MPQ - Part 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Flashback

               Keadaan yang lenggang di pusat beli belah, memudahkan Adha untuk ke tandas dengan lebih cepat. Jika tadi dia sekadar fikir untuk menghilangkan rasa bosan. Kini, memang betul dia kena ke tandas.

Dan tak tahan!

Segala himpunan dan manusia yang menghalangnya, dirempuh tanpa belas kasihan. Walaupun dia dengar rungutan dan jeritan dari orang tersebut, tetap tidak diendahkan.

Argh! Peduli lah. Asalkan dia tiba di destinasi dengan segera!

Signboard tandas yang tertera, mencerahkan pandangan matanya. Yes, finally! Namun, langkahnya terhenti apabila sekumpulan remaja berkumpul di hadapan tandas.

Adha mendengus geram. Apa punya test lah budak-budak ni? Bukan main banyak lagi tempat yang sesuai untuk berkumpul, depan tandas jugalah yang menjadi pilihan. Adha segera mendekati sekumpulan remaja tersebut.

“Ehem.. Ehem..” Adha berdeham perlahan, cuba menarik perhatian mereka yang sedang bergaduh.

Serentak semua remaja disitu memandang ke arah figura yang berdeham kepada mereka. Muka tak puas hati dipamirkan.

“Pakcik nak apa?” soal salah seorang daripada mereka. Gadis ye, anak-anak.

Adha terpempan namun reaksinya sedaya mungkin dikawal. Pakcik kau panggil aku? Apa aku ni nampak tua sangat ke sampai digelar pakcik?

“Entahnya. Tak nampak ke orang tengah berbincang? Ke buta?” soal dari mereka yang lain. Juga seorang gadis.

Adha menyabarkan hati. Dia masih mendiamkan diri.

“Lah bisu pula? Tadi duk ehem-ehem sangat. Bila tanya tak jawab pula,” marah orang yang pertama tadi.

Adha menahan diri daripada menampar sekumpulan gadis remaja ini. Gila apa? Sekali kena label Jantan Dayus hanya kerana menampar perempuan tanpa sebab.

Eh! Bersebab ya?

Sebab mulut mereka yang celupar. Gadis zaman sekarang langsung tidak menjaga mulut mereka. Tidakkah mereka tahu bahawa mulut adalah senjata yang berbahaya. Tidak tahukah mereka? Setiap kali setiap dari insan yang bangun dari lenanya, anggota yang lain akan menasihatkan mulut agar tidak membuat pasal? Kerana apa? Kerana mulutlah badan binasa.

Ah! Mana mungkin mereka tahu. Jika sudah pakaian pun menyakitkan mata, mana mungkin berfikir sebelum bertutur.

“Hoi! Pakcik berangan apa? Kita orang dari tadi tanya pakcik ni. Pekak pula ke?” Sergahan yang agak kuat itu menyentak Adha dan beberapa orang yang berdekatan juga yang lalu berhampiran situ.

“Aduh... masalah betullah ada OKU kat sini.”

“Hmm.. kesian betul. Harap muka sajalah menawan, tapi...” ayatnya biar tergantung sebelum serentak sekumpulan gadis remaja itu berkata...

“Buta. Bisu. Pekak.”

Splash!

Semua yang melihat mereka dan juga yang berdekatan tergamam dengan aksi itu. Sungguh sesiapa saja akan terkejut dengan perbuatan yang langsung tidak menyangka akan terjadi.

***

Elmyra memegang erat kedua minuman yang dibeli olehnya. Apa yang sedang berlaku dihadapannya ini sungguh menaikkan rasa marah. Sesiapa saja akan berasa begitu. Yang cuma mendengar pun terasa hendak bagi lima pada mereka. Apatah lagi yang menonton dihadapan mata.

Memang kena ditadikakan semula betina-betina tu.

“Hmm.. kesian betul. Harap muka sajalah menawan, tapi...” Elmyra mengerutkan dahi. Ayat tergantung?

“Buta. Bisu. Pekak.”

Elmyra tergamam. Bagusnya bahasa mereka! Tanpa menunggu dengan lebih lama, Elmyra terus meluru ke arah mereka dan menyimbah dengan air yang berada di tangan.

Splash!

Puas hati aku!

Keadaan sunyi sepi kerana semua masih lagi tergamam dengan apa yang terjadi. Apa yang baru saja dia lakukan tadi sememangnya tidak dapat dijangka.

“Argh! My blouse!”
“My hair!”
“My make up!”
“My new dress!”

Pekikan dan jeritan nyaring daripada mereka, dipandang sinis oleh semua orang. Ada yang tergelak. Ada yang merakam. Tidak kurang juga yang mengejek dan mengatakan balasan yang sangat sesuai untuk mereka.

“Padan muka kau orang.” Hanya dengan sebaris ayat saja sudah mengundang banyak mata ke arahnya.

“You! How dare you do...”

“Apa?” pintas Elmyra. “Inilah balasan yang kau orang dapat sebab kurang ajar dengan orang yang lebih dewasa. Ingat sikit kau orang tu perempuan. Jangan malukan kaum sendiri sebab mulut kau orang yang lancang tu. Kalau dah tak sayang mulut, kau orang bagi je dekat orang yang tak boleh bercakap. Aku yakin, dia orang akan guna mulut tu dengan sebaik mungkin. Bukan macam kau orang. Memalukan kaum hawa je.”

Adha yang mendengar tergamam. Mak aih, beraninya gadis dihadapannya ini berkata demikian. Mulut laser! Dalam hati Adha tersenyum. She have a smart mouth.

Elmyra yang terasa tapak tangannya sedikit melekit, hendak berjalan memasuki tandas namun terhenti apabila sekumpulan gadis itu masih lagi tidak berganjak.

Seketika dia terdiam. Tiba-tiba sesuatu terlintas dibenaknya sebelum matanya memandang ke arah lelaki yang berdiri tegak seperti menyanyi lagu negaraku.

Tika anak matanya menangkap wajah itu, sebaik mungkin dia cuba menahan riak wajahnya daripada berubah. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya. Pandangannya terarah pada sekumpulan gadis itu semula.

Adha yang perasan riak wajah gadis tersebut tika memandang wajahnya, mengerutkan dahi. Dah kenapa dia pandang aku macam tu? Ada tahi cicak atas kepala aku ke? Diraba rambutnya yang agak lebat.

Tak ada apa-apa pun? Peliknya!

“Aku nak tanyalah. Orang yang gah macam kau orang ni memang tak ada test yang elok sikit, ya? Apa barang kau berbincang depan toilet?”

Pertanyaan daripada Elmyra mengundang ketawa daripada sekeliling. Adha juga tidak terlepas dari tersenyum kecil. Wajah sekumpulan gadis yang mula kemerahan itu langsung tidak dipedulikan.

“Tahu tak toilet ni tempat orang nak berhajat besar? Membuang?”

“Woi! Hadas besar woi! Bukan hajat besar! Hajat besar tu nak meminang!” jerit seorang lelaki dari sekelompok manusia yang memandang mereka.

Sekali lagi, ruang disitu penuh dengan ilai tawa.

“Tak kisahlah hajat besar ke hadas besar ke. Pokok pangkalnya, kau orang ni tak ada o ta qaf ke? Sampaikan nak berbincang pun depan toilet. Pilihlah cafe ke, restaurant ke. Ini depan tandas? Ni kesian dekat orang yang kau orang panggil pakcik ni. Terhalang laluan dia ni nak masuk tandas!”

Adha terkedu. Uish! Dia tahulah. Macam mana dia tahu? Apabila terasa sesuatu yang lain, dia menunduk ke bawah. Mak ai! Kaki aku terkepit! Cepat-cepat dia berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

Adeh.. macam mana kaki aku boleh terkepit? Tahan sajalah, Adha.

Sekumpulan remaja tersebut memandang ke arah Adha sebelum mereka menundukkan kepala lalu cepat-cepat meminta maaf dan beredar dari situ. Malu mungkin?

Elmyra hanya mempedulikan semua itu lalu masuk ke dalam tandas. Begitu juga dengan Adha. Sungguh dia berterima kasih pada gadis tersebut. Apa yang patut dia balas, ya?

Ah nanti fikir sekarang, buang segala hajat dulu.

Ya Tuhan! Apa yang aku merepek ni? Apa yang aku merepek ni? Kenapa jadi macam ni? Aduh.. inilah dia bila tak ada idea. Macam nilah jadinya.

Btw, macam mana? Best? Okey tak? Bosan en? Tahu bosan. Huhuhu. Sorry lah buat kau orang tertunggu. I is no idea ar! Perah punya perah, air pun tak ada. Last ii kena sidai terus biar kering. (siapa faham legend)

Jangan lupa vote dan komen ya? Silalah abaikan segala typo ya? Aku tak ada masa nak mengedit balik

∆ mr.coffee ∆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro