Bab 11 🥀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sebulan kemudian...

Mawar Medina memandang susuk Melur yang baru melepasi dirinya. Sebuah senyuman terukir pada bibirnya.

"Melur nak ke mana tu?" sapa Mawar dengan nada lembut.

Tubuh Melur kejung seketika. Apabila mendengar pertanyaan Mawar yang secara tiba-tiba begitu sopan padanya.

'Kepala Mawar terhantuk di mana-manakah? Atau tersalah makan? Pelik,' desis Melur.

Melihat Mawar datang mendekat. Melur berundur sedikit ke belakang. Pandangan melekat memerhati setiap tingkah kakaknya itu.

"Me... Melur..."

Mawar Medina ketawa lepas.

Tangan gadis itu naik menyentuh rambut Melur.

"Begitu takut sekali kau pada aku ya, Melur? Aku tahu selama ini aku dan mak telah bersikap kejam terhadap kau. Maafkan kami berdua ya, Melur?"

Mawar Medina merayu dengan penuh penyesalan. Tubir mata yang mula hangat dan air mata mula bergenang itu akhirnya tumpah setitis dua.

Melur menggosok belakang tangan Mawar. Lembut membelai agar dapat menenangkan hati Mawar.

Jika Mawar sudah mula berubah dialah manusia paling gembira sekali. Akhirnya keluarganya bersatu. Itulah permintaan dari arwah ayah mereka.

❦❦

Lembah raja, Kerajaan Bima sakti

Seorang gadis termenung memandang langit. Debaran di dada begitu menyakitkan. Petanda apakah tidak dia tahu.

Wajah seseorang bermain di ruang mata. Spontan dia meramas kedua belah tangan. Rintik-rintik peluh membasahi dahi.

"Marwa berharap akak selamat di sana. Kalau akak tidak berdegil tetap menjaga mereka. Kita semua pasti sudah bahagia di sini."

Sejenak dia memikirkan sesuatu. Dia harus ke sana! Sebaik saja Marwa ingin berlalu pergi. Ada satu susuk tubuh menghalang laluan dia.

Marwa termati langkah.

Melihat gerangan di depan mata. Dia mengulum senyum.

"Kanda..." sapa Marwa dengan nada lembut.

Tengku Tarmizi membalas senyuman si pemuja hati. Dia mendepakan tangan lalu Marwa memeluk tubuh sang suami mencari kekuatan dan ketenangan.

"Jangan pergi adinda..."

Marwa yang mendengar kata-kata suaminya terkejut. Namun, dia mengawal perasaan sebaik mungkin.

Marwa Madiha tertawa kecil.

"Jangan pergi mana, kanda? Adinda di sini dalam pelukan kanda, bukan?" seloroh Marwa Madiha menutup rasa.

Tarmizi menarik nafas dalam. Pelukan diperkemaskan. "Kanda sayangkan adinda. Tetap di sini adinda lebih selamat. Biar kanda mengantikan tempat adinda."

Marwa menolak perlahan tubuh Tarmizi. Namun, sedikit pun tidak terlerai.

"Kanda lepaskan adinda... kanda tak perlu gantikan tempat adinda. Di sini mereka lebih memerlukan kanda," bantah Marwa Madiha lembut.

Tarmizi merenung dalam wajah isterinya. Dia mencium bibir mungil itu lama. Membuatkan Marwa terkejut akan perbuatan sang suami.

"Kanda pergi hanya sebentar." Tarmizi tersenyum nipis apabila melihat rona muka isterinya kemerahan.

Pemaisuri Malaika diam memerhati gelagat anak dan menantunya dari jauh.  Hatinya hurung hiba apabila mengenangkan nasib puteri sulungnya.

Pemaisuri Malaika juga mahu puteri sulungnya merasakan kebahagiaan yang sama seperti Marwa. Sudah lama dia menunggu dan tanpa melakukan apa-apa.
Selain memastikan puteri dia makan, minum dan mempunyai tempat tinggal.

Keluhan nafas berat dilepaskan.

Marwa Madiha akhirnya pasrah. Dia faham dan sangat kenal tutur kata suaminya yang lembut, namun begitu tegas. Dan yakin serta percaya pada janji yang dia berikan.

"Baiklah. Marwa percaya kanda akan pulang kembali ke sini dengan selamat," tutur Marwa Madiha bersama senyuman.

Dia akan tunggu dan melihat. Sekiranya apa bakal berlaku kepada Melur dia tidak berdiam diri lagi.

❦❦

Kedengaran suara gelak ketawa di ruang tamu rumah dua besar itu. Melur menguak sedikit daun pintu biliknya. Kelihatan Mawar bersama kawan-kawannya rancak berbual dan bergurau.

Alangkah bahagia jika Mawar bersikap begitu padanya. Hati dia terasa pedih. Perlahan pintu biliknya ditutup.

Namun, beberapa minit kemudian kedengaran pintu diketuk oleh seseorang. Melur kembali membuka pintu.

Susuk tubuh yang berdiri di depannya membuatkan Melur agak terkejut sedikit. Dahinya berkerut dengan tingkah Mawar.

"Ya, kakak. Mahu apa datang ke bilik Melur?" tanya Melur dengan nada berhati-hati.

Mata sepet itu memandang dalam raut wajah polos di depannya. Saat kebencian mula hadir segera dihapuskan. Senyuman ceria diberikan buat adiknya.

Mawar berdehem. Kekok.

"Aa... erm. Begini, Melur mahu sertai kakak bersama yang lain?" pelawa Mawar ramah.

Melur merasakan sesuatu tidak kena. Namun diusir perasaan itu jauh- jauh. Melur rasa bersyukur apabila Mawar sudah mula mahu berbaik dengannya. Kemudian kepala laju dianggukkan bersama senyuman mekar.

Kawan-kawan Mawar turut melayan dirinya dengan baik. Tidak seperti sebelumnya dihina, dicaci, dan dibuli.

Dalam tanpa mereka sedar seseorang memerhati dengan penuh makna. Kilauan bercahaya itu direnung dalam.

Puan Anita pulang ke rumah setelah menguruskan urusan yang ditinggalkan oleh suaminya.

Saat dia menuju ke ruang tamu melihat gelak ketawa anaknya Mawar dia menggeleng kepala. Namun ketika dia ingin berlalu pandangan mata dia tertancap pada wajah tidak asing.

"Sejak bila pula Mawar dengan kawan-kawan dia rapat dengan Melur? Bukan selama ni, budak-budak itu benci sangat dekat Melur?"

Puan Anita segera datang mendekat.

"Melur!"

Mendengar suara ibunya, Melur terus berdiri dengan takut. Kepalanya ditundukkan.

"Ya... i... ibu," sahut Melur perlahan.

Mawar dan kawan-kawan dia terdiam. Hanya membalas pandangan mata. Mawar bangkit dan menghampiri Puan Anita.

"Ibu... kenapa balik marah-marah ni?" pujuk Mawar lembut.

Puan Anita menjeling.

Ratna, Dahlia dan Nuri membuat hal mereka tanpa mempedulikan keluarga itu.

"Kerja rumah semua dah selesai kau buat?" marah Puan Anita. Tajam mata wanita itu merenung bening mata bundar milik Melur.

Perlahan Melur menaikkan kepala melihat wajah Puan Anita. Melur cukup arif dengan pantang wanita itu jika bercakap tidak memandang muka. Ibarat tidak menghormati.

"Su... sudah ibu." Lalu kepalanya dijatuhkan kembali.

"Jauh dari anak aku dan kawan-kawan dia. Pergi sana cari apa saja perlu dilakukan, bukan duduk saja!" herdik Puan Anita.

Melur meramas kedua tangannya.

"Melur minta maaf ibu, Melur buat sekarang."

Melur segera ingin berlalu namun ditegah oleh Puan Anita membuatkan langkah Melur terhenti.

"Buatkan aku air."

Melur mengangguk kepala dan segera beredar. Sebaliknya, Mawar tidak berpuas hati dengan kelakuan ibunya.

Mawar berdecit geram. Sebal!

"Ibu, balik tiba-tiba marah kenapa? Jin apa merasuk ibu ni?" soal Mawar bingung.

Mencerlung anak mata Puan Anita.

"Amboi sedapnya mulut  cakap kat ibu. Kau tu, mimpi apa tiba-tiba baik dengan Melur? Entah-entah ada udang disebalik mee," tebak Puan Anita lantang.

Pantas Mawar menafikan. "Tak ada maknanya udang disebalik mee. Lagipun, bukan mee tapi batu la ibu..."

Puan Anita membuat muka bersahaja. Kawan-kawan Mawar tergelak dengan tingkah anak beranak itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro