BAB 31~ PERTEMUAN✓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI itu Wahyu masuk ke agensi seperti biasa. Sebenarnya, boleh sahaja dia tak masuk agensi dan serahkan semua kerja pada Adief dan Marina. Namun begitu, disebabkan semua urusan memerlukan persetujuan darinya, jadi dia perlu berada di agensi kerana nanti jika ada masalah apa~apa berkaitan dengan artis atau agensi, dia orang pertama yang clients akan cari nanti. Bukan senang hendak berurusniaga dalam bidang seni ini. Walaupun income nya berlipat kali ganda dari artis di bawah syarikat rakamannya, risikonya dan impaknya juga besar perlu dia tanggung. Bukan mudah hendak berjaya seperti sekarang.

Hanan pula tinggal di rumah bersama Cemong dan Mak Yah. Hari itu Hanan tiada job untuk menulis lirik. Disebabkan dia bosan, dia bawa Cemong ke halaman rumah mewah itu. Dia melabuhkan punggung di kerusi ukiran kayu yang Tuan Wahyu nya tempah khas entah dari mana.

  Elok sahaja dia duduk dan merehatkan minda, tiba-tiba Mak Yah menyergah menyentakkan Hanan.

"Hanan, Mak yah nak balik dulu. Makanan tengahari semua Mak yah dah masak kat dapur. Nanti kalau nak makan, panaskan dulu ya. Rumah pun sudah di kemas. Semua dah beres. Jadi, Mak Yah balik dululah," beritahu Mak Yah yang baru keluar dari rumah dan berdiri di atas jalan di pintu pagar rumah memandang ke arah Hanan.

Hanan yang duduk membelakangi Mak Yah itu menoleh memandang ke arah Mak Yah.

"Ala... awalnya balik? Bosanlah Hanan dengan Chani nanti kalau Mak Yah tak de." Gadis itu memuncung.

   Padanlah dengan usianya yang baru hampir mencecah 19 tahun itu.

Mak Yah tersenyum melihat kemuncungan wajah comel yang dipamerkan oleh pelatih Tuan Wahyunya itu .

"Tak pelah nanti Tuan Wahyu balik tengahari nanti boleh teman Hanan makan. Lagipun, Mak Yah kena balik awal sebab anak Mak Yah yang tinggal di oversea ada balik."

"Emm... yalah. Jumpa esok." Hanan terpaksa akur.

"Ya, jumpa esok. Jaga diri. Assalamualaikum!" Makyah terus berlalu masuk ke dalam perut teksi yang dipanggilnya tadi setelah Hanan menjawab salamnya.

Hanan kembali merenung ke arah Cemong.

"Tinggallah kita berdua." Tubuh si montel itu dilepaskan biar dia bermain di atas rumput yang ditanam sendiri seperti padang di halaman rumah itu.

Cemong berlari seronok bermain. Hanan tidak risaukan Cemong bermain dan berlari di merata-rata kerana rumah itu berpagar. Jadi, Cemong tak boleh keluar ke jalan besar.

Tetiba, pada waktu yang sama... ada kereta masuk ke perkarangan rumah itu. Hanan berpaling memandang ke arah kereta yang masuk ke perkarangan rumah itu dengan pandangan yang pelik. Yang pasti kereta itu bukan milik Tuan CEO nya.

  Tidak lama kemudian, keluar seorang lelaki muda ingin terus masuk ke rumah itu seperti sudah terbiasa keluar masuk ke rumah itu. Namun, langkahnya terhenti apabila terperasan ada seseorang sedang perhatikannya. Dia berpaling ke arah si pemerhati di halaman rumah itu.

"Hanan?" soal lelaki itu inginkan kepastian.

Hanan yang pelik itu bagaimana lelaki itu boleh tahu namanya mengangguk mengiakan pertanyaan lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum kemudian mendekatinya.

Hanan masih mempamerkan ekspresi wajah peliknya tadi.

"Macam mana Encik tahu nama saya?" soal Hanan ingin tahu.

"Mestilah saya tahu. Wahyu kawan baik saya. Segala tentang awak dia beritahu saya. Emm... by the way, my name is Jay. I'm glad to meet you." Lelaki itu menghulurkan tangan pada Hanan untuk berjabat salam.

Hanan hanya memandang tangan itu tidak bersambut.

Jay menjatuhkan tangannya kembali apabila hulurannya tak bersambut. Tanpa dipinta Jay melabuhkan duduknya di sebelah Hanan sambil menyaksikan aksi lincah Cemong bermain di atas rumput di hadapan mereka.

Hanan mengangguk kemudian. Baru dia teringat apa yang Mak Yah ceritakan padanya tempohari tentang Jay kawan baik Tuan CEO nya itu yang sering bermalam di situ.

  Jay memandang ke arah Hanan sekilas seraya tersenyum senget.

"Mesti awak takut untuk bercakap dengan saya sebab awak tak kenal saya, kan? Awak tak perlulah takut. Saya bukan orang jahat. Kalau awak nak tahu, rumah Wahyu ni rumah kedua saya. Kami selalu lepak berdua. Tapi, beberapa hari ni saya sibuk dengan kelas muzik. Jadi, tak sempat nak datang lepak dekat sini. Dan apa awak buat di sini?" Jay pelik gadis itu boleh berada di situ. Wahyu tak ada beritahu dia apa-apa pula.

"Saya jadi penjaga Chani. Tuan suruh saya jaga dia," jujur Hanan.

  Jay mengangguk faham.

"Ohh... patutlah. Emm... tak pelah. Actually, saya datang ni nak cari Wahyu. Ingatkan dia cuti. Rupanya dia kerja pulak. Saya rasa saya perlu pergi dulu. Tak manis pulak orang nampak siang buta kita duduk berdua begini. Tak fasal-fasal menjadi tohmahan orang pulak. Okey, Hanan. Saya balik dulu." Jay sudahpun berdiri berkira untuk berlalu dari situ.

Hanan hanya mengangguk tidak menjawab sepatah. Hanya mempamerkan riak wajah blurr nya di hadapan Jay.

  Melihatkan kesenyapan Hanan, akhirnya Jay berlalu pergi dari situ. Rasa bosan berbual dengan si gadis pendiam dan tak berperasaan seperti Hanan.

  Hanan hanya menghantar Jay pergi dengan ekor matanya sahaja. Kemudian, dia kembali menumpukan perhatian terhadap Cemong. Sementara itu, dia membuka telefon pintarnya sambil memetik guitar seraya merakam suaranya sendiri. Mencari idea mencipta lirik baru.

Tanpa sedar, sebuah lagi kereta muncul. Hanan tidak menyedarinya. Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50~an keluar dari perut kereta dan masuk ke dalam pintu pagar kecil di hujung pagar besar mendekati Hanan yang membelakanginya sedang asyik memetik guitar diiringi nyanyian.

  Nada suara yang gemersik di kalbu itu membuatkan langkah si tua itu terhenti seketika. Belakang susuk seorang gadis remaja yang sedang memetik gitar sambil memakai earphone itu di renung lama. Nyanyiannya di amati sejenak.

'Merdu suaranya,' puji hati kecil si tua itu.

"Ehem!" Kemudian dia berdehem untuk mengejutkan gadis itu.

   Hanan yang tersentak dengan suara deheman terhenti memetik guitar. Dia menoleh ke belakang. Matanya dikecilkan. Lelaki itu sedang berkerut dahi merenungnya pelik. Mungkin dia juga tertanya-tanya siapakah gadis itu?

'Siapa pulak ni?' Hanan tertanya-tanya.

  Ramai pula yang datang cari tuan CEO nya hari ini.

  Hanan terus berdiri dan tundukkan kepala serta badan seketika tanda hormat. Lelaki itu sedikit pun tidak menghadiahkan senyuman buat Hanan. Hanya pamerkan wajah serius plus sinis sahaja.

  Hanan yang melihat riak serious plus sinis lelaki tua itu, tidak berani untuk tersenyum terhadap lelaki itu.

"Siapa pak cik ni?"

   Pak cik dia tibai? Confirm angin puting beliung orang tua itu jawabnya.

"Siapa pak cik kau?" soal lelaki itu dalam nada yang cukup tegas seakan marah pada Hanan.

  Hanan tersentak lalu tertunduk tanda mohon maaf.

"Maaf, tuan! Tuan ni siapa?"

Hamek kau! Dia tibai tuan pulak? Nak sangat.

  Lelaki itu tidak terus menjawab persoalan itu, malah dia terus melangkah kaki ke arah kerusi ukiran kayu dimana tempat Hanan duduk tadi. Kemudian, dengan selamba dia melabuhkan duduknya di situ.

  Hanan hanya diamkan diri. Tidak berkutik. Menanti apa yang bakal dikatakan oleh lelaki itu nanti.

  Lelaki tua itu merenung ke arah Cemong. Langsung tidak memandang ke arah Hanan yang masih berdiri di sebelah kerusi tempat dia duduk.

"Nama aku Ahmad Wadi. Aku daddy kepada Wahyu. Di mana dia?" Serius giler bapak rupa lelaki itu ketika itu membuatkan Hanan menjuihkan bibir.

'Oh mak aih, tegasnya! Kalah Tuan Wahyu ni. Berlagak semacam je,' gumamnya dalam hati.

"Dia pergi kerja, tuan." Hanan masih berlembut dengan lelaki angkuh itu.

  Lelaki yang kenalkan diri sebagai Ahmad Wadi iaitu daddy kepada Wahyu memandang ke arah Hanan yang sedang berdiri di sebelah kerusi itu.

"Siapa kau? Apa kau buat di sini?"

"Saya pengasuh Chani," jawab Hanan dalam nada mendatar.

"Chani? Who's Chani?" Encik Wadi pelik apabila gadis remaja itu menyebut nama Chani. Dia belum pernah dengar akan nama itu sebelum ini. Siapa Chani?

"Chani ialah kucing Tuan Wahyu," balas Hanan yang masih berdiri tercegat di tepi kerusi itu membuatkan Encik Wadi mengangguk faham.

"Oo... Cemong. Aku datang nak jumpa Wahyu. Tapi dia tak ada pulak. Jadi, alang-alang kau dah ada di sini boleh kita bercakap sebentar?" Encik Wadi membuang pandang ke arah Cemong.

"Tuan nak cakap apa?" Hanan mulai rasa tak sedap hati. Berdebar menantikan apa yang bakal di katakan lelaki itu.

"Aku dengar baru-baru ni ada gosip hebat tentang percintaan tiga segi di agensi. Adakah orang itu termasuk kau?" Persoalan Encik Wadi benar-benar membuatkan Hanan tertunduk kecut perut.

'Alamak! Macam mana dia boleh tahu fasal gosip ni? Hmm... ni mesti dah tersebar menyeluruh dalam laman sosial. Hisshh... apa aku nak jawab ni?' Ligat otaknya berputar memikirkan jawapan yang selamat untuk dijawab.

"Kenapa diam? Oh, diam tu tandanya betullah, kan?" tebak Encik Wadi dalam nada sinis.

"Gosip apa pulak, tuan? Mana ada. Saya tak tahu apa-apa pun," nafi Hanan masih tunduk ke bawah.

"Oh... berpura tak tahu. Habis tu, ni apa?" Encik Wadi menayangkan berita sensasi yang viral itu dalam telefon pintarnya kepada Hanan.

  Hanan yang melihat gambar itu dan tajuk berita yang terpampang di muka depan terjatuh rahangnya serta merta. Ya, memang dia tahu tentang gosip itu tetapi dia tidak melihat lagi gambarnya.

  Kelihatan gambar Hanan berdua dengan Iyyad bermesra di sebuah restoran. Dan satu lagi, gambar Tuan CEO nya sedang memegang lengannya di sebuah kafe.

'Siapalah yang curi ambil gambar aku dengan Iyyad dan Tuan Wahyu? Situasi itu hanya salah faham...' bicara hati Hanan sendiri.

"Kenapa diam? Tak nak bagi penjelasan?" Suara garau Encik Wadi menyentakkan Hanan dari lamunannya. Lantas wajah lelaki itu dipandangnya.

"Tuan, sebenarnya tu semua salah faham. Yang gambar saya dengan Iyyad di restoran tu kami tengah bincang fasal projek lagu baru 6STAR yang sekarang sudah pun diterbitkan. Iyyad ketua kumpulan, jadi kami berbincang berdua terlebih dahulu. Hanya itu, tak lebih dari kawan. Dan gambar saya dengan Tuan Wahyu di kafe tu pun salah faham. Sebenarnya, Tuan Wahyu selamatkan saya dari dibuli oleh pelatih-pelatih agensi. Sebab tu dia heret tangan saya bawak keluar dari kafe tu. Kami tak de hubungan apa~apa pun, tuan. Betul!" terang Hanan bersungguh, berharap lelaki itu percayakannya.

"Tak kisahlah apa sebenarnya yang terjadi. Apa yang penting sekarang, aku mahu kau tinggalkan rumah ni dan tinggalkan Wahyu. Tinggalkan semua yang berkaitan dengan Wahyu, faham?" perintah Encik Wadi membuatkan Hanan tercengang.

"Tapi, kenapa? Tugas saya sebagai penjaga Chani tak habis lagi." Hanan perlukan penjelasan mengapa dia perlu pergi dari situ? Sedangkan Tuan Wahyu belum memberi arahan apa-apa terhadapnya supaya keluar dari rumah itu dan jauhkan diri dari lelaki itu. Ya, dia perlu tahu sebabnya.

"Sebab aku tak nak kau rapat dengan anak aku. Kalau kau rapat dengan dia, dia akan lebih jauh dari aku. Jadi, jauhkan diri dari Wahyu. Kalau kau nak duit, aku boleh bagi. Berapa yang kau nak? Aku akan bayar." Sungguh angkuh layanan Encik Wadi terhadap Hanan.

"Kenapa tuan tanya saya macam tu? Apa maksud tuan yang saya nak duit?" Hanan masih blurr. Encik Wadi tersenyum sinis.

"Bukankah kau rapat dengan dia bersebab? Dia kan kaya. Banyak harta. Tentu saja gadis remaja seperti kau terkejar-kejar untuk mendapatkan harta Wahyu. Tak begitu? So, sebelum kau kikis harta anak aku sampai habis seperti yang orang katakan itu, baik aku usir kau terlebih dahulu. Tapi, jangan risau. Kau takkan pergi dengan tangan kosong. Aku akan bayar kau supaya kau pergi jauh dari hidup anak aku. So, how many money you want ?" Kata-kata hinaan lelaki itu membuatkan Hanan betul-betul rasa tercabar.

"Tuan, saya datang sini nak jadi penulis lirik. Bukan nak kikis harta orang. Tuan fikir saya ni kemaruk sangat ke dengan harta ni semua? Sedarlah tuan, harta ni semua tak boleh dibawa mati pun. Tuan ingat saya nak sangat ke duduk di sini?Anak tuan yang paksa saya tinggal di sini untuk mengasuh kucing dia tu. Saya tak pernah terlintas pun nak tinggal di rumah mewah ni. Jadi, tuan jangan sesekali nak hina saya dengan tuduhan yang macam tu. Dan saya tak nak pun duit tuan tu. Tuan tak berhak untuk layan saya begitu!" marah Hanan dalam nada yang masih terkawal kerana dia menghormati lelaki itu yang lebih tua darinya dan juga ayah kepada majikannya.

"Oh yeah? Bukankah orang miskin macam kau ni memang layak dilayan begitu?" hina lelaki itu lagi.

Nafas Hanan turun naik menahan segala rasa. Tangannya digenggam menjadi kepalan penumbuk. Kalau ikutkan hati, sudah lama dia tumbuk muka si tua angkuh itu. Namun, dia masih boleh bersabar lagi. Tidak mahu keruhkan lagi keadaan.

"Ya, saya miskin. Saya sebatang kara. Saya tak de sesiapa. Tapi itu tak bermakna orang macam saya di anggap sehina itu! Saya masih ada maruah. Saya tahu jaga nama baik keluarga saya. Saya tak pernah terlintas sesekali untuk jadi kaya. Saya takut jadi angkuh macam tuan. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Tuan baliklah sebelum Tuan Wahyu sampai. Nanti lain pulak jadinya," bidas Hanan.

  Kemudian, Hanan mula mengorak langkah ingin berlalu masuk ke dalam rumah. Malas mahu bertekak dengan lelaki itu lagi.

"Kau yang patut keluar dari sini, baru aku akan keluar," balas Encik Wadi tegas membuatkan langkah Hanan terbantut.

"Baik, say akan keluar. Puas hati?" Hanan terus berlalu masuk ke dalam rumah mahu mengemas pakaiannya.

  Biarlah Tuan Wahyu selesaikan kekusutan itu sendiri dengan daddynya.

"Daddy! What are you doing ?" sergah Wafiy yang tetiba muncul.

Ternyata, dia mengekori daddy nya dari rumah lagi. Dia sudah dengar semuanya tadi. Baginya, daddynya cukup melampau melayan Hanan sebegitu rupa.

Encik Wadi hanya buat tak endah terhadap Wafiy.

"Kenapa daddy usir dia keluar?Kenapa daddy jadi teruk macam ni? Adik tak faham la. Hanan tak tahu apa-apa. Ini masalah Wahyu dengan Daddy. Kenapa daddy nak libatkan Hanan? Kesian dia, daddy hina dia macam-macam." Sambungnya lagi tak puas hati dengan apa yang daddynya lakukan tadi.

"Eh? Adik pun nak bela perempuan tu? Dah kenapa? Hey, selagi daddy tak usir dia, selagi itu Wahyu takkan berbaik dengan daddy. Lagipun, daddy nak elak dari berlaku gosip liar seperti baru-baru ni lagi nanti. Adik yang tak tahu apa-apa, duduk diam sudahlah."

"Oh, daddy... what are you saying ? Hanan tak de kena mengena dengan Wahyu. Wahyu tak baik dengan daddy sebab dia bencikan adik. Dia marahkan arwah mama sebab dah kahwin dengan daddy. Daddy pun tahu pasal tu, kan? Apa masalah daddy ni? Kenapa nak cari pasal dengan Hanan pulak ni? Daddy akan buat Wahyu lebih bencikan Daddy tau tak? Oh, no... ishhhh!" rengus Wafiy geram.

  Encik Wadi hanya pandang kosong terhadap kemarahannya Wafiy. Sedikit pun tidak menggoyahkan hatinya.

"Terpulanglah adik nak cakap apa-apa pun. Daddy dah pun usir dia. Mungkin sekarang tidak, satu hari nanti dia akan jadi penyebab Wahyu tak baik langsung dengan daddy. Jadi daddy nak elak itu dari berlaku. Dan daddy tak suka orang gosipkan mereka berdua. Tak sepadan langsung. Melainkan Wahyu digosipkan dengan model. Daddy seratus peratus takkan komplen apa-apa!" tegas Encik Wadi yang sejak tadi duduk kini mula bingkas berdiri berkira untuk pergi dari situ.

"What? Apa yang daddy merepek ni? Siapa yang buat cerita ni? Apa yang daddy melalut? Adik tak faham langsung. Now, adik tak kira adik nak halang Hanan dari pergi. Kasihan dia nanti di luar seorang diri. Bahaya. Lagipun, dia budak perempuan! Daddy tak fikir ke pasal tu? Haishhh..." Wafiy melepaskan geramnya dan malas mahu berbalah lagi dia terus pergi dari situ untuk menahan Hanan dari pergi.

Pada waktu yang sama, Hanan keluar dari rumah seraya menjinjing beg pakaian bersama.

   Wafiy yang melihatnya segera menghalang Hanan dari pergi.

  "Hanan, jangan pergi! Kasihan Wahyu. Dia perlukan awak sekarang." Wafiy merayu berharap gadis itu membatalkan niatnya untuk pergi.

  Walaupun dalam hati Wafiy juga tertanya-tanya apa yang gadis itu buat di situ. Namun begitu, saat itu bukan masa yang sesuai untuk dia persoalkannya. Menghalang Hanan dari pergi itu lebih penting baginya.

  Hanan menghampiri Cemong tanpa menghiraukan Wafiy di situ. Puas peluk cium Cemong bagi melepaskan rindunya.

  "Chani, kau jaga Tuan Wahyu baik-baik ya. Aku akan pergi jauh dari kau dan tuan. Lepas ni, mesti aku rindu sangat dekat kau. Kau pun jaga diri kau baik-baik ya. Aku pergi dulu. Selamat tinggal, Chani!"

https://www.youtube.com/watch?v=l1i4X5xWV6I


   Tidak lama kemudian, dia melepaskan Cemong di situ selepas kucupan terakhir dan berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah itu. Disaksikan oleh Encik Wadi dan Wafiy. Dia sudah terlalu rapat dengan Cemong. Tetapi, apa dia mampu lakukan kini? Dia telah pun di usir dan dia terpaksa pergi.

  Wafiy tak berjaya memujuk Hanan. Namun, tanpa menunggu dia terus memboloskan diri ke dalam perut kereta untuk mengejar Hanan. Dia mahu membawa Hanan pergi dari situ jika itu yang Hanan mahu. Dia akan tolong carikan tempat tinggal untuk Hanan.

"Hanan, come follow me!" pinta Wafiy saat dia berhentikan Honda CRV barunya itu di hadapan Hanan.

Hanan yang melihat wajah sugul itu mengeluh. Dan akhirnya terpaksa akur masuk ke dalam perut kereta itu. Yalah, takkan Hanan nak berjalan kaki sejauh itu. Di kawasan itu, tiada bas masuk kerana yang tinggal dalam kawasan itu semua golongan orang kaya. Jadi kebanyakan ada kenderaan sendiri. Oleh kerana itu, bas tidak masuk ke situ. Sudahlah hendak masuk ke pekan agak jauh juga.

Wafiy pandu sederhana laju. Kedua-duanya menyepi. Wafiy merenung wajah sipi Hanan sekilas dalam riak serba salah.

  "Hanan, i'm so sorry fasal my daddy tadi." Wafiy rasa serba salah bagi pihak daddynya

"It's okay. Orang miskin macam saya memang layak pun di hina macam tu," lirih sahaja nadanya.

  Dalam hatinya menangis pilu mengenangkan nasibnya yang sering dicemuh orang.

  "Kalaulah ibu dan ayah ada, tentu Hanan tak jadi macam ni. Kalaulah Kak Hani masih ada, tentu Hanan tak perlu lalui semua ni sendiri. Kak Hani, ibu dan ayah tentu bela Hanan. Apalah nasib Hanan. Sudahlah yatim piatu. Di tuduh pengikis pulak," rintihnya sendiri.

  Wafiy berasa pilu mendengar ayat lirih gadis itu.

  "Jangan cakap macam tu. Awak tak layak di layan sebegitu. Sepatutnya, orang macam awak dilindungi. Bukan dikeji. Ini kalau Wahyu tahu, confirm dia mengamuk. Daddy pun satu hal. Tetiba buat fasal pulak. Haiss, dia tak tahu apa yang dia buat tu akan membuatkan Wahyu lagi membenci dia." Wafiy tergeleng kepala. Runsing memikirkan sikap daddynya yang sudah gaya seperti keanak-anakkan. Tak pernah berubah.

Hanan hanya menyepi. Tiada kata yang mampu diungkapkan lagi . Yang ada hanya kesedihan.

"Hanan, kalau saya tanya... awak jangan marah. Emm... betul ke yang fasal gosip tu?" Teragak-agak Wafiy menyoalkannya. Takut juga jika gadis itu meradang nanti.

"Terpulang pada kepercayaan Encik Wafiy. Saya malas nak cakap apa dah. Semua orang pun tak percayakan saya." Hanan seperti sudah tak kisah dengan tohmahan orang terhadap dirinya.

"Saya tanya je pun. Saya tak de pun cakap yang saya tak percayakan awak Hanan." Lelaki itu tergeleng sambil tersenyum lega .

  Lega kerana gosip itu tidak benar. Bermakna dia ada peluang untuk memiliki gadis remaja itu.

  Hanan tidak membalas kata-kata Wafiy. Dia hanya mendiamkan diri sahaja sambil membuang pandang ke luar jendela. Mengenangkan nasib diri selepas ini. Adakah impiannya akan musnah?

https://www.youtube.com/watch?v=ndU86fTtPks

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro