BAB 47- TAMAN JEPUN✓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEJAK ketiadaan ahli 6STAR, Iyyad mula bergerak solo. Selalu juga dia digandingkan dengan artis lain seperti Hasya, Aiman dan Melissa. Untuk lagu berduet. Memang agak sukar untuk menarik lebih ramai peminat apabila tinggal sendiri. Namun, Iyyad tidak berputus asa. Dia teruskan juga usahanya. Hanan gembira melihat semangat Iyyad. Dia berdoa berharap Iyyad terus sukses walau tanpa rakan-rakan yang lain.

Suatu hari, ada seorang produser datang ke studio untuk melamar Iyyad menjadi penyanyi lagu OST berduet dengan artis terkenal Siti Nordiana. Dengan senang hati Wahyu menerima lamaran itu dengan bayaran yang tinggi. Iyyad bersyukur kerana dia semakin mendapat banyak job setelah bergerak solo. Ahli 6STAR pula sibuk dengan pelancaran album mereka dengan agensi baru. Segala aktiviti sibuk di update ke dalam IG, Fb, dan sebagainya tentang rutin harian mereka. Iyyad hanya jadi pemerhati. Ya, mereka lebih terkenal berbanding dengan dirinya. Namun begitu, dia langsung tidak ambil hati. Dia hanya fokus pada kerjayanya.

Di ROOFTOP

HANAN berehat berdua dengan Wahyu. Mendengar lagu bersama. Lagu Iyyad yang dicipta oleh Iyyad sendiri. Iyyad di ajar untuk mencipta lirik sendiri oleh Tuan CEO. Memang begitu. Semua artis akan di ajar menulis lirik dengan sendiri jika sudah lama jadi artis disitu.

"Wah, saya bangga dengan Iyyad sekarang. Dia dah boleh cipta liriknya sendiri. Dia memang bersemangat tinggi. Saya pasti dia akan selalu sukses," puji Hanan dengan penuh yakin seiring senyuman bangga dipamerkan.

Wahyu turut tersenyum mendengarnya.

"Ya, dia mampu lakukannya. Saya tahu, dia boleh berjaya walau tanpa ahli 6STAR," sahut Wahyu dengan anggukan.

Hanan tidak menjawab, hanyalah mengekalkan senyumannya tadi.

Wahyu memandang ke arah Hanan di sebelahnya.

"Hanan? Awak pernah ada impian nak pergi ke mana-mana tak?" Tetiba dia teringin hendak tahu impian gadis itu.

Yalah, selama ini dia tak pernah tanya semua tentang gadis itu. Jadi, itulah masanya. Siapa tahu, dia boleh menunaikan impian gadis itu.

Hanan membalas renungan Tuan CEO di sisinya.

"Ada. Saya selalu impikan yang saya dapat pergi ke Jepun. Kalau dapat pergi ke sana mesti best sangat." Hanan mula membayangkan dia berada di Jepun.

Wahyu tersenyum lebih lebar lagi. Semenjak sesi meluah perasaan tempohari, dia tidak lagi mempamerkan riak wajah ketatnya terhadap Hanan.

"Kalau macam tu, mari kita realisasikan impian awak tu!" Lantas lelaki itu bingkas berdiri berkira untuk pergi.

Hanan terpinga-pinga tatkala melihat Tuan CEO nya itu beria-ia mahu mengajaknya pergi. Pergi ke mana?

"Tuan bergurau ke ni?" soal Hanan inginkan kepastian.

"Nope! Now, come follow me!" Wahyu sudah berjalan mendahului Hanan.

Hanan tergaru kepala seakan tidak percaya dengan ajakan Tuan CEO itu. Biar betul nak pergi ke Jepun? Tetapi, dia membuntuti juga lelaki itu.

Di Taman Jepun, IPOH~

WAHYU yang telahpun keluar dari perut kereta menggamit Hanan agar keluar dari perut kereta bersamanya. Hanan hanya menurutkan sahaja dengan riak pelik dipamerkan.

"Err... kita buat apa kat sini?" soal Hanan tak teragak-agak.

"Merealisasikan impian awaklah. Jom!" Wahyu mengajak Hanan masuk ke dalam.

"Bila pula saya cakap ni impian saya?"

"Tadi, awak cakap nak pergi mana?" Wahyu mematikan langkahnya apabila menyedari gadis itu masih tidak berganjak.

"Jepun," jawab Hanan yang masih blurr.

"Awak nampak kat papan tanda tu dia tulis apa? Cuba baca." Wahyu memuncung bibir ke arah papan tanda di sebelah Hanan berdiri.

Hanan memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Tuan Wahyu nya itu.

"Taman Jepun..." Hanan membaca yang tertera pada papan tanda itu.

"Ha... Jepun, kan? So, inilah tempatnya. Jom!" Lelaki itu selamba memaut bahu Hanan dan dibawa masuk ke situ. Hanan terus menolak tangan Tuan CEO nya dari memaut bahunya.

"Tuan! Saya bukan cakap nak pergi Jepun yang ni. Saya cakap saya nak pergi Jepun. Maksud saya Negara Japan. Kalau tempat ni, saya pun pernah datang dengan Iyyad. Ish, tuan ni!" rungut Hanan seraya berpeluk tubuh tidak mahu menuruti kemahuan lelaki itu. Untuk apa masuk ke situ jika dia sudah sering ke situ. Naik jemu.

Wahyu mendengar sahaja nama Iyyad yang disebutkan mula terasa membahang. Nafasnya turun naik menahan rasa.

"Awak cakap apa? Pernah datang sini dengan Iyyad?"

"Ya," jawab Hanan hanya sepatah.

"Berapa kali?" Wahyu sudah bercekak pinggang.

"Selalu jugak. Tapi tak ingat berapa kali," jujur Hanan yang masih blurr tidak mengerti bahawa lelaki itu tengah menahan rasa bahangnya.

"Banyak kali? Kenapa saya tak pernah tahu pun?"

"Tuan tak pernah tanya saya pun. Dahlah, saya nak balik." Hanan berpaling semula dan kembali membuka pintu kereta ingin memboloskan diri ke dalamnya. Wahyu menahan.

"Kenapa cepat sangat nak balik? Dengan Iyyad kemain boleh lepak berdua lama-lama. Dengan saya, tak nak pulak? Tak adil macam ni!" Wahyu seakan merajuk. Sejak bersama Hanan dia sudah pandai merajuk bagai. Jadi manja terlebih pula. Dia jadi begitu bila berdua dengan Hanan sahaja.

Hanan rasa serba salah pula melihat rajuk si Mr.Cutenya itu. Dia menghela nafas perlahan.

"Yalah, jom. Saya teman tuan," akur Hanan seraya berjalan mendahului lelaki itu.

Wahyu tersenyum nipis. Dia bukan merajuk pun. Sengaja mahu menarik perhatian gadis itu. Akhirnya, dia membuntuti belakang gadis itu. Mereka berjalan menikmati permandangan indah dan suasana yang sama dengan suasana di Jepun itu. Adakala Hanan mengajak Tuan CEOnya itu berswafoto di tempat yang cantik. Tepi tasik. Pelbagai gaya Hanan mengajar lelaki itu posing ala-ala model gitu. Wahyu pun melayankan saja tingkah gadis kesayangannya itu.

Setelah penat berjalan dan berswafoto bagai, mereka memilih untuk berehat di dalam sebuah pondok di tepi tasik yang rekabentuk sama seperti di Jepun itu.

Lama mereka termangu di situ. Hanan ralit menyaksikan keindahan tasik. Wahyu disebelahnya mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Dia mahu memberi itu kepada Hanan. Dan berharap gadis itu menyukainya.

"Hanan?" seru Wahyu dengan intonasi nada yang cukup lembut.

Hanan yang tengah asyik merenung tasik itu berkalih memandang Tuan CEO di sisinya. Dilihatnya lelaki itu serius merenungnya. Hanan mengangkat kening tandanya 'apa?' Wahyu menyua kotak baldu merah yang sudah dibuka di hadapan Hanan. Hanan terkaku. Matanya terbelalak memandang kotak itu dengan Tuan CEOnya silih berganti.

"A... pa... ni, tuan?" soal Hanan tergagap.

"Hanan Falisya, will you be mine?" Wahyu sudah pun melutut di hadapan Hanan.

"Aa... err... emm... maksud, tuan?" Tergaru kepala Hanan yang tidak gatal. Tak faham lamaran untuk apa? Kahwin ke tunang ke sahabat ke? Kekasih ke? Hanan tertanya-tanya. Sungguh blurr.

"Lamaran ini untuk saya jadikan awak sebagai isteri saya," jelas Wahyu niat sebenarnya.

"What?" Terkejut Hanan dia dilamar untuk dijadikan isteri kepada CEO terhebat itu? Terjatuh rahangnya setelah dilamar secara mengejut sebegitu.

"Saya tahu tindakan saya ni mengejutkan awak. Tapi, saya dah tak boleh nak tunggu lagi. Saya mahu awak segera jadi milik saya. Saya juga tak mahu lelaki lain rapat dengan awak. Saya cemburu. Kalau awak jadi milik saya secara rasmi mereka takkan berani dekat dengan awak lagi. Tambahan si Iyyad tu. Sikit sikit cari awak. Saya tak boleh tengok kemesraan kauorang berdua. Hati saya berdebar sakit semua ada," luah Wahyu apa yang dia rasa sebenarnya membuatkan Hanan hampir tergelak lucu mendengarnya.

Ternyata selama ini tanggapannya memang betul. Lelaki itu cemburu dia bersama Iyyad. Cuma lelaki itu tak mahu mengaku. Ego. Hanan tersenyum menatap seraut wajah Tuan Wahyu nya itu.

https://www.youtube.com/watch?v=49ZLAzZVrT4

'Alahai comelnya dia bila dia cemburu...' desis Hanan.

"Hanan... Awak diam je, kenapa? Awak tak sudi ke terima lamaran saya? Atau awak belum bersedia lagi?" Kedengaran nada suara lelaki itu seakan sedikit hampa. Dia sangka Hanan akan menolak lamarannya.

Hanan masih menyepi.

"Tak sudi tak apalah. Saya faham saya tak sesuai dengan awak. Saya jauh lebih tua dari awak. Saya tahulah saya ni tak pandai bersweet-sweet macam Wafiy. Saya tak pandai ambil hati awak macam Iyyad. Saya tak tahu banyak perkara pasal awak seperti Kate. Teruk kan saya? Hmm... lelaki seperti apalah saya ni," lirih nada Wahyu ketika itu. Dia menunduk sambil merenung cincin dalam bekas baldu itu. Rasa dirinya begitu teruk. Itulah dulu dia tak tahu hendak menghargai gadis itu.

Hanan sedih pula mendengar ayat lirih Tuan CEOnya itu. Tak mungkin dia mahu menolak lamaran lelaki yang sangat dicintainya itu setelah lama memendam rasa masing-masing.

"Tuan?" Hanan menyua jemarinya di hadapan lelaki itu.

Wahyu yang melihat jemari gadis itu di hadapannya memanggung kepala merenung seraut wajah Hanan. Dahinya dikerutkan seakan tidak percaya. Hanan mengangguk sambil tersenyum indah.

"Hanan? Awak te... terima... saya?" Tergagap pula Wahyu ni alahai.

"Ya, Mr cute ku. Saya terima lamaran tuan," jawab Hanan ceria cuba meyakinkan lelaki itu.

Lama lelaki itu terpaku kemudian barulah tersenyum.

"YaAllah, terima kasih yaAllah. KAU telah makbulkan doa aku selama ni untuk memperisterikan gadis comel yang bernama Hanan Falisya. Terima kasih Hanan sebab sudi terima saya yang teruk ni." Gembira sungguh hatinya hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya dia.

"Siapa kata tuan teruk? Bagi saya tuan adalah seorang lelaki yang terhebat telah bertakhta dihati saya," luah Hanan tentang isi hatinya.

Wahyu terharu mendengarnya. Rasa hendak melompat gembira di situ juga. Namun situasi membataskan hadnya untuk melakukan itu.

"Tuan, cepatlah sarungkan cincin ni sebelum saya ubah fikiran nanti!" pinta Hanan yang lenguh tangan menyua di hadapan lelaki itu tadi.

Wahyu menepuk dahi terlupa. Dia tergelak. Terus sahaja jari manis sebelah kiri itu disarungnya perlahan. Mahu kelihatan romantic gitew. Kemudian, mata mereka bertaut menjadi satu Kedua-duanya tersenyum bahagia.

"Hanan, saya janji saya takkan sia-siakan awak. Saya akan jaga awak, lindungi awak seperti nyawa saya sendiri," janji Wahyu bersungguh.

"Saya pun berjanji akan terus setia dengan tuan hingga ke hujung nyawa saya." Hanan turut berjanji.

Tanpa sedar ada titisan air mata yang mengalir sayu. Sungguh Hanan tidak menjangka bahawa dia akan dicintai oleh seorang lelaki yang memiliki wajah comel tetapi beriak ketat itu.

"Hanan... jangan menangis. Saya janji pada awak, lepas ni... no more tears, no more crying. Semoga cinta kita sampai syurga..." Air mata gadis itu diseka. Hanan mengangguk.

"Hanan, andai satu hari awak tahu siapa saya sebenar adakah awak akan tetap terima diri saya seadanya?" soal Wahyu serius.

Sengaja WAHYU ingin tahu. Dia takut andai satu hari rahsianya bakal terbongkar, gadis itu akan meninggalkannya. Dia tak mampu kehilangan gadis itu.

"Jangan risau tuan. Hati saya, cinta saya hanya untuk tuan. Walau siapa pun tuan dulu, inshaAllah saya terima tuan seadanya," beritahu Hanan mengikut kata hatinya.

Ya, dia tak mungkin akan tinggalkan lelaki itu hanya kerana dapat tahu kisah silam lelaki itu dulu. Dan dia tak mahu tahu kerana dia takut hatinya akan terluka.

Wahyu akhirnya tersenyum kembali. Lega mendengarnya.

"One more thing, sekarang awak dah jadi milik saya separuh. Jadi, boleh saya nak buat permintaan ?" pinta Wahyu pada Hanan.

Hanan menjawab dengan anggukan.

"Lepas ni, boleh tak awak jangan panggil saya, Tuan?"

"Habis tu, nak panggil apa? Mr popeye?" Sempat lagi Hanan berjenaka.

Jenaka sang gadis membuatkan Wahyu berubah riak.

"Haish... tak habis habis Mr Popeye dia tu. Bukanlah!" sangkal Wahyu geram nama itu juga yang dia fikirkan. Aduhai...

"Habis tu, apa?" Hanan blurr lagi. Dia tak pernah bercinta. Manalah dia tahu panggilan untuk orang bercinta itu apa.

Wahyu mengangkat-angkat keningnya. Hanan merenung lelaki itu pelik. Tak faham maksud kening terangkat-angkat itu.

"Saya nak awak panggil saya..." Tetiba Wahyu teringat mimpinya tempohari. Hanan memanggilnya Kanda Wahyu. Comel sangat. Terngiang-ngiang gadis itu memanggilnya... Kanda Wahyu... kanda...

"Panggil apa?" Hanan masih menunggu.

Lamunan Wahyu terhenti. Kembali fokus pada Hanan.

"Saya nak awak panggil saya... kanda Wahyu!" Permintaan Wahyu membuatkan Hanan teruja mendengarnya.

"Wow... so klasik. Tapi, cute je dengar. Saya suka. Maknanya tuan kena panggil saya... dinda?"

"Yes, kanda... dinda... okey?"

"Okey, tuan!"

"Ha! No no no... tak mahu tuan. Kanda Wahyu." Wahyu perbetulkan panggilan Hanan.

"Ops! Terlupa pulak. Okey... ka... kanda Wahyu..." Hanan tertunduk malu kerana itulah pertama kali dia menggelarkan lelaki itu dengan panggilan manja. Kekok rasanya.

"Macam tu la baru sweet. Dinda..." Wahyu juga berpura-pura cool sahaja. Walaupun, dia mengawal perasaan malunya sehabis mungkin.

Hanan kembali memandang Wahyu. Lelaki itu mengenyit mata padanya. Hanan termalu dan terus melarikan diri ke luar dari pondok itu. Wahyu meraup wajahnya melepaskan rasa malunya tadi sehabisnya.

'Perrhhh dahsyat kau berani lamar dia. Syabas!' puji dirinya sendiri dalam hati. Kemudian turut keluar dari pondok itu mengejar Hanan.

Sudah seperti filem hindi pula berlari kejar mengejar. Seronok benar mereka hari itu. Akankah rasa itu akan kekal selamanya?

****

WAHYU masuk agensi seperti biasa. Namun keceriaan lain macam hari itu. Jelas berseri pada wajahnya.

Dia berhenti di hadapan pintu lif mahu naik ke pejabatnya. Kebetulan Melissa turut baru masuk ke situ. Saat itu, matanya sudah menangkap sesusuk yang sangat disukainya dalam diam itu dari kejauhan. Lantas bibirnya mengoyak senyuman menggoda. Kakinya dihayun sepantas yang mungkin kerana tidak mahu ketinggalan menaiki lif bersama lelaki itu. Niatnya hanya satu, mahu memikat lelaki itu.

"Hai, tuan!" sapa Melissa yang telahpun berdiri di sebelah lelaki itu.

Keadaan itu automatik membuatkan Wahyu tersentak lamunan cintanya bersama Hanan. Wajah si penggoda Melissa di sebelahnya di pandang seiring dengan riak santai yang dipamerkan. Tidak pula menunjukkan keterujaannya menemui gadis itu. Berbeza jika dia menemui Hanan. Debarannya itu terasa lain macam.

Tangannya diseluk ke dalam kocek seluar slack kerjanya sebelah kanan. Keningnya sebelah dijongketkan.

"Ya, Mel? Awak buat apa di sini? Bukan ke kelas awak di blok A?" tanya Wahyu yang terasa pelik juga, mengapa gadis itu boleh berada di situ? Sedangkan kelasnya di blok A tingkat bawah. Bukannya ditingkat atas. Sebabnya, ditingkat tiga adalah ruangan pejabat sahaja. Tingkat dua pula untuk pelatih junior seperti Hanan.

Melissa cuba merapati tubuh lentiknya pada Tuan CEO nya dengan gaya gediknya.

Wahyu yang perasan akan perbuatan gadis itu segera mengelak. Melissa masih mahu merapatinya.

"Oh, saja nak jumpa tuan. Saya ingat saya nak ajak tuan keluar lunch dengan saya. Sebabnya, saya ada sesuatu nak cakap dengan tuan," beritahu Melissa tujuan dia ke situ. Entah ya entah tidak. Boleh percaya ke?

"Lunch? Maaflah. Saya tak boleh. Saya ada hal tengahari ni." Wahyu memberi alasan santai dengan menolak permintaan gadis itu. Dia tahu, gadis itu sengaja mahu berdua dengan dia sahaja. Bukannya mahu bercakap sesuatu pun. Dia sudah masak dengan taktik gadis itu yang tak henti cuba memikat dirinya.

Melissa pula berubah riak mencuka. Bibirnya memuncung sedepa.

"Ada hal? Umm... saya baru saja nak nak makan dengan tuan. Tak boleh ke tuan postpone aje hal tu? Tuan keluar lunch dengan saya aje ya?" Melissa masih tidak berputus asa untuk memujuk lelaki itu agar bersetuju dengan ajakannya.

"Tak boleh. Saya betul-betul ada hal. Better awak pergi masuk ke kelas sekarang sebelum terlewat." Wahyu yang melihat lif sudah terbuka, segera melangkah masuk ke dalamnya.

Malas mahu melayan gadis itu yang mula menggedik semacam. Namun, tanpa diduga Melissa turut melangkah masuk ke dalam perut lif. Wahyu mengeluh berat. Dia mula mencari akal untuk mengelak dari gadis itu.

Pintu lif sudahpun terkatup rapat. Wahyu hanya berdiri terkaku di hujung penjuru dinding lif. Melissa seperti biasa, mula menempel pada Tuan CEO nya itu hingga membuatkan lelaki itu berasa tidak selesa dengannya.

"Tuan... please..."

"Tak boleh!"

"Bolehlah. Sekali ni aje. Nanti lain hari saya tak ajak tuan lepak makan dengan saya dah. Hari ni aje. Please!"
Melissa merengek merayu agar lelaki bersetuju sambil memaut lengan lelaki itu

  Wahyu terkejut dengan tindakan berani Melissa. Sungguh melampau. Dan dia tak boleh biarkan lagi. Dengan pantas dia menarik lengannya dari pautan gadis itu separuh kasar. Riak santainya sudah berubah menjadi tegang.

"Haish! Awak ni tak ada perasaan malu ke? Sikit pun tak ada ke? Belajar untuk berasa malu bila berdepan dengan lelaki boleh tak? Tambahan lagi dengan bos awak. Bukannya menempel dengan lelaki dan tunjukkan gaya menggoda awak tu pada mereka. Jagalah maruah kaum hawa. Oh ya, kalau awak nak keluar lunch dengan saya, tolong jadi diri awak yang dulu barulah saya akan pertimbangkan semula sama ada mahu keluar lunch dengan awak atau tidak. Faham? Dan jangan buat macam ni lagi kalau tak nak dibuang agensi!" Usai memberi amaran keras, pintu lif terbuka. Wahyu terus bergegas pergi tanpa menghiraukan Melissa yang sudah termangu malu di situ. Dia tertunduk menekur ke lantai.

  Pada waktu yang sama, Iyyad muncul mahu menaiki lif untuk turun ke bawah. Dan dia tersentak tatkala bertembung dengan Melissa di dalam lif. Dia baru hendak menghadiahkan senyuman buat Melissa. Namun, niatnya terbantut apabila dia terperasan akan perubahan pada riak gadis itu tika itu. Riak sedih bercampur malu mungkin. Ya, itu yang jelas kelihatan pada Melissa tika itu.

  "Mel? Are you okay?" Iyyad menyoalnya perihatin.

  Melissa mengangkat kepalanya dan menatap si empunya suara yang menegurnya. Wajah Iyyad yang berada di hadapannya kini.

  "Saya teruk ke Iyyad?" Persoalan yang diajukan oleh Melissa tanpa dijangka itu telah membuatkan Wahyu berasa pelik.

   "Kenapa awak tanya saya macam tu?" Soalan dijawab soalan pula oleh Iyyad.

  Melissa berjeda. Setelah lif dibuka smeula ditingkat bawah, Melissa dan Iyyad keluar seiringan dari perut lif.

  Iyyad masih menantikan apa yang bakal dikatakan Melissa seterusnya.

"Kenapa bila apa yang saya inginkan, pasti ianya sukar untuk didapatkan?"

  "Apa maksud awak? Saya tak faham. Dan kenapa awak bersedih sangat ni?" Iyyad cuba menyelami hati Melissa.

  Melissa tidak menjawab persoalan Iyyad. Wajah itu direnungnya lama sebelum berlalu dari situ meninggalkan Iyyad terkulat-kulat di situ kerana tidak mengerti apa yang yang terjadi sebenarnya terhadap Melissa.

  "Mel? Tunggulah. Awak tak jawab lagi soalan saya." Iyyad mengejar Melissa yang sudah mengorak langkah menuju ke pintu keluar agensi.

   Iyyad berjaya menarik lengan Melissa menghadapnya. Melissa hanya tertunduk ke lantai.

  "Kenapa ni? Kalau ada masalah bagitahulah saya. Siapa tahu, saya boleh tolong?" Melissa menggelengkan kepalanya perlahan.

  "Tak ada siapa pun yang boleh menolong saya. Susah ke nak dapatkan apa yang saya nak? Kenapa saya tak boleh dapat apa yang saya nak? Teruk sangat ke saya ni?" luah Melissa melampiaskan amarahnya.

  Iyyad tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sungguh dia tak faham apa maksud gadis itu? Dan apa yang dia cuba katakan?

  "Hmm... macam ni la. Apa kata, kalau kita ponteng kelas? Kita pergi ke satu tempat ni. Siapa tahu, awak boleh tenangkan fikiran awak di sana. Macam mana? Setuju?" saran Iyyad berharap gadis itu bersetuju dengan saranannya. Entah mengapa hatinya mula terpaut terhadap gadis itu. Wajah Erin kekasih lamanya jua sudah terpadam dari kotak ingatannya.

  Melissa menggelengkan kepalanya. Wajah Iyyad di pandang.

  "Saya tak ada mood untuk ke mana-mana pun," jawab Melissa seraya melurutkan tangan Iyyad yang masih mencengkam lengannya kemas.

  Kemudian, dia melepaskan nafas berat sebelum berlalu ingin masuk semula ke dalam agensi. Sebenarnya, dia sendiri tidak tahu ke mana dia hendak membawa diri ketika itu. Sedih sebak marah malu semua menjadi satu rasa. Dia tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan.
 
Iyyad yang melihat Melissa ingin kembali ke dalam agensi, segera menahan.

  "Mel!" panggil Iyyad.

  Melissa terhenti melangkah. Namun hanya membelakangi lelaki itu. Panggilan Iyyad tidak disahutnya.

  Iyyad merapati Melissa. Dia berdiri di hadapan Melissa. Wajah muram itu di renung. Dia menghela nafas dan menghembusnya perlahan.

  "Saya tahu, awak sedang berusaha untuk memikat hati Tuan Wahyu selama ni. Tapi, untuk apa? Dia tak sukakan awak. Boleh tak awak sedar? Tolong sedarkan diri tu. Jangan malukan diri sendiri boleh tak? Awak takkan dapat apa-apa pun kalau awak terus mendesak Tuan Wahyu untuk sukakan awak. Dia takkan pernah sukakan awak. Tolonglah jangan goda dia lagi. Jadi diri awak yang dulu. Jadi diri sendiri. Bukannya hipokrit macam ni. Dengarlah nasihat saya ni, berhenti untuk mengharapkan sesuatu yang tak pasti dan mungkin mustahil untuk awak milikinya," nasihat Iyyad membuatkan Melissa mencerlung tajam ke arahnya. Perasaan marahnya mula menyerbu ke dalam dirinya apabila dia dikatakan sebegitu rupa.  Walhal, Iyyad sekadar menasihatinya sahaja.

  "Awak tak tahu apa-apa jadi jangan nak menyibuk!" marah Melissa dan ingin berlalu.

  Iyyad geram apabila nasihatnya langsung tidak didengari. Lantas lengan gadis itu ditarik kasar dan dipaksa keluar dari situ bersamanya.

  ***

TAMAN JEPUN, IPOH.

IYYAD membuang pandang ke arah tasik. Tidak lama kemudian, pandangannya berkalih ke arah Melissa yang sedang duduk di sebelahnya termenung jauh. Wajah muram itu di renung sejenak.

  Iyyad berpeluk tubuh.

  "Sudahlah tu. Tak payahlah masam muka macam tu. Nanti jadi rupa nenek kebayan, nak ke? Buruk aje rupanya. Tak pun, jadi rupa bini popeye tu. Nak ke? Atau lebih sesuai lagi, jadi rupa chipunzi. Itu pun lebih kurang nenek kebayan jugak. Mungkin adik beradik dia," sakat Iyyad membuatkan Melissa mengalihkan tempat duduknya agar lebih jauh dari Iyyad. Dia tidak suka disakat sebegitu.

  Iyyad tersenyum senget.

  "Haish, susahnya nak pujuk perempuan ni kan?" Sengaja Iyyad menyindir Melissa.

  "Siapa suruh pujuk? Saya tak suruh pun. Hantar saya balik!" dingin sungguh nada suara Melissa ketika bertutur dengan Iyyad.

  Iyyad mengherotkan bibirnya ke atas. Sedikit pun dia tidak terasa hati dengan kedinginan gadis itu terhadapnya.

  "Mel... awak tahu tak, dalam dunia ni tak semestinya apa yang kita nak kita akan dapat. Tetapi, adakala sesuatu yang kita tak pernah inginkan pun, tiba-tiba ia menjadi milik kita. Dan mungkin... sesuatu itu lebih berharga dari apa yang kita inginkan selama ni. Dan bila kita sedar sesuatu yang tak dijangka menjadi milik kita itu bukanlah sesuatu yang kita inginkan ianya sangat bernilai lebih dari apa yang kita idamkan, kita akan menghargainya lebih dari apa yang kita inginkan." Iyyad berjeda seketika.

  "Dan sesuatu yang kita inginkan tu pulak dah tak bermakna apa-apa lagi pada kita. Begitu juga awak. Mungkin apa yang awak inginkan awak tak boleh memilikinya. Tetapi, siapa tahu apa yang awak tak inginkan tu lebih berharga dari apa yang awak inginkan. Dan mungkin awak akan hargainya apabila sesuatu yang tak dijangka itu menjadi milik awak suatu hari nanti. Dan awak akan rasa tenang dan bersyukur kerana awak tidak lagi rasa kecewa macam sekarang. Mungkin sesuatu yang tak dijangka itu akan membuat awak bahagia. Yeah, who know right? Segala yang berlaku dalam hidup kita sudahpun tertulis di luh mahfuz." Berjela Iyyad mengeluarkan kata-kata tazkirahnya.

  Melissa tertunduk menekur ke atas simen dalam sebuah pondok yang berukiran ala-ala pondok di jepun itu mulai memikirkan kebenaran kata-kata Iyyad sebentar tadi.

   Anak mata Iyyad masih menghala ke arah Melissa tidak berkalih kerana dia mahu melihat respon dari gadis itu di atas kata-kata tazkirahnya tadi.

  Tidak lama kemudian, kedengaran suara esakan halus yang datangnya dari Melissa membuatkan Iyyad terkedu. Lantas dia mendekati gadis itu yang berada di hujung penjuru membelakangi tasik.

  Iyyad berdiri di hadapan Melissa. Tangannya yang berpeluk tubuh tadi dijatuhkan. Anak rambutnya yang berjuntai di dahi diraup ke belakang. Dia menghela nafas sejenak sebelum memulakan bicara.

  "Kenapa awak nangis? Maaf jika kata-kata saya tadi mengguriskan hati awak. Saya cuma tak nak awak dikecewakan. Itu saja." Iyyad cuba memujuk gadis itu.

   Malangnya, bukan semakin reda. Tangisnya makin menjadi-jadi pula buatkan Iyyad sedikit gelabah. Tergaru-garu kepalanya.

   "Dahlah tu. Awak buat saya rasa bersalah. Jangan nangis lagi. Okey, saya janji saya takkan tegur apa yang awak buat lagi lepas ni. Awak buatlah apa yang awak suka. For now, marilah saya hantar awak balik. Tenangkan fikiran awak secukupnya. Jom!" Iyyad sudahpun berpaling dan membuka langkahnya mahu pergi dari situ untuk membawa Melissa pulang.

  Melissa masih tidak berganjak. Kepalanya dipanggung menjamah belakang tubuh Iyyad yang sudahpun keluar dari pondok itu. Air matanya yang masih lencun membasahi pipinya di kesat dengan jarinya.

  "Iyyad? Kenapa kau selalu buat baik dengan aku waima aku tak layan kau pun kadang-kadang tu. Hmm... mungkin Iyyad benar." Melissa bingkas bangun dari duduknya dan mendapatkan Iyyad.

  "Iyyad? Tunggu!" panggil Melissa membuatkan langkah iyyad termati di situ.

  Iyyad berpaling ke arah Melissa yang kemerahan wajahnya kerana melepaskan tangis tadi. Dia hanya menanti di situ. Melissa mendekatinya.

  Iyyad menjongketkan kening sebelah ke arah Melissa tanda bertanya apa? Air mata Melissa kembali merembes keluar.

  "Thanks. Thank you so much sebab awak berjaya membuatkan hati saya kembali tenang," luah Melissa apa yang dirasakannya tika itu membuatkan Iyyad mula melakar senyuman lebar hingga menampakkan barisan gigi putih bersihnya.

  "Baguslah kalau macam tu. Lega saya dengar," balas Iyyad dalam nada ceria.

https://www.youtube.com/watch?v=MrZnlsbxiW0

  Melissa mengelap air hidungnya yang mengalir.

  "Saya sedar, saya tak patut jadi diri orang lain. Tapi, saya buat semua tu sebab saya perlukan perhatian. Saya perlukan seseorang yang boleh layan saya, sayang saya seperti mana Tuan Wahyu lakukan pada Hanan. Pengarah Adief dengan penolong pengarah Marina. Hasya dengan Fakrulrazi. Macam Afia dan rakan-rakan yang femes dalam kalangan artis terkenal lelaki. Saya jadi cemburu dengan mereka semua. Kenapa saya tak dapat semua tu? Disebabkan itu saya mengubah diri saya menjadi orang lain. Bila fikir balik, bodohnya saya. Betullah kata awak, saya hipokrit. Tapi, saya juga benar-benar dah terjatuh suka pada Tuan Wahyu. Saya sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan cintanya. Nampak terdesak betul saya kan? Nampak begitu murah saya di mata lelaki sekarang ni kan? Sekarang saya sedar, saya memang tak layak untuk dicintai. Saya malu dengan apa yang saya lakukan. Saya dungu!" Melissa mengetuk dadanya sendiri bersama linangan air mata sayu bagi melepaskan segala yang terbeban di jiwanya.

  Iyyad yang melihatnya terus menahan Melissa dari terus berbuat sedemikian.

  "Dahlah tu! Jangan buat macam tu!" tegah Iyyad sedikit tegas. Hilang keceriaannya. Ditarik tangan Melissa dan diturunkan ke bawah. Melissa hanya menurut. Iyyad melepaskan tangan gadis itu lalu memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu dengan hanya berdiri serta tangan di letakkan di belakang tubuh.

  "Mel... listen, awak tak perlu buat apa-apa pun untuk menarik perhatian orang lain, terutama lelaki. Awak just jadi diri awak. Itu sudah cukup untuk menarik perhatian lelaki. Saya lelaki, tentulah saya tahu apa yang lelaki mahukan. Tapi, bagi saya... tak perlu kot awak gigih dengan mengubah diri semata-mata untuk menarik perhatian lelaki. Cukuplah awak jadi seorang yang humble. Kerana lelaki sukakan seseorang yang humble bukan penggoda atau hot."

  "Masih ada ke lelaki yang sukakan perempuan humble? Bukan ke mereka sukakan perempuan yang hot?" soal Melissa dalam nada mendatar.

  "Itu yang awak silap tentang lelaki. Saya nak bagitahu awak satu perkara ya... sebenarnya, lelaki sukakan seseorang yang mampu menggetarkan jiwanya. Yang mampu merobohkan tembok keegoannya. Seseorang yang mampu membuatkan dia tak mampu melupakannya. Bukanlah seseorang yang kaki penggoda dan hot macam yang awak lakukan sekarang. Cuba fikir, kalau betul lelaki sukakan perempuan yang hot, kenapa Tuan Wahyu tak terpikat pun dengan awak setelah awak mengubah diri awak? Itu tandanya, apa yang awak fikirkan tu tak betul. Seperti yang saya cakap tadi, better jadi diri sendiri. Percayalah, kita mungkin tak dapat apa yang kita nak. Tapi, kita akan dapat apa yang kita perlukan. Di sini saya nak katakan, awak takkan dapat cinta Tuan Wahyu hanya kerana mahukan perhatian darinya. Tetapi, awak akan menerima cinta dari seseorang yang selalu perhatikan awak yang akan membuat awak bahagia. Saya rasa itu lebih baik, dari awak terus berharap pada sesuatu yang tak pasti." Jawapan Iyyad yang lebih terperinci itu membuatkan Melissa mengangguk faham. Namun, terfikir juga dia, siapa si pemerhati dirinya yang dimaksudkan lelaki itu.

  "Emm, siapa si pemerhati tu?" Soalan Melissa itu membuatkan Iyyad tersenyum penuh bermakna.

  "Sesiapa saja. Mungkin seseorang tu orang yang dekat dengan awak." Sempat Iyyad kenyitkan matanya dan terus berlalu meninggalkan tanda tanya dihati Melissa.

  Berkerut seribu dahinya memikirkannya.

  "Siapa yang dekat dengan aku? Aku bukannya ada kawan lelaki pun. Melainkan Iyyad seorang yang sudi nak dekat dengan aku. Siapa ya?" Lama Melissa termangu memikirkannya. Tiba-tiba sahaja matanya terbuntang luas. Iyyad? Terlopong mulutnya merenung ke arah Iyyad yang sudah berjalan jauh ke hadapan.

 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro