BAB 9~PERCUTIAN✓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BERMULALAH percutian Wahyu ke SANTORINI BEACH, GREECE bersama Cemong dan Jay. Aik, Jay? Macam mana dia boleh ada bersama? Hmm, apa lagi? Wahyu lah yang call ajak teman dia dan Cemong pergi bercuti ke luar negara.

Jay, kalau bab bercuti memang cukup suka. Tanpa banyak songeh terus on follow sahabat baiknya dengan harapan percutian ini adalah the best holiday in SANTORINI BEACH, GREECE.

Tengah mereka seronok berjalan di SANTORINI RED BEACH itu telefon pintar milik Wahyu berdering. Panggilan yang tertera nama daddynya itu di jawab dengan malas.

'Hello, daddy.'

'Hello, Along... kamu kat mana tu?'

'Along tengah holiday dengan kawan. Why daddy?' dingin sahaja nadanya wahyu.

'Holiday kat mana?Kenapa tak bagitau daddy?'

'Holiday di Greece. Perlu ke along inform kat daddy tentang semua perkara? Bukan ke daddy tak pernah kisah pun apa yang Along buat selama ni? Daddy tak pernah pedulikan along pun. Why now tiba-tiba nak ambil tahu pulak pasal Along?'

'Along... along kan anak daddy. Tentulah daddy amek berat pasal along. Along yang tak pernah tahu perasaan daddy selama ni. Yang along tahu nak memberontak je. Pernah ke Along tanya daddy sayang Along ke tak? Pernah? Tak pernah kan? Along sendiri yang tak peduli tentang perasaan daddy sebenarnya,' tegur Encik Ahmad Wadi yang agak berkecil hati dengan sikap dingin dalam tutur bicara anak sulongnya itu.

'Cukuplah daddy. Tak payah nak salahkan Along pulak. Kalau daddy sayangkan Along, daddy tak buat Along macam ni la. Daddy tak hantar Along ke luar negara waktu remaja belajar seorang diri di sana. Sedangkan Wafiy, boleh pulak daddy jaga tatang bagai minyak yang penuh. Along ni apa saja yang Along nak, Along kena usaha sendiri. Tapi Wafiy, apa saja dia nak daddy tunaikan. Itu yang dinamakan sayang ke?' luah Wahyu segala yang terbuku dihatinya selama ni.

Jay yang mendengar perbualan itu menggosok bahu sahabatnya itu berharap lelaki itu bersabar sambil mendukung Cemong.

"Dahlah, daddy! Along tak nak bertekak dengan daddy lagi. Along dah penat. Please jangan ganggu Along buat masa ni. Daddy hidup dengan cara Daddy. Along hidup dengan cara Along. Now, Along nak tumpu pada percutian ni. Nak tenangkan fikiran yang tengah berserabut."

"Tunggu, Along! Daddy call ni sebab nak bagitau yang Wafiy akan pulang malam ni. Daddy ingat minggu depan nak suruh dia bekerja dengan kamu. Daddy harap kamu bimbinglah dia supaya dia jadi macam kamu yang berjaya jadi CEO terhebat," beritahu Encik Ahmad Wadi pada tujuan utamanya menghubungi anak sulongnya itu.

"What? No! I can't accept Wafiy. Noktah!" Talian dimatikan.Wahyu merengus geram.

Dia bengang dan agak terasa hati bila memikirkan sikap Daddy nya itu yang suka berat sebelah.

"Sabar, bro. Jangan emosional. Ingat, kita datang sini nak release tension. So, jom pergi jalan kat tepi pantai tu. Red beach Santorini. Bukan senang nak tengok dari dekat macam ni. Fuhhh! Cantik giler! Jom!" Jay mengheret lengan Wahyu sebelah dan sebelah lagi mengepit CEMONG di bawah ketiaknya.

Wahyu hanya menurut. Dia cuba lupakan segala masalah yang mengganggu fikirannya.

Wahyu dan Jay membawa Cemong ronda dan pusing di Santorini Beach. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama. Hanya mereka bertiga. Tiada gangguan dari sesiapa. Kate tidak dapat menyertai mereka kerana dia shooting untuk drama terbarunya. Jika tidak, dia juga tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai mereka ke Percutian di luar negara.

https://www.youtube.com/watch?v=tEVRVHsjE80

Jgn lupa support mereka juga
jambaru
adilahzaini460
hudakhasha
DiyaDizyaa
Junejin-07
annecayunk
anwafaa
AuteurASucces
MelonnieMel

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro