e l e v e n

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

now on air : the hidden medusa

"STOP!"

Hampir sahaja Andrea berlari dan menyelamatkan Avyanna, namun badannya telah ditahan dan dipegang dengan kasar oleh dua orang pengawal berjubah hitam. Air mata jatuh mencurah-curah, jeritan dan raungannya tiada siapa yang pedulikan.

Avyanna turut menitiskan air mata. Bukan gerun dengan hukuman tapi benci akan diri sendiri kerana tidak mampu menepati janji yang telah dipateri dengan Park Jimin.

"Saya m-minta maaf, lady.." lirih dia bersuara, langsung tidak berani mengangkat wajah dan memandang Andrea. "A-avyanna.. Avyanna.. tolong, j-jangan bunuh dia.."

Lorcan dan Macaria tersenyum sumbing. Seorang lagi menjadi mangsa.

Mata dipejam, Andrea tak sanggup melihat situasi mengerikan itu. Ia bagaikan mimpi ngeri yang menghantui diri. Ekor mata Jungkook teralih ke arah Andrea. Ingin sahaja dia membawa pergi gadis itu dari. Sepatutnya Andrea tak patut menonton semuanya.

Ia sepatutnya dirahsiakan. Hanya beberapa orang yang akan menyelesaikan hal tersebut tapi entah kenapa, Raja Jeon memanggil seisi istana menyaksikan detik-detik terakhir seorang dayang muda bernama Avyanna Seirdo.

Tangan pengawal-pengawal itu ditepis kasar, Jungkook terus membawa Andrea pergi tanpa teragak-agak. Setelah lama berdiam diri gadis itu menarik tangan dari genggaman si putera mahkota. "Untuk apa semua tu? Sengaja nak punahkan lagi hidup saya yang dah hancur ni, tuanku?" soalnya dengan getaran, menahan tangisan.

Jungkook berdiam diri dan memandang ke arah lain. Andrea dibawa ke sebuah lautan yang jauh dari kota Ruthenia. Hanya dipenuhi pohon hijau dan deru laut yang menenangkan.

"Tenangkan hati kau. Buat aku macam halimunan."

Andrea melangkah sendiri dan duduk di atas gaung. Nafas dihirupkan sedalam-dalamnya, matanya dipejam rapat.

"Putera Mahkota Jeon Jungkook memang sampah! SAMPAH! BASTARD! ARGH!" laungnya kuat melepaskan segala rasa yang menjeruk dalam diri sendiri. Jungkook menggetap gigi dan perlahan, menghela nafas berat. Punggung dilabuhkan di sisi gadis itu.

Bahu Andrea direngkuh, kepalanya dibawa ke dada.

"Lega?"

Walau agak pelik dan tertanya-tanya dengan kebaikan putera mahkota saat itu, Andrea hanya menurut. Kepala diangguk perlahan. "Sikit." Mata mereka berdua jatuh memerhatikan laut nan membiru, tak ubah seperti iris biru laut Jungkook. Melemaskan. "Kenapa tuanku bawa patik ke sini? M-majlis tadi-"

"Kau tak perlu tahu, Andrea. Kau pun tak suka, kan?"

Andrea menutup mulut, habis hilang soalan-soalan yang bermain di fikiran tadi. Nak pandang Jungkook, segan.

"Aku minta maaf."

Wajah Jungkook dipandang dari sisi. Andrea terkebil-kebil. "Kenapa?"

"Tentang Avyanna, Taehyung dan anak dalam kandungan kau. Aku minta maaf." Pandangan mereka bersatu. Riak terkejut dan tak percaya yang terpampang di wajah gadis itu membuatkan Jungkook tersenyum kecil. Hidungnya dicuit. "Stop looking at me like that. You make butterfly flies in my stomach, sweetheart."

Tanpa sedar darah meruap ke pipinya saat digelar sweetheart dengan tiba-tiba oleh si putera. Jungkook ketawa geli hati dan membuang pandangan ke arah laut semula.

Demam ke Jungkook ni?

"I like you too much than I expected. Aku taknak orang lain dekat dengan kau. Aku tak suka kau rapat dengan Taehyung, dengan Jimin. Aku tak suka."

Ah sudah. Putera buat sesi luahan hati pula!

"Kau faham apa aku rasa, Andrea?"

"Tapi kenapa, tuanku? Sebab patik kandungkan waris takhta tuanku? Macam tu, kan? Tolong cakap semua ni hanya sebab bayi ni, tuanku."

"Sampai tahap tu kau bencikan aku, Andrea King?" Andrea tertunduk, tak kuat membalas renungan Jungkook yang bersinar untuknya. Tak, bukan untuknya. Untuk kandungan ini. The heir of the throne. "Tuanku, patik cuma perempuan simpanan tuanku. Yang berhak menduduki tempat tertinggi dalam hati tuanku hanya Puteri Macaria. Bukan patik."

Gadis itu bangkit, berura-ura untuk pulang.

"A-andrea."

Jungkook bergegas bangun dan merentap tangannya. Nafas gadis itu dicuri. "Jangan buat aku macam ni, Andrea," katanya usai meleraikan tautan bibir mereka. Andrea berpaling.

"Kalau tuanku cintakan patik, tuanku takkan biarkan patik terseksa macam ni. Tuanku takkan biarkan Putera Park pergi. Tuanku takkan kurung General Kim atas kesalahan yang dia tak lakukan. Dayang Avyanna takkan dibunuh, tuanku akan percaya cakap patik."

"Tuanku cuma nak anak dalam kandungan ni. Dan andai kata patik perlu pergi.. p-patik sanggup gugurkan anak ni kalau itu yang terbaik untuk kita berdua, Putera Mahkota Jeon."

✦ˠ✦

"Patik sanggup gugurkan anak ni kalau itu yang terbaik untuk kita berdua."

"Jungkook."

Jungkook mengangkat wajah memandang Macaria yang dari tadi memanggilnya untuk turun bersantap. "We're running late. The king and queen is waiting for us," katanya seraya melebarkan senyuman. Jejaka itu mengangguk dan turun ke dewan santapan bersama si puteri. Kelibat Andrea yang seperti baru kembali dari kurungan bawah tanah itu menarik perhatiannya.

"Macaria, boleh kau pergi dulu? I'll be there soon."

Dengan terpaksa Macaria menggerakkan kepala ke atas dan ke bawah, akur dengan arahan si putera. Dia berdecih perlahan. "Nak attention lah tu." Kaki terus disusun tanpa Jungkook.

"Andrea." Andrea membungkuk hormat. "Kau dah makan tengah hari? Jom, makanan dah siap-"

"Patik akan pergi sendiri. Putera pergilah bersantap dahulu. Raja dan permaisuri menanti." Sekali lagi dia membungkuk hormat dan berjalan pulang ke kamar. Jungkook mengeluh.

Andrea tersandar pada belakang pintu. Air mata yang ditahan dari tadi jatuh tanpa amaran.

"Oh, honey. Please don't cry."

Mata teralih ke arah suara itu. Senyuman suam yang dirindukan itu serba sedikit merawat luka di hatinya. "It hurt me a lot. Sakit sangat, sayang."

"J-jimin." Tubuh hangat Jimin dipeluk penuh rasa rindu, segala-galanya dilepaskan pada jejaka itu. "Please don't cry. Please, saya pun rasa nak menangis tengok kesayangan saya macam ni.." pujuk Jimin lembut mengusap kepala Andrea. "I can't hold myself anymore. Saya tak kuat sendirian macam ni. Jangan t-tinggal saya sorang-sorang, Jimin."

Setiap inci wajah Andrea diamati.

"You have to. You have to stay strong for yourself, sayang. You have to trust yourself. Awak tak boleh berharap pada orang lain setiap masa. Sometimes we have to help ourselves to get out from everything. You get me?"

"Tapi saya tak k-kuat." Jimin menggelengkan kepala. "Tak. Awak kuat. Tapi awak memilih untuk tengok kelemahan awak, bukan kekuatan awak. Kenapa awak perlu rasa diri awak lemah sedangkan awak masih mampu berdiri dekat sini sampai saat ni, Andrea King?"

Gadis itu tergamam.

"Saya tak boleh duduk sini lama-lama. But I beg you, please stay strong and fight for yourself. Berhenti beralah pada orang lain dan sakitkan diri sendiri. Your own happiness matter. Boleh?"

"I'll try."

❚❚ to be continued : the hidden medusa

edited - 061921

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro