46 • The day II

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





          Esok merupakan hari ketiga SPM iaitu ujian Matematik pula. Ujian kali ni terasa lain sedikit bagi Ain dan Airil. Sebab apa?

          Sebab ujian ini yang akan membuktikan sama ada berbaloi atau tidak masa yang diluangkan oleh mereka berdua untuk belajar bersama.

          "Ha, macam ni kan?" Tanya Ain setelah siap menjawab soalan dalam buku aktiviti.

          "Yang ni salah. Kena positif 3x." Ujar Airil sambil menunjukkan pada jalan kerja wanita itu.

          "Eh? Positif 3x? Kenapa pula?" Pertanyaan Ain membuatkan Airil memandangnya tajam.

          "Kau ingat balik macam mana caranya."

          "Kena pindahkan nombor ni sebelah tanda equal, lepas tu- ohhhh... betul-betul heheh. Pandai awak."

          Ain tersengih lalu membetulkan jawapannya manakala Airil pula menggelengkan kepala. Masih seperti dulu Ain ni. Suka buat careless mistake.





~~~~





          "Eh. Lepas tu macam mana?" Soal Ain lagi sambil menolak buku aktiviti rapat dengan Airil. Dia tersekat kat soalan mengira sudut topik Circles III ni.

          "Jawapannya 48. Macam mana kau boleh dapat 84 ni?" Pelik Airil dibuatnya.

          "Meh sini."

          Pensel yang dipegang Ain diambil oleh Airil lalu lelaki itu menjawab soalan tersebut dalam masa dua minat saja.

          "Woah- apasal kau ni pandai sangat wehhh? Tukar otak jom." Rapu Ain.

          "Takyah nak merepek. Buat cepat." Airil membalas dan sambung membuat latihan Matematiknya. Malas dia nak melayan lawak hambar gadis di sebelahnya itu.





~~~~





          "Hitung nilai m dengan n." Ain membaca soalan seterusnya. "Kau kiralah sendiri halamakkk!"

          Geram pula dia bila soalan tak habis-habis memerintah. Stres selepas menjawab banyak soalan. Penat otak ni tak dapat berehat langsung sebab belajar berjam-jam.

          "Buatlah cepat."

          "Ye ye, aku buat." Ain menjawab soalan tersebut seperti yang diajar oleh Airil.
















          "30 bahagi 3.. jawapannya tigaaa..."

          Airil mengeluh perlahan melihat Ain yang sedang membuat latihan itu. Soalan bahagi yang simple pun boleh salah, apa nak jadilah?

          "Ain Qaisara..."

          Ain mendongak memandang Airil tatkala namanya dipanggil.

          "30 bahagi 3, 10 weh. Kau ni boleh tak jangan buat kesalahan careless macam ni? Rugi gila tahu tak?" Kata Airil geram lalu Ain pun menyemak semula jalan kerja dia.

          "Oh, ha'ah laaa. Hahahah sorrylah." Gadis itu pun membetulkan jalan kerjanya.

          "Haa... baru dapat jawapan."

          "Buat yang lain."

          Mendengar arahan Airil, Ain terus berdecit geram.

          "Kau ni... bagilah aku rehat kejap. Dari petang tadi belajar tau."

          "Tadi aku dah bagi kau rehat setengah jam kan? Kau nak rehat berapa lama lagi?"

          "Err... tambah 30 minit lagilah. Cukupkan satu jam waktu rehat."

          "Takde maknanya. Buat sekarang."

          Sekali lagi Ain berdecit tak puas hati. Tiada pilihan lain, dia pun sambung menjawab soalan seterusnya.
















          "4 kali 2h berapa eh?" Tanya Ain sendiri.

          Dia ingin menekan kalkulator tetapi Airil merampas kalkulator tersebut menyebabkan Ain memandangnya tajam.

          "Kau pahal?" Tanya dia geram.

          "4 kali 2h berapa?" Airil menyoal soalan yang sama.

          Melihat wajah dingin lelaki itu, Ain pun memikirkan jawapannya.

          "Err... 8h."

          "Perlu ke pakai kalkulator?" Tanya Airil dingin.

          "Tak. Hehehe." Ain pun menulis jawapannya dan teruskan membuat latihan.

          "Kau ni suka sangat harapkan kalkulator. Kalau soalan yang senang, tak perlu pun guna kalkulator. Buang masa tahu tak-"

          "Shhh! Aku nak fokus ni." Ain memotong ayat Airil dan teruskan menulis jalan kerja di ruangan jawapan.

          Airil terus mengerling ke arahnya.



          Tak boleh langsung nak dengar nasihat dia ni. Heih... teruk teruk.





~~~~





          "Ni chapter ni penting. Linear equatio-"

          "Ah, skip jelah. Aku dah pro dah chapter ni." Ain menyelak ke muka surat yang lain.

          "Pro lah sangat. Kalau aku tak ajar? Boleh ke pro kau tu?"

          "Shh." Ain teruskan menyelak ke muka surat lain, mencari soalan topik lain yang hendak dibuat.



          Budak ni menguji kesabaran betul.

          Desis hati Airil.





~~~~





          Tiga jam kemudian...

          "Dah nak pukul 11 ni. Kita stop sampai sini jelah. Insha-Allah, besok boleh jawab dengan baik." Airil meyakinkan Ain.

          Dia pun sebenarnya bimbang dengan Ain ni. Harap sangat masa yang diluang dan apa yang diajarnya kepada gadis tersebut tidak sia-sia.

          "Okey.." Ain mengangguk perlahan. Dia masih di tempat duduknya, membuat latihan Matematik.

          "Dah dah, kemas barang. Aku nak masuk bilik dah ni."

          "Kau pergilah dulu. Nanti aku tidur."

          "Ye ye je kau ni. Tidur k. Jangan tidur lewat lagi. Tolonglah.. nanti otak kau penat kalau kau berjaga sampai lewat malam. Lagi-lagi ujian mengira ni. Lagilah otak penat."

          "Iya awak... saya faham. Halah, rilek la. Aku dah besar k. Takyah nak bebel."




          Sebab aku risaukan kaulah aku terpaksa bebel, bodo.

          Hati Airil berbisik.

          Selesai mengemas, pemuda itu keluar dari bilik belajar lalu masuk ke dalam biliknya untuk tidur. Ain yang masih di dalam bilik belajar bercadang untuk sambung membuat latihan. Dia langsung tak rasa mengantuk sekarang ni. Jadi, apa salahnya kalau kita belajar kan?

          Akibat berasa sejuk, gadis itu keluar dan naik ke tingkat atas untuk mengambil comforter di dalam biliknya lalu dibawa ke bilik belajar semula. Kemudian, dia membuat latihan lagi.

          Setelah 45 minit belajar, Ain merehatkan dirinya sebentar. Telefon yang berada di sofa di belakangnya dicapai dan dihidupkan lalu dia membuka media sosial. Selesai meluangkan masa di media sosial, aplikasi YouTube ditekan lalu dia pun menonton video yang diingini.





~~~~





          Jam 1:18 pagi, perut Ain mula membuat bunyi pelik-pelik pula. Minta diisi makanan la tu.

          Ain pun mematikan telefonnya lalu bangun dan berlalu ke dapur. Satu persatu almari dapur dibuka lalu Maggi asam laksa dijumpainya. Terus dia mengeluarkan sepaket dan menutup pintu almari.



          Wow, orang kaya pun beli maggi.

          Hatinya berdesis.

          Memang hampir seluruh warga Malaysia makan maggi, Ain... kau nak pelik apa?

          Mangkuk dan sudu dicapai oleh Ain lalu dia membawanya keluar dari dapur. Dengan tak sengajanya sudu besi yang dipegangnya terlepas dari pegangan lantas Ain memejamkan matanya rapat takut bunyi tu kuat.



          Ting..kting!




          Dan waktu malam yang sunyi sepi itu semestinya menyebabkan sudu tersebut menghasilkan bunyi yang kuat. Cepat-cepat Ain mencapai sudu itu lalu pergi ke meja makan. Dia menyediakan maggi dan mengisi air panas di dalam mangkuknya manakala plastik maggi pula dibuang ke dalam tong sampah di dapur.

          Tiba-tiba, Puan Dina masuk ke dalam dapur.

          "Eh Ain. Tak tidur lagi ke? Pukul berapa dah ni." Tegur beliau.

          "Hehe, Ain tetiba rasa lapar. Tu yang nak buat maggi ni." Tersengih Ain.

          "Haih, anak dara ni... nanti tidur tau. Besok exam Maths kan?"

          "Ha'ah."

          "Ha, buat elok-elok nanti tau. Ibu selalu doakan Ain dengan Airil berjaya."

          "Aminnn. Hehe, masheh bu."

          Ibu Airil tersenyum melihat sengihan Ain. Beliau mencapai gelas dan menuang air sejuk ke dalamnya. Setelah meneguknya sehingga habis, beliau menyimpan gelas tersebut di rak cawan dan berlalu ke bilik untuk tidur semula.

          Mangkuk maggi tadi dibawa ke bilik belajar oleh Ain lalu dia pun makan sehingga habis sebelum sambung belajar.





~~~~





          Keesokan harinya, ibu Airil turun ke bawah untuk menyediakan sarapan. Turun saja di bawah, beliau melihat pintu bilik belajar tak ditutup rapat dan lampu pula masih menyala. Langkah beliau diatur ke bilik tersebut lalu pintu dibuka luas.

          Kelihatan Ain sedang tidur di meja beralaskan lengan kiri sambil sebelah tangan lagi memegang pen biru. Comforter tebal masih membaluti tubuh wanita tersebut.

          Puan Dina menggeleng perlahan lalu mengejut Ain. Bahu gadis itu digoyang perlahan.

          "Ain, bangun Ain. Cepat siap, nak. Nanti lewat nak ke sekolah."

          "Urm..." Ain membuka matanya perlahan-lahan akibat silau cahaya lampu bilik. Digosok-gosok matanya. Air liur basi di pipi turut dilap.

          "Bangun mandi ya? Ibu siapkan sarapan."

          Anggukan kecil dibalas oleh Ain lalu Puan Dina keluar dari bilik dan ke dapur untuk memasak. Ain cuba untuk bangun tetapi kepalanya terasa berat sangat. Matanya juga asyik nak terpejam saja. Jadi, dia pun mengambil keputusan untuk merehatkan kepala sebentar.

          Tapi tertidur :/





~~~~





          Airil turun ke tingkat bawah dengan beg sekolah digalas pada bahu kirinya. Rambutnya sudah disikat dengan kemas mengikut gaya tersendiri.

          Pelik dia tengok Ain tiada di meja makan. Selalunya, Ain dululah yang sudah sedia di meja makan bersama buku rujukan di tangannya. Khusyuk gadis itu membaca sementara menunggu ibu Airil selesai menyiapkan sarapan. Tapi hari ni lain pula.

          "Ain mana, ibu?" Tanya Airil kepada ibunya yang sedang membawa sepinggan nuget goreng ke meja makan.

          "Tadi ibu dah kejut dia. Tak tahulah dia tengah mandi ke apa.. Airil pergilah jenguk kat bilik."

          "Oh.. k." Airil mengangguk kecil lalu berjalan menuju ke tangga.



          "Eh, nak ke mana tu?"

          Baru saja kaki Airil ingin mendaki tangga, ibunya bersuara.

          "Bilik Ainlah."

          "Ibu kejut dia tadi kat bilik belajar. Kesian dia tertidur dengan pen sekali di tangannya. Airil suruh dia study sampai tak kasi tidur ke?"

          Terkejut Airil mendengar kata-kata ibunya.




          Ain tidur kat bilik belajar?



          "Eh ibu ni, mana ada. Airil yang suruh dia tidur k."

          "Amboiii~ caring dekat Ain ni apa citer?"



          Mula dah..



          "Dah dah, ibu. Airil nak pi tengok dia."

          Malas Airil ingin melayan gurauan ibunya, dia terus berjalan menuju ke bilik belajar. Puan Dina tergelak kecil melihat anak sulungnya itu. Tahu aje beliau bahawa Airil ada menyimpan perasaan pada Ain.

          Airil masuk ke dalam bilik dan terkejut melihat Ain yang masih tidur. Mangkuk maggi semalam pun belum dibasuh lagi.




          Ehhh perempuan ni. Tidur lewat lagi. Degil betul.

          Patutlah pukul dua pagi tadi aku bangun, macam sunyi je bilik dia. Ingatkan dah tidur. Rupanya kat sini. Heih...



          Airil mendekati Ain. Wajah gadis yang sedang tidur itu ditilik.



          Haih... comelnya dia tidur. Nak cubit je pipi dia ni!

          Okey Airil. Jangan macam ni. Buat cool.





          Bahu Ain digoyang perlahan.

          "Ain, bangun woi. Kau ni apahal tidur sini?"

          Dahi Ain automatik berkerut tatkala lenanya diganggu.

          "Apa kau nakkk?" Soalnya geram.

          "Bangun cepat. Pergi mandi. Nanti lambat pula."

          "Erm... ngantuk laaa. Tak nak pergi sekolah la."

          "Kepala otak kau tak nak gi sekolah. Hari ni dahlah exam Maths, kau tak nak gi sekolah pulak. Nanti sia-sia je aku ajar kau selama ni. Bangun-bangun!" Lengan Ain yang berlapik dengan lengan baju ditarik Airil.

          "Alahhh..." Ain membatukan diri, tak mahu bangun dari duduk.

          "Bangunlah, ikan! Semalam aku suruh tidur, kau beriya nak study."

          "Ha, aku nak tidurlah ni. Dah, shuh.. jangan kacau."

          "Bangun!"

          Kepala Ain diketuk oleh Airil menggunakan pen yang dipegang gadis itu tadi.

          "Ah!" Ain menggosok-gosok kepalanya.

          "Mandi cepat!"

          "Hishshh..!"

          Dengan perasaan geram, Ain bangun dan menolak Airil ke tepi lalu keluar bilik. Nampak saja Puan Dina di meja makan, dia mula mengadu.

          "Ibuuuu! Tengok Airil ketuk kepala Ain. Sakit tauuu..." rungut Ain manja.

          Kepalanya yang masih terasa sakit digosok-gosok manakala Puan Dina memandang Airil yang baru keluar dari bilik belajar dengan mangkuk maggi Ain di tangannya.

          "Halah, pakai pen je pun dah meraung. Manjaaa manjaaa!" Sindir Airil membuatkan Ain memandangnya tajam.

          "Diamlah kau!" Ain segera naik ke tingkat atas untuk bersiap.

          "Engkau ni, Airil... nak kejut pun jangan kasar sangat. Anak orang tu. Mahu kemek kepala dia kang, nak bayar bil hospital?"





          Melawak pula ibu aku ni..




          "Tak kuat pun, ibu. Dia yang manja sangat." Ujar Airil dengan riak menyampah lalu berjalan ke dapur untuk meletak mangkuk Ain di dalam singki.

          "Yelah tu. Dah, sarapan cepat."





~~~~





          "Kau tidur pukul berapa semalam?" Soal Airil semasa mereka sekeluarga sedang bersarapan bersama.

          "Erm... pukul 2:30 kot." Jawab Ain sambil menggigit nuget ayam. Matanya sedang membaca buku rujukan Matematik.

          Semua yang berada di meja makan terkejut mendengar jawapan gadis yang berambut ikat satu itu.

          "Lewat gila. Kau dah kenapa tidur lewat sangat ha? Aku suruh kau tidur awal kan semalam?"

          "Biarlah. Aku nak belajar je. Salah ke?"

          "Eyyy.. kau tidur lewat lagi, aku ketuk kepala kau lagi eh? Degil sangat apasal?" Tanya Airil  sambil keningnya bertaut geram.

          Ain pun memandang Airil tak puas hati.

          "Ibu, pukul dia ibu. Kurang asam sangat. Biarlah orang nak buat apa pun. Ish."

          Ibu dan ayah Airil cuma tersenyum melihat Ain dan Airil bertengkar. Haih, dua budak ni. Kecoh betul. Sikit-sikit nak gaduh.





~~~~





          Minggu baru bermula...

          Hari ini ujian Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Ain masuk ke dalam kereta bersama Airil untuk pulang ke rumah setelah peperiksaan tamat.

          "Wehhh, tadi hubungan antara perempuan dengan perempuan apa jawapannya? Aku lupaaaa!" Ain bertanya sambil bersandar lemah pada kerusi kereta.

          "Musahaqah la. Apa lagi?" Jawab Airil yang sedang duduk di tempat duduk sebelah pemandu.

          "Weh, aku buat liwaaattt. Huwaaa... mampus. Soalan senang pun aku boleh lupa jawapan. Ya Allah..." Ain meraup wajahnya geram.

          "Lek ah.. soalan lain kau boleh buat kan?"

          "Boleh kot... tapi masih ada beberapa soalan sirah yang aku tak sure jawapannya. Weh... macam mana niii?" Ain menjengul kepalanya antara kerusi Airil dengan Encik Suhaimi, memandang ke arah Airil.

          "Dah dah, lupakan jelah. Sekarang ni baik kau study untuk exam seterusnya. Dah takleh nak buat apa pun kalau kau sibuk fikir pasal benda yang dah lepas."

          "Hurm..." Ain kembali bersandar pada kerusi.




          Macam mana kalau aku gagal dapatkan straight A?





~~~~





          Tok tok tok.



          "Airil~" Ain memanggil sambil tangannya cuba membuka pintu bilik Airil namun berkunci.

          "Nak apa?" Tanya Airil dingin. Dia sibuk membuat latihan Matematik Tambahan memandangkan esok merupakan ujian bagi subjek tersebut.

          "Buka pintu dulu." Arah Ain tetapi Airil langsung tak berganjak dari tempat duduknya.

          "Nak apaaa?" Tanya dia lagi dengan suara dikeraskan.

          Orang dahlah tengah stres. Kalau setakat masuk nak kacau orang, baik tak payah.

          Takut pula Ain mendengar suara Airil yang seperti sedang menahan amarah. Dia pun bersuara.

          "Ibu suruh turun makan."

          "Nantilahhh.."

          "Nanti apa ha? Ibu cakap sekarang. Jangan ingkar arahan ibu."

          "Ergh, sabarlahhh. Aku tengah stres ni." Airil meraup rambutnya kasar.

          "Fine. Kau nak belajar, aku tak kisah. Tapi jangan sampai tak makan."

          "Ye yeee. Dah, jangan kacau."

          Setelah berkata begitu, suasana sunyi saja selepas itu menandakan Ain sudah beredar dari situ. Tanpa membuang masa, Airil sambung membuat latihannya.





~~~~





          Waktu malam sudah tiba...

          Malam ini, Ain dan Airil tak belajar bersama-sama memandangkan esok cuma Airil saja yang akan ke sekolah. Yelah... Ain kan dah drop subjek Matematik Tambahan. Jadi, tak perlulah ambil ujiannya, sekali gus tak perlu menghadirkan diri ke sekolah sebab tak mahu mengganggu pelajar lain menjawab peperiksaan.

          Jadi, malam ni Airil hanya belajar di dalam biliknya saja.

          Jam menunjukkan pukul 11:40 malam. Ain masih tak boleh nak melelapkan matanya. Tak mengantuk punya pasal. Waktu biasa yang dia tidur adalah antara pukul 12 hingga 2 pagi.

          Dia pun bercadang untuk ke bilik Airil bagi melihat apa yang sedang dilakukan oleh lelaki itu. Selamba dia saja nak masuk bilik orang lagi.

          Tombol pintu ditarik ke bawah lalu perlahan-lahan Ain menolak daun pintu sedikit dan menjengul kepala ke dalam. Bilik Airil gelap saja. Matanya menangkap cahaya lampu belajar di suatu sudut dan melihat lelaki itu sedang belajar.

          "Amboi, bang. Tidur lewat nampak?"

          Dengar saja suara Ain, Airil pantas menoleh ke arah pintu biliknya dan melihat gadis tersebut sedang berdiri di muka pintu. Spontan lelaki itu berdecit.

          "Kau buat apa kat sini? Pergi tidurlah.." katanya dan sambung membuat kerja.

          "Besok aku takde exam. Kau tu yang kena tidur awal." Ain melangkah mendekati meja belajar Airil. Pintu bilik dibiarkan terbuka sedikit.

          "Rajin betul kau belajar sampai tengah malam ni. Pi tidurlah oi." Ujar Ain lagi sambil membelek-belek buku rujukan tebal Matematik Tambahan Airil.

          "Suka hati akulah. Jangan kacau. Pergi keluar sekarang."

          "Tak nokkk.. kau tu yang kena tidur. Aku takyah pergi sekolah esok."

          "Tch, nantilah. Pukul 12 baru aku tidur."

          "Takde takde. Semalam aku dah ikut arahan kau kan? Aku dah tidur awal. Ha, kau pun kena ikut jugak."

          "Ish, kau tak faham weh. Add Maths ni dua kali lagi susah dari Maths tau. Dah dah, jangan kacau."

          "Ah no no no. Tidur sekarang. Tidur!"

          Airil mengeluh tak puas hati lalu merengus dan menutup buku latihan Matematik Tambahannya. Dia mula mengemas barang-barang dan menyimpan apa yang patut di dalam beg galas.

          "Kau boleh skor punya. Caye ah cakap aku. Aku ada doakan kau jugak tau." Kata Ain meyakinkan diri Airil.

          "Ye yeee. Dah, kau keluar sekarang. Jangan nak menyemak dalam bilik aku." Halau Airil.

          "Fine. Tidur tau. Kau jangan sambung belajar pulak."

          "Aku tahulah."

          Mendengar balasan Airil, Ain pun melangkah keluar bilik lelaki itu lalu pintu ditutup rapat.





~~~~





          Esoknya, Ain bangun awal bagi membantu Puan Dina menyediakan sarapan.

          "Airil tak bangun lagi ke? Dah pukul 6:30 ni." Kata Puan Dina sambil meletak semangkuk bihun goreng Singapore di atas meja.

          "Tak tahulah. Nak Ain tengokkan dia ke?" Tanya Ain sambil meletak satu jag air milo di atas meja.

          "Ha, pergilah tengok dia. Ibu siapkan semua ni."

          "Alright."

          Ain menyusun langkah mendaki tangga ke arah bilik Airil. Pintu bilik diketuk perlahan.

          "Airil..?" Panggil gadis itu tetapi tiada apa-apa balasan.

          Perlahan-lahan dia membuka pintu dan melihat Airil masih nyenyak tidur sambil tubuhnya berselimut dengan comforter tebal.



          Laaa... tidur lagi rupanya.




          Ain masuk ke dalam dan memerhati wajah lelaki yang sedang terlena itu. Airil tidur dalam keadaan mengiring dan terdongak sedikit menyebabkan mulutnya ternganga sikit. Comel saja di mata Ain.


          Siannn. Penat sangatlah tu? Hahaha. Belajar lama sangat sampai otak tak cukup rehat.



          Tersenyum Ain memandang wajah tenang pemuda di hadapannya ini. Dengan perlahan dia mengejut Airil agar lelaki itu tidak terkejut.

          "Airil... bangun oi." Lengan pemuda itu digoyang-goyang. Ambil masa juga sebelum Airil terjaga.

          "Hm? Pe diaaa?" Berkerut dahi Airil bila tidurnya diganggu.

          "Bangun cepat. Dah nak pukul tujuh ni."

          "Pukul tujuh? Seriuslah?"

          "Iya... bangun cepat."

          "Ugh..." Airil menggeliat sambil tubuhnya masih terbaring di atas katil. Ngantuk lagi.

          Ain merasakan bilik Airil ni dah macam dalam peti ais dah. Sejuk ya ampun.

          "Sejuk gila bilik kau ni. Aku tutup aircond tau." Tutur Ain sambil mencapai remote aircond di atas meja laci di sebelah katil.

          Tiada respon daripada Airil. Dah tidur baliklah tu.

          Ain mematikan aircond dan meletak semula remote di tempat asalnya. Dia menapak ke pintu bilik untuk keluar tetapi sebelum dia melangkah keluar, sempat wanita itu menoleh ke arah Airil semula.

          "Bangun woi~!"

          "Mm..." Airil bergumam tanda dia masih terjaga.





~~~~





          "Good luck weh. Kalau kau takleh jawab, kau fikir je pasal aku k? Confirm boleh jawab punya." Kata Ain kepada Airil yang sedang menyarungkan kasut sekolah.

          "Fikir pasal kau? Hahah, lagilah aku takleh jawab kang." Airil gelak palsu.

          Mendengar balasan lelaki itu membuatkan Ain mencebik tak puas hati. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.

          "Memang patut pun kau takleh jawab. Sebab aku selalu ada dalam fikiran kau sampai ganggu kau nak fokus kan? Kan kan? Tahuuu~"

          "Eee tolonglah. Airil, pergi dulu bu." Tangan Puan Dina disalam.

          "Ha ye. Jawab elok-elok. Sentiasa mulakan dengan bismillah tau."

          "Okey.." Airil melangkah keluar rumah menuju ke kereta ayahnya.

          "Bye Airil~! All the best!" Ain melambai.

          "Thanks.." ucap Airil lalu melangkah masuk ke dalam kereta.

          Setelah kereta BMW merah hilang dari pandangan, Ain masuk ke dalam rumah untuk mengulang kaji bagi peperiksaan seterusnya iaitu Sejarah.





❤️❤️❤️

Spoiler for next chapter: Ain balik rumah :3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro