BAB 10~AHMAD WAFIY✓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DI 'W' STUDIO AGENCY'S

" ASSALAMUALAIKUM, Cik Marina." Suara garau plus macho itu telah membuat Marina yang tengah menyiapkn kerjanya di laptop memanggung kepala memandang si empunya suara.

Sesusuk tubuh tegap berdiri di hadapan meja kerjanya kemas berkemeja kerja dengan fail ditangan sedang tersenyum manis padanya. Kening Marina dikerutkan. Pelik. Apa mamat itu buat dekat situ? Mulutnya sedikit ternganga.

"Cik Marina? Hello, excuse me," tegur lelaki itu lagi setelah beberapa saat gadis itu menyepi tidak bersuara.

Lalu tangannya di awangkan ke hadapan muka gadis itu berniat untuk menyedarkannya dari lamunan.

Barulah Marina memberi respon.

"Oh, wa... wa... Waalaikumussalam. Awak ni... Wa.... fiy, kan?" Tergagap- gagap gadis itu dibuatnya terkejut tengok perubahan pada lelaki itu.

"Ya, saya. Awak Cik Marina, kawan Wahyu, kan?" soalnya inginkan kepastian kerana dia juga agak terkejut melihat perubahan pada gadis itu setelah beberapa tahun tak berjumpa semenjak dia sambung belajar di Amsterdam.

"Yeah. Saya kawan kepada Tuan Wahyu selaku Pengarah di sini. What are you doing here?" Marina memberi isyarat pada Wafiy agar duduk di atas kerusi yang tersedia ada.Wafiy mengangguk kemudian terus duduk berhadapan dengan Marina.

"Oh actually, saya datang sini untuk lapor diri sebagai President di sini," terang Wafiy tujuan dia ke situ membuatkan Marina agak melongo mendengarnya.

"Oh, yeke? Wahyu tak de cakap apa- apa pun. Confirm ke Wahyu yang suruh awak lapor diri hari ni?" Marina mencurigainya.

"Yeah, my daddy dah call dia beberapa hari yang lalu. So, that's why saya lapor diri hari ni."Wafiy cuba meyakinkan gadis itu.

"Kalau macam tu, biar saya hubungi Tuan Wahyu untuk confirmation sebab saya takut nanti dia bising pulak dekat saya sebab tak inform pada dia dulu tentang kemasukan awak hari ni." Terus Marina menggapai gagang telefon ofis mahu mendail nombor telefon Wahyu.

Melihatkan Marina yang sudah mahu mendail nombor Wahyu, segera Wafiy itu menahannya.

"No need, Miss Marina. My daddy dah confirm kan dengan Wahyu. Lagipun dia abang saya. So, confirm dia ok kalau saya datang bantu dia disini. Memandangkan dia pun tengah bercuti. Why not saya gantikan dia bantu Cik Marina untuk handle agensi ni untuk sementara waktu hingga Wahyu kembali." Wafiy memberi alasan yang munasabah untuk menghalang gadis itu dari meneruskan niatnya untuk menghubungi abangnya.

Jika Marina berjaya menghubungi Wahyu, sudah tentu Marina tahu yang sebenarnya Wahyu tak mungkin mengizinkan pun dia bekerjasama dengan Wahyu.

Bukan dia tak tahu, dari dulu lagi Abang dia tu tak ngam dengan dia. Apa sahaja yang dia lakukan, ada saja yang tak kena di mata abangnya itu. Jadi inilah masanya untuk dia buktikan bahawa dia juga mampu membanggakan abangnya dengan menjayakan agensi milik abangnya itu dengan tangannya sendiri.

"Oo... okay. Ta... pi..." Belum sempat Marina menghabiskan ayatnya Wafiy telah memotong terlebih dahulu.

"Well, cantik Cik Marina sekarang. So beautiful girl. Jauh berbeza dari dulu," puji lelaki itu untuk menarik minat gadis itu dari terus mencurigainya.

"Oh really? Thanks!" Marina pantang di puji mulalah tersenyum meleret.

Hilang habis curiganya terhadap lelaki itu.

Wafiy hanya tersenyum senget melihat reaksi Marina tika itu kerana dia telah berjaya memgubah topik dan membuat gadis itu tidak jadi menghubungi abangnya hanya dengan pujian.

"So, boleh awak tunjukkan di mana bilik President?"

"Oh, sure. Come follow me!" Dengan mesranya Marina membawa Wafiy ke ruangan khas untuk presiden.

Kemudian dia kenalkan wafiy dengan semua staf dan pelatih di situ. Pelatih perempuan mula menggedik. Tak termasuk Hanan.

Mesti readers tertanya-tanya kenapa Jay tiada di situ sedangkan dia juga guru muzikal? Okay, Jay buka kelas muzikal studio kecil sendirian berhad. Bukan di bawah naungan Wahyu. That's why dia tak ada di 'W' Studio Agency's. Begitulah ceritanya. Nanti kita story fasal Jay dan kelas muzik dia dalam chapter lain.

Sekarang kita teruskan cerita selanjutnya bab Wafiy si jejaka sado ini yang menjadi kegilaan pelatih- pelatih wanita di agency's. Setelah puas berkenalan dengan presiden baru mereka, Marina mengarahkan mereka kembali menyambung latihan mereka. Dan kini, dia memperkenalkan pelatih yang satu-satunya suka bersendirian di situ.

"Kenalkan, ini Hanan Falisya. Penulis lirik. Pelatih di bawah Wahyu. But for now, Wahyu tak de jadi dia belajar dengan sendiri dulu menggunakan keyboard piano ni," beritahu Marina detail tentang Hanan Falisya.

Hanan bangun dari kerusi kemudian tunduk hormat pada Wafiy sebagai Presiden barunya.

Wafiy seakan terpukau mendengar nama si gadis. Inikan pula menatap seraut wajah comel milik Hanan Falisya. Langsung membuatkan jantungnya berdegup kencang hingga hampir tercabut dari paksinya.

https://www.youtube.com/watch?v=Els_GCWuJVk

"Hanan Falisya... Wow! Indah namanya seindah orangnya," puji Wafiy lagak seperti jejaka kasanova.

Hanan hanya tersenyum ala kadar sahaja. Dia bukan jenis yang friendly. Dia lebih suka bersendiri supaya mudah dan tenang untuk menulis lirik tanpa gangguan. Dan dia akui jejaka itu memang kacak tapi dia langsung tak berminat untuk mengenalinya. Sekadar menghormati sebagai President agency's itu sahaja.

"Hanan, lepas ni jika ada apa-apa masalah. Awak boleh berjumpa dengan Encik wafiy atau saya. Awak tahu kan jawatan dia sekarang sebagai President di sini?" Marina mencelah setelah melihat Hanan yang kurang berminat dengan pujian Wafiy itu.

"Saya tahu Cik Marina," jawab Hanan ringkas.

Wafiy semakin suka dengan gaya Hanan.

"Bagus! Saya harap awak boleh bekerjasama dengan Encik Wafiy lepas ni. Anggap dia pengganti Tuan Wahyu kita. Okay?" pesan Marina seiring dengan senyuman nipis buat Wafiy dan juga Hanan.

Hanan hanya menjawab dengan menganggukkan kepalanya tanda mengiakan pesanan pembantu pengarah muda itu.

"Berkenalan lah dulu. Saya ada kerja hendak di buat. Nanti dah habis berkenalan, Hanan boleh menyambung latihan awak. Dan Wafiy, awak tahu di mana tempat awak, kan? Jadi, tak perlu saya menghantar awak ke ruangan presiden, kan?"

"Eh, it's okay. Awak boleh teruskan kerja awak. Tinggalkan kami berdua di sini." Wafiy bersuara.

Marina mengangguk faham. Kemudian, dia berlalu pergi. Tinggal Wafiy dan Hanan berdua.

Wafiy tersenyum menggoda buat Hanan. Hanan tidak membalasnya. Malah, dia hanya mempamerkan wajah blur nya sahaja membuatkan Wafiy bertambah tertarik untuk mengenali gadis itu lebih mendalam lagi.

"Boleh kita..." Belum sempat Wafiy melanjutkan ayatnya, Hanan telah mencantasnya terlebih dulu.

"Maaf, saya perlu pergi. Saya perlu berlatih sekarang, tuan presiden. Saya minta diri dulu." Hanan meminta diri kerana tidak betah untuk tinggal berdua dan menjadi renungan jejaka kasanova di hadapannya itu.

Wafiy menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar kerjanya. Dia menggigit bibir. Kemudian menghela dan menghembus nafas kuat.

"Wow!" Hanya itu yang mampu terkeluar dari bibirnya saat itu.

Wafiy tergeleng kepalanya memikirkan aura kecomelan gadis tadi yang mampu menggetarkan jiwanya. Sejurus itu, dia tersengih sendiri.

"Jangan angau lepas ni sudahlah, Wafiy. Ish! Karut!" Wafiy mula melangkah pergi masuk ke ruangan kerjanya.

Malas mahu melayan perasaannya lagi. Memulakan tugas barunya itu lebih penting kini. Tentang gadis yang bernama Hanan? Takkan lari gunung di kejar. Itu yang Wafiy tanam dalam jiwanya. Apakah maksudnya? Adakah dia menyimpan hasrat untuk melamar gadis itu nanti? Tengok saja lah nanti.

anwafaa
AuteurASucces
annecayunk
Junejin-07
jambaru
iezzluckycoolgurl

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro