BAB 48~ TERUNGKAI SEBUAH MIMPI✓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

WAHYU berjalan di sebuah padang pasir. Dia terlihat seorang gadis berjubah putih dan selendang putih berlitup sedang melihatnya dari kejauhan. Wahyu tertanya-tanya siapakah dia? Tanpa menunggu dia menghampiri gadis itu. Kini dia betul-betul berada di hadapan gadis itu.

"Siapa cik?" Soalan pertama yang diajukan Wahyu.

"Assalamualaikum." Gadis itu memberi salam membuatkan Wahyu termalu sendiri terasa seperti dirinya disindir. Lantas tangannya menggosok belakang leher cuba mengawal perasaan malu.

"Err... waa... waalaikumussalam," jawabnya perlahan antara senyum dengan tidak.

Gadis itu melihat lelaki itu yang termalu sendiri tersenyum manis. Berseri wajahnya.

'"Terima kasih,Encik," ucap gadis itu membuatkan Wahyu pelik.

Mana tidaknya, tiba-tiba memberi ucapan terima kasih terhadapnya. Padahal, mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Apa yang dia telah lakukan hingga gadis itu perlu berterima kasih bagai?

"Err... untuk apa, ya? Saya tak faham."

"Terima kasih kerana encik telah menjalankan amanat saya pada encik untuk menjaga adik saya. Dia gembira sekarang. Hati saya tenang melihat kehidupannya yang sekarang bersama encik," beritahu gadis itu sebab musabab dia berterima kasih terhadap lelaki itu.

Wahyu masih tidak mengerti. Apa yang dimaksudkan gadis itu? Amanat tentang apa? Bila gadis itu memberi amanat padanya? Pelbagai persoalan bermain dibenaknya.

"Amanat apa? Kita tak pernah kenal. Bila awak bagi amanat pada saya? Bila pulak saya jaga adik awak? Ish, pelik... pelik!" Wahyu Tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal memikirkan maksud kata-kata gadis itu. Apakah gadis itu sudah tidak waras? Tiba-tiba sahaja bercakap tentang amanat padanya. Sungguh dia tidak mengerti.

Gadis itu masih tersenyum dan melangkahkan kakinya ke hadapan. Wahyu membuntutinya. Mahu mencari jawapan yang tidak pasti.

"Lupakah encik tentang mimpi yang lalu? Encik yang selamatkan saya dari bawah perut kereta tu? Saya ada bagi amanat pada encik untuk mencari adik saya dan menjaganya. Dan sekarang, encik telah tunaikannya pun. Terima kasih untuk itu," jelas gadis itu maksud kata-katanya tadi membuatkan Wahyu mula terimbau kembali mimpinya yang lalu.

Dia terlalu banyak mengalami mimpi-mimpi aneh hinggakan sukar meneka mimpi yang mana satu. Namun, ianya hanya seketika cuma. Dia mula teringat pada sebuah mimpi yang pernah dia alaminya tempohari. Ya, dia yang menarik seorang mangsa kemalangan dari bawah perut kereta itu.

"Ooo... saya ingat mimpi tu! Tapi, dalam mimpi tu cik teruk. Macam mana sekarang ni, cik boleh secantik ini? Siapa sebenarnya cik?" Persoalan lelaki itu membuatkan langkah si gadis termati di situ.

Wahyu turut berhenti melangkah dan merenung ke arah gadis misteri di hadapannya itu. Jadi, semua mimpi-mimpi aneh yang sering hadir di setiap malamnya itu dulu ternyata adalah seorang gadis cantik di hadapannya ini? Siapakah dia? Apakah yang dia mahukan dari Wahyu sebenarnya? Berjuta persoalan yang berlegar diruang kotak fikiran Wahyu tika itu.

"Saya orang yang selalu masuk dalam mimpi encik." Gadis itu memberitahu perkara sebenar siapa akan dirinya yang menjadi tanda tanya dibenak lelaki itu.

Seperti yang dijangka Wahyu, memang benarlah gadis itu adalah orang yang sering masuk ke dalam mimpinya itu. Tetapi, kenapa dia? Kenapa gadis itu sering masuk ke dalam mimpinya? Kenapa bukan orang lain? Hati Wahyu berkata-kata.

"Apa? Tapi, kenapa? Apa yang cik mahukan dari saya? Siapa adik cik tu? Apa nama dia? Dan apa kaitan cik dengan saya? Kenapa saya yang jadi pilihan? Kenapa bukan orang lain?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh Wahyu terhadap sang gadis ayu bertudung litup. Lagaknya tidak sabar benar ingin tahu segala persoalan yang bermain dibenaknya selama ini.

"Memang semua mimpi tu ada kaitan dengan encik. Encik masih ingat lagi yang encik pernah terlanggar seseorang hingga meragut nyawa seseorang dulu?" soal gadis itu membuatkan Wahyu sedikit cuak.

"Err... ya... saya masih ingat. Jadi, apa kaitannya mimpi tu dengan cik?"

"Untuk pengetahuan encik, sayalah orang yang encik langgar hingga membawa maut dulu tu." Gadis itu membuat sebuah pengakuan yang benar-benar membuatkan Wahyu terkejut hingga terjatuh melutut di hadapan gadis itu.

Rasa bersalah kembali menular ke dalam dirinya.

Wahyu mengangkat tangan menyusun jari menghadap gadis itu. Wajahnya penuh dengan riak kekesalan setelah apa yang terjadi dulu. Seluruh tubuhnya menggeletar gugup. Sungguh tak terungkap rasa bersalahnya itu.

"Ampunkan saya, cik. Saya betul-betul tak sengaja. Lepas saya hantar cik ke hospital tu, saya di tahan oleh pihak polis atas kesalahan melanggar orang. Saya di tahan sementara untuk siasatan. Saya didapati tak bersalah. Saya dibebaskan. Saya dah kena bayar denda pun. Saya nak bayar pampasan pada keluarga cik tapi saya cari mereka, mereka semua tak ada di kampung. Saya nak tebus salah saya. Saya buntu. Saya sengsara. Hidup saya tak tenang sebab tak dapat menebus kesalahan saya hinggalah saya terjumpa Hanan Falisya. Saya baru tahu bahawa dia adalah adik kepada mangsa kemalangan tu iaitu awak. Masa tu, saya merasa lega sebab saya boleh tebus salah saya yang lalu. Walau saya tahu saya takkan boleh kembalikan cik pada Hanan. Namun begitu, saya cuba untuk berbaik dengan dia dan berharap saya dapat tebus salah saya. Saya cuba untuk buat yang terbaik dengan menanggung semua kos perbelanjaan dia. Dalam masa yang sama, tanpa sedar saya telah jatuh cinta padanya. Saya mahu kahwini dia. Saya mahu menjaga dan melindungi dia hingga saya terlupa saya yang dah bunuh kakaknya. Maafkan saya, cik! Saya bersalah. Ampunkan saya." Wahyu merayu bersungguh agar segala khilafnya dimaafkan.

Gadis itu sedikit pun tidak menayangkan riak amarah. Masih beriak tenang dan mengekalkan senyuman manisnya tadi.

"Bangunlah. Encik tak bersalah. Malah, saya berterima kasih kepada encik kerana mempunyai sikap bertanggungjawab di atas apa yang dah terjadi. Saya bersyukur kerana Allah temukan adik saya dengan lelaki sehebat dan semulia encik. Cuma, saya nak minta encik bimbinglah dia menuju ke jalan syurga Allah. Tolong saya. Saya hanya mengharapkan pertolongan dari encik saja . Saya dah tak boleh nak bimbing dia. Hanan masih muda. Banyak perkara dia perlu belajar dan mengenal tentang dunia berserta ilmu Allah. Bimbinglah dia, ya?" pinta gadis itu setelah memaafkan kekhilafan lelaki itu.

Wahyu mengangguk faham. Dia baru tersedar bahawa dirinya telah jauh hidup menyimpang dari menuju ke jalan Allah. Dia hanya sibuk mengejar dunia hingga terlupa tanggungjawabnya sebagai hamba Allah. Dia benar-benar insaf. Tanpa sedar, air matanya merembes keluar dari tubir matanya.

"Saya janji akan berubah dan bimbing Hanan ke jalan Allah. Saya insaf. Ya Allah, ampunkan aku. Banyak dosa aku padaMU!" Wahyu tertunduk lemah. Dia benar-benar sudah sedar akan kelalaiannya selama ini.

Gadis itu menghela nafas lega kerana lelaki itu sudah sedar akan kealpaan ya terhadap kewajipannya menunaikan suruhan Allah. Sejurus kemudian, dia menghilang dengan perlahan-lahan meninggalkan Wahyu sendirian.

Wahyu mengangkat kepala. Gadis itu telah tiada. Lantas dia bingkas berdiri tercari-cari kelibat gadis itu. Tiada apa. Hanya padang pasir yang saujana mata memandang kerana tiada penghujungnya sahaja yang menjadi santapannya tika itu.

Wahyu terkial-kial mencari jalan keluar. Resah gelisah semua ada. Dalam perjalanan yang menyesakkan itu, dengan tidak semena-mena Wahyu tersepak tunggul yang tertimbus di dalam debu pasir itu membuatkan dia jatuh tersungkur dan terus tidak sedarkan diri.

" Tuan Wahyu! Tuan Wahyu!" Kedengaran sayup namanya diseru .

Wahyu yang terasa sesak nafas tersentak dan terjaga. Lantas dia bingkas bangun dek kerana terkejut mendengar suara seruan itu.

Nafasnya turun naik. Seperti orang baru lepas dikejar hantu.

"Tuan? Tuan okey tak? Kenapa ni, tuan?" Kelihatan wajah kerisauan Mak yah terhidang diruang mata Wahyu ketika itu.

Wahyu meraup wajahnya berulangkali. Terasa berpeluh dan air matanya lencun membasahi pipinya. Dadanya di lurutkan dengan perlahan-lahan, cuba menenangkan hatinya.

"Tuan?" panggil Makyah lagi cuba sedarkan Wahyu yang seakan masih dalam keadaan mamai dengan ditemani air mata sendu.

Mimpi apa agaknya hingga mampu mengalirkan air mata sebegitu rupa? Makyah tertanya-tanya.

"Ya Allah, ampunkan aku. Aku berdosa ya Allah. Aku lupa tanggungjawab aku padaMu. Aku insaf. Aku janji aku akan menurut segala perintahMu!" Bersungguh Wahyu menyesali akan khilaf dan kealpaannya di dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap yang Maha Pencipta.

Makyah yang mendengarnya, sungguh meruntun di kalbunya. Namun, dia juga bersyukur kerana majikannya itu akhirnya kembali ke jalan Allah.

Dek kerana malas mahu mengganggu emosi lelaki itu, Makyah mengambil keputusan dengan meninggalkan Wahyu sendirian di situ, membiarkan lelaki itu melayan perasaannya pagi itu. Makyah tersenyum nipis. Gembira hatinya.

https://www.youtube.com/watch?v=KiX82jLbljk

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro