🍀BAB 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sampai je di rumah Naufal, Medina Humairah sedang menunggu di pintu untuk meyambut adik ipar kesayanganya bersama dua anak kembarnya juga ada bersamanya.

Medina Humaira merupakan kakak ipar kepada Naura Afiya. Dia sudah berkahwin dengan abangnya selama lima tahun. Semasa Naura berangkat ke korea kakak iparnya baru melahirkan anak saudara kembarnya jadi dia tidak dapat menghantar Naura ke lapangan terbang pada masa itu, kerana masih dalam pantang.

Mereka sangat rapat kerana umur mereka jarak dalam tiga tahun sahaja. Naura terus menghampiri Medina, mencium dan memeluk kakak ipar kesayanganya itu. Lama juga lah mereka berpelukan melepaskan rindulah katakan. "Rindunya...dekat kak Medina". Kata Naura masih dalam pelukan Medina. "Kakak pun rindu sangat dengan adik nakal seorang ni". Medina membalas pelukan adiknya erat.

"Amboi! mentang-mentanglah dah jumpa kakak dia, abang dilupakan sampai hati". Naufal membuat muka muncung tanda merajuk.

"Ala ucuk manja abang adik ni ya" Naura mencubit kedua belah pipi abangnya. "Auchh sakitlah,jadi cubit kuat sangat".Abangnya mengosok kedua belah pipinya yang dicubit Naura.

Medina sedari tadi sudah tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melihat keletah dua-beradik itu. Dia langsung tidak cemburu dengan keakraban Naufal dan Naura kerana dia tahu memang dari kecil Naura memang manja dengan abangnya.

Tidak sangka lima tahun masa berlalu begitu cepat.Anak saudara kembarnya sudah menjangkau usia lima tahun, ketika berada di korea abangnya banyak menghantar gambar anaknya kepada Naura, dia melihat mereka membesar hanya dengan gambar yang dihantar abangnya setiap bulan tentang perkembangan anak-anaknya. Sekarang mereka ada depan mata, dia sangat bersyukur kerana dikurniakan anak saudara yang sangat comel dan bijak iaitu Naim Mukriz dan Nabil Mukriz.

Naura mendepakan tanganya ke arah dua anak saudaranya itu, mereka pun berlari terkedek-kedek ke arah Naura dan memeluknya dengan erat.


"Comelnya anak saudara achu ni". Naura mengusap lembut pipi kedua-dua anak saudara kembarnya.

Mereka pun apa lagi sukalah kalau ada orang melayan."Kita memang comel pun kan abil". Naim buat gaya comel depan Naura, petah anak buahnya menuturkan kata."Aah kita pun tahu kite ni comel dari dalam perut lagi dah kan Aim".Nabil pun tidak kurang nakalnya seperti Naim.

"Abil, Aim mari sini minum susu jangan usik achu. Achu letih bagi dia berehat dulu, nanti baru main dengan achu". Ibunya memangil aim dan abil untuk memberi mereka dua gelas susu yang baru dibancuh.

"Baik ibu". Jawab mereka serentak. Terus mereka berlari ke arah Medina untuk mengambil susu.Naura hanya tersenyum melihat telatah kedua-dua anak saudara kembarnya.

"Adik pergilah masuk bilik rehat, adik pun dah penat kan" .Medina menyuruh Naura berehat di dalam bilik.


"Alright boss". Naura membuat gaya tabik ke arah kakaknya, membuatkan Medina tersenyum dengan sikap adiknya tidak berubah. Masih ceria dan nakal.

"Oh ya! adik esok kite balik kampung ya, abang balik awal sikit besok. Lepastu kita terus bertolak balik kampung. Ummi tu tak sabar sangat nak jumpa dengan anak kesayangan dia ni". Naufal memberitahu Naura ketika dia ingin melangkah masuk ke dalam bilik.

"Mestilah dia tak sabar nak jumpa anak dia yang comel ni." Naura mula membuat muka comelnya."  Abangnya pula mengeleng kepala melihat telatah adiknya yang sentiasa ceria. Membuatkan dia gembira melihat adiknya.

Ariff melangkah lemah setelah masuk ke dalam rumah. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya dan terus merebahkan dirinya di atas katil, tanpa menukar bajunya terlebih dahulu. Mungkin banyak kerja dan kes yang harus diselesaikan menyebabkan dia kurang rehat dan tidak cukup tidur, usianya yang dua tahun lagi akan menjangkau 40 an menyebabkan dia cepat merasa letih. 


Ketika Ariff sedang baring di atas katil memandang syiling, dia teringat peristiwa yang berlaku pagi tadi membuatkan dia tergelak sendiri. Kepala digelengkan beberapa kali mengingati wajah gadis yang digelarnya ketot tadi apabila marah, rasa macam comel pulak bila dia buat muka serius macamtu.


'"Kenapa aku rasa aku pernah nampak minah tu ya.' Ariff mengomel sendiri sambil memusingkan badanya ke kiri dan kanan. Dahlah jumpa dua kali harini, rasa macam jodoh pulak rasanya.

Memang sahabatnya Naufal ada menceritakan tentang Naura kepadanya. Tapi, Naufal tidak pernah menujukkan gambar adiknya kepada Ariff, tak sangka pula minah yang digelarnya ketot tadi adik kepada sahabat baiknya.


 Dia merasakan bahawa dia ada menjumpai gadis itu sebelum ini. Sedang dia ligat mengingati siapa gadis itu,  Iphone6 plus nya berbunyi tentera nama mamanya di skrin, pantas dia mengangkat panggilan tersebut dengan senyuman terukir di bibirnya.

Ariff: "Assalamualaikum mama ku sayang"..Mama: Walaikumsalam tak payah nak sayang-sayang sangatlah mamanya." tergelak kecil.Ariff: "Amboi! garangnya cik Arfah kite nie".Mama: "Kalau tak usik mama sehari tak sah kan Riff ni. Ni Riff jadi tak balik kampung besok.Ariff: "Jadi ma, lepas kerja mungkin Riff balik awal lepastu terus balik kampung.Mama dah tak sabar nak peluk cium anak mama yg handsome ni kan"? Gurau Ariff.Mama: "Ish! budak ni perasan. Balik cepat ya mama tunggu."Ariff: "Kenapa mama nak sangat Riff balik kampung?mama:"kenapa? mama tak boleh ke jumpa anak mama nak lepaskan rindu? Lagipun ada hal sikit mama dgn abah nak bincang dengan Riff.Ariff:"Ok ma, apa-apa je Riff sanggup lakukan untuk mama yg tersayang. Muah-muah!" Bibirnya mencium handphonenya beberepa kali.Mama: "Dahla kalau cakap dengan Riff sampai besok pun tak habis, dah pergi tidur rehat esok nak drive jauh kan? Assalamulaikum".Ariff:"Walaikumsalam bye ma muah-muah! (kedengaran ibunya sudah tergelak kecil dengan perangai anak tunggalnya manja mengalahkan budak kecik padahal umur tu dah nak masuk 40 tahun.)

Selesai bicara dengan ibunya Ariff meletakkan Iphonenya di tepi katil. Lalu dia terus melangkah pergi ke bilik air untuk mandi.


Setelah penat bermain dengan si kembar, Naura terus masuk ke dalam biliknya mengemas apa yang patut untuk dibawa pulang ke kampung besok. Sedang Naura mengemas beg pakaianya dia mengeluarkan kot dan kemeja pakcik mulut cili tu terlebih dahulu dari begnya.

"Kotor juga ehh! baju dia, patutlah dia marah sangat. Tapi mulut dia tu takde insuran langsung". Naura membelek baju kemeja Ariff sambil mengutuk lelaki itu habis-habisan.

Sedang dia membebel geram, Iphone5 miliknya berbunyi menandakan ada panggilan masuk nama Uminya tertera di skrin, terus hilang rasa geramya diganti senyuman dibibirnya.

 Dia baru berfikir nak telefon umminya selepas mengemas., umminya lebih pantas mugkin uminya menggunakan telepathy macam dalam rancangan running man tu.

Naura: "Assalamualaikum ummi, rindunya kat ummi." Naura mulakan bicara.Ummi: "Walaikumsalam sayang,ummi pun rindu sangat kat anak ummi yang nakal ni. Tadi abang ada telefon dia kata nak bawak Naura balik kampung esok.Naura:Aah! abang baru je bagitahu tadi ,tak sabar nak balik kampung esok adik rindu sangat masakan umi.Ummi:"Yelah,besok umi masak sedap-sedap untuk adik ya".Naura:"Terima kasih umi, abi ada ke?"Ummi:"Takde dia pergi ke surau, sikit lagi balik la tu".Naura:"Ummi kirim salam rindu adik kat abi ya, assalamualaikum".Ummi:"Yelah,walaikumsalam".

Setelah habis bicara dengan uminya, handphone diletakkan di atas meja tepi katil, lalu dia terus merebahkan dirinya di atas tilam, leganya tak terkata. Penat dia bermain dengan kembar tadi masih tak hilang lagi  mana tidaknya satu rumah si kembar  ajak dia bertawaf.

Baru je dia nak melelapkan matanya, Iphone5nya berbunyi lagi terus dia membuka matanya. Dia terkejut melihat skrin telefonnya tentera nama(pak cik mulut cili) gelaran yang diberi Naura terhadap pakcik itu.

'Apalah pakcik ni telefon malam-malam, menggangu betulah orang nak tidur pun tak senang'. Omelnya sendiri. Pada mulanya dia malas nak menjawab panggilan tersebut, Tapi sebab pakcik tu telefon banyak kali, terpaksa jugalah dia angkat.

Pakcik mulut cili: "Assalamualaikum hei! ketot kau tak reti nak angkat phone ke? ha! Marah Ariff, dia cukup tidak suka jika orang tidak menjawab panggilanya.Naura: "Walaikumsalam yang pakcik nak marah-marah ni kenapa? suka hati sayalah nak angkat ke tak phone saya. Dahlah call saya malam-malam. Saya nak tidur pun tak senang tau tak,besok dahlah saya kena bangun awal ,banyak benda saya nak buat besok. Pakcik ni pun satu tak reti-reti nak tidur takde kerja ke nak menggangu orang malam-malam buta ni. Pasal kot dengan kemeja  pakcik jangan risau saya nanti saya basuh, saya bagi balik kat pakcik ok!" Panjang Naura membebel, ni Naura mulut bertih jagunglah kalau dapat bercakap susah nak berhenti. Baru puas hatinya dapat membebel terasa beban di kepalanya sudah hilang.Pakcikmulutcili: (menguap)dah abis dah , penat tau aku tunggu kau membebel. Nyaris-nyaris aku nak tertidur. pot pet dari tadi macam itik pulang petang." Ariff buat muncung itik walaupun Naura tak nampak.Naura:Apa masalah pakcik ni ha! pakcik call saya sengaja nak cari gaduh dengan saya ke apa?pakcik:Aah ,memang aku sengaja nak cari gaduh dengan kau ketot."Naura:Dahlah pakcik, saya malas nak cari gaduh dengan pakcik. Cukuplah saya dah bertekak dengan pakcik pagi tadi saya penatlah. Saya nak tidur bye assalamualaikum.

Naura terus mematikan talian, lagi lama dia layan pakcik ni lagi huru-hara jadinya. Baik dia tidur lagi bagus.

"Ish!! si ketot ni aku tak sempat nak cakap apapun dia dah letak." Omel Ariff.Ariff tergelak sendiri apabila teringat omelan minah ketot di telinganya tadi. Boleh terkeluar jugalah taik telinga dibuatnya. Tapi bagi Ariff terasa comel di pendengaranya.

'Comel betul si ketot tu membebel." Omel Ariff sambil tersenyum. Apasal dengan aku ni, Takkanlah aku dah suka kat minah ketot tu kot. Tak mungkin! tak mungkin! Ariff cuba menafikan perasaanya, tanpa tunggu lagi dia terus merebahkan badanya di atas tilam dan cuba memejamkan matanya sehingga terlena. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro