22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tak perlu terhegeh-hegeh lagi dekat orang yang tak pernah nampak dan pandang kita dalam hidup dia.

Hanya memenatkan diri dan hanya membuang masa."

JAM lapan malam. Nisa turun dari bas selepas pulang dari hospital. Jarak antara bus stop dan rumahnya tidaklah jauh mana jadi Nisa membuat keputusan untuk berjalan kaki seperti biasa.

Oleh sebab dirinya yang sedang period, jadi dia tidak perlu risau akan waktu solatnya. Mulutnya asyik menyanyikan lagu kegemarannya yang berjudul Jawab dinyanyikan oleh Kucaimars.

"Melihat kau sedang lena,
Dibuai mimpi yang sementara,
Kau tinggalkanku tak beralasan,
Mengapakah!

Engkau yang telah berubah,
Berkali-kali sakiti aku,
Kau remuk hati,
Tergamaknya kau,
Mengapakah!"

Penuh emosi dia menyanyikan lagu itu. Tangannya disua di mulut gaya memegang mikrofon.

Tiba-tiba ada sebuah kereta mewah berwarna hitam yang berhenti di bahu jalan berhampiran dengan Nisa. Nisa menoleh sekilas. Tingkap diturunkan perlahan oleh pemandu itu. Tersembul wajah Rudi dengan cermin mata hitamnya sedang tersenyum.

"Awak buat apa dekat sini? Awak ikut saya eh?!"  tuduh Nisa. Dia mengetap gigi tanda geram.

"Saya bukan ikut awak, saya cuma nak pastikan awak selamat sampai ke rumah. Itu sahaja"  balas Rudi seraya keluar dari perut kereta.

Nisa terkebil-kebil memandang Rudi. Dia mati kata. Mengapa lelaki ini cuba mendekatinya? Dia buat aku rasa terjaga.

"Tak apa. Ini kan kawasan rumah saya. Tak ada lagi kejadian jenayah dekat sini"  ujar Nisa teragak-agak. Matanya memandang sekeliling kawasan. Jalan raya yang lenggang itu terasa sangat sunyi.

"Saya cuma nak pastikan awak selamat"  ujar Rudi seraya dia melangkah mendekati Nisa. Nisa berundur beberapa tapak ke belakang.

Dengan tidak semena-mena, mereka berdua terdengar jeritan seorang gadis yang tidak jauh dari situ.

"Awak, suara hantu ke tu?!"  Nisa bersembunyi dibelakang Rudi. Rudi menahan senyum,  "Tulah, tadi sombong. Hish bukanlah. Ini macam suara manusia"  balas Rudi. Kepalanya harus ditundukkan sedikit untuk melihat Nisa yang hanya paras dadanya. Tak tahu Nisa yang rendah atau Rudi yang terlebih ketinggian.

Nisa mendongak memandang Rudi. Lengan kemeja Rudi digenggam kuat.

"Tolong saya. Tolong"  suara gadis itu meminta tolong lagi. Tapi kali ini suaranya semakin lemah.

Nisa menangkap sesuatu yang sedang bergerak di seberang jalan. Dia ternampak seorang gadis sedang terduduk di tanah.

Pandangannya teralih pada susuk lelaki yang menghampiri gadis itu dan menarik rambutnya tanpa belas kasihan.

"Awak, tengok tu!"  arah Nisa. Rudi menoleh memandang arah yang ditunjuk Nisa.

"Awak tunggu sini! Tolong saya call polis suruh diaorang datang sini"  arah Rudi pula. Tanpa teragak-agak, Rudi menyeberangi jalan yang lenggang dan menegur lelaki itu. Nisa mengangguk lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Sorry bro, ada apa ni sampai main tarik-tarik rambut?"  tegur Rudi biasa. Lengan kemejanya dilipat hingga ke siku.

"Tak ada apa lah. Dia adik aku. Biasalah gurau-gurau adik dengan abang!"  balasnya. Jelas wajahnya yang rasa menyampah dengan Rudi yang menyibuk halnya.

Rudi memandang sekilas wajah gadis itu. Dengan rambut yang serabai, lebam di pipi dan bibirnya ditambah lagi dengan tangisan yang kering dipipi gadis itu. Ini bukan gurauan! Ini penderaan!

"Takkanlah bergurau sampai macam ni sekali. Agak lah bro!"  ujar Rudi sinis. Sengaja diprovok lelaki yang berbadan agak sasa itu. Nisa hanya menyorok dibalik kereta memerhati apa yang berlaku.

Lelaki itu merengus kasar, " tak payahlah sibuk hal orang!"  bentaknya geram. Suaranya semakin meninggi. Lengan gadis itu dicengkam kuat dan dipaksa gadis itu berdiri. Tangisan gadis itu mula kedengaran.

"Aku rasa dia taknak ikut kau kot"  ujar Rudi seraya merentap kasar tangan lelaki itu dari lengan gadis itu. Rudi menarik gadis itu kebelakangnya.

"Aku cakap tak payah sibuk hal aku!"  serta merta sebuah penumbuk hinggap ke pipi Rudi tanpa dia sempat mengelak.

Namun apalah sangat rasa sebuah penumbuk itu. Rudi tersengih sebelum membalas tumbukan itu semula. Lelaki itu tersungkur. Wajahnya hampir tersembam ke tanah.

Pandangan Nisa teralih pada gadis itu. Wajahnya seperti pernah dia lihat. Syakilla! Laju dia menuju ke arah Syakilla yang sedang menahan sakit.

Mujur sempat Nisa menyambut tubuh Syakilla yang rebah ke tanah. Dapat dia lihat cecair berwana merah mengalir menuruni paha sehingga sampai ke betis Syakilla.

Dilihat wajah Syakilla yang pucat lesi. Peluh diwajahnya disapu lembut oleh Nisa.

"Syakilla, bangun! Syakilla!"  laung Nisa. Ditampar perlahan pipi Syakilla beberapa kali namun tiada respon.

"Lelaki dayus macam kau ni sepatutnya mati! Kau ingat perempuan tu barang?!"  satu lagi penumbuk di hadiahkan oleh Rudi  tepat ke bibirnya. Lelaki itu sudah tidak berdaya ingin menandingi Rudi.

Seketika, bunyi siren kereta polis datang. Lelaki itu dibawa pergi oleh dua orang pegawai polis.

"Saya rasa, dia mangsa rogol"  ujar Nisa. Pandangan Rudi teralih pada cecair merah dibetis Syakilla.

Pantas tubuh Syakilla dicempung Rudi. Nisa membantu menbuka pintu tempat duduk belakang.

Laju kereta Rudi memecut ke jalan raya.

"macam mana keadaan dia?"  soal Rudi. Dia menoleh Nisa sekilas yang duduk di kerusi belakang meribakan kepala Syakilla.

"Very bad. Cepat sikit please!"  balas Nisa. Pedal minyak pantas ditekan Rudi.




JAM dua pagi. Ariq terjaga dari tidur apabila terdengar dentuman guruh dan kilat yabg sambung menyambung. Hujan lebat menyebabkan dia terasa sejuk. Alat kawalan penghawa dingin di capai dan suhu dinaikkan.

Seketika, dia terdengar tangisan seseorang. Dia terus teringat akan isterinya.

Benar sangkaannya, Najwa sedang duduk memeluk lutut di hadapan pintu biliknya.

Melihat wajah Ariq yang tersembul, Najwa terus memeluk leher Ariq kuat. Ariq yang tidak bersedia dengan tindakan drastik Najwa berundur beberapa langkah bagi mengimbangi dirinya dari jatuh.

"Kenapa tak masuk je? Aku tak kunci pintu pun"  ujar Ariq lembut. Dia membaringkan Najwa di atas katil. Pautan pada pinggang Ariq dikemaskan.

"Najwa takut Abang marah masuk tanpa izin"  balasnya perlahan. Ariq terpaksa mendekatkan telinganya ke bibir Najwa bagi mendengar apa yang dicakap oleh Najwa.

"Dah shh tidur. Aku ada dekat sini"  ujar Ariq seraya tangannya menepuk perlahan belakang badan Najwa.

"Memang mustahil ke untuk Najwa dapat cinta abang? Sebab cinta abang hanya untuk Alina? "  soal Najwa dengan mata yang tertutup.

Ariq memandang wajah Najwa sekilas, "Aku masih tak ada jawapan untuk pertanyaan tu. Aku minta maaf"  balas Ariq kecewa. Dia kecewa dengan dirinya.

"Najwa taknak dengar ucapan maaf abang. Najwa cuma...dahagakan cinta abang"  ujarnya semakin perlahan. Pautan dipinggang Ariq mula longgar. Najwa sudah lena dibuai mimpi. Semoga mimpi indah dalam dakapan suami!

Ariq mengeluh perlahan sebelum mengemaskan dakapannya. Biarlah isterinya berada dalam dakapannya untuk malam ini.





LANGKAH Nisa laju menuju ke ruangan Doktor Haqim. Kelihatan, Doktor Haqim sedang ralit membaca fail di atas mejanya.

"Doktor Haqim, saya jumpa Syakilla dalam keadaan teruk. Lebih baik Doktor ikut saya!"  ujar Nisa sambil mengumpul nafasnya. Dia tercungap-cungap kepenatan akibat berlari laju.

Laju langkah Doktor Haqim dan Nisa menuju ke Emergency Room. Tugas Nisa sudah selesai. Dia terduduk di bangku diikuti dengan Rudi. Kini menjadi tugas Doktor Haqim dan jururawat untuk menyelamatkan Syakilla.

Nisa memandang Rudi yang menyandarkan kepalanya di dinding. Pandangannya turun tepat ke tangan Rudi.

"Darah?! Tangan awak luka!"  ujar Nisa. Terbit kerisauan dalam dirinya.

"Sikit je ni. Saya boleh basuh dekat tandas"  balas Rudi seraya bangun ingin ke tandas.

Laju tangan Nisa memegang kemas lengan baju Rudi.

"Duduk sini!"  arah Nisa. Rudi tahan senyum dan diikutkan sahaja arahan Nisa.

Nisa bangkit dan meninggalkan Rudi sendirian. Rudi menjongket kening melihat langkah Nisa yang kian menghilang.

Seketika, dia datang membawa bekas peralatan mencuci luka dan ubat-ubatan. Rudi masih menahan senyumnya.

Perlahan, luka di tangan Rudi di cuci. Sesekali Nisa tiup bagi mengurangkan rasa pedih apabila disapu ubat. Rudi memandang ketekunan Nisa yang membalut tangan kanan Rudi. Dia tersenyum tanpa dia sedari.

Usai siap, Nisa mendongak melihat Rudi yang sedang tersenyum memandangnya. Nisa melarikan pandangan ke arah dua orang pegawai polis yang datang ke hospital. Mereka menuju ke arah Nisa dan Rudi.




🌸B E R S A M B U N G🌸

Vote
&
Comment

🍀

"Never leave something good to find something better, because once you realize you had the best, the best has found better."















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro