15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ujian ni seperti awan yang mendung yang mengeluarkan hujan dan petir. Namun akhirnya akan mengeluarkan pelangi yang indah."

DARI jauh Zulfaiz seperti ternampak kelibat gadis yang sangat dikenalinya. Najwa Nabilla!

Terus dia menghampiri gadis dan lelaki yang sedang bergelak ketawa di seberang jalan. Sah, itu memang Najwa.

"Hai Najwa. Awak buat apa dekat sini?" soal Zulfaiz teruja. Dia tidak menyangka akn bertemu gadis yang disukainya di sini. Mungkin ini yang dinamakan jodoh.

"Eh Faiz. Well ini kan kampung saya, so saya baliklah rumah ibu ayah saya. Kenapa pelik ke saya balik rumah saya sendiri?" soal Najwa semula. Dipandang sekilas wajah Ariq yang sedang menjeling Faiz.

"Oh ya saya lupa family awak masih tinggak dekat sini. Kebetulan, saya pun balik kampung. Hahahaha mungkin jodoh yang mempertemukan kita kembali. Oh ya, saya lupa nak minta nombor telefon awak haritu. Can I have your number?" pintanya saja. Langsung Zulfaiz tidak berminat untuk berkenalan dengan Ariq.

Laju tangan Ariq menyambar lengan Najwa dan menariknya. Namun, Zulfaiz menghalang.

"Kau tak nampak ke aku tengah cakap dengan dia?!" ujar Zulfaiz keras. Dia merenung tajam Ariq.

Ariq memandang sekilas tangan Zulfaiz yang memegang lengannya keras.

"Dia isteri aku!" bentak Ariq seraya menghadiahkan penumbuk tepat mengenai pipi Zulfaiz. Terdapat kesan darah di hujung bibirnya. Zulfaiz tersungkur mencium jalan.

Najwa menahan Ariq. Dia menggenggam kuat lengan baju Ariq. Dia takut dengan kemarahan Ariq. Dada Ariq turun naik menahan marah.

"Pergi cari perempuan lainlah!" jerit Ariq. Dia terus menarik tangan Najwa. Zulfaiz hanya memerhati langkah Najwa dan Ariq. Dia memegang pipinya seraya mengaduh sakit.



"AWAK ada apa-apa hubungan ke dengan Doktor Haqim?" soal Rudi biasa. Dia sememangnya seorang yang terus bertanya sekiranya terdapat salah faham kerana dia tidak ingin berfikiran negatif.

"Hah? Kenapa awak tiba-tiba tanya soalan macam tu?" soal Nisa semula. Dia melipat selimut yang digunakan oleh Rudi sepanjang dia berada di sini. Hari ini Rudi akan discharge keluar hospital, jadi Nisa seperti biasa menjalankan tanggungjawabnya mengemas katil.

"Saya nakkan kepastian. Takkanlah saya nak rampas hak milik orang" balas Rudi dengan nada sedikit sedih. Nisa memandangnya yang bersandar di sofa sambil mengeluh.

"Saya milik diri saya lah" jawab Nisa bersahaja. Dia membetulkan bantal yang telah ditukar sarungnya dan meletakkan selimut diposisi yang betul.

"Okay itu sahaja yang saya nak tahu sebenarnya" ujar Rudi. Dia memegang beg pakaiannya dan berdiri di hadapan Nisa. Dia melangkah satu langkah ke hadapan semakin rapat dengan Nisa.

Nisa hanya mampu merenung lantai menunggu tindakan Rudi.

"Lets meet again, my sweety" bisiknya romantis tepat ditelinga kanan Nisa. Nisa mendongak dan melihat Rudi yang sedang tersenyum memandangnya. Nisa telan airliur.

Doktor Haqim yang singgah lalu di depan bilik Rudi menyaksikan adegan itu hanya menggenggam penumbuknya menahan marah.




"ABANG marah Najwa ke?" soal Najwa sambil mencuit perlahan lengan Ariq. Ariq sedang melemparkan pandangan ke luar tingkap bilik mereka.

"Kau rasa ada ke suami boleh terima bila ada lelaki lain yang cuba dekat dengan isteri dia?!" soal Ariq semula. Di pandang tajam wajah isterinya.

"Habistu Abang rasa ada ke isteri yang boleh terima bila ada perempuan lain yang dekat dengan suami dia?" soal Najwa semula. Dia memberanikan diri memandang suaminya.

"Kau cakap pasal siapa ni?! Sekarang ni kita tengah cakap pasal hal kau!" Ariq berkata sedikit keras daripada tadi.

"Sekarang ni masalahnya perasaan kita. Saya berani cakap yang saya langsung sikit pun tak pernah ada perasaan suka apatahlagi cinta pada Faiz. Abang boleh cakap macam tu? Abang yakin yang Abang langsung tak cintakan Alina? Takkan! Dah Najwa tahu sampai hari ni pun, Abang masih cintakan dia kan" luah Najwa. Airmata yang ditahan jatuh menitis jua membasahi pipi gebunya. Diseka laju airmatanya.

"Sudahlah, Najwa malas nak cakap pasal ni. Sebab Najwa tahu sampai bila-bila pun Najwa tetap takkan dapat memiliki abang apatah lagi hati abang sepenuhnya!" sambung Najwa. Dia terus keluar daripada bilik meninggalkan Ariq sendirian.

Ariq terduduk di birai katil. Dia cuba menganalisis setiap bait-bait kata isterinya. Apa yang diluahkan Najwa ada betulnya. Ariq sendiri tidak pasti dengan perasaanya. Dia buntu. Dia mula sayang akan isterinya tetapi kehadiran Zulfaiz menggugat kedudukannya di hati Najwa.

Tapi dalam masa yang sama dia risau dia akan menyakiti Alina. Ariq berbaring sambil merenung siling. Matanya terpejam.






"SYAKILLA, kenapa awak buat saya macam ni? Saya dah cakap dengan awak kan yang kita dah putus. Kita dah tak ada apa-apa! Boleh tak awak tolong jangan ganggu hidup saya lagi?!" tempiak Doktor Haqim. Dia menghamburkan amarahnya di hadapan Syakilla.

"Saya tak pernah setuju pun! Awak masih tunang saya. Oh jadi inilah sebabnya kenapa awak nak putus dengan saya! Sebab awak dah jumpa yang baru?! Habistu macam mana dengan saya?!" hambur gadis yang bernama Syakilla itu pula. Ditumbuk-tumbuk dada Doktor Haqim melepaskan kemarahannya.

Doktor Haqim menangkap tangan Syakilla.

"Awak jangan cuba nak jadikan saya Pak Sanggup! Saya tahu semuanya, Syakilla. Jangan paksa saya untuk berkasar dengan awak. Awak boleh cari lelaki yang mengandungkan awak dan minta dia bertanggungjawab. Tolonglah berambus dari hidup saya!" tambah Doktor Haqim. Dipandang tajam muka Syakilla yang terkejut.

"Tak payahlah nak buat muka macam tu. Saya ni doktor lah Syakilla. Tak mudah untuk awak menipu saya" Doktor Haqim menolak perlahan tangan Syakilla yang menggenggam kuat lengan bajunya.

Dia meninggalkan Syakilla yang terduduk di situ.

'Saya dirogol' ujarnya lemah. Airmata mengalir perlahan menuruni ke pipi. Tiada siapa yang mahu percayakannya.

Kemana harus dia pergi. Semua orang membuangnya. Dia akui sikapnya tempoh hari memang biadap tapi dia cuma takut Nisa akan merampas Doktor Haqim daripadanya. Dia hilang arah menyebabkan dia bertindak demikian.

Kini, dia hilang tempat mengadu. Orang yang dia sayang juga tidak mahu mendengar penjelasannya.








"NISA Haura. Kenapa awak taknak keluar dari fikiran saya?!" gumam Rudi sendiri. Setelah dia discharge pagi tadi, dia menyambung rehatnya di rumah.

Dia bangun dan berganjak ke ruang tamu. Bosan pula. Sunyi sahaja suasananya. Remote control dicapai dan channel tv yang menarik dicari. Dia berbaring disofa panjang sambil mengeluh panjang.

'Kalau aku ada wife mesti best. Tambah dengan suara budak-budak mesti meriah rumah ni' omel Rudi. Tanpa dia sedar, bibirnya menguntum senyum. Automatik fikirannya menerawang membayangkan Nisa yang selalu berpakaian uniform lengkap jururawat datang ke wardnya dengan senyuman kecil tak pernah lekang.

Seketika dia kembali ke dunia nyata. Dirinya ibarat di pukau Nisa Haura. Ditampar perlahan pipinya.

"Hoi, hoi Rudi Rayqal! Kenapa kau fikir yang dia nak kahwin dengan kau! Kau ni berangan jauh sangat!" bebelnya sendiri. Dia duduk dan memeluk lututnya.

"Why not! Tak cuba tak tahu! " sambungnya. Tiba-tiba dia jadi bersemangat untuk memiliki Nisa Haura sebagai isterinya.






"ABANG! Abang! Tolong Najwa!!!" Ariq yang baru ingin terlelap terus membuka matanya luas. Mendengar suara Najwa memanggil dirinya terus dia bingkas bangun dan menuju ke dapur kerana suara Najwa kedengaran dari situ.

Sesampainya Ariq didapur, dia melihat...






🌸B E R S AM B U N G🌸




Vote
&
Comment

🌺

"Kadang kala seseorang menjauhkan dirinya bukan kerana ia membenci ,

tetapi dia cuba melindungi dirinya daripada terus disakiti."











Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro