BAB 30 ~ PUTUS ASA✓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PERJUMPAAN media massa diadakan. Wahyu dan Iyyad telah menerangkan gosip yang berlaku itu tidak benar. Pelbagai persoalan yang diajukan wartawan dari pelbagai media itu kepada Wahyu selaku CEO kepada ahli 6STAR. Ahli 6STAR yang lain hanya mendiamkan diri. Tidak ada seorang pun mahu membuka mulut untuk membela Iyyad. Wahyu yang perasan akan keadaan itu sudah menahan amarahnya hingga habis persidangan itu.

Hanan yang tak tahu apa~apa berjalan menuju ke arah pintu pagar luxury house untuk keluar dari rumah itu membawa Cemong. Elok sahaja kakinya melangkah keluar, ada beberapa wartawan dan jurukamera datang menyerbunya. Hanan terkejut dan cuba mengelak dari mereka. Dia melarikan diri sambil mendukung Cemong. Mereka mengejarnya. Ada yang mengambil gambarnya.

Pada waktu yang sama, Wahyu yang baru pulang dari persidangan berhentikan kereta di bahu jalan setelah terlihat Hanan sedang dikejar wartawan. Tanpa menunggu, Wahyu terus keluar dari perut keretanya dan menarik lengan Hanan dibawa masuk ke dalam kereta. Kemudian, dia memboloskan diri ke tempat duduk sebelah pemandu dan memecut laju pergi dari situ. Beberapa wartawan dan jurukamera tadi agak marah mereka ditinggalkan sebegitu tanpa memberi penjelasan.

  Sunyi suasana dalam kereta itu disepanjang perjalanan mereka. Cemong pula duduk atas dashbord kereta sedang melingkar elok sahaja menghadap luar cermin kereta itu.

Sekejap-sekejap Wahyu mengerling mata ke arah Hanan yang membatukan diri di tempat duduk sebelahnya. Sepi. Dia memasang radio digital yang di bluetooth dari telefon pintarnya. Lagu 'alasan terindah~farisha iris' kerana lagu itu ada mengatakan sepi bagaikan tak beerti. Sunyi diriku sendiri. Dimanakah dirimu kini saat ku perlukan mu di sisi tak kembali.

Hanan yang seakan memahami lagu itu seperti sedang memerlinya yang hanya mendiamkan diri tidak bersuara, mula menundukkan kepalanya sedikit sambil bermain dengan jemarinya sendiri. Tidak tahu mahu berkata apa dengan tuan CEO nya itu. Dia khuatir jika lelaki itu akan memarahinya penyebab timbulnya gosip antara mereka bertiga.

"Maafkan saya, Hanan. Disebabkan saya, awak dikejar wartawan tadi. Dan mesti awak tak faham kenapa awak dikejar wartawan tu tadi, kan?" Wahyu rasa serbasalah.

  Pada tanggapannya gadis itu masih belum tahu tentang gosip itu.

"Saya faham. Dan saya tahu pasal gosip itu. Siapa yang sebarkan fitnah itu saya pun tak tahu dan tak faham kenapa dia buat macam tu. Tuan, saya benar-benar marah. Pasti semua orang dah anggap saya playgirl sekarang ni sebab main cinta dengan dua lelaki dalam satu masa. Padahal saya bukan macam tu pun! " Hanan melepaskan geramnya dan sebal bila terfikirkan gosip yang tersebar itu.

"Sabar, Hanan. Saya tahu awak tengah marah. Saya juga marah tapi kita kena laluinya dengan tenang bila dah masuk dalam dunia seni ni. Tak boleh cepat melatah. Itu baru sikit gosip yang keluar awak dah tak boleh tahan. Lepas ni, ada banyak lagi dugaan dan gosip murahan akan keluar yang awak perlu hadapi." Intonasi suara Wahyu tidak setegas selalu hanya mendatar.

" Macam mana tuan boleh tahan dengan semua dugaan ni ek?" Hanan pelik lelaki itu cool sahaja dengan gosip itu.

  Dia tak tahu di agensi tadi lelaki itu sudah melepaskan amarahnya. Dan dia sudah tenang selepas persidangan tadi menerangkan keadaan sebenar hubungan antara dia, Hanan dan Iyyad. Dia tidak mahu semua orang salahkan Hanan dan cop gadis itu sebagai playgirl.

"Saya dah terbiasa dengan gosip semua ni. Sudah 10 tahun saya dalan industri ni, Hanan. Awak tak perlulah marah lagi. Saya dah perbetulkan semuanya. Saya dah terangkan kebenaran tentang hubungan kita bertiga dalam persidangan media tadi," terang Wahyu cuba tenangkan gadis itu.

  Itu baru kali pertama dia nampak jelas wajah kemarahan gadis itu plus murung.

  Hanan tertunduk seketika sambil memicit-micit jarinya sendiri. Memang selalu begitu pun. Dia bukannya berani tatap mata lelaki itu jika sedang bertutur dengan lelaki itu. Sekali-sekala adalah itupun sebab kena tegur di tuan CEO nya itu.

"Tuan, saya rasa saya perlu berhenti dari dunia seni ni. Saya takut saya tak boleh hadapi dugaan yang akan datang." Kata-kata Hanan membuatkan Wahyu berkerut kening memandangnya.

  Dia tidak membalasnya dan terus tumpu pada pemanduannya.

Di GUNUNG LANG, IPOH~

HANAN dan Wahyu berehat di tepi tasik bersama Cemong. Hanan memandang Wahyu di sisinya.

"Kenapa tuan bawa saya ke sini?" soal Hanan setelah beberapa saat mereka mendiamkan diri. Membiarkan masa berlalu dengan kesunyian.

"Untuk mencari ketenangan. Kalau awak nak tahu, disinilah tempat saya mencari ketenangan jika fikiran saya tengah berserabut," beritahu lelaki itu santai.

Hanan pelik dengan sikap lelaki itu yang tidak setegas selalu walaupun tiada senyuman terhias dibibirnya.

"Ohh..." Hanya itu yang di balas oleh Hanan.

  Dia kembali membuang pandang ke arah tasik yang terbentang luas dan cantik itu.

"Tuan, saya rasa saya perlu berhenti sampai di sini untuk jadi penjaga anak kesayangan tuan. Saya juga tak mahu lagi jadi terlibat dalam industri seni ni. Saya tak mahu kerana saya... nama tuan, Iyyad dan agensi buruk. Saya memang pembawa sial kepada semua orang. Memang betul kata mak dan ayah saudara saya dulu. Saya pembawa sial. " Hanan terus bingkas berdiri dan berlalu dari situ meninggalkan Wahyu termangu di situ bersama Cemong.

   Gadis itu melangkah dengan longlai kerana seakan berputus asa dengan apa yang terjadi terhadap dirinya. Pada waktu yang sama, tiba-tiba ada beberapa orang yang lalu di situ memandang serong ke arahnya. Hanan memandang mereka dengan wajah monyok.

"Eh, dia ni la penulis lirik yang playgirl tu, kan? Dua lelaki dia sambar sekaligus. Padahal baru jadi pelatih dalam agensi tu je," dakwa seorang perempuan dalam lingkungan usia 30-an terhadap orang disebelahnya.

"Ha'ah dialah orangnya. Ni mesti jenis kaki materialistik ni. Ish ish... budak mentah lagi, dah pandai main jantan kaya. Aiseh perangai teruk!  Teruk..." Tergeleng-geleng kepala orang itu yang mungkin pelancong di situ selepas mengutuk Hanan.

Hanan menunduk dan berlalu dari situ. Tidak betah berlama di situ menadah telinga mendengar cemuhan orang. Tanpa sedar air matanya mengalir. Hatinya rapuh. Tak kuat untuk hadapi cacian orang sebegitu.

Saat itu terasa tangannya ditarik dari belakang. Hanan terhenti langkah dan menoleh memandang ke arah seraut wajah orang yang menarik tangannya tadi.

  Kelihatan Wahyu sedang merenungnya dengan wajah penuh rasa serba salah. Hanan yang malu lelaki itu melihat air matanya membasahi wajahnya tertunduk menekur ke jalan.

"Tuan baliklah bawak Chani sekali. Saya tak mahu orang cakap saya cuba ambik kesempatan ke atas Tuan pulak. Nanti saya tahulah nak balik sendiri," suruh gadis itu dalam nada sendu.

  Wahyu tidak menjawab apa-apa. Lantas wajah gadis itu ditarik dengan kedua tangannya agar memandang wajahnya. Hanan mahu tak mahu terpaksa akur dan mengikut rentak lelaki itu.

  Takut-takut berani sahaja dia membalas renungan mata Tuan CEO nya yang tidak seserius selalu itu.
Cemong hanya duduk di sebelah Tuan Wahyunya itu tidak ke mana-mana. Setia dengan tuannya.

"Listen to me, Hanan. Awak tak boleh pergi ke mana-mana pun. Saya tak benarkan. Dan jangan sesekali awak judge diri awak pembawa sial. Saya tak suka dengar itu dari mulut awak. Awak jangan ambil hati dengan apa yang orang kata. Awak kena kuat untuk mencapai matlamat awak. Cuba ingat, apa tujuan awak datang ke sini? Awak mahu jadi seorang penulis lirik, kan? Takkan awak nak sia-siakan usaha awak macam tu je? Ingat, perjuangan awak hampir berjaya. Jadi, dengar cakap saya. Jangan putus asa. Jangan pergi!" Wahyu cuba menaikkan kembali semangat gadis itu membuatkan Hanan terkedu mendengarnya.

Seakan tidak percaya lelaki yang jenis bermuka ketat itu boleh memberi nasihat padanya dengan nada selembut itu. Terkebil-kebil matanya merenung lelaki itu. Tetiba timbul satu perasaan aneh.

Wahyu yang tersedar direnung gadis itu terus melepaskan tangannya yang tadi memegang wajah Hanan. Dan kembali serius. Dia berpura-pura betulkan jaket kulit warna coklat terang dibahagian luar dan dalamnya t-shirt putih. Nampak kemas bergaya, stylo dan kacak sebagai seorang CEO di situ. Hanan? Dia hanya mengenakan t-shirt besar dengan seluar jean biru lusuh. Rambut di ikat tocang kuda. Wajah tiada secalit makeup. Hanya bibirnya yang di calit lip balm kerana tidak mahu bibirnya mengelupas.

  Hanan kembali normal apabila tersedar yang dia telah merenung lelaki itu lama. Dia termalu sendiri. Wahyu cuba mengawal perasaan malu. Lantas Cemong yang ada di sebelah kakinya itu diambil dan didukung.

"Dahlah, jom!" ajaknya dan terus berjalan mendahului Hanan.

https://www.youtube.com/watch?v=JZzIrhpZgzo

(Sudilah mendengarkan lagu 123-khai bahar. Enjoy sambil membaca.)

'Ishh... macam mana aku boleh buat macam tu tadi pada dia? Wahyu... kau sepatutnya control diri kau dari pegang muka Hanan macam tu. Nanti Hanan fikir aku pulak yang nak ambil kesempatan dekat dia. Huh!' bicara hati kecil Wahyu.

  Marah pada dirinya kerana tak dapat mengawal perasaannya tadi yang tidak mahu gadis itu pergi jauh darinya.

  Hanan pula tergaru kepalanya.

"Peliknya tuan hari ni? Kenapa suara tak tegas macam selalu? Kenapa muka dia tak serius macam selalu? Emm... tapi betul jugak dia cakap. Ini impian aku sejak kecil. Takkan aku nak sia- siakan macam tu je. Ya, kau patut kuat harungi dugaan ni jika kau nak berjaya. Terima kasih, Tuan Wahyu sebab bagi semangat pada saya. Heheh..." Lantas sisa air matanya di kesat. Bibirnya cuba mengukir senyuman.

  Tanpa menunggu lagi, dia mengorak langkah membuntuti tuan CEO nya yang sudah jauh ke hadapan itu.
Hanan percepatkan langkahnya untuk menyaingi lelaki itu.

Cemong yang berada dalam gendongan lelaki itu mahu diambilnya. Wahyu yang tersentak sengaja melari-larikan tubuh Cemong dari Hanan. Dia angkat Cemong setingginya. Memandangkan dia tinggi segalah 186cm. Memang sukar untuk Hanan menggapainya. Terloncat-loncat gadis itu mahu mendapatkan Cemong. Cemong mengiau-ngiau. Barangkali dia merasa gayat diangkat dihayun oleh babah kesayangannya itu.

  Wahyu langsung tidak mengukirkan senyuman. Masih dengan mengekalkan wajah seriusnya. Padahal dalam hati tersenyum seronok dapat menyakat gadis itu.

  Hanan yang putus asa terus berlalu pergi meninggalkan Wahyu dengan Cemong. Wahyu tergeleng kepala melihat gadis itu sudah putus asa dengannya.

  Tanpa melengahkan masa, Wahyu berjalan menyaingi gadis itu dan menyua Cemong kepadanya.

  Automatik wajah Hanan berubah riak dari muram bertukar ceria kerana Cemong sudah berada dalam tangannya. Tubuh Cemong yang gebu dan montel itu dipeluknya erat.

   Wahyu yang melihat keadaan itu, mulai datang idea nakal mahu kenakan gadis itu. Tanpa di duga, Wahyu menarik getah rambut gadis itu dan meramas rambut gadis itu hingga berselerak dan terus berlalu ke keretanya dengan tangan dimasukkan ke dalam kocek baju jaketnya.

   Keadaan itu membuatkan Hanan memuncungkan bibir sedepa kerana geram dan sebal apabila tuan CEO nya itu dengan sengaja menyelerakkan rambutnya.

   Dan dia membetulkan semula rambutnya biar kemas. Tidak lama kemudian, Hanan turut memboloskan diri ke dalam perut kereta bersama Cemong. Dan Wahyu membawanya pulang ke luxury house kerana hari sudah senja dengan muka innocent nya itu. Hanan yang merenung wajah sipinya dengan riak geram kerana selerakkan rambutnya tadi, Wahyu hanya buat tak endah sahaja.

  Akhirnya, Hanan kembali normal. Malas mahu melayan telatah lelaki itu yang sejak hari mula dia diberikan tugas untuk belajar cara mengolah lirik dan menapisnya itu.

Jgn lupa support kawan-kawan author dan readers saya juga
DiyaDizyaa
adilahzaini460
LittleAina_
EllynSyafika8
jambaru_
jambaru
Junejin-07
aliah_athirah
hanihilana
Jemann-
nls_0313
nu_atikah
alfan0605
melianabintimunsin
rinarin75

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro