Bab 12 🥀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sila klik lagu di atas sambil membaca.

***

Di suasana yang hening dan sang suria belum menjelma. Namun seorang gadis bernama Melur sudah bangun melakukan kerja rutin hariannya di awal pagi.

Tangannya begitu lincah melakukan kerja- kerja rumah seorang diri. Mengemas, membasuh dan memasak. Belum lagi dia harus mencari kayu api serta membeli barang basah dan kering.

Ditemani bunyi unggas, kucing dan ayam kampung. Bibir mungil itu mula menghiburkan hatinya dengan bersenandung perlahan.

Kayu api itu hanya keperluan tertentu saja baru digunakan. Dunia mereka bukan lagi di era yang lama namun setengah perkara masih memerlukan cara yang lama.

Datang seekor burung merpati hinggap di bahu Melur. Pada awalnya Melur terkejut berserta teruja. Namun bila terperasan akan sesuatu gulungan kertas pada kaki burung itu. Melur mengerti.

'Kenapa kekanda tidak menggunakan kuasa kekanda miliki? Tidak penatkah paduka?'

Melur membaca bersama segaris senyuman dan tertawa kecil.

"Tunggu aku selesai buat kerjanya, putih. Nanti aku balas kirimannya baru kau hantar kepada tuan kau itu."

Melur berkata sambil mengusap seluruh badan burung merpati itu. Anak mata bulat kecil itu menutup seketika merasai kehangatan belaian daripada manusia.

Secara tiba-tiba pergerakkan Melur terhenti. Dia dapat merasakan seseorang atau sesuatu menghampirinya. Dengan penuh kesabaran dia menunggu.

Tidak lama selepas itu muncul satu figura yang tidak asing buat Melur. Melur menarik nafas kelegaan.

"Apa yang membawa tengku kemari?" tanya Melur seakan berbisik.

Anak matanya tidak melihat lelaki di depannya. Kerana lelaki itu sedang memandangnya bersama senyuman.

"Rindu."

Balasan yang bersahaja dari Tengku Asyad membuatkan Melur hampir tersedak air liurnya sendiri.

"Dah pandai tengku bergurau sekarang ya?" usik Melur.

Terus pandangan matanya memusat pada wajah bersih Melur. "Kau perli aku?"

Riak wajah Tengku Asyad berubah. Pada awalnya ceria kini berubah masam mencuka.

Merajuk!

Melur tersenyum kelat.

"Salah cakap ya?" tutur Melur dengan teragak-agak.

"Ya!" laju Tengku Asyad membalas.

Melur meletakkan barang yang dipegangnya ke atas pondok kayu di luar halaman belakang rumah.

Tengku Asyad mengerling dengan ekor anak mata dan kemudian kembali bersuara.

"Kerana kau bersalah... makanya kau wajib menemani aku ke suatu tempat." Tengku Asyad mempamerkan riak bangga.

Namun wajah Melur berkerut dan memandang tidak percaya pada lelaki di depannya. Berbeza sekali sikap Tengku Asyad pada awal pertemuan dengan sekarang.

"Mana pergi muka tak ada perasaan dia tu?"

Tanpa Melur sedar dia terlepas cakap. Membuatkan Tengku Asyad laju menoleh ke arahnya.

"Apa dia aku tak berapa dengar? Cuba ulang semula?"

Tajam renungan Tengku Asyad dan menapak perlahan-lahan mendekati Melur. Gadis itu juga turut mengundur beberapa tapak ke belakang.

Pelbagai perasaan bercampur baur. Berharap Tengku Asyad tidak mengapa-apakan dirinya.

"Berhenti! Tengku apa-apa kan saya. Saya jerit kuat-kuat! Tak pun saya mengadu pada ayahanda dan bonda tengku, biar tengku kena hukum!" ujar Melur dengan beraninya.

Tengku Asyad terdiam. Tidak tahu sama ada terkejut atau kagum dengan gadis di hadapannya ini.

Angin yang kuat menampar lembut wajah dan tubuh mereka. Rambut yang kemas tersisip rapi itu beralun lembut. Seketika tersangat indah ciptaan tuhan membuatkan Melur kagum.

Tubuh tegap dan sedikit tinggi seperti seorang model dan rupa paras yang segak itu. Tidak musthail kegilaan dan pujaan para wanita.

Tengku Asyad mengusap bawah dagu sambil memikirkan sesuatu. Melur memerhati dalam diam tingkah lelaki itu. Sesekali dia mengulum senyum.

"Kalau macam tu, kerja aku bertambah mudah. Tak perlu aku fikir cara untuk beritahu ayahanda dan bonda kahwinkan aku dengan kau. Tak sabar rasanya apatah lagi malam pertama kita..."

Tengku Asyad melirik mata memandang wajah Melur yang sudah seperti udang terbakar.

"Cukup!" pintas Melur laju.

Pecah jua akhirnya ketawa Tengku Asyad yang ditahan-tahan. Tangan kiri dibawa memegang perut dan sedikit membongkok.

"Siapalah perempuan yang malang dapat suami macam tengku ni," ujar Melur selamba dan berlalu pergi.

Membulat mata Tengku Asyad mendengar ulah gadis kecil itu. Tangan kanan dibawa meraup wajah dan menyisir rambut dengan jemari dia.

Beberapa saat dia mula mengejar langkah Melur. Bibir mengorak senyuman dan rasa bahagia jauh di sudut hati.

***

'Kau yakin rancangan kau kali ini akan berhasil?'

Kata-kata dari kenalan gadis itu umpama sebuah kaset berlegar di dalam kotak ingatan.

"Aku akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar."

Anak mata sepet itu merenung tajam. Jelas riak muka dia penuh sifat dendam. Satu persatu orang yang halang laluannya akan dia hapuskan!

Loket batu delima berwarna merah darah elok tergantung di lehernya bersinar terang. Dia menyungging senyuman sinis.

Sudah berapa purnama. Kelak masanya tiba merampas segalanya yang mereka miliki.

Deraian bunyi pasu yang jatuh mematikan lamunan. Dia pantas bangkit menuju ke arah pasu yang berkecai.

Tanpa berlengah dia mencari gerangan yang berada di situ. Bayangan bergerak laju itu segera dia mengejar.

Dia tidak akan membiarkan sesiapa yang mendengar rancangan dia terlepas begitu saja. Dia tersenyum sinis.

***

Lepas baca tekan ⭐ boleh? Terima kasih 🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro