BAB 8~HANAN FALISYA✓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" SAYANG... will you married me?" Wahyu sudah berlutut di hadapan gadis yang dilamarnya di tepi pantai yang indah sambil menyua sekuntum mawar merah.

Bunga saja? Cincin mana? Tiada. Sebabnya? Sebabnya mudah saja.Wahyu ini seorang yang agak pelupa. Jadi dia memang terlupa nak beli cincin untuk melamar si gadis. Apalah punya orang. Cincin pun boleh terlupa ke? Haiss!

Gadis itu menyepi untuk seketika.

"Sayang, answer me please,' desak Wahyu.

"No!" jawab gadis itu sepatah dengan berwajah dingin.

"Why? Bukankah selama ni i love you, you love me? We love couple before that right? Kenapa awak tolak lamaran saya untuk saya jadikan awak isteri saya pulak ni? Apa yang tak kena?" Wahyu pelik dan terus bingkas berdiri dengan bunga ros yang masih ditangannya.

Dia tak puas hati kenapa lamarannya ditolak. Malu siot.

Gadis itu kemudian merenung tajam ke arahnya.

"You know why I tolak lamaran you? Sebab I dah tahu siapa sebenarnya you. You... adalah pembunuh kakak i ! You are a murderer!" dakwa gadis itu dengan tiba-tiba sambil mengeluarkan sebilah pisau dari kocek seluar slacknya. Tanpa rasa ragu-ragu dengan tuduhannya itu.

Dan dia cuba untuk menerkam Wahyu.

"Kau juga patut mati! I'll kill you!" pekik gadis itu membuatkan Wahyu rasa gerun dan terus berlari hingga tercampak habis bunga entah ke mana.

"Wahyu!" Kedengaran sayup namanya diseru.

Pada waktu yang sama, gadis itu membaling pisau terus tepat terpacak di atas belakangnya, membuatkan Wahyu jatuh tergolek.

Dia terasa sesak nafas seperti sudah mahu mati.

"Uhuk! Uhuk! Help me...' Tersembur sembur darah keluar dari mulutnya.

Pada waktu yang sama, kedengaran pula suara kucing mengeow sambil menjilat telinganya.

'Meow...meow...'

'Sejak bila suara kau brubah jadi suara kucing ni?' desis Wahyu dalam hati.

Matanya saat itu sudah layu dan tak bermaya. Akhirnya suasana menjadi kelam. Sudah matikah dia?

Beberapa minit berlalu...

'Gedebuk!'

Sesuatu yang agak sederhana berat jatuh atas belakang Wahyu membuatkan Wahyu terbangun duduk dek kerana terkejut.

Dadanya turun naik. Nafasnnya berhembus laju. Lantas matanya merenung sekeliling. Tiba-tiba...

'Meow...'

Ada seekor kucing sedang menggesel kepalanya dikaki Wahyu manja.

Wahyu yang melihatnya menarik nafas lega. Dadanya digosok. 'Huh! Mimpi rupanya tadi. Syukur aku masih bernyawa lagi. Terima kasih Kau masih menghidupkan aku YaAllah!' Wahyu bersyukur dia hanya sekadar bermimpi.

Kucing yang menggesel dikakinya diambil dan dipeluknya erat.

"Cemong... kau rupanya. Terkejut babah tau. Cemong ni... tak baik buat babah macam tu. Lompat atas babah pagi ni. Babah ingat babah dah mati tadi sebab kena bunuh. Rupanya Cemong lompat atas babah. Nakal tau Cemong ni... umm..." omel Wahyu pada kucing kesayangannya itu yang di anggap seperti anaknya. Kedengaran manja nada suaranya.

'Meowwww... grrr... meow...' balas Cemong diiringi bunyi nafasnya yang bergetar itu.

Kemudian kedua tangannya diangkat dan disatukan digoyangkan sama seperti gaya orang meminta ampun itu. Mungkin minta nak makan sebab lapar.

"Lapar rupanya. Meh, ikut babah. Kita pergi breakfast. Nasib baik Babah cuti harini. Boleh babah spendtime dengan Cemong sayang. Muah!" Pipi kucing parsi yang berbulu gebu itu diciumnya.

Cemong melarikan wajahnya. Mungkin rimas dikucup begitu kerana dia tidak suka bau masam pada tubuh manusia. Tambahan yang baru bangun pagi dan belum mandi. Cemong cukup tidak suka.

"Oo... tak suka babah cium eh? Sebab babah bucuk ek? Tak pe nanti Babah mandi lepas tu kita pergi jalan-jalan makan angin, ok babe?" ujar Whyu ceria seronok melayan kerenah kucing kesayangannya itu yang seakan memahami tuannya itu.

Namun dalam pada itu, fikirannya menerawang memikirkan mimpinya tadi. Mimpi mati! Perempuan tu... Hanan Falisya, kan? Adoi, macam mana boleh mimpi melamar dia pulak ni? Padahal baru semalam dia datang audition. Macam kartun betul mimpi aku ni. Menyeramkan pun ada. Gilalah! Apa sebabnya aku mimpi semua tu? Apakah petandanya?Mungkinkah ia ada kaitan dengan kemalangan setahun yang lalu tu?Pelbagai tanda tanya bermain dibenak Wahyu.

Tidak lama kemudian, Wahyu pun melepaskan Cemong dan bersiap-siap untuk bawa Cemong pergi bercuti.

https://www.youtube.com/watch?v=iWZmdoY1aTE

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro