengan Qaira soal kahwin mesti berakhir dengan pergaduhan, lebih baik dia diam sebelum pergaduhan mereka jadi lebih teruk biarlah dia yang mengalah dulu demi hubungan mereka.

"Oh ya! sayang I terlupa barang la tertinggal dekat kerusi yang kita duduk tadi, you tunggu sini ya I pergi ambil sekejap."

"Ok cepat tau bie, I dah panas dah ni muka I pun dah berminyak." Kata Qaira manja sambil mengibaskan-gibaskan mukanya dengan tangan.

"Ok sayang, sekejap eh!"  Ariff berlalu pergi untuk mengambil barangnya.

Ketika Naura bergegas lari untuk mengambil barangnya, badanya terlanggar dengan seseorang agak kuat sehingga dia terjatuh terjelepok ke tanah. Yang manusia ni pulak ada ke patut dia berdiri je tegak depan Naura, bukanya nak menolong gadis ayu yang terjatuh ni malah dia siap peluk tubuh lagi tanpa matanya tak lepas dari memandang Naura dengan tajam.

Naura bangun sambil membuang pasir yang melekat di bajunya, dia memandang ke tempat lain kerana takut akan pandangan manusia di depanya ini macamlah dia buat dosa besar sangat terlanggar je pun, itu pun nak kerek. Pegi dah!

"Saya minta maaf encik saya tak sengaja." Naura segera mengukapkan kata maaf kerana mengaku kesalahanya sendiri, tanpa mendonggakan mukanya memandang lelaki di depanya ini kepalanya ditundukkan beberapa kali mengaku kesalahanya sendiri.

"Hei! budak kecik kalau nak main pun mata tu pandang depan, takdelah sampai nak terlanggar orang." Lelaki itu bercakap dengan kasar.

Naura terus mendonggakan mukanya memandang lelaki di depanya terpegun seketika dibuatnya apabila meneliti setiap inci wajah lelaki tersebut.

Mata yang tidak terlalu besar berwarna hitam pekat, jarang ada lelaki mata berwarna seperti itu, hidung mancung, kulit putih, bibir pink yang seksi. gaya pun boleh tahan hanya mengenakan  tshirt putih dengan seluar track warna hitam berkasut sukan warna putih smart and simple. Semuanya termasuk ke dalam ciri-ciri lelaki idaman seorang Naura Afiya.

Tapi...ada yang tak kena dengan lelaki ni, disebalik gayanya yang cool and handsome, tapi mulutnya pula serupa nenek yang membebel pada cucu dan cicit.

Hilang terus ciri lelaki idaman Naura pada lelaki di depanya ini, sebaliknya matanya memandang tajam lelaki tersebut yang hanya buat riak muka sedingin salju, dia ingat Naura takut! mimipilah lagi dia lawan adalah.

"Hello!! pakcik saya bukan budak kecik ok! saya dah besar umur saya dah 20 tahun." Naura menujukkan jarinya dua dan kosong di hadapan lelaki itu. Biar dia faham suka hati je nak panggil orang budak kecik.

Mungkin pada masa tu Naura tidak bertudung rambutnya pula diikat tocang, nak nampak macam perempuan korealah katakan. Sebab itulah dia dianggap budak kecik.

"Apa kau panggil aku, pakcik!" Lelaki itu menghampiri Naura tetapi dengan pantas Naura menghalang dengan tanganya membuatkan lelaki itu berhenti melangkah menghampirinya.

"Yelah dah pakcik panggil saya budak kecik." Naura membalas, macam tu je nak balas orang yang tak reti nak beradab.

"Pandainya menjawab! sekarang ni kau nak cari gaduh dengan aku lah." Geram jugalah Ariff dengan gadis depanya ini, nasiblah comel.

"Pakcik yang mulakan dulu, saya sambunglah." Jawab Naura geram dengan lelaki di depanya  perangai tu tak kena dengan gaya. Mulut tu macam dah terlebih makan cili.

Dalam suasana yang tegang itu. Datang pula seorang perempuan yang agak tinggi macam model, cantik sesuai dengan pakcik ni mungkin girlfreind dia la tu.

Perempuan tu tergedik-gedik menghampiri lelaki itu dan memeluk lenganya erat.

"Bie nape you lama sangat, I dah tunggu lama tau." Dia bersuara manja lalu, pandanganya jatuh ke arah Naura.

"Kenapa dengan budak kecik ni, you tolong dia cari mak dia ke?" Selamber dia menutur bicara dengan jarinya ditundingkan ke arah Naura.

'Eeii!! perempuan ni memang nak kena.' Naura sudah mengetap gigi menahan marah sambil memandang perempuan itu, yang hanya menujukkan riak tak bersalah.

'Girlfriend dengan boyfriend sama je mulut takde insuran'. Omel hatinya geram.

"Taklah dia terjatuh masa main tadi, I tolong dia bangun." Lelaki itu membalas dengan muka selamba.

Ariff bernafas lega bila tunangnya datang, jadi tak perlulah dia bergaduh dengan gadis itu lagi.

Naura memandang pasangan sejoli depanya ini dengan pandangan yang tajam.

"Jomlah sayang kita dah lambat ni I dah ambil dah barang I."Ariff menujukkan baranya yang sudah berada di tanganya pantas dia menarik tangan tunangnya berlalu dari situ tanpa mempedulikan pandangan Naura terhadapnya.

"Ok jom". Tunangnya terus menarik lengan Ariff.

Pakcik tu pula sempat mengusap kepala Naura dan berkata "Lain kali main elok-elok ya dik sambil menyegih macam kerang busuk nampak menjengkelkan di matan Naura rasa nak cepuk je muka pakcik tu sekali.

Naura menepis tangan pakcik tu dengan kasar, pak cik tu pula buat muka selamba dan terus pergi dari situ.

Naura memandang pasangan itu dengan geram sehingga hilang dari pandanganya.

"Eeiii... geramnya aku kenapalah aku jumpa orang yang macam pakcik tu, dia boleh pergi macam tu je. Malangnya nasib aku harini." Naura menghentak kakinya geram tanpa mempedulikan orang sekeliling yang sedang memandangnya.

Terus dia melangkah dari situ setelah mengambil barangnya dengan hati yang geram.

Sorry sebab prolog lambat dari bab.Sebab baru fikir nak buat prolog.Apapun thanks pada yang sudi baca. jangan lupa komen and vote ok.TQ


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro