🍀BAB 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Assalamualaikum dan selamat pagi achu."  Nabil dan Naim berdiri di depan Naura sambil mengukir senyuman paling manis terhadap ibu saudara kesayangan mereka.

Pagi-pagi lagi anak saudara kembar Naura sudah masuk di biliknya, untuk mengejutnya bangun. Selepas solat subuh tadi Naura terlelap semula kerana terlalu letih.

"Walaikumsalam." Naura bangun sambil menggeliat, senyuman terukir di bibirnya apabila melihat wajah comel anak saudar kembarnya yang menghiasi pagi harinya.


"Hi buchuk achu meh sini." Naura sudah mendepakan tanganya supaya si kembar memeluknya.

"Tak naklah peluk achu busuk tak mandi, kita dah mandi kan Aim".

"Aah nanti habis badan kita busuk". Naim mencelah, Nabil terus menjauhkan diri dari Naura sambil menutup hidungnya lalu dia menarik tangan Naim sekali ikut denganya.

"Mana ada! uchu dah mandi tau masa subuh tadi dah solat pun cuma uchu terlelap je tadi." Naura menjawab, dia acah-acah seperti mahu memeluk si kembar. Apalagi mereka pun berlari ke depan menuju ibu dan ayahnya yang berada di dapur. 


Ayahnya sedang membaca surat khabar di kaunter dapur, ibunya pula sedang menyiapkan sarapan pagi buat mereka sekeluarga.

"Ayah ada raksasa kejar!"  Kata Nabil dan Naim serentak, Nabil terus naik ke kaunter dapur dan memeluk  leher ayahnya erat, manakala Naim pula memeluk kaki ibunya yang tengah memasak.

Sampai saja di dapur Naura terus menangkap Naim kerana dia berada dibawah dan terus mendukungnya.

Lalu, dia pergi ke kaunter dapur dan duduk di sebelah abangnya. Nabil menjelirkan lidahnya ke arah Naura, gembira kerana tidak dapat menangkapnya.

"Oh jelir lidah ya, pandai cakap orang busuk. Ni achu dukung Aim elok je Aim tak tutup hidung pun uchu busuk ke aim"? Tanya Naura.

"Eeeii! busuk duduk kat sebelah orang." Abangnya mula mengusik Naura sambil menutup hidungnya.

Naura memukul lembut lengan abangnya. "Orang dah mandi tau."

"Achu tak busuklah Abil, dia wangi kita je yang salah anggap." Petah Naim menjawab.


"Good boy,macamnilah baru anak saudara kesayangan achu." Naura mengusap lembut kepala Aim. Membuatkan Aim tersenyum riang.

"Nanti uchu belanja Aim cokelat tau. Kita pergi kedai dua orang je tak payah ajak Abil." Naura bisik perlahan  di telinga Naim.

Bisikan Naura terhadap Naim masih boleh didengari oleh Nabil.

"Abil nak ikut nak beli cokelat juga." Abil melepaskan tanganya dari memeluk ayahnya, dia pergi ke arah Naura dan membuat muka comel simpati supaya Naura membawanya ke kedai.

"Tulah Abil cakap lagi uchu busuk kan tak dapat pergi kedai." Ibunya datang dari dapur membawa makanan dan letak di atas meja makan yang terletak bersebelahan kaunter dapur.

Sedari tadi dia mendengar keletah lucu anak-anaknya, Naura pula rajin melayan membuatkan bibirnya mengukir senyum.

"Ok achu bawak, tapi jangan nakal-nakal boleh? Naura mengusap kepala Abil.

"Ok mekacih uchu."  Nabil hadiakan satu ciuman di pipi Naura. Naura pula mencubit pipi anak saudaranya yang nakal itu.

Ibu dan ayahnya tersenyum melihat telatah anaknya yang seorang ini.

"Ok dah sesi bersembang dah habis jom kita makan, nanti sejuk pula makanan ni."  Medina memangil mereka semua sarapan pagi.

Selepas habis makan, Naufal terus pergi ke kerja untuk selesaikan sedikit urusan.

"Bersiap tau balik kerja kita terus pergi."  Pesan abangnya kepada Naura dan Medina yang menghantarnya sehingga ke pintu depan ketika dia nak bertolak untuk pergi ke kerja.

"Aip-aip chip". Medina dan Naura jawab serentak sambil menujukkan tabik hormat kepada Naufal.

Naufal hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat sikap isteri dan adiknya. Biasalah bestie forever, Naura tiada adik beradik lain melainkan dia dan Medina lah tempat dia bermanja selain abi dan ummi mereka.

Setelah abangnya pergi ke kerja Naura membantu medina mengemas rumah sebelum balik ke kampung. Nabil dan Naim pula sudah lena tidur setelah penat main kejar-kejar denganya satu rumah tadi akhirnya, mereka berada di alam mimpi.

Baru senang sikit dia nak buat kerja kalau Nabil dan Naim ada mesti tak jadi kerja dibuatnya. Asyik nak ajak dia main kejar-kejar je ,boleh kuruslah badanya kalau main hari-hari.

Setelah mengemas rumah Naura masuk ke biliknya dan mengambil kot dan kemeja Ariff, terus dia melangkah pergi ke mesin basuh untuk membasuh pakaian tersebut.

"Beli kot mahal-mahal, tak rasa membazir ke? beli sampai beratus dapat satu je." Omel Naura  sendiri sambil membelek-belek kot tersebut terdapat jenama  agak terkenal di belakang kot dan kemeja tersebut.  Bauan minyak wanginya pun masih belum hilang.

"Wangi betul pakcik ni, mesti minyak wangi mahal dah dua hari pun masih kuat baunya." Naura mengomel lagi sambil menghidu bauan minyak wangi yang menyenangkan hidungnya.

Tanpa Naura sedari, Medina sedari tadi memerhatikan tingkah Naura yang asyik membelek dan mendekatkan wajah pada kot tersebut seperti orang yang angau bercinta dapat cium bau pun jadilah. Tergelak kecil Medina dibuatnya dengan tingkah laku adik ipar kesayanganya itu.

Dia sudah tahu semuanya tentang kot tersebut, kerana Naura sudah ceritakan pada dia semuanya termasuklah siapa orangnya. Hanya dia seorang yang tahu, Naufal pun dia tidak diberitahu kerana dilarang oleh Naura.

Dia teringat perbualanya dengan Naura semalam di balkoni ketika itu Naufal sedang leka bermain dengan anak-anaknya.

"Akak Naura nak cerita something boleh?"

"Cerita apa dik, kongsilah dengan akak." Tanya Medina ingin tahu.

"Dekat airport tadi satu peristiwa lucu berlaku kat adik."

"Oh ok yang tu akak dah tahu, adik terjumpa pakcik mulut cili kan? Abang dah cerita kat akak tadi.

"Eeii abang ni cepat betul buat kerja mulut tu tak boleh simpan rahsia langsung." Omel Naura membuatkan Medina tergelak kecil.

"Akak nak tahu orang yang adik panggil pakcik mulut cili tu sebenarnya...... Naura melambatkan bicara saja dia bagi kakaknya tertunggu-tunggu.

"Sebenarnya apa adik, janganlah bagi akak saspen."  Medina sudah tidak sabar mendengarnya.

"Dia kawan abang yang dia duduk dekat sini, partner kerja abang juga." Naura menjawab.

"La Ariff ke maksud adik." Naura mengganguk mengiyakan.

"Kecilnya dunia mungkin dia jodoh adik kut."  Sambung Medina lagi.

"Akak....." Naura sudah memuncungkan bibrnya macam donald duck memandang Medina. Medina hanya beriak selamba.

End flashback...

Medina menggeleng kepala apabila teringat perbualanya dengan Naura malam tadi. Perlahan Medina menghampiri Naura untuk mengejutkanya dari belakang.

"Hai adik rindu kat orang tu ke? siap cium lagi kot dia. " Medina menepuk bahu Naura membuatkan Naura terkejut.

"Oh mak saya nak kahwin." Naura melatah dan terus mencampakkan kot tersebut dalam mesin basuh.

Medina gelak mengekek melihat aksi Naura yang seperti nenek melatah. Naura sebenarnya tidaklah melatah teruk sangat cuma dia tak boleh terkejut, kalau terkejut itulah jadinya macam mak nenek.

"Tak sabar nak kahwin ke dik?" Medina mula mengusik adik iparnya itu, sambil menjongketkan sebelah keningnya.

"Akak....Naura mengecilkan matanya memandang Medina yang hanya beriak selamba.

"Nak kahwin dengan tuan empunya kot ke"? Usik Medina lagi.

"Memang taklah adik nak kahwin dengan dia, dah la mulut tu banyak makan cili." Naura buat gaya mata juling ke atas dan tangan di bahu.

"Adik jangan cakap macam tu ,benci boleh jadi cinta tau." Medina buat gaya malu-malu kucing.

Naura buat muka menyampah, kakak dengan abang dia ni sama je suka mengusik dia tapi diaorang yang paling dia sayang.

"Dahlah adik malaslah layan akak, baik adik pergi tengok Aim dgn Abil dah bangun ke belum?' Naura terus berlalu dari situ meninggalkan Medina yang tidak habis ketawa dari tadi melihat muka rajuk Naura, sukalah tu dapat mengusik Naura.

Thanks pada yang sudi baca dan vote..


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro