16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Jangan pernah hadir kalau kau berniat hanya untuk berteduh. Aku bukan pondok yang boleh kau berteduh semasa hujan lalu kau pergi selepas berhentinya hujan."

JAM di dinding dipandang sekilas yang menunjukkan angka 7 malam. Nisa tersadai kepenatan di sofa. Seketika telefon bimbitnya berbunyi tanda ada panggilan.

Dikerling si pemilik nama yang menghubunginya. Nama Doktor Haqim tertera di skrin telefonnya. Dia mengeluh kasar sebelum mematikan telefonnya. Nisa bingkas bangun untuk menyucikan diri dan bersiap untuk maghrib.

Usai solat maghrib, dia berbaring di atas katil. Anak patung milky bear bersaiz sederhana dicapai dan dipeluk erat. Semakin lama matanya terasa semakin berat. Matanya mulai tertutup.

Namun matanya kembali terbuka apabila terdengar bunyi ketukan kuat di pintu biliknya.

Nisa bangun lambat-lambat dan memulas tombol pintu. Tersembul wajah rakan serumahnya, Tina dan Atiqah.

"Ada apa?" soal Nisa biasa. Dia rasa pelik bila tiba-tiba Tina dan Atiqah mengetuk pintu biliknya.

Sememangnya, mereka berdua jarang sekali berbual dengan Nisa kerana Nisa banyak menghabiskan masa di dalam biliknya. Lagipun kebanyakkan masanya banyak dihabiskan di hospital.

"Bila kau nak bayar duit sewa bilik?" soal Tina balik. Nisa memandang Tina pelik.

"Minggu lepas baru je saya bayar untuk bulan ni" jawab Nisa. Dia memang ingat dia bayar duit sewa itu. Waktu itu Atiqah juga ada ketika dia menghulurkan sejumlah wang kepada Tina.

"Kalau aku suruh bayar tu bayar je lah! Kau kena ingat kau tu menumpang je!" ujar Tina sinis.

"Kalau kau taknak bayar, dipersilakan berambus dari rumah kitaorang!" tambah Atiqah. Dia menyilangkan tangan dan menjongket keningnya. Menyampah pula aku tengok!

"Janganlah buat saya macam ni! Saya manalah ada duit lagi nak bayar" ujar Nisa perlahan. Dia memandang Tina dan Atiqah meminta simpati. Hanya rumah inilah tempat dia berteduh.

Dengan gajinya sebagai seorang nurse yang baru memulakan kerja, mana mampu untuk dia menyewa rumah apatahlagi membeli sebuah rumah.

Hanya bilik itu yang mampu dia sewa buat masa sekarang. Dia hanya tunduk merenung lantai.

"So sekarang ni kau nak bayar ke taknak? Kalau taknak, kau boleh angkat kaki dan keluar dari rumah aku!" Tina menghalakan tangannya ke pintu utama.

"Saya ada duit sikit je. Saya bayar RM100 dulu ya? Tolong jangan halau saya. Saya nak pergi mana malam-malam ni" pinta Nisa. Matanya mulai merah menahan tangisan yang bakal gugur bila-bila masa.

Atiqah memandang Tina sekilas sebelum mengangguk. Nisa pantas mengambil beg dompetnya dan disuakan RM100. Tapi lain pula yang di ambil. Atiqah bertindak merampas beg dompet Nisa laju.

"Ni ada banyak duit!" ujar Atiqah seraya mengeluarkan tiga keping wang yang berjumlah RM100.

"Janganlah ambil. Itu duit makan saya sampai hujung bulan ni" balas Nisa sambil tangannya cuba merampas semula beg dompetnya.

Tina menolak tubuh Nisa kasar sehingga dia terdorong ke bucu meja belajar Nisa. Semua buku di atas meja jatuh ke atasnya.

Nisa mengaduh sakit sebelum mendengar suara mereka berdua sedang asyik mentertawakan Nisa. Nisa mendongak dengan airmata yang mulai gugur.

"Lain kali kalau aku minta duit bagi je lah. Tak payah nak menipu!" ujar Tina sinis. Atiqah melemparkan beg dompet milik Nisa tepat ke muka Nisa sebelum pergi meninggalkan Nisa.

Dibuka isi beg dompetnya. Kosong! Habis di ambilnya duit Nisa. Rasa berdenyut di sikunya di lihat. Darah mula menitik ke lantai. Nisa melepaskan keluhan berat.





"ABANG! Abang! Tolong Najwa!" jerit Najwa dari arah dapur. Ariq yang baru ingin terlelap terpaksa bangkit dan menuju ke dapur. Ibu dan ayah keluar ke pekan jadi hanya tinggal dia dan Najwa di rumah.

Ariq melajukan langkah ke dapur. Sesampainya dia di dapur, dia menangkap tubuh kecil Najwa yang sedang berdiri di atas kerusi sambil memandang ke arah lantai seperti mencari sesuatu.

"Kau buat apa ni?" ujar Ariq bingung.

"Tolong saya! Tadi saya nampak ada lipas! Ada dua ekor!!! Tolonglah saya" balas Najwa sambil menghulurkan tangannya minta di dukung.

"Macam budak kecil!" ujar Ariq sebelum mencempung tubuh Najwa. Najwa terus meletakkan tangannya dileher Ariq kuat takut tiba-tiba Ariq bertindak melepaskannya.

Ariq meletakkan Najwa di sofa yang terletak di ruang tamu.

"Bila nak lepas ni?!" ujar Ariq sambil menepuk perlahan tangan Najwa yang masih berada di lehernya.

Najwa terus menarik tangannya dan menolak dada Ariq kasar. Dia berdehem.

Ariq duduk di sofa berhadapan dengan Najwa. Najwa duduk memeluk lutut dan memerhati kawasan sekeliling takut ada lipas lagi.

"Eleh kalau dah takut tahu pula panggil aku!" ujar Ariq sinis. Sengaja diperli isterinya yang satu ini. Biar dia sedar betapa pentingnya suaminya itu.

"Itu daruratlah! Kalau ibu dengan ayah ada buat apa Najwa panggil abang!" balas Najwa taknak kalah. Dipandang tajam Ariq sekilas sebelum dia menjeling suaminya.

"Tak baik jeling suami!" ujar Ariq tegas.

"Sorry" balas Najwa. Dicebik bibirnya bila kena marah dengan Ariq. Seketika suasana menjadi sunyi sepi.

"Dulu memang aku fikir Alina lah satu-satunya perempuan yang aku akan jadikan isteri. Tapi tak sangka ada orang lain yang jadi isteri aku" ujar Ariq perlahan. Dia memandang Najwa dengan pandangan biasa.

"Tapi sekarang? Abang pun masih fikir hal yang sama?" soal Najwa berhati-hati takut suaminya terasa hati.

"Entahlah. Aku dah tak tahu mana hilangnya perasaan cinta aku pada Alina. Mungkin masa dia kata dia tak ready nak kahwin dengan aku. Ataupun masa dia tinggalkan aku tergantung tak bertali selama 4 tahun. Lagipun, family aku tak berkenan dengan dia. Aku je yang berkeras" luah Ariq. Najwa mendengarnya tekun.

"Jadi boleh tak abang bagi peluang pada Najwa?" soal Najwa membingungkan Ariq.

"Peluang apa?" Ariq mengerutkan keningnya.

"Peluang untuk dapatkan cinta abang" jawab Najwa sambil menghadiahkan senyuman manis untuk sang suami.

"Boleh. Dengan satu syarat! Jangan senyum macam tu! Aku tak jamin kau boleh selamat kalau kau terus senyum macam tu!" ujar Ariq membuatkan Najwa menghamburkan gelaknya.

Seraya itu tangannya naik menutup mulut, "Okay Najwa tak senyum dah" sambung Najwa. Dia menahan gelak. Ariq turut tergelak melihat tingkah laku Najwa.






NISA memegang perutnya yang berbunyi. Waktu makan tengah hari Nisa hanya mampu melihat semua staff menuju ke cafe. Ada yang keluar untuk makan di luar hospital.

Mujur ada wang bernilai RM 50 di cover telefon bimbitnya. Namun dia harus berjimat. Biskut dan airkotak coklat itu menjadi makan tengah harinya di meja batu dilaman hospital.

Nisa mula meneguk air kotak itu perlahan selepas membaca doa. Mujur dia tidak tersedak apabila ada gerangan yang menegurnya dari belakang. Rudi Rayqal!

"Ini lunch awak ke?" soal Rudi sambil membuka kaca mata hitamnya dan diletakkan di atas meja. Di tongkat dagunya menggunakan kedua belah tangannya memandang tepat wajah Nisa.

"Saya-saya on dietlah" balas Nisa gagap. Dia menelan airliur. Lain sungguh gaya Rudi semasa bergelar pesakit dan bila sudah discharge. Rambutnya lebih rapi begitu juga dengan pakaiannya. Kemeja hitam mungkin kegemarannya kerana waktu Rudi masuk hospital tempoh hari, dia juga mengenakan kemeja berwarna hitam.

Warna hitam memang sesuai dengan kulitnya yang sawo matang. Ariq Ilhan lebih putih berbanding Rudi. Segala urat kekar di tangannya terlihat jelas.

"Tak malu ke tengok anak teruna orang?" soal Rudi sambil menyengetkan kepalanya.

"Bila masa saya tengok awak?!" ujar Nisa keras. Dia berdehem beberapa kali.

"Ada apa awak datang sini? Rasa sakit lagi ke?" soal Nisa risau. Rudi senyum seraya menggeleng. Nisa menghembuskan nafas lega.

Pandangan Rudi tertancap pada luka di tangan Nisa yang berbalut plaster.

"Kenapa ni?" soal Rudi serius. Dia memegang lengan Nisa.

Nisa menarik tangannya dari pegangan tangan Rudi seraya menggeleng.

"Tak ada apa-apa. Saya terlanggar benda tajam" jawabnya cuba menutup cerita sebenar.

Rudi mencari mata Nisa yang seringkali melarikan pandangan bila Rudi berbuat demikian.

"You know what, you are really bad at lying!" Rudi membuka satu butang atas kemeja hitamnya.

"Jangan nak merepek dekat sini. Lebih baik saya masuk dan sambung kerja saya!" Nisa bingkas bangun dan meninggalkan Rudi sendiri.

"Nanti saya hantar awak balik rumah!" jerit Rudi tapi tidak diendahkan Nisa.




"EXCUSE me. Ariq Ilhan ada?" soal Alina dengan gaya gediknya. Dress ketat yang berwarna pink terang itu menampakkan bentuk tubuh badannya yang langsing.

"Encik Ariq ambil cuti seminggu" balas Saffiya acuh tak acuh. Kau tak tahu ke sepupu aku tu dah ada bini! Mahu sahaja dia menarik-narik rambut Alina sekarang.

"What? A week? Dia sakit ke? Dahlah I call dia tak reti nak angkat!" Ujar Alina geram. Dia merasakan bahawa Ariq sengaja mengelak untuk berjumpa dengannya.

Saffiya hanya memandang Alina dengan pandangan menyampah. Macam tak ada lelaki lain!

Seketika, butang interkom berbunyi. Aqil Idham meminta Saffiya untuk memberitahu Alina supaya masuk ke ruangannya.

"Cik Alina, Encik Aqil minta Cik masuk bilik dia" ujar Saffiya sopan. Alina hanya mengangguk teruja lalu mengikut langkah Saffiya.

"Hai bakal abang ipar" tegur Alina ramah. Dia terus mengambil tempat di sofa berhadapan dengan Aqil. Aqil hanya senyum hambar memandang Alina tanpa sepatah kata.

Aqil meletakkan beberapa keping gambar di atas meja. Alina mencapai gambar-gambar tersebut dan melihatnya satu persatu.

Dadanya turun naik menahan marah apabila melihat gambar-gambar itu. Aqil tersenyum melihat Alina yang menahan marah.




🌸B E R S A M B U N G🌸





Vote
&
Comment











🍄
"Ya Allah, jadikanlah aku wanita yang berjiwa kuat. Wanita yang mampu membalut luka di hati dengan penuh kesabaran.

Wanita yang mampu menahan marah dengan istighfar. Wanita yang mampu menghapus dendam dengan ikhlas dan memaafkan."

-NISA HAURA-


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro