48 • Miss you

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





I lupa nak cakap, thank you for the love y'all gave to me dekat part 45 hari tu hahah. Tu yang tambah semangat sampai i sanggup tidur lewat sebab nak publish part 46 dgn 47 tau 🥺🌹✨

Anyways, just a reminder yang part ni panjang. Lebih 8000 words. Harap korang suka and kalau boleh, bagilah komen sikit macam mana part ni, okie? 🥺🥺





          Balik saja Airil di rumah, dia menekan hon sekali bagi memberi isyarat kepada ibu dan ayahnya bahawa dia sudah pulang. Setelah pagar dibuka secara automatik, dia meletak kereta di halaman rumah lalu masuk ke dalam sambil mendukung Wawa yang masih tertidur. Kanak-kanak itu dibaringkan di atas sofa lalu Airil bergegas ingin masuk ke biliknya tetapi ibunya bersuara.

          "Ibu dah agak dah Wawa mengantuk. Patutlah mengada sangat tadi. Ni Airil okey tak ni? Merah telinga tu." Tegur Puan Dina, hairan melihat anaknya.

          Airil terus menyentuh telinganya.


          Merah lagi ke?



          Tak merah macam mana kalau otak kau asyik ulang-ulang scene Ain peluk kau, Airil?

          "Um... ada la something happened. Airil masuk bilik dulu."

          Usai berkata begitu, kaki Airil terus mendaki anak tangga dan masuk ke dalam biliknya. Pintu dikunci lalu dia duduk di birai katil. Wajahnya ditekup dengan kedua-dua tangan. Fikirannya tak habis-habis mengingat kembali situasi di mana Ain memeluknya. Tersenyum suka dia lantas tubuhnya terbaring di atas katil. Bantal di sebelah dipeluk erat.



          Ya Allah, dia peluk akuuuu!




          Bibir Airil masih tak lekang dari senyuman. Tak henti-henti dia mengingat kembali situasi Ain memeluknya. Terasa pipinya membahang lagi bila memikirkannya.




          Kau gila do, Airil. Sumpah, kau gila.

          So macam ni ke rasa bila suka orang? Aish... susah.. susah..





          Airil merenung siling biliknya memikirkan apa yang dilakukan Ain sekarang ini. Seketika kemudian, dia teringat akan kata-kata gadis itu tadi.

          Hadiah.

          Dia bangun dari baring lalu mencari di serata biliknya.





~~~~





          "Mana dia sorok eh? Ehhh, penat dah aku cari." Gumam Airil sendiri. Dia berfikir sebentar.

          Semua tempat sudah diselongkar. Atas almari, dalam almari, bawah meja, setiap tempat bilik ni dah cari. Nak cari bawah katil, tapi katil Airil tiada ruang di bawahnya. Dalam rak pun dah cari. Tak ada pun kotak berwarna ungu seperti yang dikatakan Ain.

          Airil memeriksa dalam almarinya lagi.


          Mungkin aku tak check betul-betul kot.



          Bahagian bawah almari diperiksa di mana dia menyimpan kasut-kasutnya. Semua pasang kasut dibawa keluar lalu sebuah kotak bersaiz sederhana besar yang berwarna ungu pastel kelihatan di belakang susunan kasut tadi. Dengan terujanya Airil mencapai dan membawanya keluar dengan berhati-hati.


          Gila budak ni. Kat sini rupanya dia sorok.




          Airil duduk di atas lantai dan membuka kotak hadiah tersebut sambil bibirnya tersenyum tanpa sedar. Mulutnya melopong sikit melihat isi dalamnya.

          Beberapa gambar polaroid dia dengan Ain. Bermacam jenis coklat. Ada Kinder Bueno, KitKat, Cadbury, Ferrero Rocher dan Hershey's. Setiap jenama tu banyak paket di dalam kotak. Semua dah disusun mengikut jenamanya. Tiga kuntum bunga ros berwarna merah. Dua botol lilin sama yang dihadiahkan oleh Ain semasa Airil demam hari tu. Satu pen drive berwarna merah tua. Satu sampul surat serta satu kertas berwarna pink pastel yang sudah dilipat separuh. Dalam kotak itu dihiasi dengan shredded paper berwarna peach lembut serta origami lucky star berwarna-warni membuatkan hadiah itu nampak lebih cantik dan menarik.

          Airil membuka lipatan kertas berwarna pink itu.





          Haiii~ Ain comel di sini ehek :3 firstly, aku nak cakap thank you so much for existing in my life. Aku berterima kasih sangat kat kau sebab dah banyak berjasa kat aku. Aku bersyukur gila kita jadi kawan tau hahaha. Sumpah tak sangka boleh jadi kawan rapat. Mula-mula masa cikgu suruh aku belajar dengan kau kan, aku takut gila tau. Sebab apa?

          Sebab kau sombonglah gila! Muka tu takleh senyum langsung! Kenapa dingin sangat muka tu? Serious talk, aku cakap. First impression aku masa kita jumpa time form one dulu, aku macam "wow.. comelnya dia ni."

          Tapi teTiBA KAU MARAH AKU! WHY??? WHYYY????

          Weh, masa tu first week sekolah woi. First week kat sekolah menengah pulak tu. Pengalaman baru! Kau boleh nak sombong pulak eh? Ish. Tapi nasib baik hati kau baik sebenarnya. Kau baik. Kau comel. Kau hensem (tapi Izz lagi hensem). Kau sombong. Kau gila. Kau suka cari pasal. Kau fake. Kat sekolah kemain berdisiplin, senyap aje. Rupanya kat luar sekolah, suka marah-marah orang, pukul adik disebabkan kucing, asyik cari gaduh. Why ha, why?? Sekarang baru aku tahu yang kau ni banyak berahsia dan memendam.

          Tapi actually kau ni fun do. Kau pun pandai bergurau jugak. Tengok kau marah pun boleh buat aku gelak :) Patutlah Khai, Capik and Anep kawan dengan kau. Aku tengok muka kau ni macam takde kawan tau HAHAHA sebab sombong. Siapa je nak kawan dengan orang sombong? Kau cakap sekarang.

          Ok, sorry sebab panggil kau sombong banyak kali hahahah. Tapi dah itu gelaran aku untuk kau sebelum kita jadi kawan :/ siyes, masa form four dulu aku pernah kan? Panggil kau "budak sombong" instead of panggil nama kau. Lepas tu kau jeling aku HAHAHA. Marah ler tuu~

          Kalau marah, jangan jadi sombong. Stop it, awak. Aku tahu kau ni seorang introvert. Tapi sekurang-kurangnya janganlah masam je muka tu memanjang. Cer senyum :)

          Senyum weh. Aku suruh senyum ni. Senyum tu satu sedekah kan? Haa, senang je dapat pahala. Bukan dapat pahala je. Dapat kawan baru lagi. Lepas tu nanti mana tahu ada orang berani nak dekat dengan kau ke.. nak confess perasaan diorang kat kau ke acewah. Aku tengok dalam batch kita ni kan.. ramai jugak yang suka kau. Dalam tiga ke empat oranglah. Belum campur junior lagi, ha kau... sombong-sombong pun ada orang nak. Aura kau memang wow. Ni kalau jadi orang yang ceria macam aku (eh eh), mesti lagi ramai jatuh hati hahahah. Aku tak suruh kau jadi gatal eh. Jangan begitu. Aku tak suka orang gatal-gatal ni.

          And then aku nak berterima kasih jugak sebab kau banyak nasihat aku. Walaupun nasihat kau ni kasar, ayat tak bertapis langsung, kejam. Tapi still menusuk hati ini auch ;) kau buat aku perlahan-lahan nak berubah tbh uhuks. Thank you, thank youuu Bertuah siapa yang jadi bini kau ni. Dapat laki yang caring walaupun tengah marah.

          Anyways, aku beli semua coklat tu dengan duit sendiri tau. So jangan bazir. Barang-barang lain pun aku beli guna duit sendiri. Kau nampak tak effort aku ni memang sungguh-sungguh dan ikhlas di hati ehek. Aku bila dah hargai orang memang macam ni. Melebih sikit ahaks. Hadiah ni aku sediakan sebelum SPM lagi sebenarnya.

          Actually... sebelum hari kita gaduh tu aku dah siap beli barang untuk prepare hadiah untuk kau ni. Tak sangka betul kita boleh gaduh, haih. Kau nasib baik aku tak tukar fikiran nak makan sendiri coklat ni tau. Janganlah marah-marah kita! Tak suka tauuu! (╥﹏╥)

          Also, dah baca ke belum surat warna kuning bawah coklat tu? Bacalah. Lepas tu, yang pen drive tu kan... ada benda aku save dalam dia hahah. Bukan saja-saja aku beli baru tu. Tengoklah nanti ya? :3 bunga tu pulak plastik je tau. Kalau aku bagi bunga betul kang, kau bukannya reti jaga. Kang kesian bunga tu mati.

          Okay, I think that's all lah. Panjang sangat tulis ni. Penat tangan aku ni, adoi. Jumpa bulan Mac nanti tau! Kalau aku dapat straight A, aku sayang kau sampai mati k hahaha siyes ni. Ok bye~!

          Oh and one more... I took one of your hoodies heheheh. Love you~♥︎


Sincerely,

Ain comel puing puing~





          Sepanjang membaca surat itu, bibir Airil tak lepas dari tersenyum. Senyuman dia melebar bila membaca pujian Ain untuknya. Lagi-lagi bila membaca bahagian pasal dia menasihati Ain dengan kata-kata kejam. Dia dapat bayangkan bagaimana wanita itu memarahi dia sekiranya mereka sedang berdepan sekarang ni. Comel aje.






          Wait, dia ambil hoodie aku? What the-


          Laju Airil bangun dan membuka almarinya. Dia menolak dari satu hoodie ke hoodie yang lain, mencari hoodie mana yang dimaksudkan Ain.

          Hoodie warna merah gelap ada. Warna jingga ada. Warna beige, merah cerah, biru muda, hitam, biru tua, hijau, putih, merah jambu, kelabu, ungu.

          Warna apa yang tak ada?

          Semuanya ada 12 saja yang tergantung di dalam almari. Sepatutnya ada 13.

          Airil cuba mengingat kembali hoodie warna apa lagi yang dibelinya.













          Aaaa~ hoodie kuning! Heih, budak ni... macam-macamlah.


          Airil kembali duduk di atas lantai dan membaca semula surat Ain. Entahlah, rasa macam nak baca balik aje.





          First impression aku masa kita jumpa time form one dulu, aku macam "wow.. comelnya dia ni."





          Otak Airil mula mengingat kembali memori dia dengan Ain semasa tingkatan satu.





• Flashback •





          Sedang Airil berjalan menuju ke kantin, seorang gadis tanpa sengaja melanggarnya semasa gadis itu sedang bergurau dengan rakan. Habis buku teks dan buku latihan Matematik Airil terjatuh. Niatnya ingin membuat kerja Matematik di kantin sebenarnya.

          "Eh, sorry sorry! Saya tak sengaja." Ucap Ain sambil membantu mengutip buku-buku Airil yang terjatuh.

          Dia menghulurkan buku tersebut kepada lelaki itu. Saat matanya bertembung dengan mata Airil, Ain terkesima kejap.



          Wow, comel juga dia ni.

          Bisik hati Ain.

          Tiba-tiba, Airil merampas buku di tangannya lalu memberi jelingan maut. Terkejut Ain dibuatnya.

          "Lain kali jalan pandang depanlah. Suka hati je langgar orang. Huh."

          Dia pun berlalu pergi setelah berkata begitu. Tergamam Ain.

          "Amboi... biadabnya! Orang dah minta maaf pun nak marah? Ugh, sombong!" Marah Ain kepada pelajar lelaki yang semakin menjauh itu.

          Airil hanya mengabaikannya.


          Mana tak marahnya kalau kau pergi jatuhkan buku orang? Buku baru pula tu. Ish, kau nasib baik kau cantik tau.

         Hati Airil berbisik.



          "Kaulah ni, Farah! Habis aku kena marah!"

          "Eh, aku pula? Kau yang pukul aku dulu!"





• End of flashback •





          Tergelak kecil Airil mengingatkan reaksi Ain yang tercengang ketika dia memarahi gadis tersebut pada hari itu. Dia sambung membaca surat.





          Kalau aku dapat straight A, aku sayang kau sampai mati k hahaha siyes ni.





          Gila dia ni. Merepek aje nak sayang aku sampai mati padahal masih sayangkan Faizz.

          Desis hati Airil agak cemburu.

          Dia mula mengeluarkan coklat-coklat dari kotak dan mendapati ada satu kertas sticky note ditampal pada shredded paper di bawah. Dia pun membacanya.





          Kau boleh kongsi semua coklat ni dengan Wawa kalau kau nak sebab aku sayang dia heheh. Ibu kata dia adik aku juga :3





          "Memang taklah aku nak kongsi dengan dia. Ni hadiah aku." Gumam Airil sendiri.

          Sampul surat di dalam kotak dicapai pula lalu lelaki itu membaca tulisan pada sampul tersebut.





          Nah. Ni duit sikit sebagai bayaran keseluruhan sepanjang aku tinggal kat rumah kau. Bil elektrik, air dan makanan sekali hahaha. Sorry, aku tahu tak cukup tapi ini je yang aku mampu :(





          Pelik lelaki itu membaca tulisan tersebut.



          Duit?




          Tangannya mula membuka sampul surat itu dan mendapati ada lima helai duit not RM 100 di dalam. Terkejut dia melihat jumlah duit itu.




          Buat apa kau susah-susah bagi aku semua ni, Ain? Heih... kesian kau.





          Gambar-gambar polaroid yang tersusun dikeluarkan dari kotak lalu Airil melihatnya satu persatu. Kebanyakannya gambar selfie dia dengan Ain yang diambil oleh gadis itu tanpa disedari Airil. Sewaktu dia sedang main game, makan, belajar, tidur dan sewaktu dia main bersama Wawa juga. Banyak juga gambarnya. Dalam 30 keping.

          Airil menyimpan semula gambar-gambar tersebut lalu mencapai pen drive yang terletak di sebelah botol lilin pula.



          Apa agaknya yang dia save eh?



          Perasaan teruja semakin memuncak lalu Airil mula berkemas dan meletak kotak hadiah itu di atas meja belajarnya sebelum berjalan keluar dari bilik. Langkah diatur turun ke tingkat bawah menuju ke bilik belajar lantas Airil pun masuk dan menutup pintu. Tak lupa juga untuk mengunci pintu tersebut. Takut kang suka hati je ada orang masuk.

          Komputer iMac dihidupkan. Dia mencucuk pen drive pada USB yang terdapat pada badan iMac itu lalu Airil mula menggerakkan tetikus pada fail pen drive itu dan menekannya.





Our sweet memories :3





          Tersenyum Airil membaca nama fail tersebut. Rasa macam ada rama-rama di dalam perutnya sekarang ni. Excited sangat.



          Sweet betul dia ni. Patutlah budak Faizz tu langsung takleh move on dengan dia.



          Dia membuka sepaket coklat berjenama KitKat yang diambil dari kotak hadiahnya tadi lalu menggigitnya sambil melihat setiap gambar dan video yang tersimpan di dalam fail tersebut. Semestinya semua gambar dan video ini diambil dan dirakam oleh Ain. Tak ada maknanya Airil nak bergambar.





          Video 1

          "Airil." Ain memanggil namun Airil hanya buat-buat tak dengar dan membaca buku dengan penuh khusyuk.

          Susah sebenarnya nak fokus bila suasana sekarang ni bising. Mereka sekarang sedang berada di kedai Starbucks. Haih, macam manalah kalian boleh belajar dalam keadaan bising?

          "Airil..!" Ain memanggil sekali lagi lalu bebola mata Airil pun bergerak memandangnya dingin.

          Laju jari Ain zoom pada wajah lelaki tersebut dan serentak itu tawanya terlepas.

          "Hahahah! Weh, senyumlahhh. Orang tengah record ni."

          "Kau ajak aku keluar ni nak suruh belajar ke lepak saja-saja? Kalau setakat nak lepak, baik aku balik jelah." Airil menutup buku rujukannya dan bangun dari duduk.

          "Alah alah! Airil, janganlahhh. Duduk duduk."

          Ain bangun dan menahan Airil daripada berjalan. Rakaman masih berjalan tetapi kamera cuma merakam lantai saja.

          "Tak boleh fokus weh belajar kat luar. Bising!"

          "Itulah kan. Dahlah. Jom stop belajar. Kita chill chill dulu."

          "Hotak kau. Aku nak balik."

          "Aaaa, Airiiilll. Jangan macam niii. Sekali je kita keluar. Bukan senang tau nak ajak kau keluar." Pujuk Ain sambil kamera masih merakam entah apa-apa.

          Dia sibuk memujuk Airil, jadi tak bolehlah nak rakam sekali.

          "Duduk awak, duduk. Ni air ni takkan nak biar je? Membazir tu amalan syaitan tau."

          Airil merengus lalu duduk dengan muka marahnya. Ain turut melabuhkan punggung di tempat duduk sendiri dan sambung merakam lelaki di hadapannya ini.

          Lelaki itu menyedut air Chocolate Cream Chip Frappuccino yang dipesan tadi. Hoodie di kepala dibetulkan sebelum Airil menyumbat AirPods pada lubang telinganya. Kemudian, pemuda itu main game dalam telefonnya dan langsung tak memandang ke arah Ain.

          "Oi." Ain memanggil tetapi lelaki itu seakan-akan tidak mendengar langsung suaranya.

          "Airil. Woiii~" Ain melambai-lambai di depan Airil tetapi lelaki itu masih fokus pada telefonnya.

          Gadis itu pun menendang kaki Airil di bawah meja.

          "B*bi.. kau nak apa? Ha??" Soal Airil geram.

          "Pekak ke ha? Orang panggil, bukan nak pandang."

          "Apa dia? Cakap." Sebelah AirPod ditanggalkan lalu Airil fokus pada Ain. Memang dia tak dengar pun apa yang dikatakan Ain tadi.

          "Err.. aku cakap... sedaplah air ni. Heheh." Ain menyedut air Green Tea yang dipesannya tadi. Takut pula bila melihat muka dingin Airil tu.

          "Kau sepak kaki aku sebab tu je? Ish, mengacau sia."

          Dengan geram Airil menyumbat semula AirPod pada lubang telinganya dan sambung mendengar lagu.

          Ain cuma ketawa kecil lalu menghentikan rakaman.





          Video 2

          Airil tertidur di atas sofa dengan controller PS4 di tangannya.

          "Amboi amboi amboi... mentang-mentang la kaya kan? Ha?? TV menyala. PS4 menyala. Lampu satu rumah menyala. Ish ish, budak niii. Nak kena diajar berjimat jugak ke?" Ain mendekati Airil sambil tangan kanannya merakam.

          "Woi. Bangun bang, bangun. Amboiii... senangnya hiduppp."

          Sebuah kusyen digunakan untuk memukul Airil agar lelaki itu bangun dari tidur. Airil terjaga bila Ain memukulnya berkali-kali. Dia bangun dari baring lalu meraup wajahnya dengan tangan kanan manakala sebelah tangan lagi sedang memegang controller PS4.

          Tengah tunggu update game Fifa sampai tertidur budak ni. Kesian... lama sangatlah tu loading.

          "Tutup TV tu! PS4 pun sama! Ohhh... so ini ke budak pandai buat masa kat rumah? Haa? Kat sekolah bukan main lagi fokus belajar. Kat rumah?"

          "Diam, bodo. Bising je." Airil memotong ayat Ain lalu kembali baring dan memeluk kusyen yang berdekatan dengannya.

          Controller PS4 sudah diletakkan di atas meja ruang tamu. Ternganga Ain melihat Airil yang berbaring semula itu.

          "Hoi, bangunlah! Dia nihhh. Dah sembahyang Asar ke belum?" Kaki Airil dipukul lembut.

          "Dahhh." Jawab Airil dengan mata masih terpejam.

          "Kalau dah pun, janganlah tidur petang! Bangun bangun! Ehhh budak ni. Fake gila. Kat sekolah bukan main berdisiplin."

          "So what? Aku pun manusia jugak. Kau pikir budak pandai takleh tidur petang ke? Dah dah! Jangan kacau aku."

          "Aku tak kira. Nak kacau jugak. Bangunnn! Tutup PS4 tu!"

          Satu lagi kusyen sofa dicampak pada Airil.




          Ikan ni memang meminta betullah. Erghhh, aku goreng kau kang!

          Desis hati Airil geram.

          "Jangan kacaulahhh. Aku penat la wehhh!" Kusyen yang dipeluk Airil dicampak pada Ain namun tersasar bila wanita itu mengelak.

          "Tak kenaaa~ huahahah."

          "Pergilah sanaaa. Jangan kacau aku! Kau kacau, aku tak nak ajar kau dah."

          "Ehhh, main ugut-ugut pula. Orang suruh bangun tidur je. Bangun! Kang aku siram dengan air kang."

          "Kau berani, kau buat ah. Buat."

          Airil kembali memejamkan mata setelah berkata begitu.





          "Dia tidur balik? Eh eh ehhhh... memang nak kena. Kau tunggu, kau tunggu."

          Ain berhenti merakam lalu ke dapur.





          Airil pun menekan ke video seterusnya.





          Video 3

          Sebuah cawan diambil oleh Ain lalu dia mengisi air paip ke dalamnya. Tak banyak pun. Sesuku saja. Kemudian, dia membawanya ke ruang tamu di mana Airil berada.

          "Kau tak nak bangun kan... eheheheh."

          Air tersebut dituang pada wajah Airil perlahan-lahan menyebabkan dia terus terjaga. Lelaki itu pantas bangun dari baring dan mengelap wajahnya yang basah.

          "Kau sial la weh! Sini kau!"

          "Alamak- ahhhh!" Laju Ain melarikan diri sambil tergelak besar melihat Airil yang mengejarnya.





          Rakaman terhenti.

          Tetapi Airil masih ingat lagi apa yang terjadi selepas itu. Dia menyimbah Ain dengan segelas penuh air sejuk membuatkan gadis itu terjerit. Sejuk punya pasal. Habis basah baju dia.

          Tersenyum sinis Airil mengingatkan perkara itu.


          Padan muka.



          Airil menekan ke video dan gambar yang lain pula. Kemudian, dia menjumpai satu video di mana dia, Ain dengan Wawa sedang membuat brownies bersama. Ain yang ajak pada asalnya.





          Video 4

          "We're making brownies~!" Kata Ain sambil merakam Wawa yang sedang mengacau adunan kek.

          "Adik, cakap hai~!"

          "Haiiii~! Kitorang nak buat kek ni." Kata kanak-kanak yang berambut panjang itu.

          "Kek apa?"

          "Kek coklat."

          "Ohh, kek coklat~"

          Ain menggerakkan kamera merakam Airil yang sedang duduk di sebelahnya pula. Lelaki itu sedang makan bijirin Froot Loops tanpa henti. Bosan nampaknya.

          "Oi, buat apa tu?" Tanya Ain sambil mendekatkan kamera pada wajah bersih Airil.

          Pemuda itu memandang dia pelik.

          "Kau dah nampak aku tengah makan, nak tanya lagi?" Tanya Airil dengan kerutan di dahi.

          "Mana aku tahu... kau tengah buat apa tu?" Sengaja Ain menguji kesabaran Airil.

          Lelaki itu teruskan menyuap Froot Loops ke dalam mulut sambil menggeleng perlahan.


          Gila perempuan ni.

          Bisik hatinya.

          Ain tergelak kecil melihat reaksi Airil lalu menghentikan rakaman. Kemudian, video diteruskan di mana dia membantu Wawa meletak bahan lain ke dalam adunan kek.

          "Weh, tolong tuang chocolate chip dalam ni." Arah Ain kepada Airil sambil mengacau adunan.

          Airil pun mencapai sepaket cip coklat dan membukanya.

          "Berapa banyak?" Soalnya.

          "Berapa banyak kau nak?" Ain menyoal semula sambil meletak mangkuk adunan di atas meja bagi membenarkan Airil menuang cip coklat ke dalam.





          Brehrgrhrhh..!



          Terkejut Ain apabila Airil menuang habis sepaket cip coklat itu.

          "Weh banyaknya- hahahahah!" Terletus tawa dia.

          "Dah kau tanya berapa banyak aku nak. Aku nak banyak ni." Balas Airil selamba. Paket cip coklat yang sudah kosong dilipatnya lalu dibuang ke dalam tong sampah.

          Ain sambung menggaul adunan kek bersama cip coklat tadi. Selepas itu, adunan tersebut dituang ke dalam dulang kek yang sudah diletakkan dengan kertas minyak baking.

          Sementara Ain sedang mencuci tangan di singki, sempat jari Airil mencalit sedikit bater kek coklat tersebut lalu menjilatnya.




          Mmm~ dap dap.

          Desis hatinya.

          Wawa yang memandang sudah terkejut.

          "Abanggg! Mana boleh main makan macam tu je!" Marah adik kecil itu membuatkan Ain terus menoleh ke arah mereka.

          "Apasal?" Tanya gadis itu.

          "Entah dia." Airil menjongket bahu sekilas.

          "Tadi abang makan coklat kek, akak. Adik nampak!" Tutur Wawa.

          Ain memandang Airil meminta kepastian.

          "Apa?" Wajah tak bersalah ditayangkan oleh pemuda itu.

          "Kau makan eh?"

          "Mana ada."

          "Budak kecil tak pernah menipu weh."

          "Tak pernah kau kata? Hahah, weh.. yang hari tu aku jentik telinga dia, lepas tu dia mengadu kat kau cakap yang aku pukul dia. Itu bukan menipu ke?"

          "Tch, yelah tapi.. tak selalu k."

          "Selaluuu. Kau takde adik, kau tak tahu."

          "Yelah yelah. Pape jelah. Ni tolong aku nak bakar kek ni."

          Ain membuka ketuhar yang sudah pun ditetapkan suhunya lalu Airil pun memasukkan dulang kek ke dalam.

          "Bye bye~" ucap Ain kepada bater kek itu sebelum menutup pintu ketuhar.

          Masa membakar ditetapkan selama 35 minit dan kemudian mereka tunggu. Rakaman skip terus di mana brownies telah siap dibakar. Ain membawanya keluar dan membiarkannya sejuk selama 10 minit sebelum memotongnya.

          "Yayyy~ dah siap! Dah boleh makan dah ni." Sorak Ain diikuti oleh Wawa.

          Satu piring yang sudah diletak sepotong brownies diberikan kepada adik Airil.

          "Sedap tak?" Tanya Ain sementara kanak-kanak itu mengunyah.

          Mata Wawa bersinar semasa mengunyah brownies tersebut.

          "Mmm~ sedapnyaaa! Pandai akak buat!"

          "Eheheh. Bukan akak seorang yang buat. Kita semua yang buat." Balas Ain lalu mengalihkan pandangan pada Airil yang sedang main telefon sambil duduk di atas sofa berhadapan dengan TV yang menyala.

          "Airil, sinilah makan! Tadi lapar sangat sampai makan bater kek." Panggil gadis itu sambil memotong lagi kek lalu meletaknya di atas piring satu lagi.

          Dengan malasnya Airil bangun dan berjalan menuju ke meja makan.














          "Aaaaa~"

          Ain menyuakan sesudu brownies yang sudah dipotong kepada Airil. Menunggu lelaki itu makan brownies yang disua itu.

          "Aku boleh makan sendiri." Ujar lelaki itu mendatar sambil mengambil piring lain yang sudah diletak dengan sepotong brownies.

          Memuncung bibir Ain bila Airil tak melayannya.

          "Ish, nak sweet sweet pun tak nak."

          "Takde masa aku."

          Airil menyuap sepotong kek brownies ke dalam mulutnya.



          Mmm... sedap siot. Berbaloi aku letak sepaket chocolate chip tu.

          Hati Airil berbicara.





          Video tersebut pun tamat setelah mereka habis makan.



          Tiba-tiba rasa nak makan kek tu lagi pulak. Haih...

          Desis hati Airil.

          Dia teruskan menonton video lagi dan menjumpai satu video di mana dia ditolak ke dalam kolam renang rumahnya. Ya, rumah Airil ada sebuah kolam renang yang boleh tahan luasnya. Cuma tak selalu digunakan. Dia guna pun hanya untuk menenangkan dirinya.





          Video 5

          Airil sedang duduk santai di pinggir kolam sambil menatal skrin telefonnya seraya kakinya direndamkan di dalam kolam renang tersebut. Dia hanya mengenakan baju-t kosong dengan seluar pendek paras lutut. Ain senyap-senyap merakam lelaki itu lalu mendekatinya dan bersuara.

          "Airil, tolong aku." Katanya bersama senyuman penuh makna.

          Airil menoleh ke arah gadis yang sedang merakam itu.

          "Tolong apa?" Soalnya malas.

          "Ada soalan Fizik yang aku tak faham. Tolonglahhh."

          "Halah... nanti jelah. Aku takde mood nak belajar sekarang ni." Airil kembali memandang telefonnya sambil menggoyang-goyang perlahan kakinya yang berada di dalam air.

          Ain mengeluh perlahan.

          "Okey, plan ni tak jadi. Kita cuba plan lain pula." Bisik dia pada telefonnya. Niatnya hanya satu saja kenapa dia merakam sekarang ni. Dan dia berharap sangat ia menjadi.

          "Apa dia?" Airil bertanya bila dia tak dapat menangkap bisikan Ain tadi.

          "Eh, takde pape heheh." Ain tersenyum nipis.

          Pelik Airil melihat senyuman gadis tersebut. Semestinya ada makna tersirat senyuman dia itu.

          "Okeylah, kalau kau tak nak, takpe. Aku nak ajak kau buat video ni." Ujar Ain.

          "Video apa?"

          "Video kita-kita je. Tapi kena berdirilah. Kalau duduk tak best."

          "Malas aku."

          "Alah, Airil... cepatlahhh. Minggu ni minggu last, lepas tu aku kena balik. Ha, nanti tak dapat nak simpan kenangan ni. Jomlahhh."

          Airil mengeluh perlahan bila suara Ain kedengaran meleret.

          "Yelah yelahhh. Ugh, nak buat apalah dia ni?"

          Dia pun bangun dan berdiri di hadapan Ain yang lebih rendah daripadanya itu setelah meletak Iphone X dia di atas sebuah meja. Lelaki tersebut memandang wajah wanita itu dengan riak wajah kosong.

          "Okey, jap. Aku letak phone kat sini."

          Ain meletak telefonnya yang sedang merakam itu di atas meja secara menegak agar dapat merakam mereka berdua. Kemudian, dia berdiri semula di hadapan Airil.

          "Okey, um... mula-mula kau kena rilek-rilek dulu. Tangan kat sisi. Jangan gerak."

          "Aku memang malas nak gerak pun." Kata Airil.

          "Oh okey. Eloklah tu hahaha. Lepas tu... jap. Aku takutlah hahah." Ain tergelak.

          "Kau nak takut apaaa?" Airil bertanya dengan kerutan di dahi. Stres juga dia bila Ain ni asyik takut akan dirinya.

          "Aku takut kau marah je."

          "Heih... kalau benda tu buat aku marah, memang aku marah la. Kau nak buat apa ni?"

          "Err... nantilah aku tunjuk. Okey okey. Kau rilek-rilek je k? Jangan keraskan badan sebab nanti susah nak buat ni."

          Semakin hairan Airil mendengar arahan yang diberikan wanita di hadapannya ini.



          Nak buat apa sia budak ni?

          Bisik hatinya.

          "Okey, lepas tu aku kena pegang bahu kau." Ain mengangkat kedua-dua tangannya ingin memegang bahu Airil tetapi laju Airil menepis.

          "Kau nak buat apa ni, ikan?" Tanya Airil, jelas keliru dengan perlakuan gadis itu.

          "Kejap jeee. Ya Allah, aku bukannya nak goda kau ke apa. Gila ke? Lek la." Marah Ain, takut jikalau rancangannya gagal.

          "Kalau mak aku nampak ni, mampus aku tau." Tegas Airil berkata.

          "Okey okey, kita buat cepat-cepat ya? Kau janganlah lambatkan kerja aku."

          "Kau tahu tak? Even though berlapik pun, kau takleh sentuh orang bukan mahram tau."

          "Kejap je, kejap je. Okey, aku pegang bahu kau. Lepas tu aku tolak kau masuk kolam."

          "What?"




























          Splash!

          Tanpa amaran, tubuh Airil ditolak Ain masuk ke dalam kolam renang. Terjerit kecil lelaki itu bila dirinya hilang imbangan dan jatuh ke dalam air manakala Ain sudah tergelak berdekah-dekah.

          Gadis itu terus mengambil telefonnya yang berada di atas meja tadi lalu merakam Airil yang sedang meraup wajah agar air tidak menghalang pandangannya. Rambut ditolak ke belakang lantas lelaki itu memandang Ain dengan renungan maut.

          "Kau takde kerja ke, bodoh?" Marah Airil.

          "Takde hahahaha! Sorry do... aku bosan sebenarnya. Nasib baiklah kau duduk kat kolam tadi. Dapat juga idea nak kenakan kau. Hahahaha!"

          Airil mengeluh kasar lalu keluar dari kolam. Bajunya yang basah melekat pada badannya. Tuala di sebuah rak berdekatan kolam renang tersebut dicapai lalu dia mengelap tubuhnya.

          "Meh sini aku tolak kau pulak!"

          "Ehhhh takpe takpe. Hahahahah!" Ain segera melarikan diri masuk ke dalam rumah bila Airil mendekatinya.

          Tak puas hati nampaknya Airil ni hahaha.





          Rakaman pun terhenti.




          Tak guna punya budak. Heih, patutlah pelik semacam dia hari tu.

          Hati Airil berbisik.

          Terharu dia melihat kesungguhan Ain untuk menyediakan hadiah buatnya. Sampai buat polaroid, beli banyak-banyak coklat, bunga, sediakan pen drive untuk masukkan gambar dan video yang diambil. Makin dia rasa bahawa dirinya istimewa pula.







          Tiba-tiba, bunyi tombol pintu cuba dibuka kedengaran. Airil mengeluh perlahan. Segera dia keluar dari fail pen drive lalu mematikan iMac.

          "Abang..?" Suara Wawa dari luar bilik kedengaran. Dah bangun tidurlah tu.

          "Jap jap."

          Pen drive dicabut oleh Airil dari lubang USB komputer lalu lelaki itu bangun dan membuka pintu. Kelihatan Wawa yang berbaju tidur sedang memegang sebatang coklat Cadbury.

          "Abang, adik nak coklat ni boleh tak?" Tanya kanak-kanak itu.

          Airil melepaskan keluhan bila dia sedar dari mana Wawa mendapat coklat itu.

          "Adik... abang dah kata kan? Jangan masuk bilik abang."

          "Ala... tapi adik nak coklat jugak. Bolehlahhh."

          "Ergh, ambik ah."

          Airil menutup pintu bilik belajar rapat sebelum berjalan ke ruang tamu. Pen drive tadi dah disimpan di rak dalam bilik belajar.

          "Yayyy~! Thank you, abang. Nah, bukakan."

          Coklat tersebut diberikan kepada Airil yang baru duduk di atas sofa lalu jejaka itu dengan malasnya membuka paket coklat Cadbury itu. Setelah membukanya, Wawa ingin mencapai coklat tersebut dari abangnya tetapi Airil tak bagi.

          "Bagi abang gigit satu dulu, baru boleh ambil." Kata Airil.

          "Alaaa, tapi abang dah ada banyak dalam kotak tu." Wawa mencebik.

          "Ah tak kisah. Ni abang punya."

          "Eee yelah yelah. Jangan banyak sangat."

          Tersenyum Airil mendengar balasan Wawa lalu dia pun menggigit coklat dan memberikannya kepada adik dia. Wawa berlalu pergi dan duduk bersama mainannya. Airil melemparkan pandangan pada TV dan menonton movie orang putih bersama ayahnya di sebelah.

          Matanya melirik ke arah jam dinding sekilas. Sudah pukul 10:40 malam. Nak tidur tapi entah kenapa rasa tak mengantuk pula.





~~~~





          Keesokan harinya, Airil menjalankan rutin hariannya seperti biasa. Cuma yang tak biasanya...

          Rumahnya sepi kembali. Tiada gelak tawa Ain dan Wawa lagi. Bosan pula hidup seorang diri. Padahal memang dah terbiasa pun hidup dalam rumah sunyi.

          Harinya berlalu begitu saja. Main dengan kucing-kucingnya, PS4 dan mobile games sehinggalah malam menjelma. Nak belajar? Kau nak belajar apanya? Dah habis sekolah dah pun.

          Airil membaringkan dirinya di atas katil merenung siling putih biliknya. Penat mata ni menghadap TV dan telefon saja dari pagi sampai petang. Dia melepaskan keluhan berat.

          "Bosannyaaa. Nak buat apa ni?" Keluhnya.

          Otaknya memikirkan apa yang akan dilakukannya untuk meneruskan hidup selepas SPM ni.

          "Nak kerja ke? Ah, tak payahlah. Ibu dengan ayah dah banyak duit dah. Nanti-nanti jelah."

          "Habis tu takkan kau nak dok terperuk dalam rumah je? Boleh mati kebosanan macam ni." Airil bergumam sendirian.

          Bila dah tiada teman, memang akan bercakap seorang-seorang pun. Janganlah pelik ya.

          Tiba-tiba, dia terfikirkan Ain.





          Dia dah landing ke belum eh? Heih... aku nak text tapi nanti apa pula dia fikir kalau aku text dulu.

          Hati Airil berbicara.













          Ting!

          Bunyi telefon Airil menerima sebuah mesej. Dia pun bangun dan mencapai telefonnya yang sedang dicaj di meja laci bersebelahan katil lalu membaca notifikasi yang keluar.





Ain: uitt~

Ain: dah buka hadiah tu? 😙

Ain: ada bagi Wawa coklat tak?





          Airil membuka aplikasi WhatsApp setelah Iphone X dia automatik masuk ke home page dengan Face ID. Mesej Ain tadi dibuka lalu dia pun mula menaip.





Dah

Tak bagi pun dia dah ambil sendiri

Ain: ahahaha ye ke? Elok la tu 😚

Ain: tapi kalau dia mintak, bagi jelah

Tak nak

Aku punya

Ain: AHAHAH comey la awak

Ain: kedekut hadiah. Aww.. cute 🥺💓

Ain: tapi coklat tu banyak do. Takkan kau nak habiskan seorang-seorang?

Ain: diabetes nanti

Biarlah

Boleh je makan sikit-sikit

Ain: okey, suka hati kau la 😗

Ain: suka tak? Suka tak? 😝💕

Ain: suka tak hadiah tuuu?

Yea.. thanks

Kau orang pertama yang bagi aku hadiah macam ni

Thank you

Ain: serius ah? Aww... glad to be your first one uhuks 🤧💓💘

Ain: you're welcomeee!

Ain: kalau kau suka, cakap "aku sayang kau, Ain. Muah xx ❤️"

Gila, memang tak ah

Ain: cepat ah, cepat ah

Ain: bukan susah pun

Ain: aku suruh taip je. Hak alah, malu pula dia

Perlu ke... 😒

Ain: of course

Ain: cepat!

Ish

Aku sayang kau, Ain. Muah





          Ain di sebelah lain sudah tergelak membaca mesej Airil. Suka betul dia kenakan lelaki itu.





Ain: eyy!

Ain: kau tertinggal xx tu. Lepas tu mana emoji love?

Ain: nampak sangat tak ikhlas! 😤✊

Buat apa tambah xx..?

Lagipun memang aku tak ikhlas pun bila aku sendiri tak rela

Ain: ala, kau ni... kata suka 😔

Ish yelah yelah!

_______________________________
Aku sayang kau, Ain. Muah xx ❤️|           Send
_______________________________





          Berkerut dahi Airil membaca mesej yang ditaipnya.



          Geli bodooo! Erghhh..!


          Lambat-lambat butang send ditekan olehnya.





Aku sayang kau, Ain. Muah xx ❤️

Ain: AHSGSHAHSGAGAGGA WEH RASA BETUL-BETUL DO AHAHAHAH JAP JAP NAK SS





          Airil terus unsend mesejnya sebelum sempat Ain screenshot.





Ain: terlambat awak. Saya dah ss 🤪💕

Kau memang 🐗🐗

Sumpah b*bi

Ain: hoi

Ain: apa guna yang tu? Tak comel

Ain: guna yang ni 🐷

Gila eh?

Mengaku diri tu babi

Ain: tak mengaku pun tapi kau yang cakap macam tu 😗

Dah la, aku nak off

Bye

Ain: byeee~ nanti tengok ig k. Aku nak post something 🤪🤪🤪





          Terpegun kejap Airil membaca mesej Ain. Dia dapat menyangka sesuatu tapi harap sangat ianya tak betul.





Kau nak post apa? Cakap

Ain: tengoklah nantiii~ HAHAH 🤪🤪

Kau jangan macam-macam, ikan

Ain: 😗❤️

seen





          Airil dengan pantas membuka aplikasi Instagram dan refresh feed dia. Belum ada apa-apa update daripada Ain. Dia refresh feed berulang kali sehinggalah muncul story baru daripada gadis tersebut. Laju jarinya menekan icon profile Ain.





[ gambar mesej Ain dengan Airil tadi ]

Airil sayang saya, uolls. Percaya tak? HAHAHAHA tak caye, tanya dia sendiri 🤪🤪❤️





          Pipi Airil mula membahang melihat story Ain.

          "Bodohlahhh! Erghhh, memang nak kenalah budak nih!"

          Airil memukul-mukul bantal yang ada di depannya membayangkan bantal itu ialah Ain. Dia terus reply story tersebut.





ainsaraaaaa

You replied to their story
[ story ]
Kau delete sekarang

Tak nokk.. 😗

Tolonglah deleteee! Memalukan bodo!

Hee.. 😁
Takpelah, kita dah habis sekolah dah pun. Nak malu apanya?
Diorang takkan jumpa kita lagi dah pun

Ah, tak kisah la! Nanti nak ambil result kang jumpa jugak! DeLETE!!

Nope
Bye~ aku nak bersiap. Pukul dua nanti nak keluar shopping ahah 😗💕

seen





          Waktu di langit Ain dan Airil berbeza memandangkan mereka tinggal di negara berlainan. Malaysia enam jam lebih awal daripada Perancis. Jadi sekarang di tempat Ain, pukul 1:42 petang manakala tempat Airil pukul 7:42 malam.

          Airil mencampak telefonnya ke tepi dan menekup wajahnya dengan bantal. Rasa nak jerit saja.




          Ya Allah, maluuuu! Kenapa dia buat macam tuuu? Sumpah memalukan! Nanti aku jumpa dia, memang aku bunuh dia.





          Tanpa membuang masa, Airil terus bangun dan ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat Maghrib.






          Ting!

          Ting!

          Ting!





          Semasa solat, telefonnya berbunyi menandakan dia menerima mesej daripada seseorang. Atau mungkin banyak orang. Haih, lupa nak mute telefon tadi. Tak boleh khusyuk dia semasa solat.

          Selesai saja solat, Airil melipat dan menyimpan sejadah di sebuah rak lalu mencapai telefonnya dan melihat beberapa orang mesej, menanyakan mengenai story Ain tadi. Malas dia nak layan, dia hanya membalas mesej rakan-rakannya saja.





Geng maggi dap erhh 😚🍜
Anep, Capik, Khai, You

Capik
woi, betul ke do story Ain tu?

Khai
tulah, terkejut aku
dah berani eh kau, Airil. Amboiii...

Capik
melepas aku cenggini

Anep
amende ni?

Khai
pi tengok story Ain kat ig

Anep
oh k

Anep offline

Capik
woi Airil, mana kau?
dah habis SPM pun takkan belajar lagi?

Khai
rajin sangat tu, bang

Capik
aku tunggu nihhh

Khai
sabar sabar. Aku tahu kau maghoh
rilek ye bang?

Dia yang suruh

Memang tak ah aku nak cakap macam tu

Khai
ye ke?
bukan kau suka Ain?

Gila. Takde maknanya

Capik
siyes?

Ya..

Khai
ok Fiq? Dah ok Fiq?

Capik
dah dah ahahah

Anep
ohh wow

Apa?

Anep
pandai eh kau?

Khai
lambat ah kau, Nep. Orang dah habis dah pun

Anep
oh ye ke?

Capik
baca mesej atas

Pabji jom

Capik
JOM JOM
aku nak push rank nihhhh

Khai
aku kat toilet ni. Jap

Capik
bodo.. apa sia main phone dalam toilet

Khai
lantak ah. Perut sakit do

Capik
kang terjatuh phone dalam jamban kang.. baru tahu

Khai
diam ah. Aku nak basuh ni

Aku off lu

Capik
aku pun

Anep
aku join

Airil offline

Capik offline

Anep offline

Khai
[ ▶️ ] korang jangan start tanpa aku. Tunggu!

Khai offline





~~~~





          Sebulan berlalu, Airil mengajak rakan-rakannya untuk lepak di rumah dia. Rutin hariannya masih tak ubah seperti bulan lepas. Main game saja sepanjang masa.

          "Weh wehhh! Sana tu! Sebelah rumah besar tu!"

          "Manaaaa? Kau ni, sana sana! Sana mana???"

          "Situlahhh! Belah kiri sanaaa! Aduuuu! Cepat datang sini!"

          "Weh! Tolonglah cover aku, Nep! Kau nieee! Masalah laaa!"

          Bising ruang tamu rumah Airil dengan suara teriakan rakan-rakannya. Sibuk ajak berjumpa tapi masing-masing menghadap telefon saja.









          Ting!




          Tiba-tiba satu mesej masuk dalam telefon Airil. Laju jari Airil menolak notifikasi tersebut ke atas. Ganggu aje orang nak main game.

          Beberapa ketika kemudian...





          Ting!




          Mesej daripada Ain lagi. Airil menolak notifikasi tersebut ke atas lagi.








          Ting!




          Lagi sekali notifikasi keluar dalam telefon Airil.

          "Aish, kacaulahhh." Marah Airil sendiri sambil jarinya dengan kasar menolak notifikasi itu ke atas.

          "Siapa tu weh?" Tanya Khairul sambil matanya tertancap pada telefon.

          "Ain."

          "Ain? Kenapa dengan dia?" Sampuk Syafiq sambil memandang Airil sekilas sebelum kembali menatap telefonnya.

          "Entah dia.. weh weh! Belakang kau, Khai!"

          Macam inilah sisi Airil ketika dia bersama kawan-kawan baiknya. Macam orang normal kan? Memang pun.






          Ting!



          Mesej daripada Ain masuk lagi.

          "Ya Allah, dia nihhh."

          Airil menarik notifikasi mesej tersebut ke bawah dan menaip sesuatu sebelum menekan butang send untuk menghantar mesej tersebut kepada Ain. Macam itulah nak reply tanpa perlu membuka aplikasi :3

          Dia terus sambung main. Ain di sebelah lain pula sudah menerima balasan mesej daripada Airil.





Ain: yuhuuu~

Ain: buat apa tu, awak?

Ain: dah sebulan habis SPM. Apa rutin harian kau sekarang ni?

Ain: belajar lagi ke ha?

Aku busy. Jangan kacau

Ain: busy apa? Kau kerja ke?

Tak

Ain: habis tu?

AKU TENGAH MAIN GAME NI. JANGANLAH KACAU

Ain: ohh main game..





          Terukir senyuman sinis di bibir Ain. Dia terus mencari di mana icon video call lalu menekannya. Sengaja nak kacau Airil la tu.












          Sementara di tempat Airil pula...


          Truuu... truuu...




          "Nak apa budak niiii? Ya Allah... aku dah kata jangan kacau akuuu!" Laju jari Airil menekan butang decline dan sambung main.

          "Apasal? Si Ain call ke?"

          "Ya!" Garang suaranya menjawab pertanyaan Khairul.

          Geram betul bila diganggu semasa dia sedang cuba fokus. Matanya menumpukan perhatian pada watak dalam game PUBG itu.

          "Amboi, garang betul, bang. Takut saya." Ujar Khairul.

          "Angkatlah. Mungkin dia bosan kot duduk sana. Kesian dia." Kata Hanif pula.

          "Kau tak nampak ke aku tengah main ni? Haa?" Bertaut kening Airil ketika ini. Marah nampaknya.





          Truuu...




          Tiba-tiba Ain menelefon lagi.

          "Sial la... kau nak apa, bodo?" Dengan geram Airil menekan butang decline lagi.

          "Woi, rilek sikit. Awek aku tu."

          "Kepala hotak dia awek kau. Bila masa?" Airil memandang Syafiq tajam.

          "Suka hati akulah. Hak alah... apasal kau?"

          "Dah dah, jangan nak berebut awek. Sekarang ni kau nak main ke tak, Airil? Berapa kali kau dah kena bunuh ni." Tegur Khairul, meleraikan pertengkaran kecil antara Airil dengan Syafiq.







          Truuu... truuu...




          "Aku off la macam ni. Mengacau betul Si Ain ni."

          "Ha yelah."

          Dengan hati yang membara, Airil menekan butang decline lalu dia keluar dari aplikasi PUBG dan terus membuka aplikasi WhatsApp.





Kau nak apa?

Ain: eh

Ain: dah habis main ke?

Cakap sekarang kau nak apa

Ain: eheheheh

Ain: saya nak perhatian awaklah 😙

Kau nak perhatian sangat, pergilah kat bf kau!

Ain: ehhhh aku mana ada bf dah. Ish kau ni

Ain: oh jap

Ain: awaklah bf saya ehek

Gila

Ain: betullah

Ain: rindu nak kacau kau lagi :(





          "Amboi, dah ada awek tak cakap."

          Tiba-tiba suara Khairul di sebelah Airil kedengaran. Airil memandang ke kiri dan kanannya. Khairul yang tadi duduk di sebelah kanannya sudah rapat dengannya manakala Syafiq yang tadinya duduk di sofa berlainan sudah berada di sebelah kiri Airil. Hanif pula duduk di sebelah Syafiq.

          "Amboi amboi... hari tu kitorang tanya, kau cakap takde pape. Menipu kan kau?" Syafiq pula bersuara.

          "Ish, tak kuasa aku nak buat benda haram. Dia ni yang mengada."

          Airil kembali memandang skrin telefonnya diikuti rakannya yang lain.





Ain: kau mesti tengah lepak dengan member kau kan?

Ain: aku rindu diorang jugak la, hurm 😔

Ain: kenapalah kita kena duduk jauh..

Ain: baru nak lepak sama-sama





          "Alalalaa... dia rindu kita jugak la wehhh. Weh Airil, video call jom." Ujar Khairul.

          "Ha'ah. Pakai WhatsApp punya terus. Sebab kita takleh call guna nombor telefon kan kalau orang tu kat luar negara?"

          "Tulah." Hanif menyokong pernyataan Syafiq.

          "Malas ah.."

          "Alah, kau ni... k takpe. Kalau kau malas, biar kitorang yang call."

          Selamba badak Khairul merampas telefon dari tangan Airil. Airil pun mengeluh perlahan dan membiarkan mereka. Macam-macam betul diorang ni.









          Truuu.. truuu...





          Spontan jari Ain menekan butang accept setelah mendapat panggilan daripada Airil.

          "Hai awakkk~ awak apa khabar kat sanaaa?" Sapa Khairul sambil tangannya merakam rakan-rakannya dengan selfie mode.

          Terkejut Ain melihat mereka semua.

          "Wehhh, ahahahah! Haiii~ rindu korang do... korang buat apa sekarang ni?"

          "Tadi tengah main game tapi tulah... Airil kalah. So dia merajuk tak nak main. Tu yang text kau tu. Betul tak, bang?" Khairul merakam wajah Airil dengan lebih dekat.

          "Kepala otak kau." Airil menjeling lelaki di sebelah kanannya itu membuatkan Ain tergelak kecil.

          Rindu nak tengok muka Airil depan-depan walaupun baru sebulan berlalu.

          "Korang tak kerja ke? Takkan tak nak cari duit?" Tanya Ain sambil meniarap di atas katil dengan melapik dadanya menggunakan bantal.

          "Oh, aku plan nak cari kerja esok. Dengan Anep. Kan, Nep?"

          "Ah, betullah tu." Hanif mengiyakan pernyataan Khairul.

          "Ohhh... kau Syafiq?"

          Khairul fokus telefon pada Syafiq pula.

          "Akuuu... aku takleh ah. Kena balik kampung minggu depan." Jawabnya sambil tangan membetulkan sedikit rambutnya yang agak panjang.

          "Ohh kenapa? Ada saudara kau yang sakit ke?"

          "Takde ah. Saja, melawat. Cuti kan?"

          "Ohhh~ Airil tu apahal? Senyap je." Tanya Ain bila dia perasan Airil langsung tak bersuara.

          Sekolah dah habis pun masih nak sombong ke?

          "Entah dia. Oi Ril, awek kau call ni. Cakap ah pape." Khairul mendekatkan telefon pada wajah Airil pula. Dah macam cameraman dah dia ni.

          "Nak cakap apa? Takde benda nak kena cakap."

          "Cakap jelah. Apa kau rasa sekarang ni? Rindu kat Ain tak?" Usik Khairul.

          "Takde maknanya aku nak rindu dia."

          "Elelelee... yelah tu."

          "Tah dia. Sombong bebenor." Hanif menyokong Khairul.

          Ain hanya tersenyum pendek.



          Dia ni sampai bila nak sombong ha?

          Bisik hatinya.

          "Kak Ain macam mana kat sana? Best tak?" Tanya Syafiq, mencari topik untuk dibual.

          "Bestlah jugak. Sebab aku memang dah lama nak bercuti kat sini. Dapat shopping macam-macam and makanan diorang pun best weh. Sedap! Lepas tu, baru minggu lepas aku pergi Eiffel Tower. Banyak tempat aku melawat dalam tempoh sebulan ni sebenarnya. Tak henti jalan-jalan sampai sakit kaki ni hahah. So hari ni nak rehat jap. Banyak gila gambar aku ambil tau hahahah nanti aku update lagi kat ig."

          "Ohhhh~ okey okey." Mereka bertiga cuma mengangguk faham mendengar cerita Ain.

          "Lepas tu, bla bla..." gadis itu teruskan bercerita.

          Wawa berjalan ke ruang tamu ingin melihat apa yang dilakukan oleh Airil dan kawan-kawannya.




          Kenapa bercakap dengan telefon tu?

          Tanya hati kanak-kanak tersebut.

          Adik kecil itu naik ke atas sofa dan duduk di sebelah Khairul.

          "Eh adik. Adik tengok tu. Cakap hai, Kak Ain~" Khairul mendekatkan telefon pada Wawa dan menunjuk gambar Ain pada skrin.

          Kanak-kanak berumur lima tahun itu terus tersenyum tatkala melihat Ain di dalam skrin telefon Airil.

          "Hai Kak Ain~! Akakkk, bila akak nak datanggg? Bosanlah takde kawan nak mainnn."

          "Haiii~ ahahah, Abang Airil kan ada? Mainlah dengan abang."

          "Ala, main dengan abang tak besttt... abang main dengan adik macam adik ni main seorang-seorang je. Tak best!" Kata-kata Wawa membuatkan semua orang di ruang itu ketawa termasuk Ain.

          "Dengar tu, Airil. Kau ni.. abang bosanlah. Bagi kat aku jelah Wawa ni." Gurau Khairul.

          "Ambik ah, ambik. Aku lagi sayang kucing aku daripada dia."

          "Airil..! Kau ni jahatlahhh. Kesianlah kat adik!" Marah Ain kepada Airil.

          Wajahnya menunjukkan bahawa dia sedang menahan geram. Kesianlah kat budak kecil tu. Ish, abang apalah Airil ni?

          "Tulah kau! Kesianlah kat Wawa, halahhh..." Syafiq menyokong Ain.

          Wawa yang mendengar cuma menayangkan riak wajah keliru.





          Kenapa ni?





          "Korang, buat apa tu?" Tanya Puan Dina yang baru saja keluar dari dapur.

          Beliau sedang membawa mangkuk-mangkuk yang bertindihan dengan sudu-sudu di dalam mangkuk paling atas menuju ke meja makan.

          "Ni haa... tengah video call Ain." Jawab Hanif.

          "Ain? Nak tengok, nak tengok." Dengan terujanya ibu Airil berjalan ke arah mereka dan berdiri di belakang sofa yang diduduki oleh mereka semua.

          Khairul memberikan telefon Airil kepada Puan Dina.

          "Assalamualaikum, Ain. Apa khabar kat sana? Wahhh, makin lawa kamu." Pujian Puan Dina membuatkan Ain tertawa kecil.

          "Waalaikumusalam. Mana ada, bu.. ish. Sama jelah... ibu sihat tak?"

          "Sihat, alhamdulillah. Ain, kenapa tak bagitahu ibu yang Ain nak ke luar negara? Boleh ibu belikan apa-apa hadiah sebelum Ain pergi."

          "Sebab Ain tak nak bagi ibu sedih. Ain diam jelah heheheh. Macam mana ibu tahu ni?"

          "Airil yang bagitahu. Lima bulan Ain tinggal sana? Lamanyaaa... bla bla..."

          Sementara Puan Dina dan Ain berbual-bual, Khairul, Syafiq dan Hanif sudah memandang Airil pelik.

          "Ibu? Weh, belum kahwin lagi dah practice nak panggil 'ibu' dah ke?" Bisik Syafiq hairan.

          "Merepek apa kau? Mak aku suka Ain. Dia suruhlah Ain panggil dia ibu. Korang ni... kenapa suka sangat fikir jauh ha?"

          "Heheheh, takdelah. Kitorang cuma pelik je."

          "Tulah. Aku pun terkejut tadi." Hanif menyokong pernyataan Syafiq.

          "Tapi aku rasa korang macam dah ada connection do. Makin rapat aku tengok korang. Siap tinggal sebumbung lagi. Mak dengan adik kau pun dah suka Ain."

          "Kan." Sokong Hanif kepada Khairul pula.

          "Jangan nak macam-macam la." Airil memandang ibunya yang sedang berdiri di belakang sofa mereka.

          "Okeylah, Ain. Lain kali kita sembang lagi ya? Hati-hati tau kat sana. Bahaya juga tinggal kat negara orang ni."

          "Itulah... tapi ibu jangan risaulah. Ain boleh jaga diri. Papa dengan mama Ain ada je. Abang Ain pun ada."

          "Ha eloklah tu. Ibu pergi dulu. Nak hidang makanan ni. Ain jangan tak makan tau."

          "Okey, assalamualaikum ibu~"

          "Waalaikumusalam."

          Puan Dina menghulurkan telefon kepada Airil lalu berjalan ke meja makan.

          "Wawa, meh makan meh." Panggil beliau.

          "Okey~ abang. Nanti Wawa nak call Kak Ain lagi boleh?"

          "Hm boleh boleh.." jawab Airil malas.

          "Yayyy~! Kak Ain, Wawa nak kena pergi makan dah ni. Byeee~ nanti nak cakap-cakap dengan akak lagi tau." Wawa melambai pada skrin telefon.

          "Okay, byeee~ hahah." Ain membalas lambaian adik itu.

          Wawa turun dari sofa dan mengikuti ibunya ke meja makan untuk makan tengah hari.

          "Eh, korang kalau nak makan, meh la. Aunty masak sedap ni." Pelawa Puan Dina.

          "Okay aunty~ nanti kitorang join sekali." Balas Syafiq.

          "Okey, Ain. Kitorang nak kena off dulu ni. Nak makan." Khairul berkata.

          "Ohh okey. Tapi aku nak cakap dengan Airil jap boleh?"

          Mendengar permintaan Ain, Airil terdiam dan pada masa yang sama, tercengang.





          Nak cakap dengan aku?



          "Oh? Nak cakap dengan Abang Airil je? Boleh boleh~ ha, Airil. Elok sikit bahasa tu. Jangan kasar sangat dengan perempuan. Kau tu bukan boleh caye sanga-"

          "Ye weh, ye... aku tahu." Airil memotong ayat Khairul lalu bangun dari duduk.

          Dia pergi ke halaman belakang rumah dan duduk di meja yang terdapat di situ sementara Khairul, Syafiq dan Hanif duduk di meja makan untuk menikmati makan tengah hari.

          Bunyi air kolam ikan yang terdapat water fountain di belakang rumah kedengaran menenangkan di pendengaran Airil.

          "Nak cakap apa?" Tanya Airil ingin tahu tetapi dia memasang wajah tak berperasaan.

          "Tak sabar nak balik do... serius, aku dah rindu nak tinggal rumah kau lagi." Ujar Ain sayu.

          Airil diam saja mendengar ayatnya.

          "Oh.. kau nak aku balas apa ni?" Tanya Airil kekok.

          "Hm... aku rindu masakan ibu jugak. Ibu masak apa tu?"

          "Tak perasan pula... tapi aku bau laksa tadi."

          Ain melopong mendengar balasan Airil.

          "Laksaaaa. My favouriteee..!"

          Wajah Ain disembam pada bantal lalu wanita itu berpura-pura menangis. Tertawa kecil Airil melihatnya.

          "Wehhh, nak balikkk. Lamanya kena tinggal siniii. Kalau sebulan je takpe jugak. Ini lima bulannn!"

          "Kau ni... cuba bersyukur sikit. Dah dapat tinggal sana lima bulan tu kira beruntung tau. Orang lain semua nak tinggal kat negara luar. Engkau? Heihhh, tak bersyukur betul."

          "Yelah yelah. Aduhhh... membebel pula dia."

          "Kalau aku tak bebel, kang sampai menangis kau sibuk nak balik."

          "Yelah awak, ya."

          Mereka berjeda seketika.












          "Kau tak rindu aku ke?"

          Ain bergolek dan baring di atas katil sambil tangannya memegang Iphone 7 plus dia ke atas. Airil pula membisu mendengar soalan gadis itu.

          "Belum lagi.." jawab dia sambil menggosok tengkuk perlahan seraya matanya memandang ke arah water fountain.

          "Belum lagi? Maksudnya, kau akan rindu aku la ni? Ohhh... so maknanya, kau serius la dengan kata-kata kau malam tu?" Ain sudah tersenyum.

          "Ha.. ha.. aku pun tak tahulah weh. Dahlah, aku nak makan. Lapar."

          "Okey- arkk!" Terjerit kecil Ain bila telefonnya terlepas dari pegangan lalu terjatuh pada wajahnya.

          "Ow..!" Kedengaran gadis itu mengaduh sakit. Dia menggosok-gosok dahi dan hidungnya.

          "Weh, kau okey tak?" Airil tergelak kecil melihat Ain. Skrin telefonnya sekarang memaparkan siling bilik wanita tersebut.

          "Okey... weh, sakit do.."

          Ain mencapai telefonnya dan merakam wajahnya semula. Dahi digosok lagi bagi menghilangkan rasa sakit.

          "Weh weh. Aku baru teringat. Apa benda yang kau nak cakap kat aku tu? Yang masa malam kita habis SPM tu?" Tanya Ain, kembali bersemangat.

          Terkelu Airil. Matanya terus memandang lagi kolam ikan memandangkan kolam itu memang ada di hadapannya. Rasa malu tiba-tiba bila Ain bertanya tentang itu.

          "Um... takde apalah. Aku dah lupa." Jawabnya.

          "Tipulahhh. Bagitahu sekarang. Kau jangan biar aku tertanya-tanya." Ain menuding jari telunjuk pada skrin telefonnya seakan-akan menuding ke arah Airil.

          "Dah dah. Aku nak gi makan. Byeee."

          "Airil!"



          Tuttt...


          Cepat-cepat Airil menamatkan panggilan. Dadanya berdebar-debar. Dia mengeluh perlahan sambil bibirnya tersenyum pendek. Mesti Ain tengah menyumpah seranah dia sekarang ni.

          Telefon dimatikan sebelum lelaki itu bangun dan pergi ke pintu masuk. Terkejut dia melihat Khairul, Syafiq dan Hanif sedang berada di sebalik pintu. Curi-curi dengar perbualan orang la tu.

          "Korang buat apa ha?" Tanya Airil menyampah.

          "Untunglah ada orang rindu. Kitorang ni siapa jelah nak notice kan? Hm..." Khairul berpura-pura sedih sambil mencucuk-cucuk kedua-dua jari telunjuknya satu sama lain, lagak seperti seorang yang pemalu. Sengaja mengusik sahabatnya itu.

          Hanif dan Syafiq turut membuat muka sedih dan memuncung bibir.

          "Gila. Dah dah, masuk. Aku nak makan."

          "Ahahaha, malu ler teww~"

          Airil cuma mengabaikan rakan-rakannya lalu mencapai mangkuk yang sudah berisi dengan laksa. Dia meletak bahan-bahan lain ke dalam seperti telur rebus, cili, dan timun lalu mencedok kuah laksa ke dalam mangkuk tersebut. Limau kasturi yang sudah dipotong separuh diperahnya ke dalam lalu dia mula menjamu selera setelah menggaul laksanya sedikit.





~~~~





          Malam hadir seperti biasa. Wawa sedang bermain dengan mainannya di ruang tamu manakala abangnya sedang melayan telefon di atas sofa. TV di depan yang memaparkan drama Lestary dibiarkan menyala saja bagi mengurangkan sedikit suasana sunyi di ruang itu.

          "Hurm... bila Akak Ain nak datang lagi, abang?" Tanya Wawa sambil menoleh memandang abangnya.

          "Entah.." jawab Airil tanpa menoleh langsung ke arah adiknya.

          "Hm... rindulah dekat Kak Ain. Abang tak rindu Kak Ain ke?"

          "Tak." Sepatah-sepatah saja Airil menjawab pertanyaan adiknya. Memang patutlah Wawa berasa bosan dengannya.











          Kau gila ke tak rindu? Perempuan tulah yang pertama buat aku tak betul.





❤️❤️❤️

Agak-agaknya korang rasa bila Airil mula suka Ain eh? 🤔😚

Abaikan apa-apa typo atau kesalahan bahasa ke apa. Kelam-kabut sangat nak publish haha 😌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro