18 • SPM trial exam I

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





          Keesokan harinya, Hari Peperiksaan Percubaan SPM tiba. Kelihatan semua pelajar sibuk dengan buku rujukan masing-masing. Ada juga yang seperti tidak kisah dengan peperiksaan hari ini. Macam Ujian SPM tu lama lagi pula.

          Selepas beratur di dataran perhimpunan, pelajar-pelajar diminta memasuki kelas mengikut barisan kelas masing-masing.

          Sempat Ain melambai pada Izz sebelum berjalan meninggalkan dataran perhimpunan lalu Izz pun membalas lambaiannya sambil tersenyum pendek. Dia menggerakkan mulut berkata "good luck" kepada gadis itu. Ain tak sempat membalas apa-apa, cuma tersenyum lalu hilang dari pandangan Izz.

          Guru waktu pertama bagi kelas Ain memasuki kelas lalu beliau menyusun kedudukan pelajar-pelajar mengikut nama. Ain dapat duduk bersebelahan Airil di baris kedua, lajur terakhir.

          Peperiksaan pertama ialah Bahasa Melayu kertas satu.

          "Baiklah, saya nak awak semua simpan buku rujukan dan letak beg di luar. Hanya alat tulis dan botol air saja dibenarkan dibawa masuk." Cikgu Biologi iaitu Puan Julie bersuara.

          Pelajar-pelajar hanya menurut arahan cikgu lalu meletak beg sekolah masing-masing di luar kelas dan kembali ke tempat duduk sendiri.

          Cikgu pun mula mengedarkan kertas peperiksaan kepada pelajar. Sementara menunggu cikgu selesai memberi kertas kepada semua pelajar, sempat Ain menoleh ke arah Airil.

          "Good luck, bro." Bisik Ain seraya bibirnya tersenyum sambil kedua-dua tangan menunjukkan 'thumbs up' kepada Airil.

          Lelaki itu cuma buat-buat tak tahu dan memandang ke depan.

          "Ish, fine. Kau nak sombong sangat kan? Kau nanti kau, kau nanti kau."

          "Ain, pandang depan." Suara cikgu menegur Ain menyentakkan gadis tersebut.

          Terus dia memandang ke depan kelas. Ada lagi beberapa minit sebelum peperiksaan bermula.






          "Baiklah, awak boleh mula menjawab sekarang." Puan Julie memberi arahan lalu semua pelajar pun menyelak kertas soalan ke muka surat pertama.





~~~~





          "Masa tinggal lagi 10 minit. Sila pastikan awak dah tulis nama dan kelas pada kertas ujian." Kata-kata cikgu membuatkan Ain semakin gelabah.

          "Cepatlah.. cepatlah.. sikit lagi ni." Bisiknya sendiri sambil tangan kanannya laju menulis karangan.

          Airil yang berada di sebelah dia cuma memandangnya pelik. Tak rilek betul tulis laju-laju macam nak koyak kertas tu.





          "Okey, masa dah tamat. Sila letakkan pen di atas meja. Saya akan mula mengutip kertas sekarang."

          Satu persatu kertas peperiksaan pelajar dikutip oleh cikgu. Namun, itu tidak menghentikan Ain daripada terus menulis. Haih... inilah dia. Bila waktu banyak masa, idea tak nak muncul. Bila dah kesuntukan masa, baru berlambak idea keluar. Benci betul.

          Cikgu tiba di meja Ain.

          "Sudah Ain."

          "Kejap cikguuu. Sikit lagiii..!" Mata Ain fokus pada kertas jawapannya. Tangannya lincah menulis penutup karangan.

          "Sudah sudah. Habiskan ayat terakhir tu. Nanti tak adil dengan orang lain, awak ambil masa lebih."

          Ain terpaksa menurut arahan cikgu. Dia berhenti menulis dan menyemak sama ada dia telah menjawab kesemua soalan atau belum. Kemudian, kertas tersebut dihulurkan kepada cikgu. Cikgu pun berlalu pergi, mengutip kertas jawapan pelajar lain pula.

          Ain mengurut tangannya yang lenguh akibat terlalu banyak menulis.


          Ish, otak ni kenapalah bila dah nak habis masa baru ada idea nak mengarang?

          Bisik hatinya.

          "Okey, awak boleh ambil beg awak." Arah cikgu.

          Pelajar-pelajar pun bangun dari duduk dan melangkah keluar kelas untuk mengambil beg sekolah masing-masing. Ada yang dengan muka tak malunya, terus pergi rehat. Hampeh betul.





          Kringggg!

          Loceng waktu rehat berbunyi. Semua pelajar bergegas ke kantin untuk mengisi perut yang lapar. Ain berjalan bersama Farah menuju ke kantin sekolah.

          "Karangan tadi kau jawab nombor berapa?" Tanya Farah. Soalan biasa yang akan ditanya selepas peperiksaan kertas satu tamat.

          "Nombor tiga. Aku rasa yang itu je paling senang. Pasal apa kelebihan minat K-pop hahah."

          "Ohh... aku buat nombor empat. Dia suruh kita setuju ke tak kenapa kita kena belajar Sejarah. Aku jawablah tak."

          "Kepala hotak kau. Sejarah pentinglah! Apa pula tak payah belajar?" Suara Ain meninggi akibat terkejut.

          "Eh biarlah! Aku dah bagi pendapat aku. Aku cakap kita kena move on dengan kisah yang dah lepas. Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus."

          "Kau mengarut apa?"

          Kepala Farah ditolak Ain menyebabkan gadis itu tertawa.

          "Tak adalah. Bak kata pepatah, kenangan yang lepas jangan dikenang. Kan?? Eh... ada ke pepatah tu? Entahlah."

          "Dah dah, jom makan." Ain menarik Farah beratur ke kaunter.





~~~~





          Kringggg!

          Waktu rehat tamat. Ain dan Farah bangun untuk membuang sisa makanan ke dalam tong sampah dan pinggan diletak di dalam besen khas untuk pinggan dan mangkuk yang telah digunakan.

          "Jom Izz." Ajak Ain kepada Izz yang rehat bersama mereka tadi.

          "Jom." Lelaki tersebut berjalan bersebelahan dengan Ain menuju ke tangga untuk naik ke kelas.

          Farah pula hanya menjadi orang ketiga, berjalan di belakang mereka.

          Tiba di kelas 5 Usaha, Farah terus masuk ke dalam tanpa menghiraukan Ain dan Izz. Yelah, tak nak kacau pasangan sejoli tu.

          "Okay, bye Izz. Good luck untuk next paper." Ucap Ain sambil senyum nipis.

          "Bye, you too." Izz kenyit mata dan berlalu pergi.

          Tersipu malu pula Ain. Adoi, Izz ni. Tak bertempat nak kenyit mata dekat orang.

          Ain masuk ke dalam kelas. Sejak kebelakangan ni, dia perasan bahawa Farah banyak mendiamkan diri bila dia bersama Izz. Gadis tersebut tak bising macam selalu.

          Ain menepis fikiran bukan-bukan. Tak mahu dia berburuk sangka pada kawan baiknya.

          "Oi." Tegur Ain sambil duduk berhadapan dengan Farah.

          "Apa kau?" Farah mengalihkan pandangan pada Ain.

          "Takde apa. Aku nak tanya. Untuk bab novel ni kau rasa apa yang masuk eh? Persoalan ke apa?" Tanya Ain cuba membuka bicara.

          "Oh, aku dengar ada orang kata topik Plot. Tapi aku tak tahulah diorang dapat tahu dari mana."

          "Gila ke apa sia nak kena hafal plot. Banyak do."

          "Itulah kan."

          Ain dan Farah mula mengulang kaji bersama sementara ada masa lagi sebelum peperiksaan seterusnya.









          "Okay, students. Keep all your notes and put your bags outside please." Cikgu Bahasa Inggeris, Puan Venella memberi arahan.

          Setelah semua pelajar meletakkan beg di luar kelas dan kembali ke tempat duduk, cikgu mula mengedarkan kertas.

          Ain menoleh ke kiri memandang Airil.

          "Good luck, awak." Bisiknya sambil membuat muka gedik.

          Airil menggulingkan mata membuatkan Ain yang melihat reaksinya tertawa kecil.






          "Alright, you may begin now. Good luck." Ucap cikgu.

          Pelajar pun menyelak kertas peperiksaan lalu menjawab soalan. Beberapa minit selepas ujian bermula, Ain sampai di soalan ketiga, bahagian peribahasa. Tercengang dia membaca soalan.





__________

Nyatakan peribahasa berdasarkan gambar yang diberikan.

1. (Gambar hujan)
(Gambar matahari)

2. (Gambar gajah)
(Gambar kuman)

3. (Gambar api)
(Gambar arang)

__________





          Ain dah menggelabah. Soalan peribahasa ni rugi betul kalau tak dapat jawab. Enam markah ni! Dia cuba untuk fikir peribahasa yang sesuai dengan gambar yang diberikan. Nombor tiga tu dia tahulah. Senang aje.

          Tiba-tiba dia mendapat satu idea yang tak berapa nak bijak. Dia memandang cikgu yang sedang berjalan sekeliling kelas memerhati pelajar menjawab ujian.

          Perlahan-lahan dia mengeluarkan buku catatan kecil dari dalam poket baju kurung sekolahnya. Sehelai kertas dikoyak dengan berhati-hati dari buku tersebut agar tidak mengeluarkan bunyi lantas dia menyimpan semula buku itu ke dalam poketnya. Ain menulis sesuatu pada kertas tersebut dan memandang sekeliling lagi jikalau cikgu berada berdekatan dengannya atau tidak. Cepat-cepat dia mencampak kertas tersebut pada meja Airil di sebelahnya.

          Airil yang sedang menjawab dengan aman terkejut bila kertas tersebut jatuh di atas mejanya. Dia memandang Ain dengan dahi berkerut, pelik dengan kelakuan gadis itu. Tengah ujian kot. Kau boleh pula main surat-surat ni.

          Ain hanya tersengih lalu berpura-pura fokus menjawab tatkala cikgu berjalan di hadapannya. Airil cepat-cepat menyimpan surat tadi di dalam genggamannya dan sambung menjawab.

          Bila cikgu dah jalan ke arah lain, dia pun membuka lipatan surat tersebut.





Peribahasa nombor satu dengan dua apa eh? Tolong saya yang comel ni :(





          Airil menggeleng perlahan.


          Macam budak-budak je minta jawapan daripada orang.

          Gumam hatinya.

          Dia pun menulis sesuatu di bawah ayat Ain tadi. Selepas itu, Airil menoleh melihat cikgu yang sedang berdiri di depan pintu kelas, leka memandang pemandangan luar. Dia pun mencampak kertas tersebut pada meja Ain. Nasib baik tak terjatuh di atas lantai. Kalau tak, kantoilah orang tahu.

          Dengan terujanya Ain membuka lipatan surat itu dan membacanya.





Buat sendirilah bebal





          Spontan kening Ain bertaut selepas membaca balasan lelaki tersebut.



          Ish, tolong sikit pun tak boleh ke?


          Ain memandang Airil tak puas hati tetapi lelaki itu hanya buat-buat tak kisah.




          Ugh, sampai hati.

          Bisik hati Ain lagi.

          Kertas tersebut direnyuk lalu dicampak ke kepala Airil dan terjatuh di atas lantai. Airil memandang Ain geram.




          Dia ni cari pasal betullah. Nanti cikgu nampak kang, mampus. Baru hari pertama ujian, dah macam-macam.



          Kertas itu dikutip oleh Airil lalu disimpan di dalam kocek seluar sekolahnya. Kemudian, pandangan ditumpukan pada kertas peperiksaan semula.





          Tak apalah Ain. Cuba jelah jawab. Mana tahu betul ke.

          Ain cuba menyedapkan hati. Dia pun menulis jawapan yang entah betul ke tidak.





__________

1. Tak basah kerana hujan, tak kering kerana panas

2. Gajah yang besar tak nampak, kuman yang kecil nampak

3. Genggam bara api biar sampai jadi arang

__________





          Hm, sekurang-kurangnya aku cuba hahah.

          Bisik hati Ain.





~~~~





          "Masa tinggal lagi 15 minit. Pastikan awak dah tulis nama dan kelas pada muka depan kertas ujian." Ujar Encik Sani, cikgu PJK bagi kelas tersebut.

          Ain seakan-akan tidak mendengar arahan yang diberikan oleh cikgu. Otaknya ligat memikirkan jawapan untuk soalan bahagian Novel. Memang betullah. Topik Plot yang masuk untuk ujian kali ni.




          Haih... kenapalah aku tak percaya tadi?


          Tangan kanan Ain tangkas menulis jawapan bagi plot novel KOMSAS tingkatan lima yang bertajuk Tirani. Sedaya upaya dia cuba mengumpul segala isi kandungan cerita tersebut untuk ditulis dalam kertas jawapan.


          Ya Allah, gelabahnya aku! Entahlah tak cukup masa atau aku yang lembap sangat?

          Desis hati Ain sambil tangannya masih laju menulis.

          Sebaik saja jam menunjukkan pukul 1:10 petang, Ain selesai menulis jawapannya. Tepat-tepat masa menjawab tamat. Jari-jemarinya ditekan-tekan sehingga menghasilkan bunyi bagi menghilangkan rasa lenguh pada tangan.

          "Adoiiii. Penatnya lahai." Ain bersuara memecahkan kesunyian kelas tersebut.

          "Shhh..!" Seseorang mengarah Ain untuk senyap kerana cikgu masih belum habis mengutip kertas jawapan. Ain pun mengerling ke arah manusia tersebut. Sibuk aje.

          Kertas jawapan disemak oleh gadis tersebut sebelum dihulurkan kepada cikgu. Cikgu menyambutnya dan berlalu, mengutip kertas jawapan pelajar lain.





          "Okey, boleh ambil beg."

          Dengar saja arahan tersebut, pelajar-pelajar terus bangun dan keluar daripada kelas. Ain meregangkan badannya. Penat duduk dalam posisi yang sama terlalu lama.

          "Adoiiii. Sakit pinggangku." Ujarnya sendiri. Dia pergi mendapatkan begnya di luar dan melihat Airil berada di luar sama. Bahu lelaki itu dicuitnya.

          "Oi, kau kedekut jawapan kan?" Tegurnya membuatkan Airil mengeluh perlahan.

          "Ujian weh. Kau expect aku nak bagi jawapan ke?" Dingin saja balasan jejaka tersebut.

          "Ish. Percubaan je. Bukannya-"

          "Dah, diam." Airil memotong percakapan Ain lalu masuk ke dalam kelas. Malas dia nak dengar wanita itu membebel.

          Manakala Ain yang masih berada di luar kelas ternganga mulutnya.



          Eyyy. Main potong je ayat aku!


          Tanpa menunggu lagi, Ain mencapai begnya lalu masuk ke dalam kelas. Dia berdiri di sebelah Farah yang sedang mengemas peralatannya.

          "Peribahasa kau jawab macam mana weh?" Tanya Ain memulakan perbualan.

          "Dia minta maksud kan? Nombor satu aku jawab-"

          "Maksud ke? Bukan dia kata nyatakan peribahasa je ke??" Ain memotong ayat Farah.

          "Serius ke? Wehhh, aku ingat dia minta maksud sebab sebelum ni kan soalan selalu minta maksud dia!"

          "Taklahhh. Yang kau pandai-pandai pergi bagi maksud kenapa?" Balasan Ain membuatkan Farah kerisauan.

          "Tadi aku ingat nak minta jawapan daripada kau tapi kau duduk depan. Nombor satu dengan dua aku tak tahuuu."

          "Nombor satu aku rasa jawapannya, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Nombor dua pula, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak."

          "Oh ye ke? Hahahahah." Ain ketawa mendengar jawapan Farah. Teringat akan jawapan merepeknya.

          "Tapi memang dia minta maksud pun kan?" Farah meminta kepastian.

          Otak Ain cuba mengingati arahan soalan peribahasa tadi.

          "Entahlah weh. Jap, aku tanya Airil." Ain menyusun langkah menuju ke tempat duduk Airil di mana lelaki itu sedang berbual-bual dengan rakan-rakannya.

          "Weh, tadi yang soalan peribahasa tu dia minta peribahasa ke maksud dia?" Tanya Ain menghentikan perbualan mereka sekumpulan.

          "Peribahasa la. Yang rajin sangat nak bagi maksud dah kenapa?" Balas Airil dengan wajah dingin.

          "Ha, peribahasa je kan?"

          "Iyee..."

          "Ye ke?? Weh, aku buat maksud dia, bodoh hahahahah!" Salah seorang rakan Airil bersuara.

         "Ye do, sama ah! Aduuu... bukan maksud ke?"

          "Peribahasa ke weh? Aku ingat kena nyatakan gambar apa diorang bagi."

          "Apa bangang sangat- ahahahaha!!"

          "Aku lagilah. Tiga-tiga kosong aku tinggalkan hahahahah!" Rakan-rakan Airil ketawa besar.

          Ain turut tergelak mendengar lawak mereka. Adoi... pelik-pelik aje. Dia berjalan ke arah Farah semula.

          "Ha? Apa dia?" Tanya Farah.

          "Aku tak sure la weh. Sebab diorang pun ada yang jawab maksud. Tapi Airil kata kena nyatakan peribahasa je." Jelas Ain.

          "Hm, apa-apa jelah. Lupakan. Aku dah stres dah memikirnya." Farah berjalan ke pintu depan kelas, menunggu waktu balik tiba.

          Ain turut mengikuti jejak langkahnya. Balik nanti nak ulang kaji untuk peperiksaan esok pula.





❤️❤️❤️

Kesimpulannya, bacalah soalan betul-betul ye anak-anak. Dan sila bahagikan masa dengan baik. Jangan jadi mcm si Ain, kabut bila dh nak habis masa 😌🤦‍♀️

Maksud peribahasa apa? Tak tahu HAHAHHA main letak je (。・ω・。)

Maaflah update kali ni kurang best sikit hahaha takpelah.. i hope you enjoyed reading this part 🥺💕💘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro