19 • SPM trial exam II

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





          Keesokan harinya, peperiksaan berlangsung seperti biasa. Sementara menunggu masa untuk beratur mengikut kelas masing-masing, Ain mengulang kaji pelajaran bersama Farah dan Izz. Dalam hati, dia nak sangat tanya kenapa Izz macam dah berubah sejak kebelakangan ni tapi dia tak mahu merosakkan mood lelaki itu pula. Yelah, sekarang ni minggu peperiksaan kan? Percubaan SPM lagi. Jadi Ain cuma menyimpan persoalannya dalam hati, membiarkan diri sendiri tertanya-tanya.

          Gadis tersebut memandang Izz yang sedang menjelaskan sesuatu kepada Farah. Mereka kelihatan mesra seperti selalu. Tapi entah kenapa perasaan cemburu muncul di hatinya. Macam tak biasa pula Izz dengan Farah bermesra. Dia tahulah hubungan mereka berdua cumalah kawan tapi entahlah... tak suka pula dia melihat mereka berdua begitu akrab.

          Izz pula lagak macam tiada apa yang berlaku beberapa hari lepas. Dia melayan Ain dan Farah seperti biasa. Mesra seperti selalu. Ain cuba menarik perhatian Izz agar berhenti mengajar Farah.

          "Izz, boleh tak you suggestkan idioms yang I boleh guna masa buat essay nanti? Please..." kata Ain dengan suara merayu.

          Izz memang fasih berbahasa Inggeris. Dia sentiasa mendapat gred A+ untuk subjek Bahasa Inggeris. Ain berjaya mendapat markah tinggi untuk subjek tersebut pun disebabkan Izz.

          "Kejap ya? I tengah ajar Farah ni. Tunggu jap." Balas Izz. Senyuman nipis diukirkan terhadap Ain lalu matanya kembali tertumpu pada Farah.

          Ain mengeluh perlahan.


          Dia lebih utamakan Farah berbanding aku? Why tho? Just why??









          Kringggg!

          Loceng sekolah berbunyi menandakan semua pelajar perlu beratur mengikut kelas masing-masing. Ain melepaskan keluhan buat kali kedua. Dari tadi Izz sibuk mengajar Farah sampaikan terlupa bahawa Ain meminta tolong dia.

          Barang-barang dikemas oleh Ain dan dimasukkan ke dalam beg sekolahnya lalu dia menggalas beg tersebut. Wanita itu pun berlalu pergi, meninggalkan Izz dan Farah berdua di meja itu. Merajuk dia.



          Girlfriend sendiri mintak tolong, tak tolong pun! Si Farah tu juga dia lebih pentingkan. Ish, memang ada yang tak kena ni.

          Marah Ain dalam hati. Dia sangat tak puas hati dengan layanan Izz yang berbeza kali ni.

          Izz dan Farah pula seperti tidak sedar bahawa gadis itu sudah beredar dari situ. Mereka mula mengemas peralatan masing-masing.

          "Sorry, Sara. I tak sempat nak-" ayat Izz terhenti apabila dia menoleh ke sebelah kanannya dan mendapati teman wanitanya sudah tiada.

          "Eik? Dia tinggalkan kita ke?" Soal Farah bila dia turut perasan bahawa kawan baiknya sudah menghilangkan diri.

          "Dia merajuklah tu sebab I tak ajar dia."

          Lengan Izz terus dipukul oleh Farah. Tersentak lelaki itu dibuatnya.

          "Aku dah kata kan? Kalau kat sekolah, jangan bahasakan diri I-you. Nanti orang lain syak kang macam mana?" Gumam Farah perlahan agar orang lain tidak mendengar kata-katanya. Namun, wajahnya masih menunjukkan riak kosong. Tak nak bagi orang pandang dia pelik pula.

          "Oh sorry sorry. Aku lupa heheh." Izz menggaru telinganya yang tak gatal.

          "Dah dah, kau pergi cari dia cepat. Nanti kantoi kita weh."

          "Okey. Aku pergi dululah eh?"

          Farah mengangguk lalu mereka berdua pun menyimpan segala peralatan ke dalam beg. Izz selesai mengemas lalu berjalan pergi meninggalkan Farah sendirian di meja tersebut. Kaki Izz laju melangkah pergi ke barisan kelas Ain. Dia mencari gadis tersebut dalam barisan kelas 5 Usaha.




          Mana dia ni? Bukan dia dah masuk barisan ke??

          Pelik Izz bila dia langsung tak nampak Ain dalam barisan kelas tersebut.

          "Err... excuse me. Tadi you nampak Ain beratur sini tak? Ke dia pergi mana-mana?" Tanya Izz pada salah seorang rakan sekelas Ain yang berbangsa India.

          Pelajar wanita yang bertocang satu itu terkelu memandang lelaki di hadapannya itu.


          Omg, Faizz la!

          Bisik hatinya gelabah. Dadanya berdebar-debar tiba-tiba.

          Jangan peliklah. Memang ada beberapa pelajar wanita menyimpan perasaan terhadap Izz pun disebabkan rupanya yang kacak. Malangnya, lelaki itu sudah berpunya.

          "Err... takde pun. I.. I tak nampak dia pun tadi." Balasnya tergagap-gagap. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak kelihatan gelisah. Senyuman manis diukirkan.

          "Oh okay. Thanks." Izz berlalu pergi dan teruskan mencari Ain.

          Fuh... nafas lega dilepaskan oleh pelajar India tersebut. Macam tak percaya saja bahawa Izz baru bercakap dengannya.










          "Um... sorry but you have to go and line up at the tapak perhimpunan now." Arah seorang pengawas perempuan yang bertag nama, Ashley, kepada Ain.

          Ain yang sedang merenung dirinya pada pantulan cermin besar di hadapannya terus menoleh memandang Ashley. Dia kini sedang berada di dalam tandas seorang diri.

          Ashley yang sedang bertugas menjaga kawasan tandas pelajar tadi memasuki tandas pelajar perempuan dan mendapati Ain sedang berlatih menari tarian TikTok di depan cermin. Kantoilah Ain hahaha.

          Gadis itu meminta untuk tunggu selama beberapa minit sementara menunggu pelajar-pelajar beratur. Tak mahu dia bertembung dengan Izz dan Farah nanti. Menyampah betul bila mereka terlalu mesra tadi sampai mengabaikan dia.

          Setelah beberapa minit berlalu, Ain masih tak menunjukkan apa-apa tanda yang dia nak keluar dari tandas.

          "Alah... tunggulah sekejap je lagi. I takut bertembung dengan orang tu nanti." Balas Ain.

          "You menyorok dari siapa ni? Marah dengan boyfriend ehhhh?" Ashley dah tersenyum menyindir.

          "Ehhh you ni. Mana adalah. I malas nak beratur. Lambat sangat cikgu bagi pengumuman."

          "Yelah tu. Habis tadi cakap takut bertembung tu. Ha, siapa orang tu?"

          "Ohh tuuu. Um... adalah orangnya hehehe." Ain tersengih.

          "Eleh dia ni nak berahsia pulak. Dah dah, go and line up now! Diorang nak masuk kelas dah." Ujar Ashley sambil tangan kanannya dituding ke arah pintu masuk tandas.

          "Ha? Diorang nak masuk kelas dah?" Tanya Ain, bersedia ingin keluar.

          "Iyee... pergilah masuk cepat. Nanti you lambat pula nak mula exam."

          "Okay okay. Thanks Ashley."

          "No problem."

          Ain menapak keluar tandas bersama Ashley. Dia terus menghalakan langkah menuju ke tapak perhimpunan untuk masuk dalam barisan kelasnya.

          Sampai saja di tapak perhimpunan, dia melihat barisan kelasnya sudah tiada. Lambat sangat kau ni, Ain. Mereka dah masuk kelas dah pun. Dia melihat pelajar kelas lain sedang berjalan meninggalkan tapak perhimpunan menuju ke kelas mereka. Senyap-senyap Ain masuk ke dalam barisan kelas tersebut dan mengikut mereka mendaki tangga. Tak adalah cikgu perasan yang dia tak beratur di barisan kelasnya tadi. Pelajar di barisan belakang sekali sudah memandang dia pelik dah tapi Ain hanya buat-buat tak tahu.




          Tiba di kelas, kelihatan rakan sekelasnya semua sedang meletakkan beg sekolah masing-masing di luar kelas. Ain melepaskan keluhan.

          Tak sempat nak ulang kaji sekejap. Hm takpelah.


          Gadis itu turut mengeluarkan alat tulisnya dan meletak beg sekolah di luar kelas. Dia melangkah masuk ke dalam kelas dan berlalu ke tempat duduknya bersama botol air di tangan kiri.

          "Ha, Ain. Kau ke mana tadi ha? Izz tercari-cari kau tau." Tegur Farah bila nampak Ain masuk ke dalam kelas.

          "Oh? Ye ke? Sorry weh. Tadi aku pergi tandas sekejap. Perut memulas tetiba hahahah." Tawa palsu dilepaskan.

          "Seriuslah? Hahahah, kau makan apa semalam?"

          "Entah, tak ingat pulak aku."

          "Kau ni pun-"

          "Okey, sudah sudah. Berhenti bercakap. Duduk di tempat masing-masing. Saya nak bagi kertas ni." Cikgu tiba-tiba bersuara.

          Setelah kertas diserahkan kepada setiap pelajar, mereka dibenarkan untuk mula menjawab apabila jarum jam menunjukkan tepat jam 7:30 pagi.





~~~~





          10 minit sudah pun berlalu, Ain masih belum mula menjawab. Fikirannya melayang memikirkan hubungan Izz dengan Farah. Dia termenung memandang kertas peperiksaannya dengan pandangan kosong sambil menongkat kepala.


          Haih... diorang ada buat apa-apa belakang aku ke? Ish, tak sukalah macam ni.

          Bisik hati Ain.

          Cikgu perasan bahawa Ain tak buka pun lagi kertas peperiksaannya. Beliau berjalan ke arah gadis tersebut lalu menegurnya.

          "Ain? Kenapa tak mula mula pun lagi? Nama pun belum tulis lagi ni. Termenung apa?" Soal cikgu pelik dengan suara diperlahankan. Tak mahu mengganggu pelajar lain.

          Ain tersentak. Terkebil-kebil jadinya.

          "Oh? Dah mula ke? Hehehe tak perasan." Pantas dia menyelak kertas soalan ke muka surat pertama.

          Cikgu menggeleng-geleng kepala melihat perlakuan pelajarnya itu.

          "Nama tu.. jangan lupa tulis." Kata cikgu lalu beredar dari situ.

          Ain sekadar mengangguk dan menulis namanya di muka depan sebelum menjawab soalan Peperiksaan Bahasa Inggeris.





~~~~





          Dua jam berlalu...

          Kertas peperiksaan pelajar kelas 5 Usaha telah dikutip oleh cikgu lalu cikgu membenarkan mereka untuk mengambil beg masing-masing di luar.

          Setelah waktu rehat tiba, semua pelajar segera bergerak menuju ke kantin. Ain berjalan bersama-sama Farah keluar dari kelas menuju ke tangga. Semasa berjalan, mereka terserempak dengan Izz dan dengan segera lelaki itu berjalan ke arah Ain dan memimpin tangan gadis tersebut.

          "Saraaa, sorry tau tadi I tak sempat nak tolong youuu. I'm so sorryyy. Sorry sangat-sangat." Izz meminta maaf berkali-kali membuatkan Farah dan Ain tertawa kecil. Tapi siapa tahu? Tawa Ain cumalah palsu.

          "It's okaylah. Benda dah lepas dah pun. Satu idiom pun I tak letak dalam essay tadi." Balas Ain seakan-akan memerli Izz.

          "Alah... sorrylah. I tahu you marah dengan I. Tadi you pergi mana? I cari-cari you, takde pun dekat barisan kelas you."

          "Dia pergi toilet. Perut memulas katanya." Sampuk Farah lalu ketawa.

          Ain turut melepaskan tawa palsu lagi.

          "Betul ke ni?" Izz meminta kepastian sambil memandang Ain.

          Gadis itu sekadar mengangguk.

          "Dahlah, jom makan cepat. Nanti penuh kantin tu." Katanya menukar topik.

          Mereka pun melangkah masuk ke dalam kantin dan mencari tempat duduk.





~~~~





          Setelah waktu rehat tamat, Izz menemani Ain dan Farah ke kelas mereka sebelum berlalu ke kelasnya. Sempat dia membuat lagak kiss sambil melambai pada Ain. Tergelak kecil gadis itu melihat kelakuan Izz lalu dia membalas lambaiannya.











          "Baiklah, awak boleh mula menjawab sekarang." Arah cikgu.

          Pelajar-pelajar menyelak kertas peperiksaan mereka dan mula menjawab. Ujian kali ini ialah ujian Bahasa Inggeris kertas dua.

          Beberapa minit berlalu, Ain sampai di soalan objektif bernombor 14. Soalan itu bertanya tentang grammar. Dia keliru jawapan mana yang tepat untuk ayat dalam petikan yang diberi. Kepala yang tak gatal digaru.

          Muncul idea tak bijaknya lagi. Sehelai kertas yang dah siap dikoyak yang disimpan dalam kocek baju kurungnya dikeluarkan perlahan-lahan. Sebelum itu, matanya mengerling ke sekeliling nak tengok sama ada ada orang pandang atau tidak.

          Okay, line clear.

          Ain mencapai pen hitamnya dan menulis sesuatu pada kertas tersebut. Kemudian, kertas itu dilipat dan dicampak ke meja Airil. Tersentak lelaki itu. Dia memandang Ain dengan keningnya bertaut. Gadis itu cuma buat-buat macam dia sedang menjawab bila cikgu berjalan di hadapannya.



          Haih... perempuan ni memang tak serik-serik lagi ke?

          Desis hati Airil, geram bila diganggu.

          Perlahan-lahan lipatan surat tersebut dibuka lalu isi dalamnya dibaca.





Hai awak :3 nombor 14 apa eh jawapannya? Aku confused antara A dengan C hm





          Airil berfikir nak balas apa untuk pertanyaan Ain ni. Tangan kirinya mula menulis sesuatu pada kertas tersebut lalu mencampaknya semula kepada wanita itu. Surat tersebut dibuka oleh Ain dengan terujanya.





E





          Ternganga Ain membaca balasan pemuda di sebelahnya itu. Panas di hati mula membara.


          Datang mana E nya? Jawapan sampai huruf D je. Ish!




          Ain merenyuk kertas tersebut geram. Dia mencampaknya tepat mengena kepala Airil menyebabkan lelaki itu mengepalkan penumbuk. Geram geram! Suka sangat ganggu ketenteraman orang Si Ain ni.

          Kertas itu diambil oleh Airil lalu disimpan ke dalam kocek seluarnya.

          Seketika kemudian, timbul satu idea dalam minda Airil. Nak saja dia membalas dendam pada Ain sebab asyik mengganggu saja. Airil mengangkat tangan ingin meminta izin untuk ke tandas lalu cikgu pun membenarkannya.

          Balik saja dari tandas, dia berjalan menuju ke tempat duduknya. Sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi, sempat tangannya mencapai correction tape Ain dan meletaknya di hujung meja dia agar sukar untuk Ain mengambilnya kembali.

          Terkejut gadis itu. Dia melambai-lambai pada Airil, meminta semula correction tape dia tetapi Airil cuma tersenyum sinis.

          Tahu aje dia yang Ain tak suka cancel jawapan sebab nanti comot dan buruk. Pernah sekali dia tengok buku nota Ain. Kemas dan berwarna-warni. Patutlah dalam kelas asyik terlepas aje apa yang diajar oleh cikgu. Sibuk sangat berseni dekat belakang tu. Haih... tapi bila dah malas tu, tulisan Ain hanya Allah yang faham.

          Airil cuma buat-buat tak tahu bila Ain memanggil namanya dengan nada keras dan berbisik. Akhirnya, gadis itu berputus asa. Bibirnya dicebik. Nak tak nak, kenalah dia berhati-hati semasa menulis nanti. Kalau terbuat kesalahan, hm... potong sajalah.





~~~~





          "Okey, masa dah tamat. Sila berhenti menulis." Cikgu memberi arahan lalu mengutip semua kertas peperiksaan.

          Setelah pelajar dibenarkan untuk mengambil beg di luar, Ain terus bangun dan mengambil correction tape dia dengan kasar dari meja Airil. Lengan jejaka itu dipukul kuat menyebabkan lelaki tersebut tersentak.

          "Sakit, bodoh.." adu Airil sambil mengusap lengannya yang dipukul.

          "Padanlah muka kau! Tetiba je cari pasal dengan aku apahal?"

          "Eleh... dia yang kacau aku dulu. Sibuk sangat mintak jawapan. Tak malu."

          "Diamlah." Ain menarik muka lalu berjalan keluar kelas untuk mengambil begnya.

          Beberapa minit berlalu, waktu balik tiba lalu semua pelajar pun bergegas keluar dari kelas dan berjalan menuruni tangga untuk pulang.





❤️❤️❤️

Ingatkan nak update semalam tapi takde mood nak menaip hahaha. Thanks for reading sampai ke sini ya.. nanti ada satu lagi part untuk exam trial spm, then kita masuk chapter drama hahah okay dah tu je bai 😗😬

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro