23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kehidupan ni bukan sekadar mengejar kesempurnaan, tapi sebenarnya mencari kesempurnaan dalam kekurangan."

NAJWA terpisat-pisat bangun dari pembaringannya. Sekali lagi dia tergamam melihat suasana bilik tidur itu. Kenapa aku boleh ada dalam bilik dia lagi?!

Mujur disebelahnya kosong seraya dia menghela nafas lega. Kelibat Ariq tidak kelihatan. Mungkin Ariq tengah mandi. Najwa mengambil peluang untuk berpindah ke dalam biliknya sendiri.

Sebaik sahaja pintu dibuka, terpampang tubuh Ariq yang hanya mengenakan sehelai tuala di pinggangnya. Tangan Najwa laju menutup matanya sendiri.

"Ei tak reti pakai baju ke?!" ujar Najwa geram. Diketap giginya sambil tangannya masih menutupi matanya.

"Suka hati aku lah. Aku baru lepas mandi ni, fresh tau. Nak try?" ujar Ariq nakal. Sengaja digigit bibirnya menggoda Najwa. Najwa cuba mengintai dibalik celahan jari jemarinya.

"T-try apa pagi-pagi ni?! Tepilah, Najwa nak mandi. Nanti terlepas subuh!" marah Najwa. Dia cuba menutupi pipinya yang mulai berona merah bila digoda sebegitu.

"Awal lagi. Baru pukul 6.10 pagi. Ada masa lagi" balas Ariq seraya merangkul pinggang Najwa rapat ke tubuhnya. Najwa yang tidak bersedia terdorong ke arah Ariq. Automatik kedua tangannya melekap di dada bidang milik Ariq.

Ariq mengemaskan lagi rangkulannya. " Hm bestnya dapat peluk isteri macam ni!" ujar Ariq. Tidak dihiraukan Najwa yang minta dilepaskan.

"Lepaslah! Kalau tak Najwa gigit Abang!" ugut Najwa mengundang gelak Ariq.

"Nak gigit macam mana ? Macam ni?" seraya itu digigit perlahan leher Najwa tepat di bahagian bawah telinga kanannya. Sengaja dibiarkan deruan nafasnya mengenai kulit leher Najwa.

"Abang buat apa ni? Lovebite ke?!" soal Najwa polos. Sejurus itu, rangkulan dipinggang Najwa dilonggarkan.

"Pergilah tengok" arah Ariq sambil menjongketkan keningnya sebelah.

Najwa bingkas menuju ke cermin dan melihat bahagian lehernya. Terdapat kesan merah kecil di bahagian lehernya.

"Ops, sorry!" laung Ariq seraya menguncikan dirinya di dalam bilik yang lagi satu.

"Abang!!!" jerit Najwa. Dapat dia dengari, gelak tawa Ariq yang mentertawakannya.

'Orang tengah lancarkan perang dengan dia, boleh pula dia ambil kesempatan!' Omelnya sendiri. Najwa menghentak kakinya tanda protes.

Dilajukan kakinya menuju ke kamarnya. Pipinya yang terasa panas dikibas-kibas menggunakan tangannya.




"NISA, bangun. Dah subuh ni" kejut Rudi. Di cuit perlahan lengan Nisa. Nisa yang elok menggunakan bahu Rudi sebagai tempat bersandar terpisat-pisat membuka matanya.

Dia memandang kawasan sekeliling. Seketika, matanya terbuka luas. Ditoleh sebelah, Rudi sedang mengurut lengannya yang terasa kebas.

"Kenapa awak tak balik?" soal Nisa. Dia berasa bersalah menggunakan bahu lelaki itu sebagai tempat dia bersandar. Pasti Rudi tidur dalam keadaan tidak selesa. Nisa berasa malu kerana dia tidur dengan nyenyak sekali.

"Macam mana saya nak balik kalau awak syiok sangat baring dekat bahu saya" balas Rudi dengan pandangan sindiran. Dia tahan senyum melihat muka bersalah Nisa.

"Sorry"  ujar Nisa perlahan. Dia tunduk bermain dengan jari jemarinya. Dia dihimpit rasa bersalah.

"Jangan risau. Abang Rudi sado. Setakat pinjam bahu benda kecil je! I'm yours!"  balas Rudi dengan suara yang agak kuat sehingga menarik perhatian jururawat yang lewat kawasan ward Syakilla.

Selepas dia dirawat, doktor mengesahkah dia adalah mangsa rogol dan telah mengalami keguguran akibat hentakan sewaktu dia dirogol. Doktor terpaksa mengambil masa yang lama untuk membersihkan alat sulitnya.

"Jom pergi surau. Azan subuh dan berkumandang tu"  tegur Rudi apabila melihat Nisa yang termenung. Macam mana nak jawab ni. Aku bukannya boleh solat!

"Hm awak pergilah dulu. Nanti saya pergi"  tipu Nisa. Sebenarnya dia malu ingin mengaku.

Tapi Rudi lebih cekap. Dia senyum senget, " Period eh?"  ujarnya seraya gelak perlahan. Lambat-lambat Nisa mengangguk. Kurang asam punya Rudi!

"okay awak duduk sini, saya pergi surau dulu ya"  ujar Rudi seraya dia mengangkat punggung menuju ke surau.





ARIQ menahan gelak apabila melihat rambut panjang Najwa yang sengaja dibiarkan lepas dan menutup lehernya.

Najwa menjeling sekilas suaminya yang sedang menyisip perlahan kopi di dalam cawan itu.

"Tak payah nak cover sangat. Bukannya ada sesiapa pun dekat sini selain aku"  tegur Ariq bersahaja.

"Ingat cantik ke merah-merah ni!"  balas Najwa geram. Bila entah kesan ni nak hilang.

"Sekejap lagi hilang lah tu. Nanti aku buat lagi banyak-banyak, okay!"  balas Ariq seraya mengenyitkan matanya penuh menggoda.

"Jangan nak macam-macam eh!"  ujar Najwa memberi amaran. Diikuti langkah suaminya ke pintu utama.

Tangan Ariq disuakan di hadapan muka Najwa minta disalami. Lambat-lambat Najwa menyambut dan menyalamnya.

Seketika, Ariq menghadiahkan satu ciuman sekilas ke dahi Najwa. Najwa yang tergamam hanya diam tidak berkutik. Ariq senyum kemenangan.

"Nanti lunch aku balik!"  laung Ariq setelah dia meloloskan diri ke dalam kereta mewah miliknya.

Najwa menyentuh perlahan dahinya tempat Ariq menghadiahkan ciuman itu. Tanpa dia sedar, bibirnya menguntum senyuman.

Semangatnya kembali muncul. 'Kenapa aku nak kena berputus asa sedangkan dia masih suami aku?!'  gumam hatinya.






"SYAKILLA, Syakilla bawa bertenang! Awak selamat dekat sini. Sekarang awak ada dekat hospital!"  jerit Nisa cuba menenangkan Syakilla yang meracau.

Dipegang kuat bahu Syakilla yang meronta minta dilepaskan.

"Saya takut! Saya takut!"  balas Syakilla lemah. Lama-kelamaan Syakilla berpaut pada lengan Nisa dan memeluknya erat.

"Ya shh saya tahu awak takut. Saya ada dekat sini. Tak ada siapa boleh sakiti awak dekat sini"  pujuk Nisa lembut. Belakang badan Syakilla diusap lembut. Gadis itu mengalami trauma.

Setelah beberapa minit berpelukan, pelukan dirungkaikan. Airmata Syakilla di seka perlahan. Nisa memandang Syakilla yang mula tenang.

"Awak tahu yang awak mengandung?"  soal Nisa perlahan. Dia tidak mahu mengguris hati gadis itu lagi.

Syakilla mengangguk perlahan. "Saya keguguran ke ?"  soal Syakilla pula. Dia berasa perit di bahagian alat sulitnya.

Serba salah Nisa mengangguk. Kedengaran Syakilla yang mengeluh berat.

"Dia abang saya. Walaupun kami bukan adik beradik, tapi sejak ayah dan mak ambil saya di rumah anak yatim, saya anggap mereka semua keluarga saya. Abang Iskandar layan saya dengan baik sampailah mak dengan ayah meninggal dunia secara mengejut akibat kemalangan"  terang Syakilla. Airmatanya kembali merembes keluar menuruni pipinya.

Nisa menghulurkan tisu kepada Syakilla dan disambut Syakilla. Dia memandang Nisa yang tekun mendengar luahan hatinya.

"Saya nak minta maaf pasal haritu. Waktu awak dengan Haqim"  tambah Syakilla. Rudi yang bersedia untuk memulas tombol pintu tidak jadi meneruskan niatnya apabila terdengar nama Doktor Haqim disebut.

"Its okay. Dapatlah saya merasa macam dalam dunia lakonan siap main simbah-simbah air"  balas Nisa seraya gelak kecil. Syakilla senyum nipis.

Perlahan pintu di kuak oleh Rudi yang baru selesai mengerjakan solat subuh.

Serta-merta pandangan mereka terkalih pada Rudi yang sedang tersenyum.

"Terima kasih tolong saya. Saya tak tahu nak balas kebaikan awak macam mana"  tegur Syakilla. Rudi mengambil tempat di kerusi bersebelahan dengan Nisa.

"Saya cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai netizen. Awak tak patut dilayan macam tu"   balas Rudi biasa. Walaupun kedengaran sedikit dingin, tetapi lelaki ini memiliki kehangatannya yang tersendiri.



"TAHNIAH Cik Alina. Awak dah boleh discharge keluar hospital bermula pagi ini"  ujar jururawat yang datang ke ruangannya.

Alina tersenyum mendengarnya. Dia harus cepat-cepat melaksanakan rancangannya. Dia tidak mahu Ariq Ilhan lepas ke tangan orang lain termasuklah Najwa Nabilla!

Nombor telefon Ariq pantas didial. Seketika, panggilannya diangkat oleh Ariq.

"Baby, you ada dekat mana? Boleh tak you singgah hospital sekejap?"  tegur Alina dengan gaya gediknya. Menyampah!

🌸B E R S A M B U N G🌸

Vote
&
Comment


🌈

"Hey, If I lost can you save me?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro