47 • Good bye

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





Bab ini boleh menimbulkan kepanasan dalam hati beberapa pembaca di akhir bab. Jadi, sila baca sampai habis sebelum komen bukan-bukan ye? Ahah 😗❤️ kalau komen yang baik-baik, takpe.





Sedar tak sedar, esok merupakan hari terakhir ujian SPM bagi Ain dan Airil iaitu mata pelajaran Fizik. Ain bercadang untuk mengemas biliknya sebelum dia perlu pulang ke rumah esok. Tak mahulah tinggalkan bilik dalam keadaan bersepah saja.

"Airil, vakum kat mana?" Tanya Ain sambil menjengul kepala ke dalam bilik Airil. Selamba saja dia. Bukan reti nak ketuk pintu dulu.

Airil yang sedang bersandar di kepala katil dengan bantal melapik belakangnya memandang gadis tersebut.

"Vakum? Nak buat apa?"

"Nak kemas biliklah. Aduhhh, apa punya soalan la?"

"Oh.. rajin kau nak kemas."

"Biarlah. Sebab aku lama sangat tumpang rumah kau. So aku tolonglah kemas sikit bilik tu. Bilik air pun aku dah cuci sikit."

"Wow. Okey..? Vakum kat storlah."

"Stor kat mana?"

"Sini aku tunjuk." Airil meletak telefon di atas katilnya lalu bangun dan keluar dari bilik.

Tiba di depan bilik stor, dia membuka pintu bilik tersebut. Mata Ain memandang sekeliling stor itu.

Bilik stor pun besar, kau rasa?

"Tu ha. Ambiklah." Jari telunjuk Airil dituding pada vakum yang terletak di sebelah sebuah meja yang terdapat kotak-kotak di atasnya.

Baru saja Ain ingin masuk ke dalam, tiba-tiba dia berhenti mengejut lalu belakang tubuhnya terlanggar dada Airil.

"Eh sorry sorry." Ucap gadis itu.

"Dah kenapa kau?" Soal Airil pelik.

"Ada lipas.."

"Mana?"

"Tu... kat tepi vakum tulah."

Mendengar balasan Ain, Airil dengan bersahaja menyalakan lampu bilik lantas lipas itu pun melarikan diri dan menyorok di sebalik kotak-kotak.

"Lipas pun takut ke?"

"Mana ada. Aku terkejut je, halah..."

Ain masuk ke dalam stor lalu menarik vakum keluar dari bilik itu cepat-cepat. Takut lipas tadi munculkan diri lagi.

"Fuh... rumah orang kaya pun ada lipas. Gila gila.." ujar gadis itu lalu menutup pintu bilik stor.

"Weh, ni last aku cakap. Orang kaya pun manusia juga. Hidup kitorang sama je dengan semua orang. Tak payah nak jadi budak-budak la."

"Ehehehe.. k aku kemas bilik dulu~ tolong bawakan ke tingkat atas weh." Pinta Ain sambil membuat muka comel.

Airil mengeluh sambil menggulingkan mata bila melihat muka comel yang dibuat-dibuat oleh gadis itu lalu dengan malas dia mengangkut vakum ke tingkat atas. Ain pun mengikutinya dari belakang.





~~~~





Sedang mereka duduk santai di ruang tamu, Airil menoleh memandang Ain yang senyap saja dari tadi. Gadis itu kelihatan sedih saja. Airil pun bersuara.

"Weh, kau pahal?" Tanya dia.

"Nothing.." Ain menggeleng perlahan.

"Nothing.. nothing.. ada benda nak cerita, cerita jelah. Kau jangan pendam lama-lama. Nanti affect otak kau kang, susah nak fokus exam besok." Kata Airil prihatin.

Ain membisu seketika sambil bibirnya mencebik.

"Hm... takdelah. Aku tetiba terfikir. Esok hari terakhir SPM.. sekali gus habis sekolah. Cepatnya masaaa. Rasa macam baru berapa hari kenal dengan kau."

Airil mengangguk perlahan mendengar luahan Ain.

"Okey..? Tu je ke?" Tanya lelaki itu sambil memandang Ain hairan tetapi gadis tersebut cuma diam membatu.

"Takpelah, kalau kau nak tinggal sini lepas SPM pun aku tak kisah sebenarnya. Wawa suka main dengan kau. Takdelah dia ganggu aku nanti." Sambung Airil seperti dapat mengagak apa yang sedang difikirkan oleh Ain.

Sengaja jadikan Wawa sebagai alasan padahal dia sendiri yang tak kisah.

"Itulah masalahnya sekarang ni. Mama aku cakap malam besok jugak aku kena balik." Ain berterus-terang.

"Kenapa?" Tanya Airil ingin tahu. Terkejut juga dia.

Ain mendiamkan diri sebentar sambil berfikir.




Tak naklah bagi Airil terfikir-fikirkan pasal ni. Nanti ganggu fikiran dia.

Bisik hatinya.

"Tak tahu..." jawab dia sambil menggeleng kecil.

Membuatkan Airil semakin tertanya-tanya.

"Takpelah. Yang kau nak sedih-sedih ni kenapa? Bukan kau tak sabar nak balik ke? Tak rindu kat mak kau ke?" Airil cuba memujuk.

"Hm... entahlah. Aku rasa macam tak nak habis sekolah pula. Takut rindu semua orang."

"Macam-macam la kau ni. Dah dah, jom study. Besok paper Fizik weh. Kena buat elok-elok." Pesan Airil.

Ain mengangguk perlahan lalu bangun dan mengikuti jejaka itu masuk ke dalam bilik belajar.





~~~~





Esoknya tiba...

Semua pelajar tingkatan lima melangkah keluar dari bilik dan dewan peperiksaan sambil bersorak gembira setelah habis menjawab kertas terakhir.

"Yaaassss! Finallyyyyy!!"

"Wohoooo~! Habis sekolahhh!"

"Merdekaaaaaa!"

"Yaaayyy~! SPM dah tamatttt!!"

"Aku bebas wohoooo~!!"

Semua pelajar bersorak gembira. Lega sungguh hati mereka saat ini. Macam tak percaya saja dah habis sekolah.

Kecuali pelajar-pelajar bagi jurusan akaun. Mereka ada satu lagi ujian pada hari esok iaitu Prinsip Perakaunan. Kesiannn... celebrate lambatlah hahaha.

Bagi pelajar jurusan sastera dan sains tulen, ujian mereka tamat pada hari ini. Dengan riangnya mereka keluar dari sekolah bagi menyambut hari kebebasan mereka. Ada yang mengadakan jamuan di kantin bersama rakan sekelas sendiri. Ada yang baling kertas, buku dan conteng-conteng uniform sekolah mereka. Ada yang merempit motor. Duduk atas kereta di tengah jalan.

Ya Allah... tak rilek.

Ain dan Farah pun tiada bezanya. Hati mereka sungguh bahagia tika ini.

"Yayyy~! SPM dah habissss! Oh my god, finallyyy!" Sorak Ain sambil melompat keluar bilik yang dikhaskan untuk meletak beg.

"Aku nak nangeh la weh huwaaa..." Farah acah mengelap air matanya.

"Ngada ah kau hahahah!"

Mereka berdua berjalan menuju ke pagar utama sekolah. Sedang berjalan tu, Ain ternampak Airil dan kawan-kawannya berborak mesra. Dia melihat Airil tersenyum lebar. Sejujurnya, susah betul nak tengok lelaki itu senyum. Bila dia dah senyum tu mesti dia rasa bahagia sangat.

"Ain, mak aku dah sampai. Aku balik dulu tau. Pape roger!" Ucap Farah sambil melambai pada Ain.

"Okay byeee!" Ain membalas lambaiannya.

Setelah Farah masuk ke dalam kereta Honda emaknya, kereta itu pun meluncur laju membelah jalan raya meninggalkan kawasan sekolah.









"Ain."

Tiba-tiba suara Airil kedengaran di belakang Ain lantas gadis itu pun menoleh.

"Hm... so lepas ni aku dah takyah dah pergi rumah kau. And malam ni jugak aku kena balik rumah aku. Haih... sedih pulak." Ujar Ain sayu.

"Hm baguslah. Takdelah aku nak kena menghadap muka kau lagi. Dah, jom balik."

Airil berjalan ke arah keretanya yang terletak di luar sekolah lalu dengan langkah lemah Ain mengikutinya dari belakang.






Heish, kau ni Airil. Masih nak berkasar dengan dia kenapa?

Bisik hati Airil bila tersedar akan kata-katanya yang agak kasar terhadap Ain tadi.





~~~~





Malam tu...

Selesai solat Maghrib berjemaah, mereka bersalam-salaman antara satu sama lain. Ain mencium tangan ibu Airil lalu wanita yang sudah berusia itu dengan serta-merta menarik Ain ke dalam dakapan. Terkejut gadis itu dibuatnya.

"Kenapa nak kena balik malam ni juga, Ain? Tak boleh ke stay lagi sehari? Ibu sedih la Ain nak kena balik dah." Tutur ibu Airil sayu.

Tersenyum Ain lalu dia mengusap belakang tubuh wanita itu.

"Kalau ikutkan boleh je.. tapi... tak naklah tinggal lama sangat kat rumah orang. Lagipun mama Ain kata dia dah masak special untuk Ain. So yea... Ain kena balik malam ni juga." Balas Ain sambil perlahan-lahan melepaskan pelukan.

"Takpelah, kalau nak tinggal terus pun ibu tak kisah. Rumah ni sunyi tau takde Ain. Bila Ain ada, meriah aje rasa tau."

"Ahahah. Ibu ni... jangan macam ni. Ayah pun mesti nakkan personal time untuk luang masa dengan keluarga kan? Betul tak ayah?" Ain memandang ke arah Encik Suhaimi yang sedang menyimpan sejadah-sejadah di sebuah rak.

"Eh, tak apalah. Ayah tak kisah sangat pun Ain tinggal sini sebab Wawa suka Ain kat sini. Ayah pun okey jelah." Balas lelaki yang berjambang nipis itu.

"Betul tu. Ibu dah anggap Ain ni macam keluarga ibu dah. Untung mama Ain dapat anak macam Ain ni. Cantik, baik, sopan. Semua yang baik-baik semua adalah kat Ain."

"Alahhh... ibu, janganlah macam niii. Ahahaha. Takpe bu, nanti bila Ain free, Ain datang melawat k? Sekarang Ain nak berkemas ni. Takut lama diorang tunggu kang sejuk makanan."

"Yelah. Pergi kemas barang-barang Ain. Lepas tu nanti Airil tolong bawakan turun bawah. Ya Airil?"

"Hm?" Airil yang dari tadi hanya memasang telinga mengalihkan pandangan dari TV ke arah ibunya.

Tengok TV tapi telinga dengar benda lain.

"Nanti tolong bawakan beg Ain turun bawah tau." Pesan Puan Dina yang masih bertelekung itu.

"Okey.." Airil kembali menonton TV sambil tangan kirinya menongkat kepala di sofa bahagian tempat merehatkan tangan.

Entah kenapa dengan mood dia sekarang ni. Tak pasti dengan apa yang dirasainya saat ini. Sedih? Gembira? Bebas? Berat hati?

Tak tahu. Dia tak faham kenapa dengan dia tika ini.





~~~~





"Bye Chomot. I'm gonna miss you soooo muchhh. Kau dahlah comel gilaaa!" Ain memeluk tubuh Chomot erat.

"Miau~" Chomot mengiau sambil memandang ke arah wanita itu.

Dalam kalangan kucing Airil ni, Chomotlah yang menjadi kegemaran Ain. Bukan saja sentiasa beriak comel, malah bulunya juga cantik seperti bulu ayahnya, Leo. Bulu Cheetah pula ikut bulu ibunya, Alice.

Airil menahan dirinya daripada tersenyum melihat Ain yang memeluk kucingnya.




Comelnya kau ni.. haih.



Dia meraup rambutnya ke belakang dan memandang ke arah lain. Rasa malu tak pasal-pasal.



Apasal dengan aku ni? Ergh... gila! Gila!





"Okey ibu. Ain pergi dulu." Pemegang bagasi ditarik ke atas lalu Ain menyalam dan berlaga pipi dengan Puan Dina.

"Ain nak minta maaflah sebab Ain tinggal sini, buat macam rumah sendiri pulak heheh. Lepas tu elektrik dengan air rumah ni pun Ain guna percuma aje. Ain minta maaf sangat-sangat."

"Tulah kau. Aku dah kata jangan buat rumah ni macam rumah sendiri. Dia buat jugak. Aku tak kira, aku nak kau bayar jugak bil elektrik dengan bil air rumah aku." Sengaja Airil cari pasal.

Ain terkejut mendengar kata-kata pemuda itu.

"Manalah aku tahu berapa banyak aku nak kena bayaaaar. Airil, janganlah macam niii."

"Ah aku tak kira. Kau pikir kau special sangat la? Nak guna semua free? Memang taklah weh."

"Airil, apa cakap macam tu? Takpe Ain. Ibu dengan ayah tak kisah pun pasal bil ni semua. Setakat duit tu apalah sangat.. ibu tak kisahlah. Dah dah, jangan risau. Semua kami halalkan untuk Ain." Puan Dina memujuk Ain yang sudah cemberut wajahnya.

"Betul ke?"

"Iyaaa, betul Ain. Ayah pun tak kisah kan? Kan..?"

Puan Dina memandang Encik Suhaimi dengan mata dijegil sikit namun senyuman manis diukirkan. Ayah Airil yang faham maksud pandangan itu terus mengangguk.

"Ha'ah, kitorang tah kisah pun. Rilek ya, Ain?"

Ain mengangguk perlahan sambil menguntumkan senyuman nipis.

"Kak Ain nak pergi dah ke?" Tanya Wawa yang muncul entah dari mana.

"Ha'ah, akak nak pergi dah. Wawa duduk elok-elok kat rumah eh? Kalau abang pukul adik, adik pukul je abang balik. Pukul je kuat-kuat, biar dia sakit."

Airil sudah memandang Ain dengan pandangan tajam bila wanita itu berkata begitu.

"Kau mengajar bukan-bukan eh kat adik aku? Kalau dia jadi gengster kat sekolah, aku bunuh kau."

"Airil."

Ain dan Airil menoleh kepala serentak memandang Puan Dina yang bersuara tegas tadi.

"Apa cakap macam tu? Jaga sikit bahasa." Tegur beliau tegas.

"Dah dia mengajar bukan-bukan kat Wawa. Takkan nak biar?"

"Alah, dia bergurau aje. Kau ni pun..."

"Eheheh sorry sorry." Belakang kepala yang tak gatal digaru oleh Ain.

"Ala akakkk! Janganlah tinggalkan Wawaaa. Nanti siapa nak main dengan Wawa?" Tanya adik kecil itu sambil memeluk kaki Ain.

"Ibu ayah kan ada? Tu Abang Airil pun ada."

"Alaaaa, main dengan abang tak bestttt. Abang main dengan adik sekejap je. Main dengan Kak Ain lagi seronok."

Ain menahan tawa mendengar Wawa petah bercakap. Matanya dialihkan pada Airil yang sedang memandangnya dingin sebelum kembali memandang Wawa.

Gadis itu duduk melutut di depan kanak-kanak tersebut.

"Adik... adik sayang akak tak?" Tanya Ain sambil tersenyum manis.

"Sayang."

"Kalau sayang, kiss sikit." Ain menoleh ke kiri bagi membenarkan Wawa mengucup pipi kanannya.

"Muah."

"Eheh. Sayang lagi?" Ain menoleh ke kanan pula.

"Muah."

Tergelak kecil Ain bila Wawa mengucup pipinya.

"Kalau adik sayang Kak Ain, adik kena dengar cakap akak, okey? Duduk rumah elok-elok. Dengar cakap ibu ayah. Sayang ibu ayah tak?"

"Sayang."

"Abang Airil?"

Wawa diam seketika bila nama abangnya disebut lalu menggeleng.

"Tak." Tutur kanak-kanak itu.

Terkejut Ain lantas bibirnya diketap bagi menahan tawa. Matanya memandang Airil yang berdiri memerhati mereka berdua dengan pandangan kosong. Ain menoleh memandang Wawa semula.

"Tak? Kenapa?"

"Sebab abang selalu marah adik."

"Ohhh, so maknanya Kak Ain baik la ni?"

"Baik sangat! Adik suka main dengan akak. Janganlah balikkk." Rayu Wawa.

"Hahaha sorry. Nanti ada masa, akak datang sini lagi k? Jangan sedih-sedih."

"Betul eh? Besok akak datang balik? Janji."

Wawa mengeluarkan jari kelingkingnya ingin membuat perjanjian. Tergamam Ain melihat tindakan adik itu.

"Besok?" Ain memandang ke arah ibu dan ayah Airil sekilas, kemudian ke arah Airil dan pada Wawa semula.

"Besok tak bolehlah, adik.." Ain menjawab perlahan.

"Ala, kenapaaa?" Tanya Wawa sayu.

"Kenapa Ain? Besok ada apa?" Sampuk Puan Dina yang hanya memasang telinga dari tadi.

"Um.. besok... nak keluar... dengan family." Balas Ain agak gagap kerana otaknya ligat memikirkan alasan.

"Aaa~ pergi bercuti teruslah ni? Celebrate habis SPM?" Teka Puan Dina.

Ain mengangguk kecil sambil tersenyum nipis. Namun, Airil dapat merasakan bahawa gadis itu menyorokkan sesuatu.

"Okey adik. Akak kena pergi ni. Nanti ada masa akak datang lagi k? Janji. Tapi bukan esok tau. Bila akak free, akak datang."

Ain bangun dari melutut. Lama juga dia melutut tadi. Adoi... sakit lutut.

"Alaaa, nak ikutttt!" Rungut Wawa.

"Nak ikut?" Ain memandang Puan Dina bagi meminta kepastian.

Beliau mengangguk saja seperti memahami maksud pandangan Ain.

"Biarlah dia ikut. Amboi, mengada betul dia ni." Kata ibu Airil lalu Ain tertawa kecil.

Gadis itu pun memimpin tangan Wawa dan bersedia untuk keluar.





"Habis dah sembang? Ingatkan nak sambung sembang sampai esok." Kata Airil yang sedang duduk di hujung sofa sambil bermain dengan kunci keretanya.

Lama betul menunggu mereka berbual-bual tu.

"Kau ni, Airil. Suka sangat kacau Ain. Kenapa? Ada hati dengan Ain ke?" Kata-kata Puan Dina membuatkan Airil terkelu seketika.

Dia memandang Ain yang sudah membuat muka gedik padanya lalu lelaki itu menggulingkan matanya.

"Orang gila je suka dia." Balas Airil membuatkan mulut Ain melopong.

Wanita itu pun terus menarik bagasi sambil menggalas beg sekolahnya dan berjalan menuju ke pintu rumah dengan riak wajah tak puas hati.

"Elok-elok bawak kereta tu, Airil." Pesan Encik Suhaimi pada Airil.

"Ya ayah.." balas Airil lalu mengangkat beg Ain yang satu lagi dan melangkah keluar dari rumah.

Pemuda itu berjalan menuju ke keretanya yang sudah siap-siap parking di luar halaman rumah. Senang nak terus jalan.

"Babai ibuuu~ bye ayahhh~ nanti ada masa Ain datang lagi k?" Ain melambai.

"Okey~ janji tau Ain datang!" Puan Dina membalas lambaiannya.

"Janji jan- ehhhh!"

Terkejut Ain bila dia ditolak ke tepi oleh Airil. Bukan apa... dia tak sedar yang dia sedang menghalang lelaki tersebut untuk masuk ke dalam kereta bahagian tempat duduk pemandu.

"Eyy dia ni. Sumpah tak gentle." Kata Ain geram dengan kening bertaut.

Airil hanya buat-buat tak dengar lalu menghidupkan enjin dan membuka bonet. Dia membantu Ain meletak kedua-dua beg baju dan beg sekolah Ain ke dalam bonet sementara Wawa masuk ke dalam kereta dengan sendiri di tempat duduk belakang.

Ain melambai ke arah ibu dan ayah Airil untuk kali terakhir sebelum masuk ke dalam kereta diikuti dengan Airil. Kemudian, kereta pun dipandu oleh Airil dengan cermat menuju ke rumah Ain.





~~~~





"Kita round round sekejap boleh? Wawa nampak macam dah ngantuk tu. Sebab tulah mengada je ni." Ucap Ain perlahan sambil memandang ke tempat duduk belakang di mana Wawa sedang duduk sambil memandang pemandangan luar.

"Kk." Airil akur saja.

"Adik. Kalau adik ngantuk, adik baring jelah. Tidur." Arah Ain.

"Okey." Terus kanak-kanak itu membaringkan diri. Ngantuk nampaknya.





Beberapa minit berlalu, Ain menoleh ke tempat duduk belakang dan melihat Wawa sudah pun terlena.

"Dia dah tidur..." tutur Ain perlahan agar tidak mengejutkan kanak-kanak itu.

"Okey. Balik eh?" Tanya Airil lalu Ain pun mengangguk saja.

Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap dan melihat pemandangan bandar besar itu. Mata Airil sesekali melirik ke arah Ain yang senyap dari tadi.

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah teres Ain, mereka berdua cuma senyap saja. Hanya bunyi lagu radio yang menemani suasana sepi itu. Entah kenapa rasa tak mahu meninggalkan satu sama lain. Padahal ini yang dinanti-nantikan oleh mereka.




"Oi, apasal senyap je ni? Tak suka ke nak balik?" Airil memandang Ain sekilas sebelum kembali fokus pada jalan raya.

Ain menunjukkan riak wajah sedih.

"Entahlah... nak cakap suka, tak sangat. Nak cakap tak suka, memang aku nak balik pun.." balas Ain yang kelihatan pilu.

Airil tidak membalas apa-apa malah cuma diam saja.




Aku sendiri pun tak tahu apa nak rasa sekarang ni weh. Nak cakap suka, macam tak. Nak cakap tak suka, kenapa aku tak suka? Bukan ini ke yang aku tunggu-tunggukan?





~~~~





"Dah sampai." Kata Airil lalu menukar gear agar kereta tersebut berhenti.

Ain menoleh ke luar tingkap, memandang rumahnya.


Rindunya dengan rumah... baru sebulan lebih. Belum lagi hidup kat universiti nanti. Haih...





Mereka berdua melangkah keluar dari kereta lalu Airil membantu Ain mengeluarkan beg-beg dari bonet. Selepas itu, Ain menatap wajah Airil tetapi lelaki itu hanya memandang ke arah lain. Rasa janggal pula.

"Okey.. um.. thank you for everything. Aku ingat nak ajak lepak lepas SPM tapi... tak boleh. Aku tak rasa kita dapat jumpa lagi lepas ni.." tutur Ain dengan nafas yang mulai terasa berat.

Kata-katanya membuatkan Airil terus menoleh memandangnya.

"Kenapa pulak?" Tanya dia terkejut.

"Umm.. aku..." Ain tiba-tiba berasa sebak lalu air mata pun bertakung di tubir mata. Dia tak dapat meneruskan ayatnya bila pernafasannya semakin terasa berat. Pantas Ain menunduk bila air matanya menitis.

"Hey hey.. kenapa ni?" Tanya Airil, risau melihat Ain yang sudah menangis.

Mendengar suara Airil yang kebimbangan, Ain bertambah sedih menyebabkan air matanya mengalir laju di pipi. Dia mula merintih lalu dengan spontan Ain memeluk Airil tanpa segan silu.






































Terkejut beruk lelaki itu dibuatnya. Jantung Airil berdegup kencang bagai nak gila bila gadis itu memeluknya erat. Ain dapat rasakan degupan jantung jejaka itu.





Laju.

Begitu juga dengan degupan jantungnya. Masing-masing berdegup laju macam tengah berlumba saja.

Airil langsung tak menolak mahupun membalas pelukan tersebut. Dia memang terkaku habis. Terasa wajahnya membahang.











Beberapa saat berlalu, Airil cuba bersuara bagi memujuk Ain.

"A-Ain.. ke-kenapa ni? Jangan macam ni... nanti orang tengok kang." Kata pemuda itu, cuba berlagak tenang walaupun sudah terang lagi bersuluh dia sedang berasa gementar yang amat.

Seketika kemudian, baru dia perasan yang bajunya agak basah di bahagian dada oleh sebab air mata Ain yang kena pada bajunya. Perlahan-lahan Airil menolak wanita tersebut daripada berpelukan lagi. Takut dia. Tak pernah-pernah lagi dirinya dilayan sebegini.

Ain yang sedang menunduk itu ditatap oleh Airil. Pipi gadis itu sudah basah dengan air mata. Walaupun gelap, tetapi cahaya bulan serta lampu jalan yang menerangi waktu malam itu membantu Airil untuk melihat wajah Ain.




"Kenapa ni? Hm?" Soal Airil sekali lagi.

Wajahnya betul-betul menunjukkan bahawa dia bimbang terhadap Ain. Nak saja dia kesat air mata wanita di hadapannya ini tapi tak boleh.

Ain menarik nafas lalu menghembusnya perlahan bagi menenangkan diri. Pipinya yang basah dilap dengan hujung lengan bajunya.




Jangan nangis, Ain.

Gumam hati wanita itu cuba menguatkan semangat.

"Semalam kan aku kata.. mama aku call suruh balik cepat. Sebab dia kata... besok pagi dah kena gerak pergi airport. Kitorang nak kena pindah jauh dari sini. Hurm... aku takde peluang langsung nak keluar lepak dengan kawan semua."

Airil tergamam mendengar kata-kata Ain. Air mata Ain menitis lagi tapi cepat-cepat wanita itu menyekanya.



Apalah kau ni, Ain. Menangis pulak.. emo sia.

Marah hati Ain sendiri.

Mungkin sebab lepas ni mereka dah tiada peluang untuk berjumpa antara satu sama lain. Yelah, masing-masing akan sibuk dengan hidup sendiri.


"Pindah mana?" Tanya Airil ingin tahu.

"France. Papa dapat projek kat sana untuk urusan kerja. Kitorang kena ikut sekali. For five months."




Allah.. jauhnya. Lama pula tu.

Desis hati Airil.

"Ohh.. okey. Aku doakan supaya kau selamat mendarat kat sana. Hati-hati tau." Ucap Airil sambil menggosok perlahan tengkuknya.

Ain tersenyum nipis.

"Thanks."









"Kau... nak aku teman kau kat airport ke nanti? Aku boleh je tengok kau." Ucap Airil segan.

"Oh... takpelah weh. Sebab flight aku pukul enam pagi weh. Nak kena gerak awal. Tak naklah susahkan kau. Ehee.. kau tidur jelah lagi bagus." Balas Ain sambil tersenyum lagi.

"Oh, okay then."

Mereka diam sebentar. Ain memandang ke arah langit yang terbentang luas itu. Nafasnya mulai stabil bila perasaan sebak semakin hilang.

Airil pula berkira-kira ingin menyatakan ayat yang terpendam dalam hatinya ataupun tidak.




Malunya nak cakap ni. Tapi takkan kau nak pendam lama-lama, Airil?

Ah cakap jelah! Nanti terlambat, menyesal kau.

Bisik hatinya.

Airil memandang Ain yang diam dari tadi sambil bermain dengan jari-jemari kecilnya.

"Ehem. Err... jangan lupakan aku tau. Jujur aku cakap, aku mesti akan rindukan kau. Serius." Airil berjeda seketika.

"Weh, ada benda sebenarnya aku nak bagitahu."

Terkedu Ain mendengar luahan Airil.




Dia akan rindu aku? Omg, seriuslah?





Ain masih menanti apa yang ingin dikatakan oleh Airil. Jejaka itu menatap Ain tepat ke dalam anak mata gadis itu. Lampu di kawasan perumahan itu membantu mereka untuk memandang antara satu sama lain.




"Aku..."


























"Aku s-"


"Ainnnnn! Ya Allah, sampai dah adik aku nihhh!"

Terhinjut bahu Ain bila mendengar teriakan seseorang. Airil terus mengeluh tak puas hati. Siapa pula yang ganggu ni?

Mereka menoleh ke arah pintu utama rumah Ain dan melihat Arif keluar dari rumah lalu membukakan pagar rumah. Dia rupanya yang menjerit macam hilang anak tadi. Arif pulang ke rumah sebab dah tamat semester terakhirnya untuk diploma di universiti.

Ain sudah terpinga-pinga. Apa yang Airil nak bagitahu?



"Hm? Oh, ini kan budak yang ajar kau maths tu?" Soal Arif sambil menuding jari ke arah Airil.

"Ha yelah. Ni orangnya. Airil Najmi." Ain memperkenalkan Airil kepada abang keduanya.

"Ohh yang ni.. ssup bro." Arif bersalaman dengan Airil.

"Airil." Kata Airil, memperkenalkan dirinya sekali lagi.

"Arif. Abang handsome Ain."

Melihat abangnya mengangkat bakul sendiri, Ain memandang lelaki itu dengan pandangan geli.



Lelaki memang suka perasan eh?

Desis hatinya.

Airil tersenyum saja melihat mereka berdua.



Nampaknya belum masa lagi kot untuk aku luah perasaan aku. Hm, takpelah.






"K weh aku balik dulu. Pape call k?"

"Eh jap jap!"

Airil baru ingin berjalan menuju ke pintu tempat duduk pemandu tetapi dihalang oleh Ain.

"Err.. abang. Boleh kau masuk dulu tak? Ha nah. Tolong bawakan beg ni jugak. Thank you~" Ain tersenyum manis pada Arif.

"Eh engkau.. nasib baik baru habis SPM. Ada jugak sebab untuk aku tolong kau ni. Heih... ada apalah nak sembang tu kan? Sampai perlu berdua."

"Cepatlah blahhh. Halah... banyak cakap pula."

"Fine!"

Setelah Arif berlalu pergi dengan beg-beg Ain, Ain menoleh memandang Airil.

"Kat dalam bilik kau, aku ada sorok hadiah. Kotak warna purple. Hadiah tu takdelah mahal mana pun tapi bersyukur jelah k! Aku tak kaya macam kau tapi aku still nak bagi sebagai tanda terima kasih. Nanti kau carilah ya?" Ujar Ain membuatkan kening Airil terjongket.



Hadiah?



"Buka elok-elok tau. Aku dah susun hadiah dalam tu cantik-cantik." Sambung Ain lagi.

Bibir Airil terus menguntumkan senyuman lalu dia pun mengangguk. Tetapi senyumannya mati bila tersedar sesuatu.

"Kau masuk bilik aku lagi?" Soal Airil.

"Ala, takpelahhh. Untuk kali terakhir kan? Biarlahhh."

Tergelak kecil Airil melihat Ain beriak manja.

"Yelah."

"Okey, aku masuk dulu. Babai~ Muah muah. Ada rezeki, kita jumpa lagi tau." Ain melambai pada Airil dan bersahaja memberi flying kiss.

Airil pula cuma tersenyum memandang wanita itu. Dia tunggu sehingga Ain masuk ke dalam rumah, barulah dia masuk ke dalam kereta dan mula memandu pulang.








Haih... betul ke ini kali terakhir dia tinggal rumah aku?

Bisik hatinya.

Tiba-tiba...





















"Urm..."

"Allahu akbar- eyy.. pebende tu?" Airil menghentikan kereta di tepi jalan dan menoleh ke belakang.

Rupa-rupanya Wawa sedang merengek dalam tidur. Aduhhh, boleh pula dia lupa yang Wawa ikut sekali.





❤️❤️❤️





Readers bila Ain peluk Airil:












HAHAHAHAH please don't hate on my characters. They are all kind human beings. Trust me :3

Kepada yang masih belum faham sifat yang ada pada watak-watak cerita ini, marilah saya terangkan :)




Ain Qaisara
- seorang yang ceria
- mesra
- nakal
- bebas tapi masih menjaga batas pergaulannya
- kadangkala bertindak mengikut emosi (tanpa berfikir)
- extrovert
- hati tisu





Airil Najmi
- seorang yang dingin
- bijak dalam akademik
- tak banyak bercakap (introvert)
- ada kalanya sombong (ramai orang menyangka dia selalu beriak sombong disebabkan oleh wajahnya yang sentiasa dingin)
- bukan jenis yang menunjuk perasaannya pada orang





Faizz Daniel
- seorang yang baik hati dan manja dengan yang tersayang
- suka indoor games berbanding outdoor games
- pendiam pada waktu tertentu (bila tiada kawan atau sendirian)
- sudah dididik untuk berdikari sejak kecil lagi
- kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa oleh sebab kesibukan dalam pekerjaan
- takut kehilangan Ain sebab Ain saja peneman hidupnya sejak kecil





Farah Dahlia
- pemalu pada asalnya tapi bila dah rapat, boleh jadi terlampau mesra
- seorang yang memahami
- suka menasihati (ambil berat tentang orang)
- cepat terasa
- cepat juga rasa bersalah





I just realised yang watak-watak lelaki i semua macam jenis yang tak banyak cakap dan watak perempuan pula jenis yang banyak cakap. Hahahah biasanya kan orang buat watak perempuan yang pemalu kan?

Hm takpelah. Author unik :3






Mesti korang pelik dengan sifat Izz dengan Farah kan?

Yelah, diorang pernah buat jahat sebelum ni. Tapi author bagitahu sifat diorang yang baik je.








Look.


Manusia tak lari dari membuat kesalahan. Jadi memang tak peliklah kalau orang yang asalnya baik hati, boleh jadi jahat dalam sekelip mata. Let's just hope that person will insaf and jadi baik semula :) haaaa giteww~



Ok bai ❤️

Raya dah nak habis ni. Buku ni belum tamat lagi akdgdjhshs takpe takpe. I nak cukupkan sampai 50 part. Lagi 3 part!!! Fighting!! 💪😤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro