28 • Hidayah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





          Sedang Ain menatal melalui feed Instagram dia di ruangan 'search', dia ternampak satu post dakwah.





"Allah has a purpose for your pain, a reason for your struggles and a reward for your faithfulness. Don't give up."





          Membaca ayat tersebut membuatkan Ain terfikir sesuatu.


          Adakah ini satu petunjuk untuk aku?



          Dia teruskan menatal ke bawah dan menjumpai lagi post dakwah.





"Whether we realise it or not, there are hidden blessings in our problems. Allah has a plan and we have to have trust."





"Allah tests us with what we love."





          Tapi kenapa? Kenapa perlu tarik apa yang aku sayang??




          Entah apa yang menarik minat Ain ingin mengetahui lebih lanjut lalu terus view akaun dakwah tersebut dan mula melihat setiap postnya.





"The most important thing you can do when you've done something wrong is to have the courage to own up and admit your fault. Apologise to the people you've wronged. Don't look for excuses. A sincere apology shows you're taking responsibility for your own action." - Mufti Menk





"A woman's best jewellery is her shyness." - Fatima r.a.





"Be humble. Beauty is granted by Allah that can be taken back at any time."





"Allah hears every cry. He knows how hard you try."





"When Allah loves a servant, He tests him."





          For what? Kalau sayang, kenapa sampai nak sedihkan aku??

          Hati Ain masih tertanya-tanya.

          Jarinya spontan meneruskan untuk menatal ke bawah lagi. Sehinggalah menjumpai satu post yang menyedarkan jiwanya.





"You may not understand today or tomorrow. But eventually, God will reveal why you went through everything you did. He is al-Alim, The most knowing."





          Ain seakan-akan merasai sesuatu. Sesuatu yang tidak mampu digambarkannya. Adakah ini sebuah hidayah untuknya?



          Macam mana aku boleh end up sampai ke post dakwah ni? Peliknya.

          Gumam hatinya sendiri.

          Tiba-tiba terbit dalam hatinya ingin berubah. Seperti ada bisikan yang menyuruhnya untuk berubah ke arah yang lebih baik.

          Ain pun berfikir.



          Tak salah kan kalau aku nak try tutup aurat? Cover body je kan?? Ish, tapi nanti apa pula orang fikir? Tetiba je jadi solehah. Haihhh.

          Keluhan dilepaskan perlahan. Ain berkira-kira ingin memulakan langkah pertamanya atau tidak.







          Takpe Ain. Tak perlu fikir pendapat orang. Kau buat ni untuk diri kau sendiri. Bukan orang lain. Lagipun dekat akhirat nanti, kau sendiri yang kena tanggung dosa kau. Bukan diorang.

          Ya, biarlah orang nak kata apa. Janji apa yang kau buat tu benda betul.

          Hati Ain berbicara, meyakinkan diri sendiri.

          Masih segar lagi ingatannya mengingatkan kata-kata pedas daripada Farah dan Airil yang menghina dirinya.





          "Kau tak reti nak jaga badan kau. Sibuk tayang kat semua orang. Murah betul kau."


          "Sebab kau murah. Barang murah mestilah laku."






          Timbul perasaan sedih dalam hati Ain.

          Salah ke kalau aku nak hidup cara sendiri?





          Dia sedar bahawa maruah diri itu penting. Sungguh, dia menyesal akan kelakuannya sebelum ini. Membiarkan lelaki bukan mahram menyentuhnya. Memakai pakaian menampakkan bentuk tubuh badannya semasa keluar rumah. Sangat tak patut.

          Tapi tak mengapa. Menyesali perbuatan lalu lebih baik daripada langsung tidak berasa malu akan dosa sendiri.



          Okey, besok cuba pakai baju lengan panjang dan seluar longgar bila keluar. Tak susah pun.





~~~~





          Keesokannya, Ain menyarungkan hoodie besar pada tubuhnya untuk belajar di rumah Airil. Hari ni rasa sejuk semacam saja. Dekat sekolah tadi pun rasa pening-pening.

          Setelah Ain dibenarkan masuk ke dalam rumah oleh ibu Airil, dia menapak masuk ke dalam bilik belajar. Airil tiada pun di dalam bilik itu.


          Ke mana pula dia ni?

          Tanya hati Ain.

          Gadis itu meletak begnya di atas lantai dan duduk di kerusi. Dia terus merehatkan kepalanya di atas meja beralaskan lengannya. Dah alang-alang Airil belum masuk lagi ni, boleh tidur kejap.














          Airil melangkah keluar dari biliknya. Dia menyusun langkah turun ke tingkat bawah dan berjalan menuju ke meja makan. Tudung saji diangkat bagi melihat hidangan makan tengah hari untuk hari ini.

          "Ain dah sampai tu, Ril." Puan Dina bersuara dari ruang tamu.

          "Eh, dia datang hari ni?" Tanya Airil hairan.

          "Eloklah dia datang. Kenapa?"

          "Takdelah. Tadi kat sekolah, Airil tengok mood dia macam tak okey je. Selalunya bila mood tak okey, dia tak nak belajar."

          "Ye ke? Tak tahulah ibu. Pergilah tengok dia. Ajak dia makan dulu. Lepas tu baru belajar." Arah Puan Dina.

          Airil hanya menurut arahan lalu ke bilik belajar. Pintu dibuka lantas dia menjenguk ke dalam. Kelihatan Ain sedang tidur lena dalam bilik itu.



          Tidur je kerja dia. Heih...


          Airil menutup pintu dan pergi ke ruang tamu, mencari ibunya.

          "Dia tidurlah, bu." Kata Airil.

          "Tidur? Ala kesiannya. Takpe, Airil makanlah dulu. Biar dia tidur."

          "Okey."

          Tanpa membantah, Airil pun berlalu ke meja makan dan menikmati makanan tengah harinya.





~~~~





          Ain bangun dari lenanya dan mendapati Airil di sebelahnya. Dia menggosok mata dan memakai cermin matanya.

          "Best tidur? Dekat sejam kau tidur. Buat apa datang kalau setakat nak siram meja aku ni dengan air liur kau?" Kata Airil bersahaja. Matanya fokus pada latihan Matematiknya.

          "Seriuslah? Sejam?? Apasal tak kejut aku?" Terkejut Ain mendengar ayat Airil. Sindiran lelaki itu dibiarkan melayang ditiup angin.

          "Malas aku. Nanti kena marah pula. Ni dah kenapa pakai baju tebal-tebal ni?"

          "Sejuk." Jawab Ain sepatah.

          Airil pun sambung membuat kerjanya setelah mendengar jawapan gadis tersebut. Hari ni cuaca hujan, jadi tak peliklah kalau sejuk sikit.

          Ain memperbetul kedudukannya sebelum mengeluarkan buku kerja Matematik dan membuat latihan. Sesekali dia menguap sambil tangan menutup mulutnya. Air mata mula bergenang bila dia menguap banyak kali.

          "Aish..." Ain mengeluh.

          Rasa terganggu pula bila air mata mengaburi pandangannya. Dia mengesat air matanya sehingga kering.

          Airil yang perasan Ain berkelakuan pelik terus mengerling ke arah wanita itu.

          "Kau dah kenapa?" Tanya Airil.

          "Nothing. Just... pening. Rasa nak tidur je." Jawab Ain pula.

          "Boleh belajar tak ni? Kalau tak, berhenti je."

          "Boleh boleh..." pen hitam dicapai oleh Ain lalu dia sambung membuat kerja.





~~~~





          "Fuh... Airil, tutup aircond boleh tak? Sejuklah." Kata Ain sambil menggosok kedua-dua belah tangannya bersama.

          Dia menarik hoodienya menutup kepala lalu mengikat tali hoodie mengikut bentuk mukanya membuatkan mukanya nampak bulat.

          "Sejuk sangat ke?" Soal Airil.

          "Yelah, aku demam hari ni. Jangkit dengan kaulah ni."

          "Aku pula yang salah?"

          "Yelah. Hari tu kau batuk-batuk, bersin-bersin depan aku."

          "Siapa suruh kau dekat-dekat dengan aku? Hak alah. Lagipun, salah kau sendiri. Engkau yang mandi hujan hari tu. Orang dah bagi tumpang kereta, tak nak."

          "Ala, hari tu aku tengah marahlah. Merajuk dengan Izz."

          "Alasan. Kau dah demam, tak cakap. Ni nak kena tutup aircond pula." Airil bangun dan mencapai remote aircond lalu menutup aircond bilik tersebut.

          "Kau tak nak tutup, takpelah. Biar aku mati kesejukan." Ujar Ain dengan nada sayu dibuat-buat.

          Airil duduk di sebelah gadis itu kembali.

          "Dah tutup dah pun." Katanya.




          Patutlah macam tak bermaya je dia dalam kelas tadi. Demam rupanya.

          Desis hati Airil.

          "Nak sambung study ke?" Tanya dia risau. "Kalau kau pening, tak payahlah teruskan. Sia-sia je belajar nanti, tak faham apa." Sambung Airil.

          "Aku okey. Kalau tak, buat apa aku datang?"

          Ain sambung membuat kerja sambil kepalanya direhatkan di atas meja beralaskan sebelah tangannya. Airil di sebelah cuma memandang.



          Degilnya budak ni. Aku tarik juga telinga dia kang.

          Marah jejaka itu dalam hati.





~~~~





          Airil memerhati saja Ain menulis jalan kerja Matematik dalam buku. Tiba-tiba, dia perasan sesuatu lantas hujung lengan baju Ain ditariknya kasar. Terkejut gadis itu dibuatnya.

          "Kau dah kenapa weh? Habis terconteng buku aku ni!" Marah Ain.

          "Kau simpan kuku panjang-panjang ni nak buat apa? Hah?? Bela kuman?" Tanya Airil membuatkan Ain terdiam.

          Wanita itu segera menarik lengannya semula.

          "Ish, kau nak sibuk kenapa? Suka hati akulah."

          "Kau pikir cantik ke do simpan panjang-panjang? Buruk tau. Macam binatang kau tahu?" Sindir Airil membuatkan Ain panas hati.




          Amboi, cantik betul bahasa!

          Marah Ain dalam hati.

          Dia menghadiahkan Airil senyuman semanis yang boleh.

          "Awak... awak sibuk tegur saya pasal agama, awak sendiri tu sombong. Takkan tak sedar? Allah tak suka tau orang sombong." Kata-kata Ain membuatkan Airil tersentap.




          Wow, boleh tahan dia ni.

          Gumam hati Airil.

          Pemuda itu hanya memberi jelingan maut kepada Ain lalu bangun dan keluar dari bilik meninggalkan gadis tersebut sendirian. Tergelak kecil Ain melihat dia keluar dari bilik.

          "Terasalah tu~"






          Seketika kemudian, Airil masuk semula ke dalam bilik belajar dengan sesuatu dalam genggamannya. Ain hanya memandang.

          Sebuah pengepit kuku dihentak agak kuat di atas meja depan Ain. Tersentak gadis itu.

          "Aku masuk nanti, aku nak tengok kuku kau dah pendek eh? Tu bakul sampah kat belakang tu. Potong."

          Airil berpusing ingin berlalu keluar bilik semula.

          "Weh, aku tak naklahhh. Aku nak simpannn." Rungut Ain.

          "Aku tak kira. Kau potong juga."

          Pintu bilik ditutup rapat oleh Airil setelah berkata begitu. Ain merengus.

          "Apa masalah dia eh? Asyik menyibuk dengan urusan orang je! Ugh."

          Dengan terpaksa, dia bangun dan duduk berhadapan dengan bakul sampah. Kuku kedua-dua tangannya ditilik.

          "Nampaknya sia-sia jelah aku simpan selama ni. Ish." Gumam Ain sendiri.








          Ktik! Ktik!

          Bunyi kuku dipotong kedengaran dalam bilik tersebut.

          Selesai saja memotong, Ain meniup jari-jemarinya bagi menghilangkan habuk kuku. Dia meletak pengepit kuku tersebut di atas meja lalu latihan Matematik yang tergendala tadi disiapkan.

          Beberapa minit berlalu, Airil melangkah masuk ke dalam bilik semula selepas selesai bermain game dalam telefonnya di ruang tamu. Dia duduk bersebelahan Ain yang sedang menyiapkan latihan itu.

          "Dah potong?" Soalnya.

          "Dah." Ringkas saja Ain menjawab tanpa memandang ke arah jejaka di sebelahnya.

          "Tengok sikit."

          "Tch, aku kata dah tu dahlahhh."

          "Orang suruh tunjuk je. Hak alahhh, apasal marah? Tak potonglah tu."

          "Ish." Ain memandang Airil. "Aku kata dahhhh. Ha nampak? Ugh, susah betul nak faham bahasa, budak ni."

          Ain menunjuk kukunya yang sudah dipotong pendek lalu sambung membuat kerja. Tidak lupa juga jelingan maut untuk Airil.





          Jeling lagi? Ehhh, budak ni memang nak kenalah.

          Bisik hati Airil.

          Dia memerhati Ain di hadapannya itu yang tekun membuat kerja. Senyuman sinis terukir. Timbul satu idea nakal ingin mengacau Ain.

          Sedang wanita itu menulis-nulis jalan kerja, tiba-tiba Airil menolak tangannya secara mengejut menyebabkan Ain terconteng buku kerjanya. Airil sudah menahan tawa melihat Ain yang mengetap bibir menahan geram dengan tindakannya tadi.

          "Kau memang nak kena kan Airil?" Ujar Ain dingin.

          "Apa??" Airil menjongket kening kanannya.

          "Aku benci kau do. Sumpah." Ain bangun dan ingin keluar dari bilik tersebut.

          "Tak kisah pun." Balasan Airil membuatkan Ain mengerlingnya tajam.




          Serius, rasa nak tumbuk-tumbuk je muka dia. Geram aku!





❤️❤️❤️

Uitt~! Assalamualaikum readers! Hahahaha ada lagi ke yang baca cerita ni? Hurm.. sorrylah lama tak update. Mood menaip kena ikat sekali di bulan Ramadan ini HAHAHA. Tu yang tak dapat nak update ni hm.

Ok first of all.. selamat berpuasa kepada semua pembaca Muslim! Puasa, jangan tak puasa. Berdosa besar kalau tinggal puasa tanpa sebab hahahah. Ok nak cakap apa ni? Erm... sorry kalau part ni kurang memuaskan. Sebab idea untuk part ni hilang tetibe ahahahahah. Tapi insha Allah, part yang akan datang akan muncul idea yang lagi baik ehee..

Okay takmo cakap panjang-panjang. Nantikan update seterusnya ye? Babaii~ 🌹✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro