t e n

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


now on air : the hidden medusa

"Dah tentulah. Takkan Raja Jeon sanggup tidur dengan perempuan murahan macam dia? Apa istimewanya Andrea tu sampai raja pun terpikat sama?"

Jungkook mengeluh lalu bersandar pada dinding balkoni. Jawapan Macaria tadi masih kedengaran di corong telinga. "Aku pun tertanya juga.. apa istimewanya dia sampai aku pun terpikat sama?"

✦ˠ✦

"T-taehyung, s-saya minta maaf-"

"Ani. It's okay. Aku tahu kau takut dan Jungkook desak kau, kan? Aku faham, Andrea. I'll be fine. Aku janji dengan kau." Andrea jatuh terduduk dengan air mata yang mula menitis. Bibir Taehyung mengukir sebuah senyuman nipis seraya mengusap kepala gadis itu.

"Aku akan pastikan aku akan keluar dari sini. Jaga diri kau elok-elok. Dah, jangan menangis macam ni." Kepala Andrea tersandar lemah pada pintu besi kurungan. Telapak tangan general itu ditarik dan digenggam.

"Awak je harapan saya, General. Tolong keluar segera dari sini." Jejaka itu mengangguk perlahan dan menarik tangannya semula. "Pergi balik bilik kau. Marah Jungkook nanti. Pergi."

Dengan berat hati Andrea meninggalkan kurungan bawah tanah. Kaki disusun lemah mendaki tangga ke biliknya.

"TAK! A-ANDWAE! J-JEBAL, YOUR MAJESTY! J-JANGAN BUAT SAYA MACAM NI!"

Jeritan itu buat Andrea terus berpaling ke belakang. Tak lain tak bukan, itu Avyanna.

"Avyanna?" Dia melangkah, mencari kelibat Avyanna sambil memanggil-manggil nama dayang itu. "Avyanna?" Jeritan dan rontaan satu-satunya dayang yang dipercayainya semakin kuat. "I'm sorry, Princess! S-saya tak sengaja-"

"Bawa dia pergi. Buat sakit mata aku je."

Liur diteguk perit, Andrea tersandar pada dinding dengan tangan menekup mulut. Ekor mata tak semena-mena bergenang air mata. Mula-mula Jimin, kemudian Taehyung, dan sekarang?

Giliran Avyanna yang tak berdosa?








if teardrops could be bottled,

there'd be swimming pool fill by models



































Aku belum sedia untuk diuji sedahsyat ini.

✦ˠ✦

"Andrea. Buka pintu ni."

Gadis itu berjalan lemah ke arah pintu lalu terpampanglah wajah dingin Putera Mahkota yang menyilangkan tangan ke dada. "Can I help you?" soalnya tanpa berdalih, mahu cepat selesai urusannya dengan Jungkook. Buat sakit hati pandang lama-lama.

"Kenapa tadi lunch tak turun? Kau tak apa-apa?"

Andrea memalingkan tubuh membelakangi Jungkook. "Actually tuanku perlu kesah ke kalau saya tak makan tengah hari pun?" Jungkook menggetap gigi dan melangkah masuk. Pintu di belakangnya ditutup. "Andrea-"

Andrea tiba-tiba rasa loya dan terus berlari ke dalam bilik air. Habis dimuntahkan segala isi perut yang hanya diisi dengan roti. Mulut dibasuh, dia keluar dan duduk di birai katil. Jungkook turut serta. "Kau sakit, ke? Kenapa tak makan? Masuk angin ni-"

"Tuanku. Tak perlulah kesahkan saya. Sudahlah, saya nak makan ke apa itu urusan saya, bukan urusan yang tuanku perlu masuk campur. Patik harap tuanku faham."

Iris hijau itu lari ke arah lain, tak mahu bertentangan dengan karbon biru laut yang melemaskan milik Jungkook. Andrea tak mahu tumbang. Dia harus berdiri. Berdiri dan berjuang untuk diri sendiri. Putera itu mengunci bibir seraya bangun dan berjalan ke arah pintu.

"Fine, then. Suka hati kaulah, Andrea King. Aku cuba layan kau elok-elok tapi kau tak nak, kan?"

Kelibat Putera Mahkota hilang dari pandangan. Pintu tertutup.

"I'm so sorry, honey.." perutnya diusap dengan suara lirih, memohon maaf.








"O-oh, awak Lilith, kan? Mana Avyanna?" Dayang berambut biru gelap itu sekadar mendiamkan diri dan menyambung kerjanya, langsung tak buka cerita. "But, by the way.. kenapa saya kena pakai jubah hitam malam ni? Kita ada majlis apa-apa, ke? Kenapa saya tak tahu pun?"

Dayang itu membentuk sebuah tanda kecil dengan sejenis cecair berwarna merah. "Lady, you're done. Let me bring you." Bagai sebuah robot, Lilith hanya melakukan kerja tanpa bercerita. Sungguh kaku, dan terlalu lain dari Dayang Avyanna yang suka bercerita perihal istana. Sejarah kerabat diraja, kemasyhuran kerajaan Ruthenia dan sebagainya.

But she's not here.

Andrea sendiri tak pasti, mengapa Macaria membawa Avyanna menahannya tempoh hari. Avyanna ada buat salah, ke? Soalan itu terus berlegar-legar di fikiran Andrea.

Kaki menapak ke dalam ruang besar yang hanya diterangi cahaya obor, dia berdiri disisi Putera Mahkota tanpa membungkuk hormat seperti selalu. Jungkook sekadar menjeling. Andrea memerhati segenap ruang yang agak kelam itu. Menyeramkan, habis berdiri bulu roma.

Tak lama selepas itu Macaria turut tiba dengan senyuman sinis yang setia menempel di bibirnya. Puteri itu laju sahaja menunduk hormat pada si raja dan permaisuri sebelum memeluk lengan Jungkook, mesra.

"Kenapa lambat?"

"Amboi, tuanku ni. Tak mula lagi, kan?"

Bibir diketap.

"Hai, Andrea. Kenapa tak turun makan tadi? You shouldn't skip you lunch and dinner, okay? It's not good." Mereka berbalas pandangan. Seorang dengan wajah beku, sementara seorang lagi tersenyum. "Macaria. Shh."

Fuh, panas pula tempat ni tiba-tiba. Mata masing-masing teralih ke depan saat bunyi gendang mula kedengaran. Para dayang dan ahli istana mula berkumpul. Dari jauh, Andrea terlihat susuk tubuh sangat dikenali.

Ya, Avyanna.

Baju dayang yang disarung di badan dipenuhi dengan darah, rambut serabai, wajah dan badan penuh lebam. Riak penuh tanda tanya terpampang di wajahnya. Hujung lengan jubah Jungkook ditarik perlahan, namun putera terus menepis.

Senyuman Macaria pula melebar.

Mata Andrea kabur dengan air mata. Kata-kata seorang lelaki yang sedang memegang obor langsung tidak dihiraukan sampailah satu ayat yang menariknya untuk membulatkan mata.

"Avyanna Sierdo akan dipancung atas kesalahannya mendengar secara curi-curi perihal sulit keluarga diraja."

Tubuh lemah Avyanna ditolak hingga di rebah di atas lantai. Wajahnya diangkat, matanya bersatu dengan sepasang mata milik Raju Jeon. "Tolong a-ampunkan patik, t-tuanku.." rayunya lemah dengan sedu-sedan. Avyanna terbatuk-batuk dan tertunduk.

Raja menarik sudur bibir ke atas dan memberikan isyarat mata pada lelaki itu. "Tie her hands."

"AVYANNA! NO! STOP!"

❚❚ to be continued : the hidden medusa

edited - 061921

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro