27 • Hot gossip

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Maths





          Hari persekolahan berlangsung seperti biasa. Ain bercadang ingin menumpang kereta Airil apabila waktu balik tiba memandangkan papa dia ada mesyuarat penting di kerja.

          Airil pun menunggu wanita tersebut di dalam keretanya sambil kepala terangguk-angguk mengikut rentak lagu radio. Kata Ain, dia ingin ke kantin sekejap ingin membeli kuih. Lapar sangat pula.

          Seketika kemudian, pintu kereta sebelah tempat duduk pemandu dibuka dari luar. Kelihatan Ain memasuki kereta dengan muka masam.

          "Kenapa ni?" Tanya Airil.

          Namun, gadis di sebelahnya itu cuma menggeleng dan senyap saja. Kuih di tangannya dikeluarkan dari plastik dan digigit perlahan.



          Heih, budak ni. Elok je mood dia tadi. Tiba-tiba je masam kenapa?

          Hati Airil berbisik.

          Tanpa banyak tanya, Airil pun memandu meninggalkan pekarangan sekolah. Kereta dihentikan bila nampak lampu isyarat menunjukkan warna merah. Suasana sunyi saja dalam kereta tersebut. Hanya lagu radio yang memenuhi ruang sepi itu.

          Airil memalingkan pandangan ke arah Ain yang baru saja menghabiskan kuih.



          Haih, senang betul moody dia ni. Apa jadi tadi?




          "Kenapa ni weh? Senyap je dari tadi. Selalu memekak je kau." Tanya dia.

          "Takde apa." Balas Ain ringkas.

          "Menipu kau. Kalau takde pape, apasal diam je?"

          "Aku diam pun salah ke?"

          "Cakaplah something. Cakap banyak-banyak sampai kau sakit tekak, ha baru takyah cakap."

          "Kau ni... orang tengah marah, dia buat lawak pula." Ain melempar pandangan ke luar tingkap.

          "Ha, marah kenapa? Bagitahulah."

          "Lampu dah hijau tu weh."



          Pin pin!

          Bunyi hon kereta daripada pemandu belakang kedengaran.

          "Aish." Airil terus menukar gear dan sambung memandu sehingga sampai di rumah Ain.



          Kelam-kabut sangat nak ke mana orang belakang ni? Gila.





~~~~





          Semasa mengulang kaji bersama, Ain hanya diam saja. Bila ditanya soalan, dia menjawab dan kemudian senyap semula. Airil pun mula berasa bosan.

          Sekarang ni waktu untuk berehat sebentar. Airil dan Ain melangkah keluar dari bilik untuk makan tengah hari tetapi Ain tiba-tiba melencong pergi ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Matanya ditumpukan pada skrin Iphone 7 plus dia.

          "Tak lapar ke?" Soal Airil sambil mencedok nasi ke dalam pinggannya.

          Ain hanya menggeleng tanpa memandang lelaki di meja makan itu. Matanya masih menatap skrin telefon.

          Airil pun hanya membiarkan gadis itu lalu mencedok lauk ke dalam pinggan. Dia mula menyuap nasi ke dalam mulutnya setelah melabuhkan punggung di atas kerusi.






















          "Ishhhh! Ada je nak sakitkan hati aku!" Ain dengan tiba-tiba marah dan mencampak telefonnya ke tepi. Dia berpeluk tubuh.

          "Kau kenapa ni dari tadi lagi marah-marah? Apa jadi kat sekolah tadi?" Tanya Airil keliru. Geram pula dia dengan Ain ni. Asyik moodswing aje.

          Gadis di sofa itu tidak membalas apa-apa, sebaliknya dia bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik belajar meninggalkan Airil yang tercengang. Lelaki itu pun menjeling Ain dari belakang.

          "Orang tanya, bukan nak jawab dia ni." Omelnya sendiri.

          Sambil makan, Airil menatal skrin telefon dia dengan tangannya yang sebelah lagi dan ternampak story Farah di Instagram lalu dengan spontan dia menekannya.

          Story tersebut menunjukkan Farah dengan Izz sedang lepak bersama di kantin semasa waktu balik sekolah tadi. Story kedua, ketiga dan seterusnya yang baru dimuat naik 10 minit lepas, menunjukkan mereka keluar meluangkan masa bersama-sama.

          "Sebab ni ke kau merajuk? Halah dia ni. Aku fikir apa tadi."





~~~~





          Malam tu, Ain sedang sibuk tengok post-post baru di Instagram. Dia terjumpa satu gambar kasut yang dipakai oleh seorang Instafamous.

          "Cantiknya kasut diaaa. Aku nak jugakkk huhu." Katanya sendiri.

          Tiba-tiba, dia mendapat sebuah mesej daripada Airil. Laju saja dia membacanya.





a.rilnjmi

[ imej ]
Kau tengok. Kau punya masalah, aku yang jadi mangsa
Dah pahal pulak aku nak rampas kau dari bf kau? Eyy geli bodoh





          Tercengang Ain melihat gambar dan mesej yang dihantar oleh Airil. Gambar tersebut menunjukkan ruangan DM Airil yang menerima banyak mesej daripada orang yang tak dikenalinya. Lebih kepada budak-budak sekolah merekalah.



          Diorang ingat Airil rampas aku dari Izz?

          Tak, sekarang ni apa citer ni main tuduh orang je??! Sepatutnya Si Farah tu yang kena kecam sebab rampas Izz dari aku!! Izz tu pulak yang curang!! Eyyy, aku pulak yang geram!

          Hati Ain bermonolog.





a.rilnjmi

[ imej ]
Kau tengok. Kau punya masalah, aku yang jadi mangsa
Dah pahal pulak aku nak rampas kau dari bf kau? Eyy geli bodoh

HAHAHAHA
Serius ke weh?? 😂😂
Kk sorry
Manalah aku tahu diorang sampai nak act macam ni
Ni mesti dari peminat Izz ni
Or maybe orang yang ada crush kat aku lol :3

Takyah nak syok sendiri sangat la. Aku tak kisah pun pasal semua tu
Sekarang ni nama aku dah tercemar disebabkan kau
Aku nak kau explain semuanya pada diorang
Kang menyusahkan aku je nak pergi sekolah nanti

Yelah yelah, aku tahulah
Hak alah... kau rilek je k

seen





          Eh, kuajor. Pergi seen je dia ni.

          Bisik hati Ain geram.

          Dia baru perasan bahawa dia belum followback Airil. Bukan apa. Sebelum ni Airil sombong sangat, jadi takutlah dia. Selepas berkawan, tak adalah teruk mana lelaki itu. Boleh tahanlah Airil ni. Post ada lima saja tapi followers dah dekat 4k.

          Dengan hati yang terbuka, Ain followback lelaki itu.





a.rilnjmi

Aku peliklah kenapa diorang tak tanya aku terus?
Suka hati je tuduh-tuduh. Eyy, kesian kau HAHA

seen

Replylah weh. Aku bosan ni

Kau dah jelaskan pada diorang ke belum..

Oh, kau nak aku jelaskan hari ni ke? Hahahah
Lain kali jelah :)

Aku kata sekarang tu sekarang la
Kau jangan buat aku marah

Ok ok. Ehhh dia ni. Aku gurau pun takleh
Bosanlah kau ni

seen





          Ain keluar dari ruang DM lalu memuat naik story di Instagram.

          "Okey, kepada yang salah faham dengan situasi I sekarang ni, I dengan Airil takde apa-apa hubungan pun. Cikgu suruh dia ajar I subjek Maths sampai I dapat result yang bagus. Yelah, I kan lembap, so kenalah diajar hahah. Sebab tulah kitorang asyik berjumpa and sometimes lepak sama-sama. Kitorang kawan macam biasalah. Classmate kan? Halahhh. Dia tak rampas I dari siapa-siapa pun. Rilek je k? And pasal hubungan I dengan Izz, biarlah berahsia. Tak perlu korang nak sibuk hal orang lain. Just live your life, okay? Dah, tu je hehe bye." Ain merakam diri sendiri.

          Setelah beberapa minit story itu dimuat naik, dia mendapat banyak mesej daripada penonton story tersebut. Maklumlah, banyak followers dia. 50k kau tahu. Haih, masalahnya jadi famous ni ._.

          Dia pun tengok beberapa manusia yang tak tahu malu pergi reply story orang tapi dia bukannya kenal mereka pun. Mungkin majoriti daripada penonton story tersebut merupakan pelajar satu sekolah dengannya.





xoxocomel_.

Tapi kawan tak rapat sampai macam tu. I selalu nampak you bersama Airil. Sweet bebenor.
Betul ke kawan?

Kawan pun takleh bersweet ke? 😌💝





gigigiigi

Awak dengan Faizz sepadan sangat. Kenapa berak?
Break*

Suka hati I la nak berak ke tak 💩





imdaqueennnnn

Rugi betul kau lepaskan Izz. Dahlah hensem, kaya lagi, ada kereta sendiri. Lain kali bagi aku je.

Lahhh.. pandang rupa dan harta je ke? Haha memang tak sampai sebulan la hubungan korang 🥳👌





frhnx_nr

Aku nampak kawan kau, Si Farah tu yang bersama Izz pulak. Aku tak nak tuduh apa-apa tapi aku rasa macam dialah yang perampas.
Dasar perempuan murahan. Curi laki orang!

Sekarang ni kau tengah menuduh dia la ._.





miauuuu

Mohon bertabah ya sis? Laki memang trash. Saya doakan akak dapat lelaki yang tak trash. Aminnn ❤️✨

Terima kasih jelah 😌





jokerfan

Eee, dasar perempuan murahan! Dah tak nak Faizz, pergi kat Airil pulak. Ew 🤢

Hihi ☺️





babysygggg__

Awak dengan Farah masih berkawan atau dah bermusuhan?

Not sure..





sharkdudududuu

Aku tengok kau dengan Farah macam dah tak kawan je. Ish ishhh. Disebabkan seorang laki je, korang bermusuhan.

Ehek 🥴





xnis.babe

Kau dengan Airil sweet do aku tengok HAHAHA. Semoga berkekalan till jannah. Aminnnn! 🤲✨

Jangan nak macam-macam 😂✊





joeyyyyyyy

Ship ship Ainril! Uwuwuwuu 😂🥰💓💞🥳💕💝💗✨

Nooo noooo! 😭😭😂





_naniiii

Hashtag Ainril~! Dia dahlah pandai weh, hensem pun ada. Takpe, mula-mula je friend. Lama-lama jadi girlfriend dia HAHAHA 😂💖💕

Tak nak akuuuu! 😭😭😭✊✊





missdiva

You make sure jangan rapat dengan Airil. Dia I punya k 😒

Tak tanya pun ._.





notthereal_chad

Hey babygirl~
If you're feeling sad or whatsoever, keep in mind that I'm always here for you 😉💘

Erm okay ahahaha





          Macam-macam lagilah komen dari manusia-manusia. Ain layankan saja.

          Tiba-tiba, Airil menghantar mesej kepadanya lagi. Ha, apa lagi yang dia nak?





a.rilnjmi

Member kau semua memang masuk air eh?

Kenapa?

Kau tengoklah story diorang
Menyampah betul aku

Okay~

seen





          Apa pulak ni? Aduhhh.

          Ain melihat story rakan-rakannya yang sememangnya otak tak betul.





Okay guys! #izzain dah takde. Jom kita kasi #ainril trending! HAHAHAHA @a.rilnjmi @ainsaraaaaa





Good bye #izzain. Hello #ainril 💖❤️✨✨ @a.rilnjmi @ainsaraaaaa





Alololo... tengoklah. Sweetnya diorang ni 💓💞💖💕💗💝💘💓 #ainril @a.rilnjmi @ainsaraaaaa
[ gambar Ain dengan Airil di Starbucks ]





• Quick flashback •





          Ain pernah mengajak Airil untuk belajar di luar. Bosanlah asyik belajar di rumah saja.

          "Kalau study kat luar pun best jugak kan?" Kata Ain.

          "Buat apa?" Tanya Airil pelik.

          "Yelah. Sebelum ni aku tengok ada je orang study kat Mcd, Starbucks-"

          "Diorang nak menunjuk je tu. Tempat makan, kau nak belajar dah kenapa? Boleh ke study bising-bising? Tak masuk dalam kepala pun weh."

          "Tch." Ain mencebik.





~~~~





          "Jomlah Airiiilll... sekali jeeee. Aku craving kopi Starbucks niiii." Rayu Ain untuk kali ke-50.

          "Ish, kecohlah kau ni. Yelah yelah!"

          Lalu mereka pun mengemas barang dan membawa apa yang patut keluar dari bilik. Airil memandu menuju ke Starbucks berdekatan manakala Ain pula sudah tersenyum lebar.





• End of flashback •





          "Apa sia hahahahah! Diorang ni tak membantu langsunglah. Adoii..." tergelak Ain melihat story yang dimuat naik oleh rakan-rakannya.

          Dia tak kisah pun dapat hashtag macam ni. Lagi dia suka bertambah terkenal. Cuma Airil sajalah. Lelaki itu tak suka jadi tumpuan orang ramai.

          Ain pun kembali mesej Airil.





a.rilnjmi

Sweetlah kita 😘❤️
AHAHAHAH

Kau suruh diorang stopkan benda alah hashtag tu
Tolonglah, aku benci siot
Kau tahu tak, aku dapat berlambak gila DM daripada budak-budak laki?
Sibuk marah aku curi kau daripada budak Izz tu
Apa bodoh sangat?

Ala takpelah
Sekali sekala famous :)

Masalahnya aku tak suka
Kau baik suruh diorang berhenti. Kalau tak, aku yang berhenti mengajar kau
Lantaklah kau nak buat apa pun, kau buatlah
Aku tak kisah

Ish kau ni 😤✊
Bosan betul

seen





          Ain terus memuat naik story lagi. Dia merakam dirinya lalu post di aplikasi tersebut.

          "Err... guys. Apa nih? Tak mainlah hashtag hashtag ni. Tolong hentikan ini semua. Tahu tak, Airil yang suruh korang hentikan hashtag ni. I baru DM dia tadi and dia marah. Hm..." Ain termenung seketika. "Takpe, I dah biasa kena marah dengan dia. Dia memang garang pun tapi orang kata apa? Garang tanda sayang kan? Hahahah! Okey tak tak. Um... dia tak suka hashtag hashtag ni sooo... mohon beri kerjasama. Delete semua hashtag 'Ainril' ni, okey? Pleaseee... delete the hashtags. Okay bye~ muah."

          Selesai memuat naik story, dia kembali menghantar mesej kepada Airil.





a.rilnjmi

All done. Jangan nak complain lagi ya? :)

seen

JANGANLAH SEEN JE HALAH KAU NI

Ok

Kau ni serius bosan

Dah, jangan kacau aku lagi
Aku nak study

EHHH STUDY JE KERJANYA
CUBA BERHENTI KEJAP DARI STUDY TU
MENYAMPAH AKU

Aku study ni untuk masa depan aku
Kau tu dah pandai sangat ke sampai tak nak study?

Ish, yelah yelah. Pergilah kau ugh 😒

seen





          Ain terasa. Dia mematikan telefonnya setelah menekan home button untuk keluar dari aplikasi Instagram. Telefon dicampak ke tepi.




          Airil ni berlagak sungguh!





❤️❤️❤️

Chapter ni i buat masa i ngantuk wehh HAHAHA jgn tanya kenapa merepek sebab ni sebenarnya draft masa bulan puasa TAHUN LEPAS. Time lepas sahur tu mmg ngantuk gila tapi nk jugak luah idea, takut nnti lupa 😭 also, username ig diorang i reka je. Kalau korang search, mmg takde pun hahaha. Tapi kalau ada tu maknanya dh ada org buatlah tu 🌚 sbb masa i search, mmg takde

Ingatkan nk update semalam tapi ada benda nk kena diselesaikan dulu hahahahha so yea.. hope you enjoyed reading this part 😗💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro