MPQ - Part 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Still Flashback

               Adha tidak lepas dari memandang gadis yang sedang mencari dan membelek baju yang berada di dalam kedai. Kerana apa? Entah? Dia pun tidak tahu. Keluar saja dari tandas gadis itu menariknya menuju ke satu kedai untuk memilih baju. Katanya...

“Saya dah tolong awak tadi, sekarang awak pula tolong saya!”

Jadi, sebagai membalas budi dia hanya bersetuju. Alah setakat tolong teman beli baju saja. Bukan masalah besar pun. Tapi, kenapa perlu beli baju lelaki? Ya, mereka sedang berada di pakaian lelaki. Bukan wanita. Pelik bin ajaib.

“Erk.. boleh saya tanya?”

“Apa?” balas Elmyra sambil membelek baju yang menarik.

“Kenapa kita dekat kedai pakaian lelaki? Awak nak beli baju untuk siapa?” soal Adha.

Elmyra tersentak. Aduh, dia tanya pula. Bukan masanya! Bukan masanya untuk bertanyakan hal tak penting. Sekarang ini, masalah lagi besar sudah datang. Dan dia perlu bertindak cepat!

“Tak ada siapa.”

Adha mengerutkan dahi. Aik? Takkan tak ada siapa? Boyfriend? Abang? Ayah? Takkan seorang pun bukan?

“Takkan tak ada si...”

“Awak boleh jangan banyak tanya tak? Sekarang ni saya betul-betul nak cepat dan hanya awak saja yang boleh tolong saya. Kalau nak sangat tahu, suruh author cakap dekat awak. Ada faham?” ujar Elmyra, dingin.

Gulp! Garangnya. Adha mengangguk.

“Nah!” Elmyra menghulurkan tiga helai baju yang berbeza kepada Adha. Adha yang terkebil-kebil menyambut pakaian yang dihulurkan. Nak buat apa ni?

“Pergi salin sekarang. Lepas tu keluar, saya nak tengok sesuai ke tak.” Selamba saja Elmyra mengarah jejaka yang tidak dikenali.

Adha cuba untuk menafsirkan kata-kata gadis dihadapannya. Dia cakap salin ke tadi? Atau aku salah dengar? Berlapis-lapis dahinya.

“Tunggu apa lagi? Cepatlah salin!” gesa Elmyra sambil menolak jejaka itu ke bilik persalinan.

Adha yang masih lagi tidak memahami keadaan, hanya pasrah saja. Daun pintu ditolak lalu dia meloloskan diri ke dalam bilik persalinan. Dah orang suruh, buat sajalah.

Elmyra yang menunggu diluar, mundar-mandir. Sekejap ke kiri dan ke kanan. Dia perlu segera. Jika bukan kerana Alongnya yang tiba-tiba membuat panggilan yang mengejut dan berkata bahawa hendak berjumpa, dia tidak akan kelam-kabut seperti ini.

Along yang mana pula? Along yang mana lagi kalau bukan Along yang berada di Part 1? Ya, along yang tu lah! Mulutnya juga lancang, boleh pula terlepas cakap ‘sedang keluar bersama boyfriend’? Gila! Pasti sajalah Along mengamuk dan ingin memberitahu Walid! Namun, ugutan diberikan dan sebagai ganti dia perlu bertemukan ‘boyfriend khayalan’ nya dengan Along.

Masalah betul!

Jam tangan ditilik. Ada lagi sepuluh minit! Aduh..

“Awak, Lama lagi ke?” tanya Elmyra. Apalah lelaki itu buat lama-lama di dalam? Mandi?

Adha yang sedang ber-outfit of the day di hadapan cermin, terkejut. Telefon bimbit yang dipegang hampir-hampir saja terjatuh. Huish Iphone 11 Pro ni. Mahal weh kalau jatuh...

Ish Ish Ish. Marilah kita bersama-sama menggali kubur untuk arwah. Sesungguhnya arwah dulu seorang yang sangat baik. Haha.

“Dah. Dah siap. Erm.. awak nak saya keluar ke?” soal Adha takut-takut. Yalah, takut nanti tersadung bila keluar, haih naik duit hantaran. Susah!

“Ya, cepatlah keluar. Saya nak tengok kalau baju tu sesuai atau tak dengan awak,” jawab Elmyra tenang walaupun dalam hati, membuak-buak rasa marah. Dah cakap tadi, tetap tanya juga.

Adha menghela nafas. Cuba menenangkan diri. Haish bukannya kau pakai baju pengantin pun sampaikan nervous sebegini sekali, Adha! Baju kemeja biasa je. Just relax, okay? Ayat tersebut diingatkan didalam kepala dan hati sebelum dia melangkah keluar daripada fitting room.

Elmyra sedia menunggu di hadapan bilik fitting room, mengawal riak wajahnya. Hampir saja dia ternganga kerana kekacakkan jejaka tadi yang kini berbaju kemeja.

Handsome? Tipulah kalau tak kacak. Dengan rambut dia yang kemas. Kemeja yang dipakai juga sangat sesuai dengan badan jejaka yang agar besar. Hah bukan besar tu gemuk, ya? Tidak sama sekali.

Adha menelan air liur apabila gadis dihadapannya ini langsung tidak lepas memandangnya. Hodoh sangat ke? Tadi aku send dekat instagram, semua kata kacaklah, macholah, dan segala jenis ‘lah’ lah ada.

“Erm.. okey ke?”

Elmyra mengalihkan pandangannya. Heish Queen! Jaga mata. Jaga mata! Apa pandang anak teruna orang macam nak terkam? Eee...

“Ehem... okey je. Jomlah pergi sekarang. Dah lambat ni,” ujar Elmyra tergesa-gesa sambil menarik lengan jejaka itu yang berlapik.

“Eh sekejap! Baju saya? Jaket saya? Baju ni dah bayar ke? Dan kita nak pergi mana? Awak jangan nak cakap yang awak nak ajak saya kahwin lari pula. Eh saya tak nak tahu kahwin dengan gadis semu...”

“Awak jangan nak merepek, boleh? Saya ada amergency case sekarang ni. Dan hanya awak saja boleh tolong. Saya tak ada masa nak jelaskan. Sekarang ikut sajalah,” tegas Elmyra bersuara sebelum langkahnya dibuka.

Adha memandang tajam ke arah gadis dihadapannya. Amboi bukan main paksa-paksa, arah-arah orang. Macamlah dia lagi dewasa dari kita. Soalan pun tak terjawab. Rungut hatinya. Namun, diikutkan sajalah langkah gadis dihadapannya ini.

“Baju saya ni macam mana?”

“Awak letaklah dalam plastic bag tu. Baju kemeja tu saya dah bayar. Jangan risau. Sekarang ni, jom kita pergi Noodle Fri...” Kata-kata Elmyra terhenti apabila telefon bimbitnya berdering.

Elmyra menjawab panggilan dari Along.

“Assalamualaikum. Hah, Long.”

“...”

Elmyra terhenti langkahnya. Adha yang mengikut serta merta turut terhenti dibelakang Elmyra. Nasib baik tak kemalangan.

“Apa? Tak jadi? Seriously?” dingin suara Elmyra bertanya.

“...”

“Along ni kan. Sengaja betul buat orang sesak nafas tahu? Ingat senang ke nak cari boyfriend sementara untuk selamatkan diri dari Along. Eee.. kalau Angah tahu tak jadi, tak adalah Angah kelam kabut main tarik entah siapa-siapa jadi boyfriend Angah. Along ni memang sengaja betullah buat orang takut. Orang bukan main gelabah tahu tak?” bebel Elmyra tanpa sedar sudah membocorkan rahsianya sendiri.

Adha ternganga. Patutlah beria meminta tolong daripadanya. Ada udang disebalik batu! Pandai sungguh merancang tanpa fikirkan orang lain. Very good. Adha merenung wajah cemberut gadis dihadapannya. Tu sebab dah terlepas cakaplah tu. Adha ketawa dalam hati.

“...”

“Maaf.” Elmyra meminta maaf dengan rasa ‘bersalah’ yang amat.

“...”

Elmyra membulatkan matanya. “Amboi, banyak lawa hang punya muka! Nak Fererro Roche bagai. Mahal kut coklat tu,” rungut Elmyra.

Adha mengemam mulutnya. Cuba ditahan ketawanya agak tidak meletus. Wajah gadis dihadapannya sangat lucu. Tak mampu untuk dia katakan. Hahaha. Hanya kerana perlu belanja Fererro Roche.

“...”

Elmyra mendengus geram. “Sikit-sikit nak bagitahu Walid. Susah betul bila ada Kakak kaki report! Heh.” Tanpa belas kasihan dan salam, Elmyra menamatkan panggilan Alongnya.

“Ehem.. kenapa tu?” tanya Adha, sengaja. Sedangkan sudah tahu pokok pangkal cerita.

Elmyra menjeling jejaka dibelakangnya sebelum menghala penumbuk di hadapan wajah jejaka itu. Matanya tajam memandang riak wajah lelaki itu yang cuba untuk tidak ketawa. Makin menggunung rasa geram.

Adha menelan air liurnya. Amboi garangnya. Walaupun penumbuk yang ditunjukkan adalah kecil, tapi urat yang bertimbul ditangan tu menunjukkan tak mustahil giginya akan berterabur dilantai.

Ting!

Elmyra mendengus. Telefon bimbitnya dilihat. Ternganga dirinya apabila mendapat pesanan daripada Yuki.

Cheng Yuki
Oii Makcik. U want me 2 wait here bape lama lgi? I is hungry u know?
√√

Queenz
Ops, sorry.
tadi aq pi toilet pastu nk beli air utk kau. Pastu ade drama bhai. Tu yg lambat. Sorry sey!
√√

Elmyra menekan keyboard tanpa menghiraukan jejaka yang asyik melihatnya.

Ting!

Adha yang sedang ralit memandang ke arah gadis yang berada dihadapannya tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi.

Pesanan masuk.

Dari Mama! You're dead, man!

Syurga Kesayangan
Where are you, Qashaf Adha?
How long should I stay here?
√√

QashDhaKacak
Where are you at, Ma?
√√

Syurga Kesayangan
Mama dekat tempat parking.
I though you wait for me in the car.
Tapi, bulu hidung pun Mama tak nampak awak dalam kereta.
√√

QashDhaKacak
Sorry, Ma! I'm really sorry.
Okey I'll be there soon.
Wait for me.
I love you!
√√

Tanpa disedari Adha kerana terlalu ralit membalas pesanan Mamanya, Elmyra pergi meninggalkan Adha seorang diri disitu. Pergi berjumpa Yuki yang sedang menunggunya lama. Ada baiknya dia pergi terus. Betul tak?

Syurga Kesayangan
I love your father. Not you.
√√

QashDhaKacak
Ma!!!
√√

Syurga Kesayangan
You want me to love you, kan?
Hah sampai sini cepat!
Kurang dari 10 minit Mama tak nampak bulu ketiak kamu...
Mama call Papa!
Kamu tinggai situ sorang² hmph!
√√

QashDhaKacak
Okey Ma!
I'm on my way, okey?
√√

Tup!

Adha menutup telefon bimbitnya dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Matanya meliar mencari gadis tadi namun hampa kerana bayang gadis itu langsung tidak ada.

Haih.. dia ditinggalkan begitu saja. Tanpa mengucapkan apa-apa. Baju yang dipakai dipandang. Adha tersenyum kecil. Baru jumpa dah dapat ‘hadiah’.

Ting!

Adha segera melangkah untuk keluar daripada Mall dan menuju ke tempat parking. Pesanan daripada Mamanya sungguh menggerunkan. Jika tidak, nahas dia dikerjakan Mamanya.

Oh ini pesanan daripada Puan Iris.

Syurga Kesayangan
Tik tok tik tok
Masa berjalan anakku
kamu jangan sampai Mama sendiri yang terbang pergi dekat kamu.
Cepat!
√√

End Flashback.

***

Okey! Saya dah penat. Fulamak weh! Bukan main susah nak fikir cara diorang jumpa macam mana. Banyak idea muncul tapi satu pun tak kena. Last ii inilah jadinya.

Pertemuan yang pelik en? Hahaha.

Okey don't forget to vote and komen! Lob u banyak ii! Silalah abaikan typo ye Cik Adik, Cik Akak dan Cik Abang (kalau ada). haha

∆ mr.coffee ∆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro